Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Macam Bodoh Pula Bila Ustaz-Ustaz Kata Poligami Ini Untuk Elak Zina'

$
0
0
Gambar kiri hiasan sahaja

Aku rasa macam bodoh pula bila ustaz-ustaz kata 'Poligami ini untuk zina'. Untuk salurkan nafsu ke arah yang diredhai Allah. Ustaz-ustaz seperti ini meletakkan poligami sebagai lesen untuk melampias nafsu sahaja.

Aku terfikir, kalau lelaki kahwin, kemudian tengok perempuan lain dan bernafsu. Atas nama Poligami, maka pergilah dia berkahwin lagi sebab nak elak zina. Kemudian, ternampak lagi perempuan lain dan bernafsu lagi serta kahwin lagi sampailah cukup kuota. Agak-agak macam mana pula selepas itu dia nak menguruskan nafsu besarnya itu? 

Kenapa bila rasa bernafsu tidak disalurkan saja pada isteri dia yang sah? Jadi, apa masalah dia?

Masalah dia adalah NAFSU! Jadi nak uruskan nafsu ini, Allah telah berfirman:
Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya," (QS. an-Nur [24]: 30-31)
Itu yang utama, jaga pandangan. Allah tak suruh enkau kahwin sebab engkau bernafsu besar. Siapa ajar itu ustaz?  Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama Poligami ini. Janganlah nak sucikan nafsu itu dengan lesen 'Sunnah'. Poligami bukan sunnah. Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketat untuk dilaksanakan. Sunnah itu kan satu galakkan. Galakkan tidak pernah wujud berserta syarat yang ketat seperti syarat poligami ini.

Semulia-mulianya perempuan yang menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minium suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yang tidak berguna. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa. Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh, kerana doktrin ini Barat telah memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.

Nabi bermonogami (kahwin satu) dengan Khadijah selama 25 tahun. Berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yang 10 tahun sedangkan monogami nabi yang 25 tahun itu lebih layak dijadikan sunnah? Dangkal! Nabi tidak pernah berpoligami dengan anak dara. Tidak pernah berpoligami dengan wanita-wanita cantik. Nabi berpoligami dengan janda-janda kecuali Aisyah yang nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tetapi apa jadi dengan ustaz-ustaz yang berpoligami sekarang? Bukan main vogue isteri baru ustaz sekarang?

Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni apabila menolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engkau cakap poligami itu sunnah. Ini Jumhur Ulama yang bersepakat poligami itu hukumnya harus. Bukan sunnah. Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama itu apa benda, kita tengoklah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua pueteri baginda untuk dimadukan. Habis yang ini engkau nak cakap macam mana pula?

Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ustaz-ustaz bergurau senda pasal poligami ini. Seronok ye ustaz? Beribu perempuan terguris dengan senda gurau ustaz yang kata 'Poligami ini sunnah. Lelaki no problem, bila-bila masa!' 

Pandai kau ustaz. Dekat mana hati nurani ustaz-ustaz ini terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah' tanpa menghiraukan ada makhluk Tuhan yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya sedang terguris, terasa dan bersedih.

Islam ini agama syumul. Agama yang tidak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan. Takkanlah Islam ini terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan? Engkau yang bergelar ustaz pula pergi menghiris-hiris hati perempuan. Ewah ustaz? Perempuan ini ada pilihan untuk redha saja ke ustaz dalam isu poligami ini? Kasihan perempuan kalau ikut ustaz ini. Engkau terluka macam mana pun, engkau cuma ada dua pilihan, redha berendam air mata atau engkau menjadi ahli neraka sebab menolak sunnah. 

Ustaz-ustaz, poligami bukan pesta berseronok-seronok untuk lelaki, ustaz. Sudah-sudahlah ustaz semua. Pergi balik dan berimanlah dengan Sunnah Poligami engkau orang itu semua. Kejap lagi ada la yang datang menghentam aku. Ikutlah, aku doakan semoga semua engkau memadukan engkau lepas itu aku nak tengok engkau redho takat mana. - Tan Sri Khairul Hakim

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Ini Bukan Kedai Siam Nak Makan Tom Yam!'

$
0
0

Kedai Salwa Mee Udang di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. 

Pada mula kami satu keluarga pesan nasi goreng ayam dan aku makan nasi putih dan tom yam. Selepas itu, diorang kata ayam tak ada. Adik beradik yang lain pula mintalah nasi goreng kampung saja. 

Tiba-tiba tokey dia datang sound aku.

"Ini bukan kedai siam nak makan tomyam. Kedai tepi laut ada seafood, ada ikan-ikan saja. Hang habaq mai nak makan ikan apa?" katanya dengan lantang sampai boleh dengar satu Pulau Pinang.

Padahal aku duduk sebebelah saja. Aku tanya ikan siakap ada tak? Sebab ingat nak makan ikan, boleh kongsi semua terus. That f*ckcheat terus cakap,

"Ikan siakap tau dak dok makan babi? Cina dok bela ikan siakap bagi makan babi. Hampa pergi kedai senang je dok order ikan siakap makan babi. La ni kena jaga babi sesaja," katanya. 

Dia kemudian paksa pula makan sotong, udang dan ikan dia. Perghh! Hilang selera terus aku. Aku cakap nak minum saja. Adik beradik yang lain order nasi goreng kampung. 

Tengoklah nasi goreng kampung dia. Sayur sebutir haram tak ada. Ikan bilis pun tak ada. Lepas itu pedas ternganga. Anak saudara makan sampai berair mata. Empat pinggan, boh sebiji telur. Ini bukan makanan aku eh minta tak ada sayur ke apa. Tetapi cuba zoom kot-kot ternampak sekumpulan sayur, ikan bilis ke apa. Harga dia, nasib baiklah murah, RM28 untuk nasi seketul ini. Celaka Gila!

Kepada rakyat Malaysia yang nak pakej makanan sebutir, harga tip top tokey lahanat ini bolehlah pergi kedai makan salwa ini. Mohon viralkan supaya nanti kenyang kena maki saja. - Puteri Sheery

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Orang Kita Ni Kemaruk Sangat Nak Jadi Putih'

$
0
0

Sewaktu makan malam tadi, saya dikejutkan dengan satu pertanyaan dari jurutera Peranchis. Katanya dia perhatikan perempuan-perempuan Asia di negara2 yang dia lawati terutamanya Asia Tenggara seperti "kemaruk" nak jadi putih. Macam2 produk pemutihan diiklankan di kaca TV. 

Dia tanya kenapa? So it became a topic of discussion over dinner. Jurutera2 lain berikan pelbagai komentar yang rata2 menyalahkan perempuan2 tersebut. Salah satunya ialah tiada keyakinan diri. 

Secara peribadinya saya bersetuju sebab saya kenal beberapa orang yang dahulunya hitam manis tapi tiba2 skrg putih melepak (dan mereka ini secara peribadinya saya kenali sbg individu yg kurang keyakinan diri).

Jadi saya buka cerita tentang sejarah "white supremacy" dan kaitannya dengan industri kecantikan. Semasa era "white supremacy", piawai kecantikan adalah PUTIH. Siapa saja yg bukan putih, tidaklah nampak kecantikannya. Tapi piawai ini telah dicabar oleh tokoh terkenal COCO CHANEL. Pada tahun 70an, beliau telah muncul di sebuah majlis fesyen terkemuka, berjalan di atas karpet merah dengan kulitnya yang sawo matang. Beliau menjadi "trend setter" dan bermulalah kegilaan wanita2 Barat bersantai di pantai semata2 untuk menggelapkan kulit. 

Bermula dari situ, model2 berkulit hitam dan sawo matang mulai diberikan peluang untuk menjadi model fesyen berjalan di atas pentas peragaan dan menjadi penghias kulit majalah fesyen. Coco Chanel adalah seorang pencetus revolusi!

Tapi sayangnya industri komestik dan kecantikan hari ini telah membunuh revolusi yang dibangkitkan oleh wanita hebat ini dan perjuangannya untuk kesamarataan warna kulit. Industri yg bernilai billion dollar ini hanya memikirkan keuntungan dan "memangsakan" wanita2 yang mempunyai keyakinan diri rendah utk mempercayai bahawa definisi kecantikan itu adalah "putih". Jadi kedengaranlah tagline seperti "Que Putih...que putih...bla bla bla". 

So what if you're not white ?! Beauty is in the eyes of the beholders. Apa yang cantik di mata anda, belum tentu cantik di mata saya. 

So be confident with yourselves. Orang yang mempunyai keyakinan diri yg tinggi akan sentiasa kelihatan menarik walaupun hidung tak mancung, bibir tak merah bak delima merekah dan kulit tidak putih melepak seperti artis K Pop. Stop reading beauty magazines. Ianya adalah agen industri komestik dan kecantikan yang motifnya hanyalah keuntungan. Banyakkan membaca buku2 ilmiah. Wanita yang bijak dan punya keyakinan diri, akan sentiasa kelihatan cantik dan menarik walaupun berkulit gelap. 

Stop wasting money on skin whitening products. Instead, start spending on books! - Lia Ramli

'Yang Ganggu Gugat Keamanan Di Malaysia Kebelakangan Ini Adalah Bangsa Cina' - Exco Pemuda UMNO

$
0
0

Pemimpin pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah tampil menyelar Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang Putra susulan kenyataannya semasa lawatan ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

“Beliau menyatakan tidak akan duduk berbincang dengan pihak kerajaan jika bangsa Cina diganggu gugat,” kata exco Pemuda Umno itu yang juga pengerusi Briged Kesatria Muda.

“Saya nak kasi tahu pada Duta China ini, yang mengganggu gugat keamanan sejak kebelakangan ini adalah bangsa Cina dengan membuat provokasi-provokasi dan hinaan, bukan hanya pada bangsa Melayu Bumiputera tetapi juga terhadap kepimpinan Melayu Islam.”

Arman yang juga bekas ketua Pemuda PERKASA berkata sikap biadab bangsa Cina telah menaikkan kemarahan majoriti orang-orang Melayu Bumiputera.

Dalam lawatannya semalam, Huang memberitahu media, negaranya menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.

Dalam kenyataannya hari ini, Arman berkata orang-orang Melayu senantiasa menghormati hak semua bangsa, kaum dan agama sejak dahulu lagi.

Tetapi pihak yang diberikan hak itu juga harus tahu menghormati hak orang Melayu dan Bumiputera, tambahnya.

Cabul Wanita, Nigerian Maut Dibelasah AJK Pangsapuri

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara Nigeria maut dibelasah orang awam selepas didakwa cuba mencabul seorang wanita tempatan di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, Rabu itu, mangsa menaiki lif yang sama dengan suspek bernama Ikechukwu Bright Ogundu yang berusia 28 tahun.

Menurut mangsa, suspek cuba menganggunya sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul.

Ekoran itu, suspek ditahan oleh orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pangsapuri ketika sedang keluar dari lif selain dari memukul suspek bertubi-tubi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada jam 8.10 malam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati, 30 orang awam sedang mengelilingi suspek. 

Pada jam 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk merawatnya.

Bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam kerana cedera teruk di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah. - THEHYPEMEDIA.COM

Anak Derhaka Suruh Ibu Duduk Di Bonet

$
0
0

JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki dikecam netizen kerana mengarahkan ibunya yang berusia 60 tahun duduk di bahagian bonet kereta sepanjang perjalanan jauh.

Lelaki terbabit dilaporkan menyuruh ibu kandungnya duduk di bahagian belakang kereta agar anaknya boleh di kerusi tengah dengan selesa tanpa perlu mengerekotkan badannya.

Keluarga terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Wilayah Jiangxi ke Wilayah Hubei pada Rabu lalu. Mereka berhenti di check point pemeriksaan polis untuk pemeriksaan rutin.

Pemandunya, Encik Liu dan isterinya duduk di bahagian hadapan. Manakala anak lelaki mereka berbaring di tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan polis menemui seorang wanita warga emas duduk di bonet belakang.



Apabila ditanya, Liu memberitahu dia telah meminta ibunya duduk di bahagian bonet agar anaknya boleh berehat dengan betul dan selesa di tempat duduk belakang.

Atas dasar tidak selamat, polis mengarahkan ibu Liu keluar dari bonet kereta dan polis mengambil tindakan terhadap Liu.

Bagaimanapun, wanita itu cuba memujuk polis agar tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap anak lelakinya itu. Lagipun dia tiada masalah duduk di bahagian bonet belakang.

Apa yang menariknya, kereta yang dipandu oleh Liu itu juga sebenarnya dibeli oleh ibunya sendiri untuk Liu. 

Gambar yang tersebar di laman sosial negara itu mencetuskan kemarahan netizen dan mengecam Liu sebagai anak derhaka. 

"Anak yang kejam! Saya tidak pernah melayan ibu saya seperti itu," kata Bing. - THEHYPEMEDIA.COM

Netizen Kecam Saiful Nang Keluarkan Kenyataan Aibkan Tanah Haram

$
0
0

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, jurufoto Saiful Nang memuat naik kenyataan kurang menyenangkan orang ramai yang didakwa mengaibkan Tanah Suci.
"Muhassabah Bencana Tanah Haram 1: Setiap kambing yang kita dam dan korban di musim haji adalah kambing yang diimport dari negara yang bukan Islam sebahagiannya. Semakin kita beramal, semakin ia mereka menjadi kuat dan kaya. Dahulu semasa kaedah sejuk beku belum diadakan lagi korban dan dam kambing yang disembelih akan ditanam atau dibuang di padang pasir.
"Kita muhassabah bencana dari kekhilafannya yang telah kita lakukan. Sewajarnya Makkah dan Madinah mempunyai kerajaan sendiri dengan kuasa autonomi dalam pentadbiran yang ditadbir dari wakil-wakil negara Islam dan bukannya di bawah negara bani Saud. Kerana sebelum ini ia memang ditadbir di bawah kerajaan Islam Ottoman dan bukannya kerajaan keluarga anak beranak yang kemewahannya melampaui batasan di atas perahan kapitalism Kota Suci selain dari hasil bumi emas hitamnya.
"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung sekitar Tanah Haram dan anda akan dapat melihat sendiri secara tersembunyi). Tanah itu dulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitik pun kekotoran. Bagaimana iar susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja.
"Merdekakan Tanah Haram. Tanah Haram milik ummat Islam, bukan milik sebuah keluarga," katanya.
Kenyataan Saiful Nang itu mendapat perhatian dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Beliau menyeru orang ramai agar tidak mengongsikan kenyataan Saiful Nang yang dianggap sengaja mencemarkan agama Islam dan merendah-rendahkan Tanah Haram di mata orang Islam sendiri.
"Jangan cemarkan wall Facebook kalian dengan status yang kotor. Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seislam dengan cara begini. Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa," katanya. 
Susulan kenyataan Saiful Nang itu juga, seorang lagi individu tampil menjawab tuduhannya setelah cuba mendapatkan motif kenyataan itu dimuat naik ke laman Facebook.

Baca kenyataan balas Mohd Danial Madani:

MENJAWAB BALIK STATUS SAIFUL NANG - AIB TANAH HARAM

Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. Seperti mana tulisan beliau yang saya copy terus dari status beliau:

"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi?"

Saya yakin ramai orang Islam yang membaca tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. Persoalan awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam?

Saya telah bertanya beliau apa motif status ini?

Jawab beliau:

"Supaya manusia sedar islam sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata"

Persoalanya apakah dengan cara menulis status itu adalah cara yang betul dan paling baik serta menjadi jalan untuk membangkitkan Islam? Apakah semua perkara yang kita tahu kita perlu beritahu? Dan apakah medan FB adalah tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya lebih-lebih lagi berkaitan keaiban tanah haram yang mulia?

Saya tanya lagi, apakah nama kampung yang banyak tempat pelacuran tu?

Jawab beliau:

"Tahan pemandu teksi badwi.. tanyakan sahaja tempat pelacuran disekitar perkampungan (saya tidak tulis nama kampung) dan sebuah lagi kampung jika nak ke arafah akan melaluinya. Saya pernah dengar perkara itu dan saya tanyakan orang biasa disana dan ramai mereka juga yang tahu"

Jika kita diteliti tulisan beliau seakan-akan beliau pernah pergi sendiri dan melihat, walhal beliau hanya tanya orang biasa disana (mekah) dan minta saya tanya pemandu teksi badwi. Ini jelas menunjukkan beliau tidak pernah pergi dan nampak sendiri, atau jika pernah pergi sekalipun atas tujuan apa? dan bagaimana tergamak boleh sampai ke sana dan ambil tahu keburukan-keburan tanah haram? Sepanjang saya bermuamalat dengan jemaah umrah dan haji tiada yang ringan mulut mereka mahu bercerita perkara-perkara buruk apatah lagi mahu mencari-cari keburukan dan menceritakan bila sampai ke tanah air. Na'uzubillah.

عن حفص بن عاصم رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "كفى بالمرء كذبا أن يحدّث بكل ما سـمع

Daripada Hafs bin 'Asim radiallahu 'anhu, berkata Rasulullah saw: "Cukuplah seseorang itu dianggap seorang penipu jika dia menceritkan apa sahaja yang dia dengar. (HR Muslim)

Jika ia benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah yang besar dan mengelirukan perasaan orang awam tentang kebaikan tanah haram.

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها

"Fitnah itu sifatnya seperti sesuatu yang tidur, dan laknat Allah atas mereka yang mengejutkannya"

Kami sebagai pelajar yang duduk tanah haram pun tidak sanggup nak tahu, dan nak dengar apatah lagi menceritakan kepada orang awam kerana tiada keperluan bahkan mewujudkan perasaan benci dan sangka buruk kepada tanah suci haram. Kami tahu ada kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang berlaku di tanah haram atau Arab Saudi yang kami nampak didepan mata sendiri, tapi kami anggap itu ialah dosa atau keburukan yang tidak dapat dielak seperti sikap orang arab yang kasar dan lain-lain, tidak pula kami mahu tangkap gambar-gambar buruk atau menyibukkan dengan bercerita tentangnya. Ini tugas kita untuk menjaga aib ini dari orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam.

Saya tanya beliau kenapa ambil khabar hanya dari bertanya sahaja? JIKA benar apakah wajar untuk memburukkan nama bumi haramaian di status FB? Kenapa tidak bertindak memberi teguran terus kepada pihak berkuasa?

Jawab beliau:

"Saya berani cakap kerana saya takut memfitnah tanah haram jika itu tidak benar. "All the best kami ada cara kami untuk kembalikan islam pada islam, tuan buat cara tuan, jika tujuannya sama kita akan berselisih lagi nanti"

Apakah jika tidak berani memfitnah tanah haram menjadi harus dan perlu untuk mengaibkan tanah haram? Mengaibkan tanah haram itu kenapa boleh jadi berani? Kenapa tidak diadukan kepada pihak berkuasa, samada polis sendiri, badan-badan dakwah seperti badan amar makruf nahi mungkar, maktab-maktab yang berkaitan dan banyak lagi jalan untuk berkongsi maklumat dengan tujuan mencegah kemungkaran. Bukankah itu lebih baik? Menutup aib dan menegur secara senyap. Jika tidak lebih baik DIAM dan cegah dalam hati bukan beritahu semua orang! dan bukankah lebih MENDAMAIKAN dari menyibukkan lidah menceritakan keburukan. Saya tidak dapat pastikan tentang "banyaknya" rumah pelacuran seperti yang beliau dakwa, dan saya tak nak tahu perkara-perkara buruk seperti itu. Jika ada wajib untuk simpan dan berdosa memberitahu tanpa tujuan yang jelas.

Buat pengetahuan pembaca, kerajaan Arab Saudi telah melakukan terbaik dalam urusan dakwah, banyak buku-buku agama disebarkan secara percuma dan poster-poster dakwah ditampal serta pamplet-pamplet diedarkan secara percuma untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Situasi seperti ini dirasai oleh kami sendiri yang hidup disini. Selain itu ada kereta yang meronda dikawasan pekan untuk mengajak masyarakat solat dan segera tutup kedai untuk menunaikan solat. Saya tidak pernah rasa situasi seperti ini di Malaysia malah beberapa negara yang saya pernah singgah, iaitu waktu solat dihormati sepenuhnya dan masjid dipenuhi untuk menunaikan solat dan kedai-kedai ditutup kesemunya. Subhanallah. Apakah ini bukan sesuatu yang baik dan wajar ditiru dan diikuti dan dijadikan tauladan yang baik buat semua umat Islam?

Apakah sehingga sekarang kita masih tidak sedar bahawa SYIAH LAKNATULLAH selalu memburuk-burukkan nama ARAB SAUDI bagi kepentingan nafsu dan agenda mereka? Apakah kita masih jahil bahawa IRAN sentiasa mengambil peluang untuk memburuk-burukkan negara Ahlus Sunnah seperti Arab Saudi? Bacalah kenyataan-kenyataan fasad dan batil mereka seperti yang dalam akhbar. MEREKALAH sebenarnya yang menjadi orang tengah yang memecah belahkan kaum muslimin sunni. Mereka mencari apa sahaja jalan untuk memburukkan Arab Saudi terutamanya Mekah dan Madinah agar kaum muslimin timbul rasa benci, sangka buruk dan bertelagah sesama sendiri. Hayatilah surah al-Hujurat ayat 6 yang mana Allah mengarahkan kita memeriksa (tabayyun) apa sahaja berita yang datang dari orang fasiq agar kita tidak menyesal kerana menyebarkannya.
PERSOALAN TERAKHIR:

1. Kenapa beliau menulis status diwaktu ini yang mana dunia sedang mencari-cari keburukan Kerajaan Arab Saudi dalam isu haji, ini akan menyebabkan kemarahan orang lain yang susah memahami isu dengan baik dan menyebabkan ramai orang salah faham. Apakah beliau menyimpan sesuatu dendam?

2. Apakah tanah haram itu sifatnya mensucikan? apakah semua yang duduk ditanah haram mesti kena suci dari dosa? apakah langsung tiada pelaku maksiat di zaman Nabi saw, bahkan ramai melakukan syirik menyembah berhala di kota Mekah ketika Nabi saw masih hidup? Apakah tugas dan yang dilakukan Nabi saw ketika itu?

Tidakkah beliau tahu dizaman Nabi saw ada seorang lelaki yang kuat minum arak dan telah dihukum tetapi Nabi saw tetap melarang para sahabat melaknatnya kerana kata Nabi saw

لا تلعنوه فالله ما علمت أنه يحب الله ورسوله

"Janganlah kalian melaknati beliau, demi Allah aku mengetahui bahawa beliau mencintai Allah dan Rasul" (HR Bukhari)

3. Apakah Kerajaan Arab Saudi perlu jadi sempurna sentiasa dimata beliau tanpa sedikit pun kekurangan dan kelemahan yang pasti akan berlaku? Apakah tugas orang Islam bila mengetahui kekurangan seseorang? apakah mengaibkan? menambah rosak? menjatuhkan?

عن المبارك قال : كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر , فيؤجر في ستره , ويؤجر في نهيه , فأما اليوم فإذا رأى أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك ستره

Berkata Ibn Mubarak:

"Dulu, seseorang apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang dibenci diapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas teguran secara sembunyi dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia benci, dia membuat saudaranya marah dan dia sebarkan aibnya(saudaranya)."

Persoalan saya apakah dengan status itu akan menambah baik? atau menambah kebencian sesama muslim?

4. Apakah wujud negara yang maksum atau sunyi dari segala maksiat, dosa, dan jenayah? Apakah Mekah dan Madinah telah dijamin maksum oleh Allah dan Rasul bahawa penduduknya akan bersih dari dosa!

5. Apakah beliau dikatakan tidak bertanggungjawab jika andaikata beliau ada pekerja-pekerja yang berdosa dan melakukan jenayah walhal beliau telah melakukan terbaik untuk menjaga pekerja-pekerja beliau. Situasi yang sama, maka apakah Kerajaan Arab Saudi tidak melalukan apa-apa tindakan, arahan dan gerak kerja bagi membasmi jenayah di Arab Saudi khususnya di Mekah dan Madinah jika wujud juga rakyatnya yang melakukan jenayah?

6. Tulisan beliau di status:

"Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja"

Ini adalah qiyas (anologi) yang fasid, bagaimana air susu boleh diqiyaskan dengan sesebuah negara? Apakah Tanah suci itu bermakna tiada kekotoran maksiat dalamnya? Jadi jika begitu cara fikirnya iaitu tidak sanggup minum susu yang jatuh tahi cicak, maka apakah beliau tidak sanggup juga ke tanah haram atas sebab rumah pelacur dan keburukan-keburukan lain?

7. Beliau menyatakan dengan jelas, terdapat BANYAK rumah pelacuran ditanah haram. Dimanakah bukti banyak tersebut?

Kesimpulan saya untuk isu ini, saya tidak menafikan kebaikan beliau dan ada kritikan-kritikan dalam status beliau sebelum ini yang baik dan boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia tetapi TIDAK untuk status ini. Bahkan kami pernah berhubung sebelum ini untuk saya kongsi maklumat berkaitan Universiti Islam madinah kepada beliau TETAPI untuk isu ini saya anggap beliau tersasar jauh dan seperti yang saya sebutkan "BUKAN SEMUA PERKARA KITA KENA TAHU DAN BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU KITA KENA BERITAHU" - Jangan cuma jadi ahli untuk semua perkara! Contohilah akhlak lidah Imam Malik yang tidak malu untuk menjawab " Ana La Adri " saya tidak tahu walhal beliau adalah Imam Darul Hijrah!

Rasulullah saw bersabda:

من حسن اسلام المرء تركه ما لايعنيه
"Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buatnya" (HR Termizi)
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau DIAM" (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mukmin yang jauh dari hasad, dendam dan sukakan kebencian sesama muslim. Moga Allah pimpin terus hati kita untuk jadi 'agent' ISLAH dan sentiasa memberi nasihat demi Maslahat kepentingan kesatuan Umat Islam dengan cara yang betul. Saya bersedia berjumpa beliau untuk menyambung silaturrahim kerana kita masih ada banyak kerja untuk Islam dan Umat Islam kearah mengajak manusia kepada tauhid, akhlak dan Ilmu yang sahih. Wallahu'alama bissawab

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" ( Ali-Imran: 96)

Mohd Danial Madani,
Sabtu 26 September,
Jeddah KSA

'Budak Pointer 2.5 Lagi Baik Dari Budak Pointer 4.0'

$
0
0
Gambar kiri, 1LDKphotography

Aku pernah jumpa budak yang dapat pointer 3.9, tapi dia bengap nak mampus bila bercakap dan interview.  Tapi lagi ramai, yang aku jumpa, pointer 3.9 tapi power gila bila bercakap dan interview. Aku juga pernah jumpa budak dapat pointer 2.4, tapi power gila bila bercakap dan interview. Dan aku pernah jumpa ramai pointer 2.4, tapi bengap bila bercakap dan interview. 

Kau nampak tak? Kau dok sembang kata budak pointer tinggi ni failed bila berkata-kata, bukan sebab dia hanya pandai study-study dan study. Tapi memang sebab dia tak boleh nak bercakap lancar. Orang macam ni, kita kena hargai kepandaian di dalam akademik. Kita boleh letakkan dia dalam industri yang tak perlu banyak cakap, tapi lebih banyak kerja dan bersifat akademikal. 

Orang-orang macam ni, dia sangat pandai dan ada pemikiran akademik. Cuma, kurangnya dia tak boleh bercakap. Itu je. Kita memang perlukan orang yang macam ni. Janganlah kau blame dan judge diorang ni tak berguna langsung. Ingat senang ke nak dapat pointer tinggi macam tu? 

Diorang pergi kelas lagi awal daripada biasa, beb. Buat nota itu ini. Sanggup sacrifice tak pergi karoke dan layan vape semata-mata nak fokus dalam study dia. Dan ingat benda tu, dia buat suka-suka? Dia buat tu sebab tak nak bagi mak bapak yang support diorang dari kecik ni kecewa. 

Bila keluar ke alam sebenar, hadap interview, kena tendang, dan orang terus cakap, 

"Budak pointer 2.5 lagi baik daripada budak pointer 4.0."

Takkk takkk. Budak 2.5,ada kelebihan dan kelemahan dia. Budak 4.0 juga sama juga. Tapi dalam kau kata budak-budak pointer rendah ni pandai bercakap, memanglah diorang boleh bercakap. Sebab diorang memang pandai bercakap. Cuma, pointer dia kurang sikit dan dia ada kelemahan dari segi ilmu dan hafazan ilmu. 

Budak-budak macam ni, memang sesuai letak apa-apa bidang, cuma kena pantau juga sebab mungkin ada sedikit kelemahan dari sudut akademikal yang dia lemah. Sebab tu dia dapat 2.5. 

Kau jangan blame dan judge bebudak dapat 4.00 ni. Bukan senang dapat benda ni. Dan aku takde la larang korang nak kata budak 2.5 ni pandai. Cuma, jangan kata, budak 4.00 ni tak berguna. Diorang ada usaha beb. Bukan tak berusaha. Budak 2.5 pun ada usaha, tapi diorang still ada kelemahan yang budak 4.00 ni tak ada. 

Faham tak ni? Faham tak? 

Konklusinya, jangan blame orang yang dah berusaha terbaik dalam hidup dia. Jangan label seolah-olah budak 4.00 ni semua tak berguna. Dan jangan pulak anggap budak-budak 2.5 ni lebih baik. Dua-dua ada kelemahan dan kelebihan. Apa kata kita hargai kedua-duanya? - Murfawa

'Dia Tiba-Tiba Menjelir Lidah Menjilat Baki Darah Lembu Korban'

$
0
0

Malam ini berada di Hospital Kuala Terengganu. Temani emak melihat anak seorang pesakit di wad kecemasan. Ibunya trauma melihat anaknya berubah tiba-tiba menjelir lidah menjilat baki-baki darah lembu korban di rumahnya.

Saja abg Ipin ambil gambarnya dari belakang untuk tutup keaibannya.

Ingat balik kampung tidak mahu jadi tok bomoh tapi bila emak minta, diturutkan jua.

QISTINA AISHAH

Nama anaknya Qistina Aishah. Dia selalu memanggil anaknya Qistina. Qistina ialah nama yang sangat disukai Jin. Sudah sebati anaknya dengan panggilan Qistina. Jin boleh masuk dalam badan anaknya bila-bila masa kerana ibunya sentiasa memanggilnya Qistina. Allah swt uji dia hari ini dengan memasuki jasad anaknya dan menzahirkan lidah yang panjang untuk menghisap baki darah lembu sembelihan. Memanjat siling rumah terus terjatuh hampir hilang nafas dan dikejarkan ke hospital. Nasib baik doktor yang merawat memahami perubatan Islam, menyakini kewujudan makhluk ghaib ini.

SENYUM

Bila Ipin sampai doktor bertugas senyum. Lembut sahaja menegur, "Tuan Ipin cuti lama ke di kampung. Ipin senyum juga, "Balik sekejap sahaja hendak peluk cium emak,".

Pendekkan cerita, Ipin minta ibunya sendiri bacakan 3'Qul, 7 kali Fatihah dan ayat Qursi, diludah pada tapak tangan dan disapu pada wajah anaknya.

Panggilan ditukar kepada Aishah. Jika hendak panggil Qistina juga. Panggil sahaja Tina atau QistinaAishah terus.

Jin tidak akan dapat menguasai jasad lagi. Sapukan pati minyak gaharu herba. Alhamdulillah anaknya kembali pulih.

Pesan Ipin kepada ibu muda ini, bila anak kelihatan takut, bacakan al-fatihah dan hembuskan di wajah anak. Di dalam al-fatihah terkandung ubat dan pendinding yang paling baik.

Catatan Budak Kampung

Abang Ipin

'Aku Ada Anak Perempuan Kau, Nak Bayar Atau Tak?!'

$
0
0

Salam semua. Apa yang saya akan cerita dan kongsikan ini adalah untuk kebaikan kita bersama serta agar kita semua lebih berhati-hati. 

Pagi 23 September 2015, anak sulung saya dalam perjalanan dari Kota Damansara Kuala Lumpur ke Alor Setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah kerana tunangnya hendak pergi ke tandas.

Semasa menunggu di dalam kereta, datang sebuah kereta yang penumpang termasuk pemandunya seramai empat orang lelaki berbangsa India terus membuka pintu kereta dan menyuruh keluar atas alasan mahu menarik kereta.

Pada masa yang sama, mereka juga memaklumkan jika diberikan wang, mereka tidak akan menarik kereta itu. Namun, anak saya mahu menghubungi pihak bank terlebih dahulu untuk kepastian. Tetapi tindakan itu membangkitkan kemarahan mereka lalu mengugut anak saya.

"Nak mampus ka?! Saya nak settle sekarang! Kalau you nak call bank, saya akan tarik ini kereta juga!" katanya.

Kemudian, anak saya meminta izin untuk menghubungi saya untuk meminjam wang. Mereka membenarkan anak saya berbuat demikian. Lalu anak saya menjarakkan diri dari lelaki terbabit dan terus menghubungi pihak bank. 

Menurut pihak bank, tiada pembayaran tertunggak dan tiada arahan untuk menarik keretanya. Pihak bank menasihatkan agar anak saya segera menghubungi polis. Terkejut dan panik, anak saya terus menghubungi saya dan menangis ketakutan. 

Selepas menjelaskan apa yang terjadi pada saya, lelaki India itu terus merampas telefon dan menyuruh saya membayar mereka RM900 jika mahu masalah itu diselesaikan atas alasan jika mereka menarik kereta itu, pihak bank juga akan membayar mereka RM900. 

Bimbang dengan keselamatan anak dan tunang serta enggan perkara menjadi lebih buruk, maka saya bersetuju untuk membayar RM300. Malangnya lelaki itu tidak bersetuju dan mengugut saya sekali lagi.

"Anak perempuan awak ada dengan saya sekarang. Nak bayar atau tak?!" gertaknya.

"Beri saya 10 minit untuk saya pindahkan wang," balas saya dengan tenang.

Saya hubungi anak saya semula dan menyuruhnya menjauhkan diri daripada sekumpulan lelaki itu dan bersembunyi di dalam tandas. Pada masa yang sama, anak say menghubungi polis dan tunangnya menghubungi rakannya di sekitar Tapah.

Menyedari kehadiran polis peronda, keempat-empat lelaki India itu segera melarikan diri. Mereka juga sempat mengugut anak saya yang kononnya mereka akan mengikuti anak saya sampai dapat keretanya.

Anak saya dan tunangnya kemudian dibawa ke balai polis.

Menurut pihak polis, kes seperti ini kerap berlaku di Tapah dan kumpulan ini menyasarkan golongan muda, terutamanya pemandu perempuan. Dua hari yang lalu juga, seorang pemilik Proton Iswara juga diugut dan kerana takut, mangsa telah membayar wang itu kepada kumpulan terbabit.

Kawasan R & R Tapah ini adalah kawasan jenayah. Tadi kawan saya baru saja menghubungi saya yang beliau ternampak kereta suspek di R & R Behrang pada jam 3 pagi. Ketika ditemui, empat suspek berkenaan sedang mendengar lagu dengan kuat dan berada dalam keadaan mabuk.

AJM 1324, Perodua Alza berwarna purple. Tingkap kereta gelap 100%.

Modus operandi mereka di kawasan lebuh raya Tapah. Sila sebarkan kepada orang ramai agar mereka lebih berhati-hati. Sebelum ini saya hanya mendengar cerita sahaja. Tetapi kali ini, benar-benar terjadi pada anak saya sendiri. - Naz Adam

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Tak Gemar Tengok Staff Kerja Overtime'

$
0
0

Bismillah. Banyak kali saya mendengar rungutan staf-staf terutama diperingkat esekutif, di mana bos besar mahukan mereka bekerja lebih masa, supaya ianya menunjukkan kita benar-benar komited dengan kerja. 

Bagi sebahagian bos mereka suka staf yang balik kerja lewat malam dan menjadikan dirinya sebagai contoh, dengan balik kerja seawal 10 malam  atau pun 11 malam setiap hari.

Tidak semua kepimpinan melalui teladan dapat ditiru ataupun diikuti oleh staf yang menerima arahan. Ini kerana banyak aspek perlu diambil kira. Bos besar seperti CEO biasanya tidak merasa tertekan sewaktu berada di pejabat, berbanding staf biasa, kerana staf biasa kebanyakan masa menerima arahan, manakala bos secara 90% adalah memberi arahan. 

Saya pernah berada di kedua-dua jawatan itu, apabila menjadi staf, tahap tekanan kita banyak dari segi kita tidak boleh buat apa yang kita suka terutama pada waktu pejabat, manakala bos besar bebas.

Kebanyakan bos besar mempunyai anak-anak yang sudah dewasa sama ada sudah berdikari ataupun sudah tidak tinggal bersamanya lagi. Balik pukul berapa tidak memberi banyak erti kepada kehidupan keluarganya hanya ada isteri ataupun suami di rumah.

Bagi staf biasa, anak-anak yang masih kecil memerlukan banyak tumpuan dan juga kasih sayang, sewaktu pagi sehingga petang, mereka tidak dapat menunaikan sebahagian tanggungjawab sebagai ibu bapa kerana bekerja. Oleh itu, mereka mahu balik seawal yang mungkin bagi menguruskan hal rumah tangga dan juga anak-anak mereka, termasuk mendampingi dan berbicara dengan anak-anak.

Saya cukup suka dengan beberapa CEO, tempat lama saya bekerja dahulu kerana mereka sangat mementingkan waktu staf bersama keluarga mereka. Di pejabat saya dahulu sewaktu bertugas dengan Tuan Yim Choong Chow, saya tidak dibenarkan berada di pejabat walaupun 5 minit selewat waktu bekerja tamat. Bagi beliau itu tanda staf yang tidak berkualiti dan tidak cekap. Beliau juga sangat mementingkan waktu stafnya bersama keluarga masing-masing.

Lain kepimpinan, lain pula caranya. Saya secara peribadi tidak gemar apabila melihat staf terpaksa bekerja lebih masa kerana ianya secara peribadi membuatkan saya bersedih. Ini kerana mereka tidak dapat kebebasan di dalam kehidupan mengikut ajaran Islam yang saya pelajari. 

Beri ruang supaya staf kita dapat masak makanan malam ataupun pergi ke surau pada sebelah malam, bagi meningkatkan lagi prestasi ketakwaan kepada Allah. Rumah-rumah Allah itu menanti hambaNya datang bersolat berjemaah dan mengimarahkannya.

Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan. - SHAMSUDIN

'Aku Takde Job, Mak Bapak Bangsat Ko Nazak Ke Anjing?!' - Azwan Ali

$
0
0

Malang nasib seorang pengguna Instagram dimaki hamun oleh Azwan Ali, gara-gara salah faham yang tidak sepatutnya berlaku. 

Azwan Ali, melemparkan kata-kata kesat terhadap Siti Juha yang memberikan komen "jb xde ke?", sehingga membabitkan ibu bapa wanita berkenaan kerana menyangka wanita itu menyindirnya, "Job xde ke?".

Akibatnya, Azwan Ali melemparkan kata-kata kesat terhadap wanita itu dengan kasar dan biadab.

"Tak ada job kepala bapak ko sundal! Jawab aar k*mak anjing. If aku takde job, mak bapak bangsat ko nazak ke anjing? Betina busuk kepam neraka tersial! Ludah! Puii!" kata Azwan.

Terkejut, namun dengan tenang Siti Juha menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud seperti itu. 

"Maksud saya, JB (Johor Bahru) tak ada hantar ke? Bukan tak ada job," jelasnya.

Azwan Ali sewajarnya tidak melenting dan memahami maksud komen yang disampaikan oleh peminatnya. Ini bukan pertama kali Azwan Ali salah faham dengan comment peminatnya di laman sosial. Bawa-bawalah berubah. - THEHYPEMEDIA.COM

'Tudung Adijuma Lebih Penting Dari Anak' - Netizen

$
0
0

MELAKA - Gambar seorang kanak-kanak terbaring kebosanan di hadapan kedai Adijuma, tersebar di laman sosial dan dikritik oleh netizen.

Gambar yang dimuat naik oleh Shahrul Anuar di premis Adijuma di Mydin Mall Melaka itu menjadi bahan bualan netizen yang rata-rata mengkritik ibu kepada kanak-kanak terbabit.

"Tunggu mak beli tudung Adijuma. Kegilaan wanita bertudung sekarang sampai anak terbiar macam tu," katanya.

"Memang salah mak dia sebab sanggup menjadi bodoh nak bersesak beli tudung. Tak faham betul dengan perangai makcik-makcik atau kakak-kakak yang sanggup beratur nak beli tudung. Padahal berlambak kedai lain yang boleh beli dengan selesa. Konon nak eksklusif sangat, last-last jadi PPRT," kata Syam.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa perangai kanak-kanak memang seperti itu apabila mereka sudah bosan.

"Kadang-kadang, begitulah cara-cara mereka protes atau mungkin mereka penat sangat, saja-saja nak baring sebab budak-budak ini tiada perasaan malu sangat atau bersalah. Jadi, usahlah menyalahkan ibu budak itu 100% bila tengok budak-budak buat perangai seperti ini," kata Jan. - THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Bukan Bodoh! Saya Ada Disleksia!'

$
0
0

NAMA SAYA AINA, SAYA BUKAN BUDAK TAK PANDAI..SAYA CUMA ADA DYSLEXIA: 7 perkara tentang dyslexia.

Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah. 

Saya tak boleh beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tak dapat ikut. Saya tak sempat salin, jadi saya tak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tak tahu apa yang saya rasa. 

Saya takut dan tak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah. 

Sebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya ‘normal’. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai....saya cuma ada DYSLEXIA

___________________________________________________

1. Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata. 

2.Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya. 10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia. 

3. Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.

4. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini. 

5. Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian. 

6. Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti. Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pendekatan pelbagai pendekatan - seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.

7. Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain. - Dr Nizam

'JPO 'Ternak' Binatang Buas' - Pengadu

$
0
0

JOHOR - Seorang pengunjung Johor Premium Outlet (JPO) dipatuk ular di kawasan tempat letak kereta dan memaklumkan insiden itu kepada pihak pengurusan JPO, namun tidak diambil serius.

Dayang NorAzreen, meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusan JPO yang tidak memandang serius insiden itu.

"Memang seronok shopping di JPO tetapi ada satu insiden yang telah berlaku. Kawan aku dipatuk ular di kawasan itu dan kami pergi membuat laporan pada pihak pengurusan JPO. Malangnya, kami kecewa dengan tindakan pihak pengurusan JPO yang tidak mengambil serius tentang hal ini. Malah mereka juga turut mengakui bahawa mereka juga kerap melihat ular, siap cakap ular tedung lagi selain dari babi hutan pun turut pernah ditemui.

"Agak mengejutkan. Walaupun mereka melayan kami dengan baik, siap sapukan ubat dan plaster di kaki kawan aku dan hantar kami di luar tetapi aku rasa itu tidak mencukupi. Sepatutnya pihak pengurusan JPO kena ada rasa tanggungjawab. Sekurang-kurangnya bawalah kawan aku pergi ke hospital ke, bagi duit rawatan ke. 

"Kami memang agak blur dan panik pada masa itu. Jadi, kami ikut saja apa yang mereka katakan. Jadi, aku nasihatkan, siapa-siapa yang nak pergi ke JPO, berhati-hatilah  sebab banyak binatang buas dah diorang ternak di situ," katanya.


Menurut Dayang, mereka mahu memfailkan saman terhadap pengurusan JPO yang didakwa tidak mengutamakan keselamatan pengunjungnya. - THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Berjanji Dengan Allah, Takkan Beli Kek Dari Secret Recipe' - Abby Abadi

$
0
0

Baru-baru ini, Abby Abadi telah mengadakan sambutan hari lahir kedua-dua anaknya di Gua Musang, Kelantan. 

Difahamkan, majlis bermula pada jam 3 petang, namun Abby baru saja hendak membeli kek pada jam 12 tengah hari. 

Abby dan suami barunya, Jai, telah pergi ke premis Secret Recipe di Gua Musang untuk membeli kek. Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar tetapi seketika barulah Abby menyedari bahawa cawangan Secret Recipe itu diuruskan oleh orang bukan muslim. 

Malangnya, pesanan dan bayaran telah dilakukan menyebabkan Abby tiada pilihan melainkan terpaksa menerimanya. 

Ekoran itu, Abby memuat naik status di laman Instagramnya yang berjanji pada Allah tidak akan membeli kek di Secret Recipe lagi dengan alasan Secret Recipe tidak menepati ciri-ciri Islam serta mendakwa Secret Recipe menggunakan pekerja Islam untuk mengaburi pelanggan muslim.

Bagaimanapun, tindakan Abby itu menimbulkan rasa kurang senang followersnya yang menyatakan bahawa Secret Recipe telah mendapat status Halal dari JAKIM dan beranggapan tidak wajar Abby 'mengharam' apa yang sudah disahkan halal. 

"Saya berjanji pada Allah, pada diri sendiri dan pada suami yang saya tak nak dah beli Secret Recipe dekat Gua Musang. Sebab apa? Baca sampai habis ye.

"Salah sendiri. Last minute semua. Itulah Abby Abadi. Nak potong kek jam 3 petang, kil 12 tengah hari baru nak beli.

"Memula masuk kedai, saya terus order dua kek. Ramai juga orang pada waktu itu. Tetapi saya tertunduk-tunduk malu sebab saya memang pemalu. Segan nak pandang orang sebenarnya. Tengah menunggu kek ditulis nama anak-anak, baru perasan yang incharge kedai itu non muslim.

"Gundah gulana terus hati kita wak! Tertanya-tanya alamak siapa yang buat kek ini semua? Confident level tinggi memula sebab tengok yang jaga kaunter semua adik-adik melayu Islam (mereka bertudung, sebab itu saya tahu mereka Islam). Dup dap dup dap dah masa itu. Tetapi suami dah bayarkan juga sebab dah order. Rasa nak menangis tetapi tak apalah. Dah lepas pun. 

"Yang saya nak sampaikan di sini, lain kali nak makan kat mana-mana beringatlah ye. Non muslim tetapi halal? Banyak tempat dah macam ni. Jaga kaunter orang kita tetapi yang di dapur orang dia. Yang ni, buat kek yang sediakan bahan-bahannya siapa? Yang masak? Yang Islam pun lebih kurang je jaga halal/haram. Yang bukan Islam?

"Suka saya ingatkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat di sini, ustaz saya ada sampaikan yang kalau nak beli makanan, jangan beli pada orang kita yang tak taat perintah Allah sebab nanti makan, hati jadi hitam. Dah kalau orang kita pun boleh jadi begitu, yang non muslim? Usahakan jaga hak-hak Allah ye. 

"Yang rasa tiada masalah itu ini, teruskan ye. Saya sekadar mengingatkan sahaja. Maafkan saya," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Gadis 14 Tahun Dikurung & Dirogol Bergilir-gilir Selama 5 Hari

$
0
0

SEGAMAT - Selama 5 hari seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol oleh dua lelaki yang baru saja dikenali selama sebulan.

Mangsa yang berusia 14 tahun itu bagaimanapun berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat dengan keluargannya pada 25 September lalu.

Berdasarkan keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir adalah pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genaung selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.

Mangsa berjaya melarikan diri ke rumah keluarganya semasa suspek sedang tidur. 

Keluarga mangsa sebelum ini menyangka anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah namun tidak menyangka dia dikurung dan menjadi mangsa rogol.

Mangsa juga turut mendedahkan kedua-dua suspek berusia 22 dan 26 tahun mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudian ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, selepas laporan polis dibuat.

Siasatan awal mendapati, suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir agar mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.

Kedua-dua suspek juga tidak bekerja dan turut didapati positif dadah jenis Amphetamine. Suspek kini direman 7 hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - THEHYPEMEDIA.COM

Jemaah Iran Kurang Disiplin Punca Rempuhan Di Mina - Pegawai Iran

$
0
0

JEDDAH – Insiden rempuhan jemaah haji di Mina pada Khamis lalu adalah disebabkan oleh sekumpulan 300 jemaah Iran yang tidak berdisiplin, melawan arus di laluan pergerakan yang bertentangan, dedah pegawai Iran.

Lapor Arab News, pegawai Iran yang enggan didedahkan nama itu mengakui bahawa jemaah dari negera mereka yang menjadi punca kepada insiden berdarah itu.

Menurut siasatan pihak berkuasa Iran mengesahkan bahawa 300 jemaah Iran dilaporkan muncul secara tiba-tiba dari arah bertentangan di Jalan 203 yang menyebabkan insiden rempuhan itu berlaku mengakibatkan seramai 717 jemaah dari pelbagai negara terkorban.

“Kesalahan itu mula dikesan apabila kumpulan tersebut bergerak dari Muzdalifah terus menuju ke Jamarat, untuk lontar batu di tiang jamrah, padahal mereka sepatutnya pergi dulu ke khemah," katanya.

Terdahulu, Iran sebelum ini mendakwa pihak Kerajaan Arab gagal melaksanakan tugas mereka mengawal selia para jemaah haji yang menjadi punca insiden itu berlaku. - THEHYPEMEDIA.COM

Video & 5 Gambar Rompakan Kedai Emas Di Jalan Medan Kurau

$
0
0

PULAU PINANG - Sebuah kedai emas dirompak oleh empat orang lelaki dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.34 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, tiga suspek telah memasuki kedai emas tersebut dan meluru ke arah cermin pameran barang kemas dan terus memecahkan cermin menggunakan dua tukul besi serta mengambil barang-barang kemas. Sementara itu seorang lagi rakan mereka menunggu di motosikal bagi memerhatikan keadaan.

Suspek yang menunggu di luar kemudian melepaskan tembakan rambang ke udara sebelum ketiga-tiga rakannya keluar dan terus melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal.

Kejadian berlaku dalam masa dua minit sahaja. Kerugian yang dialami dianggarkan sebanyak RM600,000.  - THEHYPEMEDIA.COM




Gara-Gara Selimut

$
0
0

KOTA BHARU - Hanya kerana selimut, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bisu & pekak mendakwa dirinya dipukul menggunakan penyangkut baju plastik oleh bekas isteri di bahagian lengan dan bahu di rumah mereka di Bandar Baru Kubang Kerian pada 5 November 2014.

Mohd Bazely Mohamed Amin, 28, yang bisu dan pekak sejak lahir memberikan keterangan menggunakan bahasa isyarat di Mahkamah Majistret di sini menggunakan khidmat jurubahasa untuk menterjemahkan soalan dari pihak pendakwaan dan pembelaan serta jawapan yang diberikan oleh mangsa, semalam, lapor Harian Metro.

Bazely mendakwa, dia juga turut disembur dengan penyembur serangga oleh bekas isterinya, Noor Ashiqin Azmi, 25, sebelum pergi ke rumah ibunya di Bachok dan mengakui pergaduhan itu berlaku kerana isteri mahukan selimut.

Noor Ashiqin bagaimanapun tidak mengaku bersalah di atas tuduhan itu. Pasangan terbabit telah bercerai selepas dua bulan berkahwin.

Menurut Bazely, kejadian itu adalah pertama kali berlaku. Namun sebelum itu, Bazely mendakwa bekas isterinya itu sering menyembur penyembur serangga termasuk ketika dia sedang berada di dalam bilik air. 

Bazely juga menafikan yang dia pernah mengasari isterinya termasuk menolak tertuduh sehingga terjatuh sehingga menyebabkan wanita itu mengalami keguguran sebelum kejadian itu.

"Saya tidak pernah menolaknya. Setahu saya, dia tidak mengandung dan saya pun tidak tahu dia mengandung," katanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed bersambung 24 November depan. - THEHYPEMEDIA.COM
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live