Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Tolong Pulangkan RM3,000 Saya!'

$
0
0

Seorang wanita warga Malaysia, Sharmine, yang menetap dan bekerja di Korea mendakwa dirinya telah ditipu oleh dua wanita warga Malaysia yang melancong ke negara itu, sebanyak RM3,000. 

Niat asalnya datang ke sebuah guesthouse untuk membungkus makanan Bulgogi yang dipesan oleh majikannya. Kebetulan, terserempak dengan dua wanita terbabit iaitu Bazlin (pelancong) dan Aida (pemandu pelancong) yang ingin melihat guesthouse, lalu beliau membawa mereka melihat guesthouse tersebut. 

Malangnya, Bazlin terjatuh dan patah kaki. Lalu dia membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi mereka tidak mempunyai wang untuk membayar kos perubatan.

Berasa simpati dengan mereka, lalu dia menawarkan diri untuk mendahulukan wangnya dan mangsa bersetuju akan membayarnya semula apabila tiba di Malaysia. 

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak berbuat demikian atas alasan guesthouse akan lepas tangan. Berikutan itu, Sharmine bertindak menuntut semula wangnya sebanyak RM3,000, tetapi tidak dipedulikan.

Aida juga mendakwa Sharmine adalah kakitangan guesthouse tersebut menyebabkan mereka enggan membayar wang RM3,000 berkenaan.

Baca 'kronologi' yang dipetik dari Sharmine:

28 Ogos 2015, selepas maghrib.
Lokasi: Eid Guesthouse, Itaewon, Seoul, Korea

Baru balik, penat sangat daripada tour. Orang yang pernah bawa orang faham macam mana penatnya selepas kerja.

Singgah sebentar di Guesthouse sebab dipesan oleh boss saya untuk pack Bulgogi. Sampai di sana, ada dua perempuan Malaysia dan seorang lelaki Korea. Diorang nak tengok-tengok guesthouse macam mana. 


Bawalah jalan-jalan, tiba-tiba terdengar orang jatuh. Pergi tolong, selepas itu, tolong balut kaki dia. Dia kata dia tak mampu nak bergerak. Maka bawalah dia ke hospital.

Kos mahal nak mampus! Dia cakap dia tak ada duit. Tanpa berfikir panjang saya pun terus mendahulukan wang saya.

"Macam ini sajalah kak. Saya tolong akak, nanti akak bayar balik duit saya,". 



Setelah selesai semua perkara di hospital, aku temankan mereka sampai jam 12:00 pagi lebih. Sudahlah kena jadi penterjemah tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan. Kalau ikutkan, kos penterjemah bagi satu jam ialah 80,000 won (RM300). 

Dah bayar semua, dia berjanji akan bayar balik seminggu yang lalu setelah sampai ke Malaysia. Malangnya, sebelum balik Malaysia, dia dah mula buat hal.

Saya ajak dia jumpa polis Korea. Sampai di balai, polis Korea sendiri pun kata, perempuan yang bernama Aida ini dah bersalah. Tetapi masih nak melengahkan. 

Dia yang sepatutnya prepare for the insurance tetapi nak menyalahkan orang. 

"Saya tak akan bayar duit awak sebab nanti guesthouse akan lepas tangan," katanya. 

Pada masa itu aku dah tak tahu nak rasa apa. Aku tolong dia sebab dia sakit, sesama muslim, sesama Malaysian. Tetapi malangnya dibalas balik seperti ini. Hari ini dia buat hal lagi. Bila kita minta duit kita. 


Untuk ke 100,000 kalinya, aku memang tiada kaitan dengan guesthouse. Tak kiralah pertalian darah, hubungan perniagaan dan sebagainya.

Bazlin (pesakit yang patah kaki)
Aida (Tour guide a.k.a Toke Tour)

p/s: saya bukan anak orang kaya. Saya cari duit sendiri. Bagi pada ibu dan bapa, hantar pada adik-adik. Saya duduk seorang-seorang di Korea, tak ada keluarga. Kalau anda faham. 

Aida menyatakan mahu memfailkan saman malu terhadap Sharmine kerana memuat naik gambar, screenshot perbualan WeChat, serta nombor telefonnya. 

"Akak akan buat saman malu terhadap kamu dan kita akan bawa kes ini ke mahkamah sini. Dah melampau masuk Facebook.

"Kamu tahu kamu tak boleh claim dengan saya sebab bukan saya yang patah kaki. Saya akan buat laporan polis di sini atas sebab fitnah. Kamu tunggu. Jangan harap kami akan bayar. Kenapa takut nak bagi dokumen?

"Kamu telah menggunakan nama saya serta nama company saya dan ini serius matter saya akan bawa benda ini kehadapan. Kamu dah masukkan nama dan gambar saya. Kamu tunggu dan lihat," katanya melalui WhatsApp yang masih berkeras menyangka Sharmine adalah kakitangan guesthouse tersebut. 

"Jangan ingat kami orang Malaysia boleh ditipu. Nak bersubahat menipu orang Malaysia duduk guesthouse yang tak selamat.

"Akak maafkan kamu atas perbuatan kamu seikhlas hati walaupun kamu mengaibkan akak tetapi atas izin Allah jua," katanya yang membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharmine. 



Semoga masalah di antara dua pihak ini dapat menemui jalan penyelesaian dengan cara yang baik. Jika ternyata bersalah, usahlah malu mengaku salah. Pada pihak yang teraniaya, bersabarlah dan teruskan berusaha mendapatkan hak anda. InshaAllah Allah akan permudahkan segala urusan anda. - THEHYPEMEDIA.COM

'Sudahlah Patah Kaki, Kami Pula Dituduh Menipu?'

$
0
0

Susulan kes seorang wanita yang menetap di Korea mendakwa dirinya dianiaya oleh sebuah agensi pelancongan tempatan, kini pihak tertuduh pula tampil memberi kenyataan balas.

Iz Travel & Tours Sdn Bhd, pada 10 jam yang lalu mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Sharmine berkenaan dengan wang RM3,000. Agensi pelancongan itu juga mendakwa Sharmine bersubahat dengan pemilik Guest House untuk menipu mereka. 


"Saya ingin menyatakan perkara sebenarnya yang terjadi dengan nama Allah. Di Korea baru-baru ini, rasanya kami patut diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan orang ramai tidak sepatutnya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

"Kami berada di Guest House yang dinyatakan oleh Sharmine untuk melihat keadaan Guest House tersebut. Kami dibawa oleh pemilik Guest House dan apabila tiba di sana, Cik Sharmine selaku orang Malaysia yang ditugaskan membawa kami untuk melihat bilik-bilik tersebut. 

"Saya ada bertanyakan kepada Cik Sharmine, adakah dia seorang pelajar Malaysia? Dia menjawab 'tidak' namun mengatakan bahawa dia adalah rakan kongsi perniagaan tudung kepada pemilik Guest House itu.

"Setelah kami pergi melihat bilik, memang ada yang tidak kena kerana Guest House tersebut tidak sesuai diduduki oleh tetamu dari Malaysia kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. Lantai rumah pula dicat dengan minyak selain tangga juga tidak mempunya pemegang.

"Saya rasa sebagai travel agent, walaupun kita mahu yang murah tetapi janganlah mengabaikan soal keselamatan. Dengan kuasa Allah, seorang kakitangan saya jatuh tergelincir disebabkan dia gagal membezakan lantai dengan air yang terdapat pada selipar tersebut. Kami juga tidak menunding jari kepada sesiapa dan hanya menuntut permohonan maaf dari pemilik Guest House berkenaan.

"Tetapi, kami dipersalahkan sehingga anak lelaki kepada pemilik mengelar kakitangan saya 'babi' dalam bahasa inggeris.

"Mungkin atas dasar kasihan dan rasa bersalah cik Sharmine atas kebiadaban orang Korea itu, dia menawarkan bantuan dengan membawa kakitangan saya ke hospital dan berjanji akan membayar kos perubatan. Atas dasar simpati juga, saya mengatakan kami akan bayar semula semasa balik nanti.

"Tetapi pada keesokkan harinya, Cik Sharmine seperti kerasukkan melompat dan menjerit di hadapan hotel kami dengan membawa polis. Saya mengatakan kami bukan buat jenayah dan dia tidak perlu bertindak seperti itu. Sepatutnya kami diberikan peluang untuk bertemu dengan pemilik Guest House yang juga bapa angkat Cik Sharmine. Kami mahu mereka meminta maaf, bukannya terus menghina sampai digelar babi.

"Jadi, bila kami pulang, saya rasa tidak salah untuk kami buat aduan yang Guest House itu tidak selamat untuk backpackers Malaysia dan ingin menerus membuat bayaran pada Cik Sharmine. Namun kami memerlukan gambar nama hostel untuk membuat tuntutan insuran. 

"Memang mudah, berikan saja maklumat yang kami pinta tetapi Cik Sharmine telah memuat naik gambar-gambar dan tuduhan mengaibkan di laman Facebook. Dia juga tidak menceritakan apa hubungannya dengan pemilik Guest House berkenaan.

"Kenapa perlu menuduh kami menipu pelajar? Bagi kami nama Guest House tersebut dan alamat serta gambar tempat kejadian, semuanya akan selesai sebab saya berpegang pada kata-katanya yang mengakui dia adalah rakan niaga pemilik Guest House dan sebagai anak angkat.

"Saya terus mendesak segala dokumen diserahkan. Jadi terpulanglah kepada pembaca untuk menilai. Saya sudah pun maafkan dia dan berharap dia juga menceritakan perkara yang sebenar. Cik Sharmine sebagai orang business mesti faham. InshaAllah kami akan meneruskan perniagaan seperti biasa. Sekian."

Hajah Siti Aida Ashari
Managing Director Iz Travel

Amah Dipenjara 10 Bulan Kerana 'Mer0g0l' Anak Majikan

$
0
0

SINGAPURA - Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh mahkamah atas kesalahan mengadakan hubungan se-ks dengan seorang remaja lelaki berusia separuh dari usianya.

Wanita warga Indonesia yang berumur 28 tahun itu mengaku bersalah melakukan perbuatan keji itu pada 5 September lalu dengan anak majikannya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah yang tidak dapat didedahkan atas perintah mahkamah.

Mahkamah dimaklumkan, tertuduh memasuki Singapura pada akhir bulan Jun 2015 dan mula berkerja dengan untuk keluarga terbabit mulai 3 Julai.

Pada jam 7:00 malam, 5 September, remaja lelaki berkenaan berada di rumah dengan wanita itu serta seorang lagi rakan sekerjanya. Ibu bapa dan bapa saudara remaja itu telah keluar.

Difahamkan, remaja lelaki itu menunjukkan helah kad pada wanita terbabit, lalu dia dipeluk tetapi dia menolak tangan wanita itu.

Mangsa kemudian naik ke biliknya untuk menyimpan kad itu. Seminit kemudian, wanita itu pula datang ke biliknya. 

Ketika mangsa yang sedang duduk menghadap komputer, wanita itu datang dari belakang mencium pipi dan lehernya. Terkejut dengan tindakan wanita itu, remaja terbabit bangun dan cuba keluar dari bilik. 

Malangnya, belum sempat dia membuka pintu, wanita itu memeluknya dan mula menanggalkan pakaiannya. 

Disebabkan terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa tidak melawan tindakan wanita itu yang menanggalkan pakaiannya dan membawany ke katil dan mengadakan hubungan se-ks.

Apabila wanita itu terdengar bapa saudara mangsa sudah pulang, dia segera menghentikan perbuatannya itu.

Mangsa kemudian memberitahu bapanya tentang apa yang berlaku. 

Peguam yang mewakili mangsa, Timbalan Pendakwa Raya, Nicholas Lai, mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara terhadap tertuduh atas dakwaan pecah amanah. Tertuduh yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan juga didapati menghidap penyakit kelamin.

Menurut Nicholas lagi, tidak kira sama ada anak guamannya dijangkiti atau tidak, hakikatnya tertuduh telah meletakkan anak guamannya pada risiko kesihatan.

Tertuduh yang dihukum penjara bermula 7 September yang lalu dari tempoh mula ditahan, boleh dikenakan hukuman penjaran sehingga 10 tahun dan denda kerana membuat hubungan se-ks dengan individu di bawah umur 16 tahun. - THEHYPEMEDIA.COM

Kereta Lambat Dibaiki, Pelanggan Bakar Rumah Anak Tukiman

$
0
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun bersama dengan neneknya melecur teruk selepas rumah mereka terbakar, dipercayai dilempar dengan bahan mudah terbakar, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 8:30 malam itu, Noridah Omar, 59, sedang menjaga cucunya, Nazerah Mohamad Haikal, sementara menunggu ibu bapanya pulang ke rumah di Kempas Baru.

Mohamad Haikal Tukiman, 32, mengesyaki kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat seseorang berdasarkan penemuan molotov koktel di tempat kejadian.

"Saya mengesyaki ini ada kaitan dengan seorang pelanggan saya yang baru-baru ini tidak berpuas hati keretanya masih belum siap dibaiki di bengkel milik saya sejak Julai lalu.

"Saya memang tiada musuh tetapi ada seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dan menuduh saya sengaja melambat-lambatkan kerja pembaikan keretanya. Saya rasa lelaki itu ada kaitan dengan kebakaran yang terjadi ini," katanya semalam kepada wartawan Harian Metro.

Dedahnya lagi, pelanggan itu pernah memberitahu yang dia akan membakar keretanya sekiranya kereta lelaki itu masih belum siap dibaiki menjelang akhir September ini.

Isterinya, Norainnizah Mohamad, 25, bergegas pulang dari tempat kerja selepas menerima panggilan telefon berhubung kejadian yang menimpa anak perempuan dan ibu mertuanya. 

“Saya terus ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan apabila tiba di unit rawatan rapi (ICU), anak  saya  diberi ubat pelali,” katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Jururawat Hentikan Sesi Fotografi Demi Menyelamatkan Nyawa Lelaki Lemas

$
0
0

CHINA - Seorang jururawat yang sedang menghadiri sesi fotografi  pra-perkahwinan berlatar belakangkan pantai, terpaksa menangguhkan seketika sesi fotografinya itu bagi menyelamatkan seorang lelaki yang lemas di pantai itu.

Tanpa ragu-ragu, bakal pengantin itu bergegas mendapatkan mangsa dan mula melakukan bantuan penafasan CPR untuk menyelamatkannya.

Guo Yuanyuan, jururawat di Hospital Dalian, sedang menghadiri sesi fotografi pra perkahwinannya, ternampak seorang lelaki lemas di pantai. 

Difahamkan, lelaki itu mengalami serangan jantung secara tiba-tiba ketika sedang mandi laut.


Guo terus berlari mendapatkan mangsa dan melakukan CPR terhadapnya sementara menunggu pihak paramedik dan ambulan yang tiba 20 minit kemudian. 

Walau bagaimanapun, Guo mahupun doktor tidak dapat menyelamatkan mangsa yang sudah meninggal dunia. 

Meskipun cubaan menyelamatkan mangsa adalah sia-sia, tindakan jururawat itu menjadi bualan hangat di media sosial negara itu dan diberikan gelaran 'Pengantin Paling Baik'. - THEHYPEMEDIA.COM

Tindakan Zalim Polis Ini Dikecam Netizen

$
0
0

INDIA - Nama lelaki warga emas ini, Kishan Kumar, berusia 65 tahun. Dia membuat perkhidmatan menaip dalam bahasa Hindi selama 35 tahun di luar Pejabat Pos, Lucknow, India. 

Saban hari, dia menghabiskan masa selama 10 jam dengan mesin taipnya yang bernilai Rs5,000. Pendapatan seharinya pula, Rs50. 

Suatu hari, mesin taip yang selama ini menyumbang kepada pendapatan hariannya itu ditendang dan dirosakkan oleh seorang anggota polis yang zalim. Tindakan itu kerana tidak mahu melihat Krishnan berada di kawasan itu.

Selepas mesin taipnya dicampak, Krishnan mengutip semula bahagian-bahagian mesin taip yang terburai serta cuba menyambungkan kembali. Dia juga merayu kepada anggota terbabit agar tidak berbuat demikian. Malangnya polis itu melemprkan kata-kata kesat terhadap Krishnan.


Polis terbabit sekali lagi merampas mesin taip itu dari tangan Krishnan dan mencampaknya ke atas jalan sehingga terburai secara total. 

Tindakan biadab lelaki itu membuatkan Krishnan kecewa dan kesal. Dia sekali lagi mengutip kembali serpihan-serpihan mesin taipnya.



Lelaki tua itu mengutip satu persatu serpihan mesin taipnya sambil menangis dan cuba menyambung/membaikinya agar dapat digunakan semula. Tetapi, kerosakkan mesin taip itu agak teruk.

"Sudah 35 tahun saya buat kerja ini. Saya telah melihat dunia dan perubahannya. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya berubah. Bahasa Hindi kini tidak lagi diperlukan untuk negara seperti mesin taip yang lama ini," katanya dengan air mata membasahi pipi dan memandang mesin taip yang sudah rosak dijahanamkan oleh anggota polis terbabit.

Gambar insiden kezaliman anggota polis terbabit viral di laman sosial, dan dikecam hebat oleh netizen di media sosial negara itu.

Akibatnya, anggota polis itu telah dipecat serta merta setelah pihak lembaga disiplin menjalankan siasatan berhubung kes itu.


Krishnan Kumar juga telah diberikan mesin taip baru bagi menggantikan mesin taip yang telah dirosakkan. Dan ianya diserahkan kepada Krishnan sendiri oleh Ketua Polis negeri Uttar. - THEHYPEMEDIA.COM

'Kun Faya Kun, Allah Nak Tunjuk Isteri Aku Curang'

$
0
0

Salam semua. Semalam terbaca kisah suami yang ada isteri curang tapi sayang nak cerai. Bro, kisah kita sama tapi jalan cerita lain. Kat sini, aku share sikit pasal hidup aku. Bismillah...

Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi. Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa? Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai. Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.

Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah...

Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.

Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung.. nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib diorang.

Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah. Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku.. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku 'caring' macam tu. Sayang rupenye... Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.

Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat. Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.

Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku. Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.

Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia "Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!" Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan. Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.. Mak aku kata "memang lah balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. " Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.

Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya "Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je.." Aku diam kan je.

Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kt petronas...

Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula... macam biasa keluar sama2. Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.

Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau. Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segala nya. Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.

Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).

Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.

Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan... tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.

Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.

Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan.

Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda... Assalamualaikum. - KISAH RUMAH TANGGA

Harga Rumah Semakin Mahal, Lelaki Ini Nekad Buat Rumah Kontena

$
0
0

9 bulan lalu saya berangan mahukan motor besar, sebab nak bergaya sedangkan saya masih menyewa. Saya baca sana-sini orang mengeluh rumah mahal. Saya termasuk dalam golongan tersebut dan memikirkan apalah nasib kita zaman sekarang, sungguh hebat cabarannya untuk hidup selesa. Kerajaan perlu lebih kuat berusaha. Tunaikan janji mereka dan kita juga mesti berusaha.

Permohonan saya untuk beli motor diluluskan, tapi saya tidak sain dulu, saya fikir lagi dalam-dalam, betul ke apa yang aku nak buat ni? Sebab dah ada komitmen kereta Perodua Viva sebiji. Jadinya saya buka laman web iklan percuma, saya cari, apa yang saya boleh dapat dengan RM30 ribu selain motorsikal yang saya idamkan.

Tanah. Ya sebuah tanah lot diiklankan di laman web tersebut. Memikirkan kos sewa di Shah Alam sebanyak RM500 sebilik, selama 5 tahun saya akan rugi RM18 ribu. Habuk saya dapat, property tiada. Motor bukan pilihan saya akhirnya. Saya batalkan loan tersebut.

Saya nekad membeli tanah lot tersebut, berkeluasan 2400 kaki persegi, bumiputera & freehold. Bukaan 80 kali 30 kaki, lokasinya di Teluk Panglima Garang, 25KM dari Shah Alam tempat saya bekerja ketika itu.

Beli tanah nak tinggal mana? Komitmen dah bertambah ni, bukan sikit bayar bulanan pinjaman peribadi selama 5 tahun, saya pinjam RM75 ribu personal loan untuk dibayar selama 5 tahun, beserta kereta, anda boleh bayangkan bertapa sengsaranya ketika itu untuk membayar bulanan. Tapi saya gagahkan. Komitmen sebulan kini RM1800 tak termasuk lain-lain benda nak dibeli dan dibayar. Gaji ketika tu RM3500, tolak EPF tinggallah beberapa sahaja.

Hasilnya, selepas saya melakar dan membuat research di Internet, saya tekad untuk membina rumah dari unit Kontena terpakai. Ya kontena buruk yang dibuang syarikat-syarikat logistik yang tak layak naik kapal lagi. Saya belanjakan RM35 ribu lagi untuk semua urusan pembinaannya.

Sebiji kontena 20 kaki (1 TEU) saya beli dan potong, saya tambah tingkap, pintu, exhaust fan, cat antikarat luar dan dalam serta pasang lantai getah vinyl. Saya panggil abang saya, “Wan, tolong aku buat rumah”. “Ok dik abang tolong ko belilah barang, upah bayar kemudian”. Lega saya mendengar, mak ayah saya time tu belum tahu sepenuhnya pelan saya, mereka cuma tahu saya beli tanah. Kemudian terpaksa, saya ceritakan kepada mereka, mereka senyum dan bersetuju. Anak mereka sorang ni memang mereka tahu istimewa. hehe.

Seminggu pertama, saya ratakan tanah, bersihkan semua semak-samun, korek lubang untuk tangki septik, saya tempah 15 lori simen terpakai (pasir kotor) saya ratakan sebagai alas konkrit 1 kaki. Sementara menunggu kering, saya berulang dari Shah Alam ke Banting untuk pastikan kontena saya siap sebab masa adalah amat terhad, dan semuanya adalah kos yang saya tak mampu nak hadap lama-lama, sebab hari berjalan, upah juga berjalan.

Penghujung September 2014 adalah tarikh akhir kontrak sewaan rumah saya di Spira Alam Impian Shah Alam, saya boleh kata homeless pada tarikh itu. Kontena masih belum siap!

Arghhhhh!!!, stress, mana nak tidur? Saya tekan lagi mereka supaya segerakan proses mengimpal dan cat, akhirnya pada tanggal 31 Oktober, kontena tersebut dipindahkan menggunakan sebuah lori Side Loader walaupun belum siap, cat belum kering sepenuhnya, lantai vinyl belum lekat, tandas belum ada, api air? Jangan cerita. Tidur tak cukup, makan tak lena selama 2 minggu sebelum kontrak sewa tamat

Mujur lokasi tanah dibeli berhampiran dengan jiran yang benar-benar ambil berat. Acok dan isteri memberi saya sumber air selama sebulan, beserta api. Ayah dan mak naik lori datang dari Johor bawa barang-barang peribadi saya yang lain. Hari itu hari yang betul-betul menyentuh hati saya. Nak rumah sendiri sangat kan? Hah mendapat dah rumah dan rumah ni bukan sebarangan rumah dan keluarga saya sokong sepenuhnya buat saya bertambah terharu.

Tong air, kerusi tandas duduk terpakai, wayar-wayar lama, zink, simen lebihan, papan semua ayah saya bawa naik lori. Abang saya dengan beberapa pekerja juga mula membantu, mereka memulakan dengan pembinaan tapak bilik air dan dapur. Ketika itu rumah masih 1 tingkat, tingkat atas belum dibina, air pun masih pinjam jiran, permohonan air dan elektrik saya hantar kepada Syabas dan TNB pada hari kedua.

Sebulan menunggu, akhirnya diluluskan. Bukan mudah tapi tidak mustahil. Ikut aturan dan prosedur mereka. TNB mensyaratkan pendawaian lengkap oleh individu bertauliah dan mestilah menutup box meter supaya renjatan tidak berlaku, begitu juga sambungan pembumi. Syabas pasang meter seminggu selepas itu. Maka terputuslah pergantungan saya kepada jiran saya yang baik hati. Sepanjang sebulan saya tidur di sana dengan rumah yang bertutupkan kanvas, tidur di atas lantai sorang-sorang tiada siapa yang tahu. Yang tahu viral sahaja masuk Astro Awani dan surat khabar Kosmo dan lain-lain.

Panas? Memang panas pada awalnya, tapi setelah saya siapkan tingkat kedua berbumbung, suhu turun mendadak, dan saya pasangkan pendingin hawa 1.5HP untuk lebih keselesaan. Perlahan-lahan saya tambah baik rumah ini. Kawan-kawan dari jauh datang bantu, sayunya ketika itu. Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan saya, hanya Allah dapat membalas jasa baikmu wahai kawan-kawanku.

Duit sudah habis, rumah tak juga siap, nasib baik bonus masuk pada awal Januari, saya gagahkan belanjakan duit itu untuk bayar upah tertunggak dan perkemas lagi keadaan di dalam rumah, saya buat kebun di halaman rumah, saya tanam sebolehnya apa yang boleh dimakan.
Ubi kayu? Ada. Kiranya semua yang kontang ada ditanam sekeliling rumah. Kacang, bendi, cili, keledek kolam ikan pun saya buat. Orang tak nampak susah kita, tapi saya teruskan jua. Itu sahaja cara saya boleh berjimat. GST pun nak bermula, kos hidup pasti meningkat.

Kini saya sudah boleh kata selesa, saya sudah ada rumah sendiri, sempit atau nak tambah ruang? Bila-bila masa saya boleh tambah. Beli kontena lagi, tenggek atas kontena sedia ada. Kita pun kalau dah kawin, belum tentu buat anak tiap-tiap tahun bukan? Jadi dengan ruang terhad yang ada sekarang, saya gunakan sepenuhnya, itupun ada kalanya saya tak naik tingkat atas dekat seminggu. Sebab semuanya ada di tingkat bawah, cepat dicapai, mudah disedia, mudah dikemas. Kawan-kawan dan jiran tetangga datang, mereka lepak di ruang atas menonton TV di atas.

16 orang ahli keluarga saya datang menginap, tiada masalah. Ok jer. Tapi saya tak faham dengan haters-haters di luar sana. Mereka mengkritik keras apa yang saya bina. Ini rumah saya. Saya tidak meminta sesiapa, yang susah saya yang senang saya. Rumah kecil bagi saya is a place to live big. Big houses bukan idaman saya. Anda diluar sana, kalau terdetik nak memiliki rumah, belilah kalau mampu. Sewa lah jika perlu. Rumah RM250 ribu besar itu sahaja, lama-lama buruk juga. Nak modify dah reput, kontena, anytime saya boleh upgrade, silap aribulan 10 tingkat saya buat, saya sewakan 8 tingkat untuk haters-haters di luar sana. Untuk bergaya biar kena pada cara.

Jika diikutkan, saya tidak akan membeli rumah dengan hutang selama 30 tahun, bersesak berebut parking atau duduk diapartment yang rata-rata pentingkan diri dan masalah sampah, lift saban hari. Biarlah saya susah bayar sekarang. Senang kemudian. Saya masih bujang dan masih muda, bagi saya masih banyak boleh saya lakukan ketika sihat dan tidak mengapa hidup susah ketika ini. Saya ada semua yang saya impikan, dan saya akan teruskan sebuah lagi impian, mengubah MPV yang baru saya beli kepada Karavan. Rezeki juga amat misteri, akhirnya saya mampu dapat motorsikal yang saya idamkan selepas 7 bulan rumah dibina.

Pada anda di luar sana, saya bukanlah orang kaya mana. Anak felda je. Mak ayah saya dulu buat rumah sendiri juga. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? Saya pun bekerja, sibuk juga, boleh sahaja uruskan masa untuk menyiapkan semuanya. Untuk tambahan, saya juga menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan, saya buat Freelance Web Designing sebagai income tambahan, saya bela ayam kampung dengan kawan-kawan, saya tanam pokok stevia dan lain-lain asalkan halal jadi duit. Anda patut mencuba, seronok, ternyata berbaloi mencubanya. Siapa kita nak salahkan kalau duit tak cukup? Kerajaan atau kita sendiri tidak berikhtiar?

Saya Muhamad Azree Abd Rahim, berumur 26 tahun dan ini kisah hidup saya yang baru ingin bermula…

In life, you need either strong courage or good family and friends or simply just having them all





































Fakta
Tanah : RM35,000
Keluasan: 80 X 30 kaki = 2400 kaki persegi
Pembinaan rumah kontena dan tingkat tambahan serta lain-lain kos tersembunyi: RM 50,000.

Jumlah RM85,000.
Pinjaman peribadi 5 tahun : RM75 ribu
RM10,000 dari duit bonus bekerja
Kelengkapan rumah: Alhamdulillah semua ada, Aircond, astro internet semua ada.

Bagaimana anda boleh juga bermula? Layari www.rumahkontena.com untuk membaca kisah saya dan ketahui caranya.

Link penuh galeri gambar projek rumah kontena: http://muhamadazree.imgur.com/
@ www.rumahkontena.com atau FB & instagram @rumahkontena

Facebook: Muhamad Azree

Hasrat Lakukan Ibadah Korban Tidak Kesampaian, Suami Isteri Maut

$
0
0

PUTRAJAYA - Hajat pasangan suami isteri yang mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung, tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai, pagi Rabu.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi semalam, kenderaan Proton Exora yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan. Tiga orang anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa, Nordin Mohd Tahir, dan isterinya, Hasnah Ishak, masing-masing berumur 47 tahun, maut di tempat kejadian.

Anak-anak mangsa yang cedera dikenali sebagai Alif Asyraf, 21, dan Nur Adriana Athirah, 18, masing-masing mengalami cedera ringan manakala Alif Amirul Aiman, 15, mengalami cedera parah sementara Nur Aina Aqila, 11, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan selepas tayar belakang kenderaan yang dipandu di lorong tengah pecah dan merempuh besi pembahagi jalan.



Besi pembahagi jalan tembus ke dalam kenderaan itu dan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian. Semasa kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Kuala Pilah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala tiga yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Abang ipar Nordin, Zainal Abidin Jamal, 55, berkata mereka sudah berjanji untuk melaksanakan ibadah korban di kampung halaman pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

"Kami sekeluarga amat rapat dengan keluarga arwah. Salah seorang anaknya pernah tinggal dengan kami sebelum ini. Kehilangan mereka memang amat dirasai," katanya.

Keempat-empat anak pasangan itu masih trauma dengan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa mereka.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - ASTRO AWANI

Netizen Kecoh, Temui Hantu Penanggal Makan Bayi

$
0
0

MIRI - Beberapa hari yang lalu, warga Miri digemparkan dengan penemuan Hantu Penanggal yang berjaya ditangkap oleh orang kampung. 

Norzley Ziey yang berkongsikan gambar dari Mohammad Rizal Razali itu mendakwa, Hantu Penanggal itu ditemui di sekitar kawasan Permyjaya dan Kampung Tudan. 

"Awas! Di Miri sekarang ada hantu penanggal. Harap ibu-ibu yang sedang mengandung dan telah bersalin berhati-hati dan banyakkan membaca surah-surah. Jangan keluar malam-malam. Gambar yang saya post ini memang wujud. Hantu Penanggal ini ditangkap di Permyjaya bersama dengan seorang bayi yang menjadi makanannya. Kasihan bayi itu," kata Nozley Ziey. 

Gambar-gambar yang dimuat naik pada 22 September itu mendapat 226 shares di laman Facebook.

Malangnya, dua gambar yang dimuat naik itu sebenarnya adalah gambar dari filem Penanggal, arahan Ellie Suriaty, yang ditayangkan pada tahun 2013. 

Individu yang menyebarkan gambar-gambar berkenaan berniat menimbul rasa takut warga Miri. Ditambah pula dengan golongan netizen yang cepat mempercayai sesebuah berita tanpa melakukan pencarian terlebih dahulu.


Golongan yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada adalah berniat suka-suka atau inginkan perhatian dari orang ramai. Sehingga tidak menyedari apa yang dilakukan itu boleh mencetuskan kebimbangan rakyat setempat. - THEHYPEMEDIA.COM

'Sorry, Awak Tak Layak Jadi PA Saya'

$
0
0

Saya ada perkara yang ingin dikongsikan. Tiada niat mahu mengaibkan diri ataupun orang lain. Tetapi boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada yang lain terutamanya golongan wanita yang sedang mencari kerja.

Maghrib, jam 7.39 malam, saya menerima panggilan temuduga. Setiap kali ada panggilan temuduga, saya sangat teruja dan memberikan respon yang positif.

Seorang lelaki muda berbangsa Cina, mencari Exclusive PA Cum Admin. Menurutnya, dia ada menerima resume saya tetapi tiada gambar disertakan. 

Pelik, selalunya bila saya hantar resume dalam format pdf, mustahil tiada gambar. Saya kemudian menawar diri untuk menghantar resume sekali lagi dan meminta alamat e-melnya. 

Saya sertakan salinan perbualan kami dan anda nilaikanlah sendiri.




Saya mungkin lurus bendul dan tidak faham dengan niat dia kerana mungkin saya terlalu fokus mencari kerja. Saya juga menyangkakan soalan-soalan yang diajukan itu adalah soalan temuduga untuk jawatan PA.

Mujur ada rakan yang menasihatkan saya agar tidak terperangkap dan cuba mendapatkan maklumat individu ini. Malangnya, saya gagal mendapat sebarang maklumat mengenai dirinya sampai ke  sudah. Ekoran itu, saya terus menyekat nombornya.

Saya bukanlah terlalu terdesak untuk mencari pekerjaan. Saya harap anda tidak salah faham dengan perkongsian ini. - Pengadu


Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Tentera Israel Tembak Mati Gadis Palestin Kerana Enggan Buka Niqab

$
0
0

HEBRON - Gara-gara ingkar arahan untuk menunjukkan wajah di sebalik niqab, tas tangan dan didakwa cuba melakukan serangan, seorang gadis Palestin mati ditembak oleh sekumpulan tentera Israel.

Dalam kejadian yang berlaku berhampiran pintu masuk ke Shuhada Street pada Selesa lalu, Hadil Hashlamoun, 18, ditembak dengan 10 tembakan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF), meninggal dunia di sebuah hospital ketika mendapatkan rawatan berikutan kecederaan teruk dan pendarahan yang banyak selama 30 minit sebelum dibenarkan diberi bantuan oleh tentera Israel laknatullah

Difahamkan, Tentera IDF tidak membenarkan anggota paramedik menghampiri dan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang didakwa cuba menikam salah seorang tentera Israel.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak tepat kerana gambar yang dimuat naik ke laman web tidak menunjukkan mangsa cuba melakukan serangan.

Lapor Maan News Agency, Hadil mengalami kecederaan yang agak parah dan menjalani pembedahan sejurus tiba di hospital berkenaan. Tiga pembedahan telah dijalankan ke atas mangsa, Sebahagian ususnya terpaksa dikeluarkan. Malangnya, peluru di dada telah membunuh mangsa.

Menurut kumpulan Youth Against Settlement (YAS), IDF sengaja mereka cerita bagi menutup kejadian sebenar. 

Salah seorang ahli kumpulan YAS mendedahkan, mangsa tidak membuat sebarang percubaan untuk menikam tentera Isarel. Namun tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa ditembak kerana mengingkari arahan untuk membuka niqabnya. - THEHYPEMEDIA.COM

310 Jemaah Haji Maut Dalam Rempuhan Di Mina

$
0
0

DUBAI - Lebih kurang 310 jemaah haji maut, manakala 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpisak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Jalan 204, di jalan raya antara penempatan para jemaah, di bahagian timur 5 kilometer dari Mekah, ketika ratusan ribu jemaah sedang giat mengerjkan ibadat melontar jamrah sebagai acara utama haji.

Video selepas kejadian rempuhan di Mina
Video selepas kejadian rempuhan di Mina. Berita selanjutnya - http://goo.gl/OMhLCe
Posted by My Media Hub on Thursday, September 24, 2015
Gambar-gambar yang disiarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam di laman Twitter menunjukkan ramai jemaah yang terbaring di atas pengusung. Kelihatan petugas-petugas kecemasan sedang sibuk mengangkat mangsa masuk ke dalam ambulan.

Usaha menyelamatkan sedang giat dijalankan dan laluan alternatif juga disediakan untuk para jemaah yang lain bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dipercepatkan.

Punca kejadian itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan terkini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraff Wajdi Dusuki berkata, sehingga kini masih belum ada laporan jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu. 

Bagaimanapun, pihak Tabung Haji (TH) sedang menjalankan operasi mengesan para jemaah haji Malaysia. 

"Setakat ini tiada lagi mangsa tetapi masih belum dapat disahkan secara rasmi. Kejadian baru saja berlaku. 

"Kejadian bukan berlaku di tempat melontar jamrah tetapi di laluan pejalan kaki antara khemah yang didirikan di sini," katanya dari Makkah. . - THEHYPEMEDIA.COM

3 Ibu Bergabung Tenaga Curi Smartphone

$
0
0

Telefon bimbit saya baru saja dicuri semasa saya sedang mengeluarkan wang di ATM RHB, pasar raya Giant, Padawan, Kuching, semalam. 

Saya telah membuat laporan polis dan melihat rakaman CCTV di mana kejadian itu berlaku pada jam 6.25 petang.

Memang sah telefon bimbit jenis Samsung J7 milik saya dicuri oleh seorang wanita yang mengendong anak kecilnya dengan dua wanita yang turut mengendong anak kecil masing-masing.








Saya percaya mereka bertiga telah merancang untuk melakukan perbuatan itu atau mungkin sindiket. 

Malangnya, saya tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menyampaikan kejadian ini kepada anda agar berhati-hati di masa akan datang terutamanya golongan wanita yang membawa beg tangan. -  Pengadu

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Kematian Jemaah Haji Angkara Kerakusan Arab Saudi?

$
0
0

SETIAP kali bila berlakunya kematian melibatkan jemaah haji, ada kecenderungan di kalangan umat Islam untuk menyalahkan kerajaan Arab Saudi. Sama ada kita sedar atau tidak, inilah yang PALING DINANTI-NANTIKAN pihak Barat terutama media mereka yang mahu umat Islam berbalah sama sendiri dan menyalahkan sama sendiri, dan mereka hanya perlu duduk di atas kerusi empuk bertepuk tangan.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Arab Saudi, Raja Salman Abdelaziz telah berusaha sehabis kudrat mengarahkan setiap jentera pentadbirannya melakukan apa saja termasuk membelanjakan wang hasil minyak berjumlah berbillion Riyal untuk memastikan kita para jemaah selesa menunaikan ibadah haji dan umrah di kota suci ini.

Proses pembinaan dan pembesaran Masjidil Haram, Masjidil Nabawi, tempat wukuf, tempat melontar, keretapi laju, airport dan berbagai lagi dibuat bukan untuk pelancong, bukan untuk masuk dalam rekod Guiness tetapi untuk kita yang bernama tetamu Allah ini.

Sejumlah besar arkitek, jurutera, dan tenaga kerja beragama Islam dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia dihimpunkan untuk memerah idea dan kudrat demi memastikan keselesaan kita untuk beribadah. Kalau yang pernah ke sana lebih dari sekali, bandingkan kali terakhir anda menjejak kaki ke Mekah dan Madinah berbanding yang terkini.

Saya Alhamdulillah diberikan peluang menunaikan umrah sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun, itu pun sudah cukup untuk saya melihat perbezaan yang cukup ketara di bumi haramain ini.

Namun sudah pasti TIDAK ADA YANG SEMPURNA, Raja Salman manusia, jurutera juga manusia, arkitek juga manusia. Pasti dalam tempoh itu ada kekurangan dan kecatatan di mana-mana tetapi yang penting kerajaan Arab Saudi tidak pernah berputus asa memberi yang terbaik dan memperbaiki kesilapan mereka termasuk meluluskan juga permohonan negara-negara di seluruh dunia yang mahu hingga sampai ke tahap macam MEMAKSA kerajaan Arab Saudi memberi lebih banyak visa tambahan untuk jemaah mereka menunaikan umrah/ haji.

Akhir sekali, daripada menyalahkan Raja Salman dan pentadbirannya, cuba tanya diri kita sendiri...sejauh mana kita mematuhi peraturan, mengawal diri dan berdisiplin ketika menjalankan ibadah ini. Dalam keghairan kita hendak mendapat pengampunan dan keredhaan Allah, dalam keterujaan kita hendak mendapat syurga yang dijanjikan itu, sejauh mana sikap dan tingkah laku kita dalam menunaikan rukun Islam tersebut.

Dalam solat lagi sudah diterapkan disiplin. Ada niatnya, ada takbiratul ihramnya, ada rukuknya, ada sujudnya. Kita tak boleh mendahului sesuatu yang dikemudiankan, atau kemudiankan sesuatu yang diawalkan. Apa bezanya disiplin ketika berada di tanah suci ini?

Arab Saudi mampu menyediakan satu platform yang terhebat di muka bumi ini kerana mereka punya wang, mereka mampu membeli peralatan yang canggih serta mampu menggajikan sumber manusia yang terbaik - tetapi akhir sekali semuanya terserah pada kita.

Wallahualam


Terima Gaji RM10 Sebulan Masih Wujud Di Sabah

$
0
0

Baru-baru ini, saya telah singgah ke sebuah hospital di pekan Ranau, Sabah sekitar jam 2.00 pagi untuk menemani sahabat saya yang sakit akibat keracunan makanan. Sambil menanti rakan saya yang sedang menerima rawatan di bahagian kecemasan hospital tersebut, mata saya tiba-tiba tertumpu kepada seorang lelaki yang berumur sekitar 30-an duduk di hadapan wad kecemasan dengan wajah yang sangat lesu dan lemah. Lantas, saya mengambil keputusan untuk menyapa lelaki tersebut dan berborak bersama beliau.

Lelaki itu bernama yunting dan berasal daripada sinuran (sebuah kawasan pendalaman di Ranau). Beliau datang ke hospital kerana terpaksa menghantar anak beliau yang demam panas ketika itu. Perjalanan dari pendalaman Sinuran ke pekan Ranau memakan masa satu hari (24 jam) walaupun jaraknya hanya sekitar 70 km sahaja.

Menurut abang yunting, beliau terpaksa menaiki bot dan berjalan kaki dalam jarak yang cukup jauh kerana tiada jalan raya untuk menuju ke kawasan tempat tinggal beliau di Sinuran.

Semua anak-anak beliau juga tidak bersekolah kerana tiada sekolah yang dibina di kawasan tersebut dan beliau juga tidak mampu untuk menghantar anak-anak beliau ke sekolah kerana masalah kewangan.

Kemudian, saya bertanya apa pekerjaan beliau dan berapa pendapatan beliau sebulan. Satu jawapan daripada beliau yang membuatkan saya terdiam dan menangis seketika. Beliau beritahu yang beliau bekerja sebagai pemotong pokok dan memperolehi gaji oleh pihak syarikat hanya sebanyak RM10 sebulan dan diberikan bahan-bahan makanan asas yang akan dihantar oleh helikopter setiap bulan.

Hati saya bagai dihiris dengan pisau ketika itu. Sakit dan pedih.

Saya segera menamatkan perbualan kami ketika itu sambil bersalaman bersama beliau kerana rakan saya telah selesai menerima rawatan. Saya sempat juga menasihat abang yunting agar berpindah ke tempat yang lebih dan membina masa depan yang cerah.

Semoga Allah swt memberkati kehidupan abang yunting.

Muhammad Asyraf Che Ani.

'Jangan Pegang Beg Itu! Nanti Awak Masuk Penjara!'

$
0
0

Salam semua saudara seislam saya. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya bekerja sebagai kru kabin.

Pada tahun 2009, di check point Singapura. Saya ternampak seorang wanita berumur beratur sebaris dengan saya untuk check passport dan beg. 

*Wanita itu tidak semestinya Melayu ye. Saya tak cakap pun Cina ataupun India dan lain-lain.

Di belakang wanita itu, ada seorang gadis cantik. Tiba-tiba wanita itu kalut semacam dan menyuruh perempuan itu memegang begnya seketika kerana dia mahu pergi ke tandas. 

Gadis itu terpinga-pinga. Terlintas di fikiran saya dan segera menghalang gadis itu menyentuh beg berkenaan. Tindakan saya itu membuatkan gadis itu bertambah keliru.

"Jangan sentuh beg itu! Nanti awak masuk penjara!" jerit saya padanya dengan suara yang agak lantang. 

Ditunggu-tunggu, wanita itu tidak muncul. Sehingga polis check point datang memeriksa beg tersebut dan sah, di dalam beg itu mengandungi dadah seperti yang saya jangkakan. 

Inilah yang orang katakan, buat baik berpada-pada. Ingat, jadikan ini sebagai peringatan agar tidak menjadi mangsa keldai dadah. Ini bukan cerita rekaan tetapi perkara ini benar-benar berlaku di depan mata saya sendiri. - Fazeli Ahmad


Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Anda Tahu Kenapa Wanita Hidup Lebih Lama?

$
0
0

Mama dan papa sedang menonton televisyen.

"I dah letih la, dah lewat ni. I nak tidur lah," kata mama.

Mama pun pergi ke dapur, nak tutup tingkap dapur. Nanti masuk pula lipas, leceh pula nanti. Dah tu, ada pula rice cooker dalam sink. Rendam selepas makan tadi, basuh kejap. Susun pinggan di rak, lap dapur, terpercik kena sambal semasa memasak tadi. Check air panas dalam flusk. Takut habis pula nanti malam anak nak menyusu. Memang dah kering pun flusk ni. Jeranglah air sekejap.

Sementara menunggu air masak, nampak pula bekas gula dah kosong. Isi la gula. Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ada lagi. Ini lauk bila ni? Semalam? Besok sajalah basuh. Sidai kain lap sajalah.

'Tik!' Bunyi air dah masak. Salin air dalam flusk. Okay, settle. 

Baru teringat nak sembahyang isyak. On the way nak pergi bilik, papa masih tengok televisyen lagi. Nampak pula beg anak untuk dihantar ke taska. Check! Baju dua pasang, tuala kecil untuk selsema. Calamince lotion untuk sapu ruam, diapers empat keping. Alamak! Terlupa masukkan botol. Basuhlah botol sekejap. Okay, selesai.

Ternampak pula beg pergi kerja. Besok nak pakai beg Polo coklatlah. Asyik-asyik pakai beg hitam ini saja. Salin jap barang-barang ke beg coklat. Check semua, 6 poket beg. Takutlah tertinggal apa-apa. Leceh  pula. Selalunya barang yang tertinggal itulah yang nak dipakai nanti.

Hishh! Sempitlah beg ini. Hangin je. Nak kena beli beg baru. Rasanya 25hb ni Sogo ada buat sale. Mana flyers tadi? Okay, catit kejap di pelekat kuning, bimbang terlupa. Okay, settle.

Tiba-tiba terdengar suara papa. 

"You buat apa lagi? Tadi kata nak tidur?"

"Yelah, nak tidurlah ni. Nak sembahyang kejap,"

Masuk toilet, buat apa-apa yang patut. Cuci muka dulu. Dua jenis pula tu. Adoi. Gosok gigi, sembahyang. Pakai toner, pakai treatment cream. Nak lawa dan maintain punya pasallah ni. Nanti orang kata baru anak seorang dan macam anak empat orang pula.

Buka almari, pakai baju hijau untuk esok. Gosok kejap, check baju papa. Baju papa pun kena gosok juga ni, kat bilik belakang. 

La, kenapa komputer tak tutup lagi ni? Gelas kopi pun masih ada lagi. Bersemut! Pergi dapur dan basuh. Sambung gosok baju, gantung elok-elok. Kemaskan baju gantung-gantung. Masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor. Okay, settle. 

Dengar suara papa lagi.

"I dah mengantuk ni," katanya.

Masuk dalam bilik, tengok pokok dah nak mati. Lupa dah 3 hari tak siram. Siram kejap. Check kejap pintu, tak kunci lagi. Haih! Grill pun tak tutup lagi. Kalau tak check, senang-senang saja perompak masuk rumah. Buka lampu luar, mainan anak bersepah-sepah. Kena kemas pula. Banyaknya, sampai ke bawah meja makan pun ada. Settle.

Dah selesai semua baru dapat baring. Adoinya, sakitnya pinggang. Cium si comel kejap, selimutkan dia. Diapers pula dah penuh, kena tukar.

"Okay sayang, tidur ye. Kalau boleh, janganlah bangun tengah malam eh. Tidur sampai pagi. Selamat malam,"

Ahh! Sedapnya dapat baring. Mana pula lotion sapu kurus ni? Sapu lagi lotion kurus. Set alarm, set program kerja untuk esok. Jam 9:30 ada meeting. Bosannya.

Panas pula lotion ni.

Sebelum lelapkan mata, ucap terima kasih pada Allah di atas segala rezekiNya hari ini. Mohon keberkatan dari Allah. Papa pun bangun tutupkan televisyen.
"I dah mengantuk sangat dah ni. Nak tidurlah. Cerita pun tak best malam ni. Bola pun tak ada," katanya.

Selang seminit, kedengaran bunyi berdengkur.

"Dah agak dah,".

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? Sebab wanita ada banyak kerja yang kena buat. Itulah yang tak boleh nak 'pergi' cepat. Kongsikan artikel ini pada 5 wanita yang anda rasa mereka hebat. Pasti anda akan disayangi kerana memahami mereka. Kongsikan juga pada rakan-rakan lelaki agar mereka menghargai ibu, isteri dan kawan-kawan dengan lebih. - Pok Din

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Memang Susah Suami Nak Support Isteri Yang Breastfeed'

$
0
0

Minggu lepas 16 September 2015 genap umur si kecil ini setahun. Dan cukup setahun juga menyusu susu ibunya. Pelbagai kisah dan pengalaman yg dapat ibu dan abi dari dia. Dan genap setahun juga saya membantu isteri untuk menjayakan penyusuan ini.

Berbanding dari anak sulong dulu, anak kedua ini agak mudah. Saya tidak pernah pun beli susu formula. Hanya susu kambing segar itu pun ketika umur anak sulong mencecah 2 tahun.

Walaubagaimanapun tanpa kekuatan & pengorbanan ibu dan bantuan dari suaminya proses menjayakan penyusuan 2 tahun menjadi sedikit sukar.

Beberapa perkara yang sama saya lakukan untuk membantu isteri kemudiannya menjadi rutin harian. Bermula dari tidak tahu apa-apa sedikit demi sedikit saya dapat belajar ilmu penyusuan yang bukan khas untuk ibu sahaja malah si bapa sekali.

Ni beberapa pesanan/tips kepada bapa2 sekalian untuk sama2 menjayakan penyusuan 2 tahun.

Antara rutin harian setiap malam bekerja adalah cuci botol dan pam susu. Mula2 dulu pakai yang manual je. Alasannya nak jimat. Tapi kesian betul kat isteri. Sape yg pernah guna manual pumping pasti merasainya. Lalu tukar kepada elektrik brand medela. Alhamdulillah tahan sampai sekarang beberapa tahun.

Tugas saya biasanya bermula selepas siap urus borang2 klien yang nak gandakan duit di Public Mutual. Kalau ada jumpa klien malam tu maka lewat sedikit saya cuci. Anak sulong dulu memang banyak botol kena cuci sebab stok ebm simpan dlm botol. Anak kedua guna plastic bag dan simpan dalam deep freezer. Tinggal botol2 yg bawa ke rumah pengasuh je lah.

Mencuci botol dan pam ni mudah je. Isteri pun boleh buat sendiri. Tapi sebagai suami maka tunjukkan kesungguhan untuk membantu isteri. Masa ni isteri boleh berehat sebab tengah malam nak bangun lagi. Saya pula bila dah tidur nyenyak sampai ke pagi. Keesokan paginya disiapkan pula beg pam utk dibawa ke tempat kerja.

Lagi satu kena ingat isteri menyusu badan akan sentiasa lapar. Maksudnya lapar lepas menyusu bukannya 24 jam lapar. Walaupun kita dah kenyang kena cari atau masak makanan bagi isteri kenyang juga. Kalau suami tak pandai masak beli je dan cari yg berkhasiat. Macam saya sudah sedia siap2 samada balik kerja atau waktu malam.

Seterusnya, saya memandaikan diri untuk menguruskan stok susu samada yang fresh atau ebm. Jika isteri keluar ada hal kena tinggal si kecil maka mudahlah untuk bagi susu ibu guna botol dan berapa suhu kena panaskan. Yang ni sangat penting untuk jaga nutrien dalam susu ibu.

Dan paling penting sekali adalah emosi ibu sewaktu menyusu direct atau semasa pumping. Sebagaimana semua orang tahu, hormon penenang sangat membantu dalam proses ini. Kadang2 saya hantar gambar anak tengah sengih2 kerana ia boleh menenangkan ibu terutama ketika waktu kerja.

Yalah kadang2 suami pun ada emosi juga terutama ketika penat tapi pandai2 lah cover dan ikut kesesuaian family itu sendiri.

Sekarang ni sudah ramai yg ada kesedaran untuk menyusu badan dan ia sudah tidak asing lagi termasuk di pasaraya juga sudah ada bilik menyusu. Pakaian sudah dijahit mesra breastfeed termasuk baju kurung.

Apapun semuanya bermula dari ilmu pengetahuan. Dari ilmu ini muncullah kesedaran dan tindakan akan datang kemudian. Tindakan2 ini pun berdasarkan ilmu. Rajinkan diri kita sebagai bapa dan suami untuk tambah ilmu penyusuan.

Kepada bapak2 dan suami2 marilah sama2 untuk membantu isteri di samping kedua-dua suami isteri mempunyai fikiran yang positif untuk menyusukan anak sehingga dua tahun. Suami bantu isteri pun senang hatilah dan bertambah-tambah sayang. Tidak rugi suami bersusah payah untuk bagi yang terbaik kepada anak2. 2 tahun sekejap je.

Tinggal setahun lagi 'Abdur Rahman menyusu. Doakan semoga isteri saya dan semua orang mampu dan dipermudahkan penyusuan dua tahun ini. - WAN HAZIM

'Dia Sanggup Berpanas, Berlapar & Menunggu Demi Kami'

$
0
0

Tadi kereta kami termasuk dalam lubang di tengah-tengah jalan raya. Dua tayar meletup sekali gus. Di tengah-tengah hutan, line telefon pun tak ada. Bingung sekejap kami sebab tayar ganti hanya ada satu. Susah hati sebab ada dua anak yang masih kecil dalam kereta. Pekan Sipitang un masih jauh lagi. Kalau terpaksa jalan, confirm rim kereta akan hancur.

Tiba-tiba adik ini berhenti menawarkan diri untuk membantu. Sedangkan kereta yang lain hanya lalu saja pada masa itu. Sungguh mulia hati adik ini. Dia sanggup membantu kami yang langsung tidak dikenali. Sanggup berpanas, sanggup berlapar (jam 7 pagi - 1 petang). Sanggup temankan suami untuk mencari line telefon dan mencari tayar ganti serta menunggu sehingga ke saat kami dapat meminjam tayar ganti dari seorang hamba Allah yang sangat baik hati.

Terima kasih adik kerana sudi menolong kami sekeluarga walaupun langsung tidak kenal. Semoga adik di dalam jagaan Allah selalu. Sesungguhnya kamu anak yang baik. Bertuah ibu bapa kamu. Sejuk perut ibu mengandungkan kamu. Mereka membesarkan anak yang sangat baik dan berbudi bahasa. 

Adik ini kerja di Klinik SFI Sipitang. Terima kasih adik Akmal. Moga Allah memberkati kamu. - Jenn Danish Danel

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live