Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Jangan Tahu Merungut Saja, Datang & Bantu Kami' - Jusuf Kalla 3.25

$
0
0

JAKARTA - Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla meminta negara-negara yang terjejas akibat jerebu yang berpunca dari pembakaran hutan di Kalimantan & Sumatera di Indonesia tampil membantu menangani masalah itu, bukannya hanya tahu merungut sahaja.

Tegasnya, mana-mana negara yang terjejas dan pernah terlibat merosakkan alam sekitar di Indonesia tidak boleh merungut, sebaliknya tampil membantu mengatasi serta memulihkan kembali hutan dan alam sekitar.

"Saya bercakap agak keras agar jangan cuma bercakap sahaja. Sila datang dan bantu. Persoalan jerebu bukan hanya soal menangani api tetapi juga hutan dan alam sekitar," katanya pada wartawan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Menurutnya, Indonesia sentiasa terbuka kepada negara-negara yang terjejas akibat jerebu, malah mereka juga sudah melakukan sebaik mungkin usaha-usaha menangani bencana jerebu yang menjejaskan kualiti udara Malaysia dan Singapura.

Terdahulu, Indonesia menolak tawaran Singapura yang mahu memberikan bantuan memadamkan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu, kononnya mereka akan menangani situasi itu dengan cara sendiri. - THEHYPEMEDIA.COM

'Sampai Di Rumah Mayat, Saya Tengok Wajah Arwah Tersenyum'

$
0
0

Terlalu berat ujian ini untuk saya semasa mengerjakan ibadah haji ini. Arwah sebenarnya memang berniat sangat nak mengerjakan haji mengikut sunnah Rasullullah. Dia seorang yang sangat mencintai Rasulullah. Setiap kali dia tazkirah kepada saya dan anak-anak, selalu dia menceritakan tentang Rasulullah. Kadang-kadang sampai menangis-nangis. 

Sebelum mengerjakan haji dia ada memaklumkan kepada saya, dia nak berjalan kaki dari Muzdalifah hingga ke Mina. Tapi saya menasihatkan dia supaya mengikut arahan Tabung Haji. Tetapi riak wajah dia berubah. Bila saya tengok riak wajah dia berubah, saya pun berubah hati bagi keizinan dia berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina.

Pada malam 9 Zulhijjah di Muzdalifah, saya dan ibu saya menaiki bas dan arwah masih berada di muzalifah, di mana dia akan berjalan kaki pada 10 Zulhijjah selepas terbit fajar. 

Selepas saya telefon dari jam 7.30 pagi 10 Zulhijjah itu, dia maklumkan pada saya dia telah sampai ke Mina. Alhamdulillah, dia sudah sampai. Saya meminta dia balik ke khemah Malaysia dahulu memandangkan saya rasa dia agak keletihan sebab dia kata dia nak meneruskan melontar di jamrah. Tetapi dia kata tak apa, dia yakin Allah, jadi dia akan terus juga melontar. 

Jadi saya kata, nanti bila dah sampai di jamrah, bagaimana keadaan abang nak pulang ke khemah Malaysia. Sedangkan kita tak tahu tempat ini macam mana. Dia kata tak apa, dia akan tunggu saya di Jamrah. 

Dalam jam 1.30, ada rempuhan di Mina. Saya terus menelefonnya tapi tidak dijawab. Saya dah maklumkan pada Tabung Haji pada waktu petang. Alhamdulillah, pihak Tabung Haji meminta saya bersabar dan tindakan akan diambil memandangkan jemaah terlalu ramai dan sesak untuk membuat rondaan. 

Pada hari terakhir saya nak pulang ke Makkah, saya berhubung semula dengan pihak Tabung Haji untuk bertanyakan tindakan yang seterusnya dan pihak Tabung Haji telah mula membuat rondaan mencari arwah. Alhamdulillah, selepas saya balik ke Makkah, saya tunaikan solat taubat. Saya buat solat hajat minta arwah ditemui juga dalam apa jua keadaan pun. Tak sampai lima minit, pihak Tabung Haji menghubungi saya, arwah sudah dijumpai dan minta saya membuat pengecaman di rumah mayat. 

Sampai di rumah mayat, subhanallah. Saya tengok wajahnya tersenyum jika dibandingkan dengan gambar-gambar lain.

Memang dia seorang suami yang baik, bertanggungjawab, tidak pernah meninggikan suara, seorang yang lemah lembut. Sepanjang perkahwinan, tidak pernah sekali pun bergaduh.

Saya minta semua rakyat Malaysia mendoakan arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh para syuhadah. Terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia yang banyak membantu saya dan keluarga. 

Saya sangat sedih dengan ujian ini tetapi saya redha Pencipta mengambil kembali hakNya dan meminjamkan lelaki yang sangat baik untuk saya. Doakan agar saya kuat untuk menghadapi kehidupan yang akan datang. - Puan Suriahanim Abd Hamid. 

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

'Ibu Besarkan Kami 16 Beradik Dengan RM150 Sebulan'

$
0
0

Saya ada 16 orang adik beradik, seibu, sebapa. Anak pertama hingga anak ke-11, semuanya lelaki. Anak ke-12 sehingga ke-16, semuanya perempuan.

Kita sekarang, kalau beranak lima sederet lelaki dah rasa frust. Ini mak saya, tabahnya dia sampai 11 anak lelaki. Relaks saja. Susah nak jumpa keluarga yang ada adik beradik 1 hingga 11 yang sama jantina. Boleh masuk Malaysia Book of Record ini. Dan 1 hingga 16 semua masuk universiti. Ini pun boleh masuk rekod rasanya. (Haha).

Pada tahun 1991, semasa ibu mengandungkan anak yang ke-16, ayah diserang strok dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup pun cukup-cukup makan saja. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya RM150. Ibu membesarkan kami dan dalam masa yang sama menguruskan ayah yang lumpuh dengan wang RM150 itu. Macam mana boleh survive? Itu semua kerja Allah, semua rezeki dari Allah.
(وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا)
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; KAMILAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA MEREKA (anak2) DAN KEPADA KAMU (ibubapa). Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar
[Surat Al-Isra 31]
Allah beri rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih bersekolah rendah, kami sudah mula mencari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.  Pada tahun 2001, ketika di tingkatan 4, saya masih mengutip kayu api untuk masak. Ada parut kena parang pada tahun 2001 di tangan kiri.

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah menjadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada rancangan makanan tambahan. Dapatlah kami merasa makanan yang sedap secara berterusan.

Walaupun keadaan hidup agak susah, tidak pernah sekali pun ibu berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya. Ibu juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak biarpun beberapa kali saya melihat ibu menangis mungkin kerana terlalu penat menanggung keperitan hidup. Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan ibu.

Ketika itu memang tiada banyak yang kami dapat membantu. Malah untuk mengangkat ayah yang lumpur untuk dimandikan juga agak sukar. Mujur abang-abang di sekolah menengah banyak membantu dengan penuh kesabaran. Tetapi apabila mereka masuk ke universiti, tinggal kami yang kecil-kecil saja di rumah.

Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu berjimat wang dari membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurangan, kami adik beradik akan masuk ke hutan mencari kayu api. Ketika itu, tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya kami sekeluarga sahaja.

Ibu pula memegang prinsip tidak mahu berhutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban ibu sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirimkan duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.

Sepanjang ingatan saya semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak. Tetapi ayah selalu tanya tentang solat berjemaah di masjid atau tak. Arwah ayah selalu berpesan, "Tiada guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga,".

Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.

Walaupun kami masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tetapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.

Pesanan kepada ibu bapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia dia dunia dan akhirat, berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.

Sekarang, bila tengok orang kutip tin dan botol di tepi jalan, saya teringat dengan keadaan saya dulu. - Mohd Yazid Ismail 

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Kuarters Putrajaya, Utamakan Guru, Jururawat & Polis' - Adnan

$
0
0

PUTRAJAYA - Permohonan untuk menduduki rumah penjawat awam di Putrajaya akan diberikan keutamaan pada guru, jururawat dan anggota polis, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Maka terjawablah persoalan dan rungutan sesetengah penjawat awam yang bukan dari golongan yang dinyatakan di atas selama ini dengan maklumbalas yang diberikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya itu.

Menurut Adnan, perkara itu telah diajukan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.
   
"Bilangan kuarters adalah terhad tetapi jumlah permohonan sentiasa bertambah di mana sehingga kini terdapat kira-kira 17,000 pemohon berada dalam senarai menunggu.
   
"Sebagai menangani masalah itu, saya telah berbincang dan meminta BPH memberi keutamaan kepada guru, jururawat dan anggota polis dalam memberi kelulusan untuk mendiami kuaters kerajaan di Putrajaya," katanya dalam ucapan di majlis penyampaian hadian pertandingan menghias sekolah dan kelas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 di SMK Putrajaya Presint 18 (1), semalam. - THEHYPEMEDIA.COM

'Ruang Parking Akan Dikurangkan Bagi Mengatasi Kesesakan Di Kuala Lumpur'

$
0
0

KUALA LUMPUR - Setelah berabad lamanya masalah kesesakan di ibu kota berpanjangan, akhirnya jalan penyelesaiannya ditemui juga dengan mengurangkan bilangan ruang meletak kereta di bandar raya ini bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohon, idea itu adalah untuk mengurangkan kenderaan persendirian di jalan raya dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kami sedang mengkaji rancangan untuk mengurangkan ruang meletak kenderaan secara menyeluruh dari segi kesannya dan akan melaksanakannya selepas selesai pembinaan Jajaran 1 projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 2017 kelak," katanya.

Rancangan itu juga termasuk mengenakan kadar caj tempat letak kenderaan yang lebih tinggi dan kos pembangunan yang lebih tinggi untuk tempat meletak kereta.

Projek seperti MRT dan Light Rail Transit (LRT) membolehkan orang ramai bergerak tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas. - THEHYPEMEDIA.COM

'Cukai Tinggi Untuk Pendidikan Percuma, Rakyat Sudah Bersedia?' - Najib

$
0
0

NEW YORK - Rakyat Malaysia perlu bersedia membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi untuk pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita boleh kurangkan PTPTN, kami boleh berikan pendidikan percuma. Tetapi anda perlu meningkatkan cukai pendapatan. Di negara-negara Scandinavia, kadar cukai pendapatan paling tinggi adalah 65%. 

"Rakyat boleh dapat banyak perkara tetapi bersediakah untuk membayar 65% cukai pendapatan?" soalnya dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam, lapor MalaysiaKini.

Negara-negara Nordic seperti Sweden dan Norway yang terkenal dengan mempunyai pendidikan percuma sehingga peringkat lepasan ijazah, dan pelbagai faedah sosial.

Kadar cukai pendapatan di negara-negara tersebut bagaimanapun tinggi berbanding dengan Malaysia.

Cukai pendapatan di Malaysia pada masa antara 10 hingga 25 peratus, manakala di Norway dan Sweden, cukai pendapatan setinggi masing-masing 39 peratus dan 56.9 peratus. - THEHYPEMEDIA.COM

Langgar Bekas Isteri Bersama Kekasih Di Depan Balai Polis

$
0
0

BEIJING - Sebuah video rakaman CCTV seorang lelaki melanggar sepasang kekasih di luar balai polis sehingga maut tersebar di laman sosial negara itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 10 pagi, 28 September di bandar Tianchang, Wilayah Anhui itu, mangsa wanita bernama Qin dan pasanganya Min, baru keluar dari teksi yang berhenti di balai polis tersebut, dirempuh dengan laju oleh bekas suami Qin, bernama Zhang.


Zhang dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan hubungannya bersama Qin yang telah terputus.

Lapor Sina Corp, Qin terselamat dari rempuhan itu manakala pasangannya maut serta merta kerana mengalami kecederaan parah akibat pelanggaran itu.

Zhang telah ditahan reman beberapa hari untuk membantu siasatan.

Pengawal keselamatan dan orang awam pada mulanya hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan. Bagaimanapun, setelah melihat Zhang memukul kedua-dua mangsa, mereka segera menghentikan perbuatan lelaki itu. - THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Mengaku Ada Tatu' - Ammar

$
0
0

Ammar Alfian, 28, seorang pelakon, menafikan dakwaan bahawa dia sengaja mencari publisiti murahan dengan memuat naik gambarnya bertatu di laman Instagramnya semalam.

"Tatu di dada dan bahu itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon dua tahun yang lalu. Niat saya muat naik gambar itu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain. Saya mahu biarkan orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya, bukannya kisah-kisah peribadi saya seperti ini," katanya yang enggan orang ramai memperbesarkan hal ini.

Ammar juga menyatakan dia pernah berhasrat untuk membuangnya dan telah pergi ke beberapa klinik namun diberitahu bahawa ia akan meninggalkan parut jika dibuang.

"Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan tinggal kesan parut jika saya membuangnya. Jadi mereka menasihatkan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana terdapat kaedah yang lebih bagus. Jika ada rezeki, saya memang mahu ke sana untuk membuang tatu ini," katanya.

Mengulas mengenai video dia bercumbuan dengan seorang wanita yang dipercayai kekasihnya di Instagram ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini, Ammar berkata itu adalah tindakan yang dilakukan tanpa memikirkan kesannya.

"Saya memang tidak sengaja memuat naik video itu dan wanita itu juga bukan kekasih saya. Apabila ada rakan menegur mengenai video itu saya terus memadamnya. Saya mengaku saya silap dan saya mohon maaf. Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,” katanya.

Video 15 saat itu menunjukkan Ammar yang tidak berbaju mencium bibir wanita terbabit. Namun telah dipadamkan tidak beberapa lama kemudian. - THEHYPEMEDIA.COM





Saat Paling Manis Ialah Saat Paling Perit Membesarkan Anak

$
0
0

Kawan aku yang masih bujang bertanya, "Man, anak dengan bini, mana yang hang sayang?"

Aku jawab, "Dua-dua tapi sayang yang berbeza,". Aku tanya dia balik, "Hang sayang kereta dengan sayang mak hang, mana yang paling hang sayang?". Barulah dia faham.

Orang bujang, aku tak tahu nak menggambarkan dengan kata-kata macam mana rasa sayangkan anak sebab sayang itu perkataan, tetapi rasanya pelbagai dan berlainan.

Hang sayang bini, dia berak, hang cium tak pungkoq bini? Tapi bila anak berak, hang sanggup cium sebab nak pastikan dia betul-betul berak. Bini aku tutup pintu kereta kuat sikit je, muka aku dah hijau. Anak berak atas seat kereta, kau sebagai bapak tetap sanggup kaut guna tangan juga. Lagipun anak aku susu badan, bau najis dia cuma bau susu masam je.

Kau nikah, dapat anak, kau rasa sendiri. Kalau ada peluru hidup datang meluru ke anak kau, mesti kau akan sanggup tadahkan badan jadi perisai. Betul, kau percayalah. Kalau ada harimau nak baham anak kau, kau akan suruh anak kau lari  dan kau hadap harimau itu dengan tangan kosong. Benda ini kau tak perlu jadi berani pun sebab anak, kau akan jadi berani.

Saat yang paling manis ialah saat paling perit semasa membesarkan anak. Contohnya aku pernah tidur berdiri. Nikmat tak terkata, kau rasalah sendiri. 

Aku bukan Maha Penyayang. Kau bayangkan, luas mana pula kasih sayang Tuhan pada manusia? Kalau aku yang bukan Maha Penyayang dah sampai tahap macam ini, kau bayangkan Kasih Sayang Tuhan pada hambaNya. Allahurabbi. Sebab itu aku marah kalau ada ustaz kuliah suka sempitkan kasih sayang Tuhan.

Sayang bini, kau belai dan manja. Sayang anak, minta nyawa. Macam itulah lebih kurang rasanya sayang anak. Nak rasa? Nikahlah, doalah dan minta dari yang Maha Kaya. - Abu Hannah

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Larangan Guna Pembesar Suara Di Luar Masjid & Suara Akan Diwartakan

$
0
0

PULAU PINANG - Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di negeri ini akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.

Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman Al-Quran atau zikir sebelum azan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak menjejaskan kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.

"Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.

"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan volume yang sangat kuat," katanya.

Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat Islam di qaryah masing-masing.

"Semoga dengan cara sedemikian isu itu tidak disalah faham oleh orang ramai dan tidak menimbulkan kekecohan yang berpanjangan," katanya. - BERNAMA

'Kau Nak Apa Lagi? Untung Tuhan Bagi Kau Isteri'

$
0
0

Dalam Islam, tak sebut pun tugas isteri buat semua itu. Kenapa lelaki demand? Sebab mereka kena bayar hantaran tinggi yang dalam Islam pun dituntut atau sebut? So kau takkan tak boleh harap bayar hantaran tinggi just duduk goyang kaki.

Pandangan aku sebagai lelaki, kalau hantaran rendah, kalau isteri goyang kaki, aku nak melebih-lebih kerahkan dia seperti hamba abdi pun aku rasa malu. Yelah, dahlah kahwin tak bayar apa-apa sangat hantaran, lepas itu nak demand pula? Tetapi kalau berpuluh-puluh ribu hantarannya, kalau isteri itu produktiviti kualiti dan inovatif, berbaloilah. Cari orang gajilah sanggup nak elak isteri penat. Tapi kalau berpuluh-puluh ribu, macam mamat dalam gambar itu yang merungut, memang kerut dahilah bertekak sampai mati.

Bagi aku, relaks saja. Hantaran tinggi pun ok, rendah pun ok. Bagi aku, isteri ini saham. Banyak kita melabur untuk dia, lagi banyak pulangan dia akan beri untuk mantain kualiti. Tengok pada kesedaran kaulah sebagai lelaki. Dalam Quran pun ada tulis kan isteri itu ibarat tanaman. Tuailah ia, bajalah ia, keluar modal sedikit. Takkan dah beli sebidang tanah terus nak biar? Tak berhasillah beb. Kau suami kot, kaulah yang mencorakkan isteri. Perempuan ini lampi daif. Tengok pada corak kau pimpin, itulah wajah dia, wajah kau.

Kau nak apa lagi? Untung Tuhan bagi kau isteri. Ada juga orang nakkan kaun. Ada juga yang sedia nak sehidup semati dengan kau. Yang jagam aruah dia untuk kau. Eh, kalau tak tahu syukur, memang macam inilah kita akan asyik mempertikaikan sampai mati.

Hidup kita nak melengkapi, bukan nak demanding kelemahan. Kalau Tuhan kurniakan kau pasangan macam itu, buku ruaslah. Tuhan tak pernah salah beri sepadan. Eh, engkau pilihlah mana yang kau nak orang cakap pasal kau dapat bini? Sama padan atau padanlah dengan muka. Kau pun nak cari bini yang luaran seperti model muka macam artis. Pelajaran tinggi, lepas tu kau demand egonisme orang perempuan macam tu. Kau ingat diorang nak taat kalau tak ada sebab? Dia mungkin tengok kau suami tetapi kalau kau demand macam itu, bini kau pun tengok kau atas bawah. Silap-silap kau tu cuma bawah tapak kaki dia saja.

Cuba kau cari bini benyai-benyai yang biasa yang janda ke yang takde tempat di dunia sosial atau persaingan dunia, confirm kau takkan mengeluh sebab golongan seperti ini super taat sebab dia melihat kau lebih tinggi segala serba serbi dari dia. Memang ikat mati dia belai kau. Diterajang, disepak, belum tentu dia jumpa kau di pintu mahkamah syariah.

Kau ingat perempuan nak respect kau ke kalau kau pun tak adalah sempurna mana. Lagi hebat bini kau, cuma bini kau ini perempuan, menunduk merendah diri.

*hembus nafas panjang... - Putera Nur Muhammad Raihan

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Tungganglah Saya Demi Menampung Kos Perubatan Ayah'

$
0
0

BEIJING - Seorang remaja perempuan dari Wilayah Anhui sanggup memakai kostum kerbau dan memberikan khidmat 5 yuan bagi mereka yang mahu menunggangnya dalam usaha mengumpul wang bagi membiayai perubatan ayahnya yang tidak sihat.

Di kala golongan sebaya dirinya berseronok dengan kehidupan sebagai remaja, Hao Dongdong yang berusia 15 tahun banyak menghabiskan masanya mengemis di jalanan agar dia dapat mengumpul wang membantu ayahnya yang menghidap penyakit yang jarang berlaku, ankylosing spondylitis yang menjejaskan tulang belakangnya.


Lapor NetEase, bapanya, Hao Xinli, pada asalnya seorang petani tetapi telah berpindah ke Hefei pada 2010 untuk membuka sebuah kedai kecil kerana mempunyai masalah tulang belakang dan tidak mampu bekerja sebagai petani lagi. Pada masa itu, beliau telah berkahwin dengan isterinya, Li Xiuru.

Ketika membeli belah di Hefei, pasangan itu ternampak sebuah kedai telefon bimbit menawarkan pemberian percuma sebagai sebahagian dari promosi. Mereka berdua bergegas ke kedai itu untuk mengumpul segala mana yang termampu. 

Namun, kerana terlalu tamak dan mengambil terlalu banyak barangan percuma, timbul pertikaian diantara mereka dengan kakitangan kedai tersebut menyebabkan Li Xinli ditolak dan terjatuh. Sejak dari itu, sakit belakang badannya menjadi semakin teruk.


Selepas membuat pemeriksaan doktor, tulang belakang Xinli didapati patah dan rosak di bahagian lehernya menyebabkan sebagai atas badannya lumpuh. Polis pula tidak dapat menentukan siapa yang bersalah dalam insiden berkenaan menyebabkan Xinli terpaksa membayar kos rawatan itu sendiri.

Tidak tahan dengan nasib yang menimpa keluarga itu, Li Xiuru mengumpulkan segala barangannya dan meninggalkan keluarganya. Suaminya faham mengapa isterinya melarikan diri.

"Dia mungkin sudah tidak dapat bertahan melihat saya tiada harapan untuk sembuh dan tidak mempunyai saudara mara yang tinggal di Hefei," katanya.


Pemergian wanita itu juga meninggalkan anaknya, Hao Dongdong dan adik beradiknya yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar di rumah.

Dondong berkata, dia seringkali dituduh sebagai penipu oleh orang yang lalu lalang dan pernah sekali mukanya ditampar oleh seorang lelaki mabuk yang menyangka dia cuba menipu lelaki itu.


Peniaga tempatan juga tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya dan menyifatkan kehadiran Dongdong di kawasan itu mendatangkan nasib yang tidak baik pada perniagaan mereka. Bagaimanapun, itu semua tidak menghalang dia membawa balik kutipan derma dari mereka yang prihatin sebanyak 400 yuan setiap hari.


Xinli berkata, apa yang menjadi hasratnya pada masa ini ialah berharap dia kembali normal dan tidak menjadi beban kepada keluarganya lagi. Dia ingin menghantar Dongdong ke sekolah dan memberikan anak-anak kehidupan yang normal semula. - THEHYPEMEDIA.COM

Tajuddin Bagi Amaran Mahu Lempang Cina Malaysia

$
0
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan melempang mana-mana rakyat berbangsa Cina di negara ini yang mengadu masalah kepada pihak luar, lapor MalaysiaKini.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka. Nak kena lempang macam itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur hari ini.

"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada "big boss" datang, ada "God Father" datang dari negara China sebab nak tolong dia. Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.

Tajuddin mengulas mengenai kehadiran Duta Besar China, Huang Huikang yang datang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat China yang datang melancong ke Malaysia.

"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan. Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," katanya. - MalaysiaKini

'Selepas Bersara 1984, Komunis Masih Mahu Bunuh Saya' - Yuen

$
0
0

“I am Malay, I am Indian and I am also a Chinese. If someone talk bad about the Malay – it is like that someone is hurting one part of my body….”

Beliau adalah antara watak penting dalam PDRM yang melumpuhkan pengaruh komunis di bumi Malaysia.

Pada beberapa kesempatan, Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran.

Biarpun, dari segi fizikalnya Yuet Leng seorang Cina namun beliau sendiri mengakui bahawa dalam dirinya mengalir jiwa Melayu dan India yang sangat menebal yang mana semuanya berlaku sejak beliau menjadi anggota polis.

''Jika boleh dibelah badan saya pasti anda akan melihat ia terbahagi kepada tiga, Melayu, Cina dan India. Jiwa saya begitu dekat dengan tiga bangsa ini kerana saya banyak belajar memahami adat dan budaya mereka ketika menyertai polis.

''Dalam polis tidak ada istilah bangsa dan kaum. Kami berjuang atas satu pasukan demi mempertahankan Malaya daripada ancaman komunis,'' katanya

Ada kisah yang lebih mengejutkan mengenai anak jati Perak ini, apabila selepas 31 tahun barulah doktor dapat menemui adanya peluru tertanam di dadanya.

''Pengganas komunis banyak kali cuba membunuh saya, tetapi saya tidak melarikan diri. Malah, selepas bersara pada 1984 komunis masih mahu membunuh saya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mencadangkan supaya saya berhijrah ke negara lain.

''Pada mulanya saya bersetuju, tetapi kemudian memberitahu Tun Hanif, mengapa saya perlu melarikan diri? Malaysia adalah tempat saya dibesarkan,'' katanya

Yuet Leng menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi dalam usia 88 tahun. Sesungguhnya kita sebagai rakyat Malaysia sangat terhutang budi padanya.

SELAMAT JALAN TAN SRI, SALUTE! - Syahril A. Kadir

'Dia Campur Darah Haid & Air Mani Dalam Makanan Saya'

$
0
0

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu diarahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya duduk.

“Tak adalah. Biasala cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. Badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang dipakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yelah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak disampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam saja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

”Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, di belakang penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,” katanya.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik. Namun ubat yang diberi oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tahu,” tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?” saya bertanya.

“Dah, tapi macam biasalah. Bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk, macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,” jelas Arifin.

Malah kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut.

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti dipenuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasihan betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu.

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Disebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang telah dihabiskan. Namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ini, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”t ambah Arifin.

“InsyaAllah.” balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,” kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz. Saya tunggu,” katanya yang kemudian melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,” Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu dibuka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,” kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh.

MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan. Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita.

Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya, ”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err, dari mana datangnya bau yang...” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia, Keluar lendir bercampur nanah.” kata Arifin perlahan.

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala ditimpa penyakit sebegini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,” kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,” katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?” pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya,” Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, "supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain."

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kiralah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan.

"Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.

Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tahu ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa. 

'Sampai Meniarap Curi Duit Tabung Masjid'

$
0
0

Gelagat seorang lelaki usia lingkungan awal 30'an mencuri duit dari tabung sebuah masjid berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di laman sosial sejak malam tadi. 

Lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic berwarna kuning itu pada awalnya disangkakan hendak mengerjakan sembahyang. Namun, selepas selesai mengambil wuduk, lelaki itu dilihat terus menuju ke tabung masjid dan cuba membukanya.

Dalam video tersebut, suspek sedaya upaya cuba membuka tabung itu dengan bantuan flashlight smartphone serta sampai meniarap selesa bagi memudahkan usahanya itu.

Video yang telah mendapat 623 shares di Facebook itu dikritik oleh netizen.

"Kereta bukan main hebat, tetapi mencuri duit dari tabung masjid. Buat malu geng Honda saja," kata Amir. 

"Apa celaka sangat manusia seperti ini? Mak bapak dia tak bagi didikan agama ke? Kereta Honda kot? Terdesak sangat, pinjamlah duit dengan kawan-kawan dulu," kata Sharnazz. 

Bagaimanapun, pihak masjid menyatakan bahawa mereka hanya kerugian sebanyak RM2 sahaja berikutan pihaknya telah mengambil wang dalam tabung itu sebelum lelaki itu datang melakukan perbuatan kejinya itu. - THEHYPEMEDIA.COM

'Mahathir Sudah Gila, Perlu Jalani Pemeriksaan Mental' - Ramesh

$
0
0

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dinasihat menjalani pemeriksaan mental setiap enam bulan sekali, kata Pengerusi Pertubuhan Minda Sendu & Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao.

Menurutnya, saranan itu dibuat kerana beliau mendakwa Tun Mahathir sudah gila kerana merestui perkara yang ditentangnya sendiri ketika menjawat jawatan Perdana Menteri yang juga merujuk pada kelantangan Tun Dr Mahathir menyerang pentadbiran Najib Razak.

"Saya minta beliau menjalani pemeriksaan mental segera, saya rasa beliau sudah gila. Dulu tak sokong demonstrasi, sekarang sokong. Dulu tak sokong media asing, sekarang sokong. DUlu tak sokong undi tidak percaya, sekarang sokong. Ini sudah membuktikan dia gila.

"Dia perlukan rawatan segara. Orang kata kalau umur sudah lebih 60 tahun, kepala menjadi sasau. Minggu lepas pun dia kata bila Najib sampai keluar negara dia akan ditangkap. Jadi ini kenyataan orang gila, kepala tak betul. Kenyataan pun tidak waras," katanya semalam.

Bagaimanapun netizen mengkritik kenyataan pengerusi pertubuhan sendu itu yang dilihat lebih kepada menjilat Najib dan mengharapkan balasan dilantik sebagai menteri. Netizen juga mempersoalkan apa jasa Ramesh kepada negara sehingga berani mengatakan Tun Dr Mahathir gila dan tidak waras. - THEHYPEMEDIA.COM

'Kau Ingat Aku Tak Mampu Beli Rantai Emas Ni?!'

$
0
0

CHINA - Tindakan seorang wanita melemparkan sejumlah besar wang kertas pada seorang kakitangan kedai emas dirakam dan menjadi viral di laman sosial negara itu.

Insiden itu berlaku pada 25 September lalu di sebuah kedai barangan kemas di Handan, China, telah mencetuskan kemarahan netizen. Ada juga yang mempersoalkan sama insiden itu hanya sekadar lakonan oleh pihak kedai berkenaan.

Difahamkan, wanita itu sedang memilih barangan kemas yang diinginkannya. Jelas kedengaran dalam video wanita itu berkata, "Kau ingat aku tak mampu? Kedai apa ni?? Aku boleh beli seluruh kedai di kawasan ini! Kau tahu tak siapa ayah aku?" katanya sambil mengeluarkan sejumlah besar wang dan melemparkannya pada kakitangan kedai tersebut sambil menjerit-jerit.

Lapor People Daily, wanita itu berbuat demikian kerana tidak ingin diperlihatkan sebagai orang miskin. 

Bagaimanapun, kakitangan terbabit tetap tenang dan tidak marah mahupun membalas kata-kata wanita itu biarpun ramai yang menyaksikan kejadian itu. - THEHYPEMEDIA.COM

3 Hari Lagi Nak Kahwin, Bakal Suami Main Dengan Perempuan Lain

$
0
0

Seorang wanita yang bakal melansungkan perkahwinannya dalam 3 hari lagi meluahkan perasaan dan meminta pandangan pemilik laman Pesona Pengantin akan masalah tunangnya yang didapati curang.

"Assalamualaikum admin Pesona Pengantin. Saya nak minta pandangan admin dan rakan-rakan. Saya dan tunang akan berkahwin pada hari Sabtu ini. Tetapi dia telah menimbulkan masalah yang saya memang tidak boleh terima.

"Last night, birthday saya. Kami sudah berjanji akan menyambutnya bersama-sama. Tetapi last minute, dia batalkan sebab ada hal penting katanya. Saya mengiakan sajalah walaupun agak terkilan.

"Saya mendapat panggilan dari rakan yang memaklumkan ternampak tunang saya dengan perempuan lain. Pada mulanya saya tidak percaya. Tetapi bila kawan saya datang menjemput dan tunjuk sendiri, saya rasa sangat terkilan.

"Kami mengekori mereka dari One Utama sehingga ke Seksyen 25 Shah Alam. Yang paling saya terkejut, mereka berhenti dan masuk ke hotel. 

"Dalam 15 minit menunggu di luar, saya tak berani nak masuk namun dipaksa juga oleh rakan. Seperti yang diduga, apa yang saya takutkan selama ini memang terjadi. Gelap dunia saya. Kecewa, terkilan, semua bercampur-campur. 

"Saya memang tidak boleh menerima kenyataan. Dia meminta maaf. Saya tak dapat menerima kemaafannya. Tetapi bila dia suruh ingat kembali pada keluarga dan majlis perkahwinan kami yang tinggal beberapa hari saja lagi, saya menjadi serba salah. Apa ayang harus saya lakukan? Betul-betul buntu," katanya. 

Rata-ratanya netizen menyarankan agar wanita itu memilih jalan yang perit namun ia adalah untuk kebaikan masa depan.

"Putuskan hubungan sekarang walaupun perit, malu dan sedih dari dah ada ikatan. Allah sudah berikan petunjuk bahawa dia tidak layak menjadi suami kamu," kata Salmi.

Bagaimanapun, ada yang menasihatkan agar meminta petunjuk dari Allah dan usah diikut pendapat di media sosial yang dipengaruhi emosi amarah.

"Sebaiknya awak sujudlah di depan Allah. Buat istikharah mohon petunjuk. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi, boleh jadi dari instict awak. Kalau belum kahwin dah berani bawa masuk hotel, apatah lagi bila awak dah kahwin, bila sudah berbadan dua dan berpantang, bila dia 'tak dapat' maka dia mula akan mencari 'lubang' lain. 

"Mintalah nasihat orang tua kerana mereka lebih mengerti. Jangan kerana awak taksub dengan cinta, awak membelakangkan ibu bapa dalam membuat keputusan. Andai cinta pada awak dia telah robekkan, macam mana cintanya pada Allah? Kalau dia cintakan Allah sudah pasti dia takut untuk meluncur ke hotel bersama yang bukan mahramnya. Lebih baik awak kecewa/malu sekarang dari awak menderita dan menjadi bahan ungkitan dalam perkelahian kelak," kata Maihani. - THEHYPEMEDIA.COM

'Photographer' - Kerjaya Paling Biadab, Mengapa Perlu Dikenang Jasanya?

$
0
0

Bahasa orang kampung Opah saya panggil Photographer. Semua orang tahu apa kerjanya. Menangkap gambar. Tetapi, hakikatnya photographer dianggap memegang tanggungjawab yang lebih besar berbanding hanya menangkap gambar iaitu untuk menjadi 'Biadab' dalam sesuatu majlis. 

Dalam konteks lain, photographer dianggap memegang 'Lesen Besar' untuk meredah dan melanggar segala protokol dalam mana-mana majlis.

1. Melintas di tengah-tengah tetamu ketika upacara akad nikah berlangsung untuk mendapatkan 'angle' yang baik.

Siapa nak marah? Kalau ada yang marah pun, orang itu kena marah balik dengan keluarga pengantin; 
"Biarlah budak tu nak ambik gambar lawo!". 
Jadi, bila dah photographer ni ada 'lesen besar' untuk pergi ke sana-sini, maka akan adalah ahli keluarga yang mintak tolong sikit-sikit.
"Dik, tolong hantarkan botol susu anak akak ni pada suami akak.. Nuuuun kat pintu depan tu."
Padahal dia kat dapur. Herks!

2. 'Selamber radak' lalu depan VIP.

Tak perlu tunduk-tunduk sopan pun depan VIP-VIP yang ada. Nak bagi diorang tak marah sangat, lalu depan diorang, berhenti dan ambik gambar diorang. AUTOMATIK! Semua senyuuuuum je. 

Yeah! Jadi, Technician PA System pun dengan tidak berbekalkan perasaan segan silu mintak photographer yang hantar Mic kesana-sini sebab Photographer ni 'mobile'. Masukkan dalam invoice kang baru tau!

3. Tiada perkataan 'Protokol' Dalam kamus hidup Photographer.

Sultan-sultan, kenamaan diraja berarak, siapa depan sekali? Photographer! Tapi jalan ke belakang la. Kejap membongkok, kejap melutut, kejap angkat kamera tinggi-tinggi. Sebab nak ambik gambar (Lesen besar!). Bodyguard diraja pun senyum bila kamera menghala ke muka diorang. Hilang muka ganas! Macam comel je... Hehe.

Kesimpulannya, kenapa perlu dikenang jasa seorang manusia bergelar photographer? Kerana kebanyakan photographer merupakan manusia berhati mulia membantu melancarkan perjalanan majlis anda. 

Maka dengan itu, terhurailah suatu misteri mengapa kadar bayaran seorang photographer itu tinggi. Kerana photographer bukan sahaja mencurahkan kemahirannya dalam photography, tetapi mereka juga memerah tenaga mereka dalam membantu anda mendapat khidmat yang terbaik pada hari terpenting anda.

Perkongsian ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ianya diklasifikasikan sebagai tontonan umum (U). Selamat maju jaya! - Airiel
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live