Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Budak Ini Suka Tidur Dalam Kelas'

$
0
0

Walaupun bergelar guru yang garang suatu masa dulu, hati aku terusik dengan kehidupan seorang anak muridku yang berlainan bangsa dan agama kerana kegigihan dan kesabaran hidupnya menempuh cabaran kehidupan dalam usia yang muda. 

Sedikit sebanyak kisahnya menyebabkan mata ini bergenang kerana masih wujud lagikah kisah-kisah seperti ini? 

Anak muridku ini berada di tingkatan 1. Awal tahun ini, aku menjadi guru kelasnya dan mengajarnya bahasa melayu. Kadang kala aku melihatnya melelapkan mata sambil merebahkan kepala di atas meja. Dan setiap kali aku akan mengejutkannya sambil berceloteh mengingatkan pelajar lain agar jangan tidur sewaktu guru mengajar walaupun tahu dia tidak faham apa pun yang aku kata.

Rupa-rupanya guru mata pelajaran yang lain juga menghadapi masalah yang sama.

"Budak ini suka tidur di dalam kelas,"


Apabila sekolah menerima kedatangan ibu bapa untuk mengambil wang bantuan persekolahan RM100, aku adalah orang yang tidak sabar untuk mengenali atau dalam erti kata lain, mencungkil rahsia anak muridku.

Dan ditakdirkan aku berjumpa dengan ibu kepada anak muridku ini yang tutur katanya sangat bersopan. Sempat aku bertanyakan pendapatnya tentang anaknya yang sering tidur di dalam kelas. Jawapan yang aku dengar itulah yang membuatkan aku membisu pada hari itu.

"Cikgu, saya dan bapanya tinggal di hostel pekerja di Ampang. Ayahnya OKU, anaknya seramai 4 orang (murid aku anak yang pertama) ditinggalkan bersama dengan jirannya di Selayang Lama. Mereka akan berjumpa dua minggu sekali," kata ibunya.

Anak muridku inilah yang memandikan adik-adiknya berusia dari 5 tahun ke bawah, memberikan mereka makan sebelum menghantarnya menaiki basikal seorang demi seorang ke sekolah tadika (tempat pembonceng basikal ada satu tempat sahaja). 

Kemudian, dia akan bersiap-siap untuk ke sekolah sesi petang. Balik dari sekolah dia akan menguruskan adik-adiknya sehinggalah mereka melelapkan mata, barulah dia akan tidur. Selalunya dia akan tidur pada jam 11 atau 12 malam. Bangun pagi pula pada jam 5 pagi. Memandangkan dia tinggal bersama jiran, kadang kala dia perlu berulang alik ke kedai membeli barangan. Begitulah rutinnya setiap hari.

Kalau menaiki van dari rumahnya ke sekolah, ibunya perlu membayar RM100 sebulan. Tetapi dia lebih rela berjalan kaki supaya wang itu dapat digunakan untuk adik-adiknya. Sebelum mempunyai basikal, dia berjalan kaki lebih kurang 3 kilometer untuk ke sekolah. 

Aku pernah terjumpa dengannya yang sedang berjalan mengendong beg yang berisi buku dalam panas terik matahari di waktu tengah hari. Aku mempelawanya menaiki kereta tetapi ditolak dengan sopan. Tetapi aku tetap berkeras mengajaknya juga dan akhirnya dia mengalah.

Di dalam kereta, dia hanya mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Sejak saat di mana ibunya menceritakan tentang rutin harian hidup anaknya, aku mula muhasabah diri aku sendiri. Kerja-kerja yang sebelum ini sering disungutkan, kenapa anak muridku yang berumur 13 tahun ini mampu menguruskan sendiri keluarganya. Kerana dia tahu itu adalah tanggungjawabnya apabila ibu bapanya bekerja.

Yang paling aku tabik, dia tidak pernah ponteng sekolah. Pada pendapat aku, masa untuknya hanyalah di sekolah dan saat itu dia sering menjejakkan kaki ke rumahnya, masanya hanyalah untuk adik-adiknya. 

Sebagai seorang isteri dan ibu, memang kerja-kerja harian dalam menguruskan anak-anak sangat meletihkan apatah lagi aku adalah ibu yang berkerjaya. Bagaimana dia sebagai seorang budak lelaki boleh memegang perana ibu dan bapanya setiap hari?

Alangkah bertuahnya seorang ibu dan seorang bapa mempunyai anak seperti itu. Dan yang paling menyentuh hati apabila ditanya kenapa tidak pergi rehat, muridku itu hanya menjawab:

"Tak apa cikgu, emak saya belum dapat gaji lagi," katanya.

Luluh hati aku mendengarnya kerana terbayangkan anak-anak. Sejak daripada hari itu, hati aku akan tersentuh setiap kali kelibatnya di sekolah (kecuali dia menganggu PDP) dan setiap kali dia berjumpa dengan aku. Ada sahaja nota yang perlu aku coretkan (latihan rumah sukan, persatuan, badan beruniform, aktiviti-aktiviti sekolah) pada buku nota yang dibawanya untuk ditunjukkan kepada ibunya. - Haqim Marina

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

15% Suami, 11% Isteri Sedang Curang Di Malaysia

$
0
0
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang penyiasat persendirian, Datuk M. Venodevan mendedahkan, hampir 15% daripada golongan suami, 11% isteri di Malaysia ini pernah atau sedang berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

Memetik laporan Utusan Malaysia semalam, pendedahan itu berdasarkan pengalaman pihak Datuk M. Venodevan yang diminta untuk menyiasat atau memantau pasangan pelanggan mereka.

"Berdasarkan kajian, 33% daripada semua kes curang akan berakhir dengan perceraian apabila kecurangan itu terbongkar.

“Sebagai rujukan dan perbandingan, di Amerika Syarikat, lebih 60% lelaki pernah dan sedang berlaku curang sama ada secara menjalin hubungan sulit dengan perempuan simpanan, melawat pusat pelacuran atau melakukan hubungan seks di luar tabii.

“Di Malaysia, melakukan hubungan seks di pusat urut dan sarang pelacuran sering dipraktikkan. Ini diikuti dengan seks bebas melalui pergaulan menerusi media sosial, perempuan simpanan dan diakhiri dengan hubungan sulit sesama rakan sejawat di pejabat,” katanya.

Menurutnya, majoriti golongan yang terlibat adalah dari golongan berusia 40'an dan 50'an serta berkedudukan sosio ekonomi yang baik dengan kebanyakkannya warga Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

"2% - 3% daripada kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia adalah merupakan anak luar nikah dan akan menghadapi masalah dokumen pengenalan diri. 

:Tahun ini pula, trend anak-anak muda bawah umur 30 tahun terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral ini kerana mempunyai kebebasan berada jauh daripada pasangan hidup akibat tugasan kerja dan mengikut perkembangan zaman negatif mempunyai beberapa pasangan berlainan untuk melakukan se-ks,” katanya.

Bagaimanapun, kes curang merupakan satu perkara yang amat sensitif dan jarang dibawa berbincang secara terbuka menjadikan pihaknya sukar mengumpul maklumat bagi membuat statistik berhubung perkara itu. - THEHYPEMEDIA.COM

'Sudah Jam 8 Malam Lebih, Bapanya Masih Belum Datang'

$
0
0

Kasihan anak kecil ini. Usianya sebaya anak saya, Nisreen Aeesya, darjah 1. 

Sudah jam 8 malam lebih, bapanya masih belum datang. Ini bukan pertama kali, malah sudah banyak kali. Malah pernah sampai jam 11 malam. Ibunya di Johor. Emak tak bagi duduk sama sebab kerja.

Saya tidak mahu mengulas panjang. Anak adalah amanah dari Allah. Allah memilih kita untuk menjadi ibu bapa, ada asbabnya. 

Bila dihubungi, tak dijawab. Kami sebagai guru berasa bimbang kalau berlaku sesuatu, kita yang akan dipersalahkan. Mujur ada pengawal keselamatan yang baik hati.

"Cikgu tak perlu risau, anak ini boleh menguruskan dirinya sendiri. Sudah biasa," kata bapanya.

Anak ini baru berusia 7 tahun. Apalah sangat yang dia tahu? Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Pernah ada ibu bapa yang baik hati memberitahu saya yang mereka sanggup bayar untuk anak ini tunggu di rumah transit. 

Namun, kita bimbang masalah yang lain pula akan timbul.

Kepada si bapa, berubahlah. Pahala anak kecil ini sangat banyak untuk kita kongsi. - Cikgu Zahran.

Wanita Keguguran Larikan Bayi Baru Lahir Di Hospital

$
0
0

CHINA - Seorang wanita yang mengalami keguguran, mahu menipu dan membuatkan suaminya yang masih menyangka dia mengandung, bertindak mencuri bayi yang baru lahir untuk dijadikan sebagai anaknya sendiri.

Wanita terbabit yang tidak diketahui umur dan identiti itu, menyamar sebagai jururawat dan melarikan diri daripada hospital selepas melakukan perbuatan itu, lapor AsiaOne.

Bagaimanapun, tindakan wanita terbabit dirakam oleh kamera litar tertutup, CCTV.

Video rakaman CCTV ini dimuat naik di laman YouTube dan Facebook portal CCTV News, menunjukkan wanita itu bertopeng dalam keadaan cemas dalam lif kerana mahu segera melarikan diri.


Bagaimanapun, tidak dijelaskan di mana kejadian ini berlaku.

Lapor CCTV News, wanita itu memberitahu polis bahawa dia kehilangan anaknya sendiri ketika physical altercation.

"Dia mahu terus berpura-pura mengandung supaya keluarganya terus memberikan perhatian dan penjagaan terhadapnya.

"Pada hari dia sepatutnya bersalin, dia berpakaian seperti jururawat dan menyelinap ke hospital, mencuri bayi baru lahir dan membawanya pulang. 

"Dia kemudian berpura-pura melahirkan anak di rumah. Namun perbuatannya itu diketahui oleh kakitangan bahagian kecemasan yang menghantar dia pulang dari hospital,". 

Bahagian terakhir video itu tidak jelas, tetapi menunjukkan seorang wanita yang dipercayai suspek sedang berlari menuruni tangga. - THEHYPEMEDIA.COM

'Dapat CGPA Tinggi Tidak Menjamin Anda Kerja Di Syarikat Saya'

$
0
0

Interview: High CGPA (Best University) vs Low CGPA (Low University)

Yesterday I've interviewed 4 candidates for two posts of Assistant Quantity Serveyor in my company. All were fresh graduates without any working experience. These were he candidates summary:
  • Candidate 1: Universiti Teknologi Mara (UiTM) - CGPA 2.72
  • Candidate 2: Universiti Malaya - CGPA 3.55
  • Candidate 3: Inti International University & College - CGPA 2.97
  • Candidate 4: Universiti Teknologi Malaysia - CGPA 3.41

Candidate 2 and Candidate 4 came from the best university (UM) and third best university (UTM) in Malaysia. Came with outstanding CGPA of 3.55 and 3.41. They brought in all the 'Sijil Dekan' and 'Sijil Kecemerlangan'.

I asked 10 questions to each candidate but they could only answer 3 out of 10 questions. They have no self confidence and the first impression was really bad. They not showing enthusiasm and interest on the job. They faild to elucidate how their skills match the job. 

What surprised me, they were inattentive, looking around and fidgeting. And one of the candidate arrive LATE (overslept)!

Candidate 1 and Candidate 3 from UiTM (ranked 7 in Malaysia) and Inti International University and Colleges (not even in Top 10 in Malaysia). They obtained low CGPA of 2.72 and 2.97. No dean list, no Sijil Kecemerlangan but they managed to answer 8 out of 10 questions. 

The spoken English was super duper great. They have self-confidence. They really understand about their scope of works as Quantity Surveyor. The first impression was great and presentable. And they have good leadership qualities in their CV's leading a few event during university life. And I hired Candidate 1 and Candidate 3, rejected Candidate 2 & Cancidate 4.

As employer:
  1. I am not looking for 'scorer' with high CGPA in my company.
  2. I don't care how many Sijil Dekan or Sijil Kecemerlangan you have got in your file.
  3. I don't care which university you came from whether the best university in Malaysia or the worst university in Malaysia.
  4. I am not looking for book smart but I prefer street smart that could help my company to make money.
  5. I am looking for someone with the ability to take charge, to volunteer for the tasks and to accepet accountability for achieving the required results of those task given.
  6. I am looking for someone who can work in a team not just sitting in front you a table and do your own work. 
  7. I am looking for someone with the ability to set priorities, to seperate the relevant from the irrelevant tasks and then to concentrate single-mindedly until the job is complete.
  8. If I can have candidate with good CGPA, good attitude, presentable and got all the x-factor, then it is a bonus for my company to have them in.

Regards, 


Sir Dr Md Azree 

'Apsal Hantaq Anak Pi Sekolah Cina?'

$
0
0

Satu hari, ada seorang kawan sekolah tanya aku.

"Apsal hantaq anak pi sekolah Cina? Awat? Hang pikiaq lagu mana?"

Aku cakap, aku suka lagu Korea. 

"Agama lagu mana? BM lagu mana?"

Well, what I can say here, I have my own vision.

Memang kasihan tengok mereka dibebani dengan kerja sekolah yang melambak-lambak. Pulang dari sekolah, kena pergi ke kelas mengaji lagi. Sabtu Ahad pergi kelas KAFA lagi sebab hari sekolah biasa dah kena tuisyen di sekolah atau di tempat lain sebab mama dan abahnya memang sah-sah tak tahu nak ajar mereka.

Hari Jumaat pula, aku hantar mereka pergi belajar memanah untuk ikut sunnah nabi. Bila malam, memang kelepek habis. 

Aku ajar mereka seperti itu sejak mereka berusia 4 tahun. Sampai ustazah di tempat transit hana kata, "Kasihan mereka kak, umoq 4 tahun, homework berlambak-lambak". They have to, sebab nak kejar tiga bahasa.

Tapi sekarang, mereka dah biasa, dah lali. Sekarang yang sulong pun dah okay. Dapat nombor 16 ke bawah dalam kelas. Kira okay apa? Tahun 1 dan 2 dapat top 10. 

Aku tak cakap diskriminasi dan cabaran yang hebat yang mereka lalui di sekolah SJKC. Terutamanya pada waktu bulan puasa. Kawan-kawan mereka dengan selambanya makan dan minum di depan-depan. Bayangkanlah.

"You need to be strong," aku kata pada mereka.

Aku tahu susah, tetapi mereka mampu dan berjaya menghadapinya. Aku bangga dengan mereka.

Kebaikannya, anak-anak aku lebih berdisiplin. Kerja sekolah kena siap, kalau tak, memang kena rotan dan aku suka macam itu. Di sekolah mereka, murid-murid SJKC sangat hormat pada orang-orang tua. Setiap kali bila aku pergi ke sekolah mereka, walaupun murid-murid di situ tidak mengenali aku, tetapi mereka akan tunduk bagi salam. Di sekolah kerajaan ada buat macam tu? Boleh kiralah. sebab aku sendiri pun cikgu di sekolah kerajaan. Entahlah kenapa, pada hal, itulah yang dituntut oleh agama kita.

Sekolah mereka memang bersih, susah sangat nak cari sampah. Pasal apa pun tak tahu. 

Tiga anak aku masuk sekolah SJKC dan I really proud of them. Although sometimes there are some obstacles and discriminations yang membuatkan aku rasa nak berputus asa, tetapi berkat kesebaran kami suami isteri dan big spirit three of them, we go through together. 

Three of my children go to SJKC and I proud of them. - Cikgu Rafidah

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Guru Didakwa Mendera Murid Bakal Dipenjara 10 Tahun

$
0
0

GEORGE TOWN - Seorang guru sekolah rendah di Sungai Nibong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan mendera seorang murid tahun satu di dalam bilik guru.

Lye Yoon Yoon, 55, didakwa menyebabkan kecederaan fizikal pada murid perempuan yang berusia 6 tahun, pada jam 5 petang, 11 Mei, 11 bulan yang lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa pada hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret L. Umma Devi, membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan diberikan amaran agar tidak mengganggu atau mendekati mangsa.

Kes itu ditetapkan pada 16 November untuk penyerahan dokumen.

13 Mei lalu, gadis itu mendakwa tangannya diikat oleh guru berkenaan kerana mengambil getah pemadam rakan sekelasnya di sekolah.

Susulan kejadian itu, ibunya, Chan, 25, membuat laporan polis berhubunga perkara itu.

Chan juga mendakwa, anaknya tidak dibenarkan untuk melepaskan diri apabila dia mahu pergi ke tandas sekolah. - THEHYPEMEDIA.COM

'10 Sebab Aku Menyesal Belajar Sains Komputer'

$
0
0


10 tahun dalam dunia IT, akhirnya aku pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat lagi ketika aku mula-mula mengenal apa itu Pascal, C++, Visual Basic, PHP, database, network, Linux, semuanya sangat indah. 


Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri ICT tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak mengikut jejak langkah Bill Gates, Linux Torvalds, Tim Berners-Lee dan Kevin Mitnick. 

Pengalaman mengajar aku pahit manis industri IT yang semakin hari semakin mencabar serta semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 90'an dan awal 2000.

Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai programmer di salah sebuah syarikat IT kecil di sekitar Cyberjaya walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Antaranya adalah:

1. KARENAH CLIENT YANG PELIK (CLIENTS FROM HELL)

Function kami sebagai programmer adalah untuk menghasilkan sebuah sistem aplikasi baru untuk client berdasarkan brief yang diberikan. Kami sudah dilatih untuk bermain dengan fungsi, konsep, algoritma dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. 

Apa gunanya mengupah kami sebagai programmer kalau tidak mahu mengikut cadangan dan proposal yang kami sediakan? Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.

Jadi, tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan meminta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.

“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat website pembangkang pulak.”

“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / KSU / Dr?”

“Boleh tak pakai gambar ni? Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)

"Saya nak kalau dia klik je button ni, data dari semua agensi seluruh negara akan disimpan kurang dari 10 saat?"

"Boleh tak buat borang online yang tak perlu nak taip banyak sangat, pakai niat sahaja dah habis isi."

Maka akan terhasillah sistem aplikasi atau laman web yang aneh dan menyakitkan hati seumpama iklan ubat besarkan saiz za-kar di Facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti di dalam majalah Mastika atau sistem Gomen yang lebih mementingkan membodek serta #ass-kissing orang atasan dengan mesej yang cuba disampaikan dalam aplikasi tersebut.

2. GAJI KECIL KERJA BANYAK

Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri ICT di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan syarikat masih akan mengambil pekerja IT dengan gaji yang kecil. Alasannya? Tiada sijil professional dari Cisco, Microsoft, ORacle, Red Hat dan lain-lain.

"Habis tu? Apa point belajar degree sampai 4 5 tahun?"

3. WAKTU KERJA TIDAK MENENTU

Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri ICT. Masuk kerja awal, bawal lewat. Kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.

4. PERANGAI BOS / SUPERVISOR / PROJECT MANAGER (KONONNYA) / CLIENT YANG SANGAT MENJENGKELKAN

Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Bagi sebuah projek pembangunan aplikasi atau website, untuk sampai ke tahap final, sistem aplikasi atau website yang akan dibangunkan untuk sesuatu projek, kami perlu mendapatkan pengesahan daripada mereka-mereka dalam senarai ini. 

Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama. Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, tukar function, tukar button, tukar tuisan, tukar field, tukar database, tamabah module, ada sahaja yang tidak kena. 

Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab bagi idea-idea yang mengarut akan menghilangkan diri. Balik awal atu meeting. Jahanam! Agak mustahil boleh buat sesebuah aplikasi dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time. Kalau lambat, programmer yang akan kena maki dulu. Walhal, progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam-macam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami. Sedangkan mereka tahu orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadab!

Maka berduyun-duyunlah programmer berkampung di office kerana nak menyiapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design nak approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?

5. LAMBAKKAN FREELANCE DEVELOPER YANG MENYEDIAKAN SERVIS DENGAN HARGA YANG LANGSUNG TIDAK MASUK AKAL

Keadaan ini telah menyebabkan industri IT negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk membuat satu muka surat web page pun sudah boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang, RM100 untuk keseluruhan web page pun tidak mustahil lagi.

Ada orang pernah tanya aku nak buat sebuah dynamic website siap dengan database, offer aku RM100. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini dan akhirnya mengambil bayaran seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?

6. TANGGAPAN MASYARAKAT - KERJA BIDANG IT KERJA MUDAH

Ramai yang ingat asal kerja dalam bidang IT je, kerja mudah cuma duduk depan PC taip-taip program, angkat printer, pasang PC, cucuk-cucuk kabel network dan sebagainya.

Anda semua ingat senang ke nak bangunkan sebuah aplikasi atau install web server dan database atau configure sebuah switch network?

Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja, 

"Taip-taip keyboard je"

"Ala, kerja korang cucuk-cucuk kabel je, senang la. 

"Kalau setakat nak pasang PC, aku pun boleh,"

Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka korang masing-masing.

7. CERTIFIED SOFTWARE EXPERT LAGI MASYUK DARI KERJA IT BIASA

Aku hanya mampu melihat dengan mata putih kejayaan orang IT yang memilih haluan menjadi pakar dalam jenama software-software tertentu seperti SAP, Cisco, Oracle dan lain-lain. Malah ada di antara mereka tiada degree dalam bidang sains komputer atau IT tidak perlu belajar 4 5 tahun pun. Cukup dengan mengambil professional certificate dengan kursus selama 5 hari dah boleh menjadi seorang software expert dengan gaji berkali-kali ganda dari yang kerja dalam bidang IT biasa.


Ex student Science Comp atau IT? Ramai kawan-kawan aku lari bidang. Ada yang jadi polis, kastam, imigresen, PTD, balik kampung jaga lembu, buat bisnes MLM. Life is hard. 

8. LAMBAKKAN CRASH COURSE DAN CD TUTORIAL YANG TERSANGATLAH MURAH

Ibarat sayur di pasar, begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri IT. Banyak lambakkan buku dan tutorial seperti "Learn _____ in 3 Days", "IT For Dummies" yang dijual di pasaran. Malah boleh dimuat turun sebagai ebook di internet dan yang lagi menariknya, mereka yang belajar sendiri dan tidak mendapat pendidikan yang formal di institusi-institusi tempatan pun boleh buat berkali lebih hebat daripada yang belajar sampai pecah otak.

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia IT dan mengambil masa hampir 5 tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat app sendiri.

9. AKU BENCI DENGAN MENTALITI "TAK NAMPAK CIRI MALAYSIA PUN SISTEM NI?"

Kenapa semua benda nak nampak Malaysia? 

Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international. Untuk bersaing dengan industri IT dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri-ciri international. 

Suka atau tak, kau kena ikut trend semasa. Kau tak boleh nak buat design website atau aplikasi seperti di zaman Windows 95 di zaman design minimalist Windows 8/Android/iOS ini. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahulah.

10. TEKNOLOGI IT BERKEMBANG TERLALU PANTAS

Ini adalah masalah tersebar orang-orang IT. Teknologi IT itu sangat cepat dan berkembang dengan lajunya sehingga sampai satu tahap selari dengan usia kau yang semakin meningkat, otak kau dah tepu dan tak boleh nak follow lagi teknologi-teknologi IT yang terkini. 

Kalau kau ambil medik, struktuk tubuh badan manusia yang kau belajar 20 tahun lepas, begitulah juga struktur tubuh badan manusia sampai sekarang. Kau belajar kejuruteraan awam, macam mana kau nak belajar buat infrastruktur jambatan 15 tahun lepas? Benda yang kau belajar itu masih boleh di'apply 15 tahun selepas itu. Kau belajar arkitek, macam mana kau nak belajar design rmah 10 tahun lepas? Macam itu jugalah yang kau praktikkan sekarang. 

Tetapi kalau kau belajar IT, baru kau belajar PASCAL. 5 tahun selepas itu, orang dah tak guna PASCAL, baru kau nak kenal Windows 98.  2 tahun kemudian, keluar Windows 2000. Kalau dulu kau belajar Visual Basic, 5 tahun lepas itu orang dah guna .NET.

Baru kau berjinak-jinak dengan PHP, sekarang dah keluar bermacam-macam PHP framework. Kalau ada masa belajar dulu network semua guna kabel. Beberapa tahun selepas itu dah keluar pula teknologi wireless. Kalau kau chatting guna mIRC dan ICQ, sekarang orang banyak gunakan WhatsApp dan Hangout. Last-last, apa yang kau belajar 5 ke 10 tahun lalu di universiti, kebanyakkannya tidak boleh pakai.

Last-last, generasi tua IT yang otak dah tepu nak belajar teknologi-teknologi baru ini hanya layak menjadi mandur mengarahkan budak-budak muda buat kerja. Situasi ini kau boleh jumpa terutamanya di kalangan pegawai-pegawai teknologi maklumat yang kerja dengan kerajaan.

Kebanyakkan pegawai-pegawai IT ynag dha tua dan yang pangkatnya seakin tinggi ini (bukan semua tetapi kebanyakan) langsung tidak boleh dijadikan sebagai tempat rujukan kalau ada masalah bab-bab terknikal kerana teknologi IT terlalu cepat berkembang.

Mereka pula tidak pernah nak explore teknologi-teknologi baru. So, at the end, kalau ada masalah teknikal, diraogn tak boleh nak menjawab atau tolong seesaikan masalah yang berkaitan dengan hal-hal teknikal. Pegawai-pegawai IT muda atau programmer inilah yang kena mencari solution sendiri di internet.

Berbeza dengan bidang lain seperti doktor, jurutera, artikek, peguam dan lain-lain, makin kau tua dan berpengalaman, pengetahuan dan kepakaran kau yang semakin tinggi dan bernilai. Yang IT ini, semakin kau tua, pengetahaun dan kepakaran kau 10 tahun yang lalu sudah tidak berilai sangat pun pada hari ini. - BUASIR OTAK

Dituli semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Sempat Rakam Video Owner Taska Pukul Budak'

$
0
0

Saya pernah bekerja di sebuah taska dulu. Pemiliknya selalu memukul budak dan saya sempat merakam dia memukul seorang budak perempuan. Saya dah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa budak itu. 

Sekarang, pemilik taksa nak tukar taska kepada nama yang lain. Saya tak nak dia menipu ibu bapa yang lain sebab sikapnya memukul budak masih tidak berubah selain dari menyediakan makanan yang agak teruk bagi budak-budak taska.  Padahal, ibu bapa budak bayar yuran bulanan yang mahal untuk hantar anak ke taska dia.

Saya rakam dan menyebarkan video ini bukan untuk kepentingan diri atau pun nak menabur pasir dalam periuk nasi dia tetapi saya tidak mahu orang lain yang terkena. Mungkin akan ada yang mempertikaikan mengapa saya hanya melihat tanpa berbuat apa-apa untuk menghalangnya. Tujuan saya rakam kerana saya memerlukan bukti dan saya juga telah menerangkan kepada ibu bapa budak yang dipukul. 

Di taska itu ada kamera litar tertutup (CCTV) tetapi pemiliknya memberitahu saya yang dia boleh membuang video-video yang tidak diingini. Disebabkan itulah saya terpaksa merakam tanpa pengetahuannya. Video dalam rakaman CCTV taska juga telah dibuang olehnya.

Mujur saya masih menyimpan video ini. Minta tolong untuk sebarkan agar parent semua lebih berhati-hati apabila memilih taska.

TASKA: Excellent Childcare Centre.
ALAMAT: No 48, Jalan Tasek Lama, Taman Tasek, 31400 Ipoh, Perak.

Nama baru taska ini ialah Twinkle Childcare Centre. Pemiliknya ialah Atikah binti Puteh

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Ambil Satu Saja! Haram!'

$
0
0

Semalam pergi sebuah klinik pada waktu dah hampir maghrib. Oleh kerana kes kecemasan, tunggulah di klinik. Sementara menunggu giliran, nampak satu keluarga Arab-Sudan, suami isteri dan tiga orang anak mereka yang baru lepas menerima rawatan.

Tidak lama kemudian, nama isteri dipanggil untuk mengambil ubat dan membuat bayaran. Di tepi kaunter bayaran, ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak ceritakan tetapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga mengambil satu?

Jika kita faham, seorang ambil satu saja. Maka jika kebetulan kita datang membawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambil satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, mengikut kefahaman bapa mereka ialah sekeluarga ambil satu. Ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan dua orang anaknya mengambil setiap seorang satu. Lalu dia pun menegur anaknya agarkan pulangkan yang satu lagi. 

"Just take one only. Haram!" katanya. 

Maka salah seorang anaknya itu pun pulangkan semula sebungkus di dalam kotak itu dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah. Begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk ke dalam perut anak-anaknya. Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang percuma diletakkan di mana-mana kaunter, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambil makan untuk rasa. Bila sedap, kita ambil segenggam dan jalan, bukannya nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'orang soleh' berkata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'orang soleh' tu pesan,
"Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."
Dengan kata lain, jika kita pergi ke mana-mana majlis, jika makanan itu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ. TIDAK boleh dibungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis.

Yang kita bawa balik itu telah menjadi haram sekiranya kita tidak minta dihalalkan dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal, jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya. Yang halal jadi haram apabila kita pandang remeh dan kata tak kisah. Kita lupa Allah berkira dan malaikat di kiri kanan mencatat segala-galanya dalam buku rekod amal peribadi kita. - Liza

'Eleh! Cakap English, Nak Berlagaklah Tu!'

$
0
0

15 years ago, I got 4As and 1C for UPSR. C for english subject. And when I was in form 1, I started to learn english by listening to english songs and buying Galaxie, an english entertainment magazine (around RM3, twice a month).

I saved some money to buy the magazines and cassettes, recording my favourite songs and played them on that old radio at home. I even walked to the public library, to borrow and read some english books.

5 years later, I was the only person who got an A in english subject for SPM. Growing up in Felda, you can't really expect too much. With no internet access and no handphones, it was all about your willingness to learn and not to make excuses.

And at the age of 27, I'm still attending english classes. You don't have to study abroad. You just need to learn from your mistakes and start conversing in english with your friends.

Siapa yang cakap "Eleh, cakap english nak berlagaklah tu,", stay away from them. Let them stay the same, while you're just getting better and better.


Kalau tak pandai, belajar. Kalau dah pandai, jangan sombong. - THE_FGUY

'Saya Nyaris Disimbah Asid!'

$
0
0

PUTRAJAYA - "Buat baik biar berpada-pada," demikian perkongsian seorang pengguna Facebook yang memberikan peringatan kepada orang ramai di sekitar Putrajaya.

"Sekarang, nak tolong orang pun tak selamat"

Haris Jethro, berkongsikan pengalaman menakutkannya baru-baru ini dihampiri oleh seorang individu ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat. Baca seterusnya:

Jam 4:00 pagi di Putrajaya. Pada masa itu, saya dalam perjalanan nak pergi kerja. I was MH crew reporting jam 6:00 pagi. Jadi, haruslah bersiap awal singgah sebentar di kedai serbaneka 7 Eleven.

Sebelum tiba di simpang besar antara Presint 8 dan Presint 9, ada sebuah kereta sedan, Proton Saga, menunggu di lampu isyarat. 15 minit kemudian, saya melalui jalan yang sama dan kereta itu masih ada lagi. 

"Mungkin kereta dia rosak agaknya," getusku dalam hati.

Kebetulan pada masa itu, lampu isyarat menunjukkan lampu merah. Sebagai pemandu yang berhemah, maka saya pun memberhentikan kenderaan. Nak langgar, kena fikir banyak kali. Tak pasal-pasal kena tangkap gambar pula.

Sedang saya menunggu lampu isyarat tadi, tiba-tiba pemandu kereta Proton Saga itu keluar dan mengetuk pintu kereta, menyuruh saya menurunkan tingkap. 

Tanpa mengesyaki apa-apa, tambahan wajah individu itu kelihatan seperti orang yang baik, maka saya pun menurunkan sedikit tingkap kereta. 

Kemudian dia bertanya, di mana letaknya pejabat Imigresen dengan loghat seberang. Lepas itu, dia suruh turunkan tingkap lagi.

Di kala jari hendak menekan butang turunkan tingkap, tiba-tiba mata saya tertumpu pada objek yang dipegang oleh individu itu, tersorok di belakang tangannya melalui cermin sisi kereta. 

"Botol kaca RedBull!"

Saya serta merta terus kunci semua pintu kereta dan meredah lampu isyarat yang masih berwarna merah. 

Moral cerita ini, dah tengah malam, jangan nak baik sangat dengan orang yang tidak dikenali. 

Jika difikirkan secara logik, pertama, kenapa pada jam 4:00 pagi bertanyakan arah pejabat Imigresen yang terletak di Presint 2? Sedangkan papan tanda sangat jelas. Kedua, orang yang bijak, akan bertanya pada polis yang berkawal, kedai mamak atau pun kakitangan 7 Eleven.

Ketiga, Cuka Getah adalah sejenis asid yang tidak begitu kuat. Namun, botol kaca RedBull adalah tebal dan tahan hakisan. Ditambah pula pada ketika itu, individu itu memegang botol tersebut dalam keadaan sedia hendak menyimbahnya pada mangsa.

Saya juga melaporkan perkara ini kepada pihak polis Putrajaya. Malangnya laporan saya tidak diterima dengan alasan saya cuma membuat andaian sendiri kononnya mereka nak menyimbah asid.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM 

'Aku Ketuk Juga Kepala Kau Ni!'

$
0
0

Assalamualaikum. Saya nak tanya, siapa pernah makan di kedai ini?

Tadi, pertama kali mencuba makanan di kedai ini (lokasi: Merbau Kulai). Tengok ramai orang, saya datang makan satu keluarga 6 orang. Bila makanan semua dah sampai, semua okay tetapi nasi goreng kampung yang dipesan oleh suami dapat, memang sikit gile. Tak macam nasi-nasi goreng yang lain dan memang kosong nasi itu. Ayam kecil seketul, nasinya macam sesenduk saja. 

Mungkin meja lain ada memesan nasi goreng kampung juga, jadi dia masak sekali. Mungkin nasi yang suami dapat hanyalah baki-baki saja sebab memang sikit gile.

Jadi, kita pun panggil pekerja kedai itu dan tanya baik-baik. Pekerja itu pula memanggil boss dia yang berperwatakan 'Tomboy' itu datang. Apabila bos dia datang, kita tanyalah kenapa portion nasi ini sedikit? Dia terus angkat pinggan ke dapur.

"Ni nak nasi banyak eh?!" katanya dari jauh dengan nada yang sangat biadab. 

Mendengar kata-katanya itu, saya terus naik angin. 

"Bukan nak nasi banyak, kita cuma mahukan kepastian kenapa portion nasi macam ni," 

Pekerja dia datang balik dengan nasi yang sama dengan portion yang sama. Cuma tambah 2 3 ketul ayam yang dihiris kecil. 

"Kalau macam ni, saya nak cancel," kata saya.

"Kalau nak cancel, saya tetap letak di sini juga. Tetap kena bayar," balasnya.

"Macam ni melayan pelanggan dengan tidak ada minta maaf? Bila pelanggan mengadu tentang kualiti dan kuantiti makanan, tak boleh pula terima. Lepas tu, nak tengking-tengking pelanggan pula?," kesabaran saya sudah hilang dan digantikan dengan amarah.

"Saya ni berniaga," jawabnya lagi. 

"Tahulah meniaga, tetapi jagalah pelanggan. Cakap dengan pelanggan pun tak ada adab. Minta maaf pun tak ada. Siapa yang mula menengking dulu? Bila kita marah, tak boleh pula terima," kata saya lagi padanya.

"Aku ketuk juga kepala kau ni!" katanya dengan tangan dah naik nak ketuk kepala saya.

Dia fikir bapak dia bayar fitrah saya! Huishh! Mulalah drama terjerit-jerti di kedai itu. Manusia mana yang tak kalau sampai orang nak ketuk kepala? Dia fikir dia bos, ada kedai, suka hati dia nak ketuk kepala saya? Saya pelanggan, saya bayar jadi saya ada hak untuk bersuara. 

Sambil membebel-bebel di meja sementara menunggu adik-adik yang lain makan, datang seorang pakcik jual kerepek dan berbual seketika. Sejuk sikit hati ini.

Bila saya tanya pada beberapa kenalan lain yang menetap di Kulai, diorang kata memang perempuan tomboy itu kurang ajar orangnya. Kalau nak berniaga macam ni, memang tidak berkat rezekinya. - Firastri

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Pemandu Teksi Tak Pernah Dengar Rintihan Penumpang

$
0
0

Kehadapan pemandu-pemandu teksi Malaysia,

Saya mendengar dan melihat segala apa rintihan dan luahan anda. Namun, apakah anda pernah mendengar segala rintihan dan luahan kami sebagai penumpang anda? Pernahkah anda terdetik hati untuk menyelami isi hati kami sebagai penumpang?

Dari sikap kurang ramah kepada enggan menggunakan meter atau terlalu berkira dengan jarak destinasi yang ditetapkan oleh penumpang sehinggalah kepada harga bayaran perkhidmatan yang melampau serta dengan keadaan teksi yang 'buruk', berbau, menipu tambang, buat-buat sesat, memilih jenis penumpng, memilih lokasi tertentu untuk dihantar, panggilan tidak berjawab atau tidak datang ke lokasi setelah menerima panggilan dan bermacam-macam lagi masalah pemandu teksi.

Kamilah yang menjadi mangsa kepada semua perkara itu!

Kini, ramai penumpang yang beralih kepada perkhidmatan Uber dan GrabCar kerana mereka boleh diharap berbanding pemandu teksi biasa. Keadaan ini menyebabkan pendapatan harian pemandu teksi merosot. Pemandu teksi terasa kurang senang?

Yang sebenarnya, 'rasakanlah' segala apa yang telah anda lakukan kepada penumpang sebelum ini. Begitulah cara anda melayani penumpng dulu, bukan?

Ada anda kisah dengan kami yang terkinja-jina dalam kepanasan cahaya matahari terik  memanggil anda untuk berhenti?

Ada anda peduli apabila kami menggigil kesejukan akibat hujan sambil berharap anda akan berhenti?

Sudahlah mengenakan tambang yang keterlaluan kepada penumpang terutamanya pelancong asing. Apa anda fikir mereka begitu bodoh dan tidak menyedari apa yang anda lakukan? Secara tidak langsung, anda telah mencemarkan imej negara.

Ketika itu, anda umpama raja yang tiada persaingan. Maka anda menjadi bongkak dan mula memilih-milih penumpang. Penumpang yang memberikan lebih keuntungan akan diberikan lebih perhatian tanpa mengira faktor dan adab yang lain.

Sampai bila mahu terus menerus memberikan perkhidmatan yang tidak setimpal dengan kadar tambang yang dikenakan terhadap penumpang teksi? Jika pemandu teksi mengeluh mengenai perkhidmatan kereta sewa mereka semakin kompetitif, apakah tindakan yang anda lakukan untuk menambat kembali hati  dan kepercayaan penumpang?

Anda sendiri selama inj tidak pernah mempedulikan keperluan penumpang. Jadi mengapa kini kami pula perlu mempedulikan masalah kebajikan anda?

SIkap yang tidak bertanggungjawab diamalkan oleh segelintir besar pemandu teksi.

Disebabkan tingkahlaku yang tidak bertanggungjawab itu, imej Malaysia juga turut tercalar sehingga perkhidmatan teksi di negara ini dinobatkan sebagai nombor 1 dalam senarai negara dengan perkhidmatan teksi buruk di dunia. Tahniah!

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini dengan alasan hanya segelintir pemandu teksi yang bersikap demikian. Namun, benarkah hanya segelintir sahaja yang bersikap teruk?

Hakikatnya, hanya segelintir kecil sahaja pemandu teksi yang benar-benar juju dan amanah. Hanya disebabkan segelintir membuat masalah, segelintir kecil ini juga turut menerima tempiasnya. - THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Tak Gelar Cina Babi & Tidak Akan Minta Maaf' - Jamal

$
0
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos menegaskan dia tidak akan meminta maaf secara terbuka dan menafikan dakwaan mengeluarkan kenyataan 'Cina Babi' meskipun didesak oleh MCA Bahagian Sungai Besar, Selangor untuk berbuat demikian.

Jelas Jamal, kenyataannya telah diputar belit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

"Saya tidak bermaksud orang 'Cina babi', yang saya maksudkan bila ditanya wartawan ialah komen saya bahawa apa masalahnya babi dengan Cina?

"Saya menafikan yang saya kata Cina babi dan tidak menjadi masalah haiwan itu dikaitkan dengan orang Cina kerana masalah babi ini hanya dengan orang Melayu kerana orang Islam haram dengan babi. Kenyataan saya diputar belitkan," katanya kepada wartawan. 

Jamal juga mengkritik tindakan pihak yang mendesaknya memohon maaf secara terbuka itu perlu bersikap lebih profesional dan meneliti terlebih dahulu dan tidak mempercayai segala apa yang tersebar di laman sosial. 

"Macam lembu, lembu tidak ada masalah dengan Melayu. Cuma kalau kita kata Melayu lembu mesti kita marah. Macam itu juga Cina. Bukan Cina babi cuma Cina tak ada masalah dengan babi dan kebanyakan orang Cina makan babi. Itu maksud saya," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

'Buka Kedai Di KLCC, Bukan Semudah Yang Disangkakan' - Mr Tee

$
0
0

Saya baru saja selesai makan tengah hari dengan seorang pelanggan yang berniaga kedai butik di Suria KLCC. Dia mula berniaga di KLCC pada tahun 1998 dan pada masa itu kadar sewa RM12,000 sebulan dengan keluasan kedai 700 kaki persegi.

Hari ini, 2015, kadar sewa naik kepada RM100 per kaki persegi, sama dengan RM70,000 sewa sebulan dengan keluasan 700 kaki persegi. Setiap hari kena buka dan tutup tepat pada masanya. Jika lambat, akan dikenakan denda sebanyak RM300.

Setiap bulan, dia perlu menghantar laporan jualan kepada pihak pengurusan. Jika jualan kedai tidak memberansangkan, apabila tempoh perjanjian sewa tamat, pihak pengurusan KLCC akan menyuruh dia keluar walaupun dia mampu membayar sewa bulanan yang mahal setiap bulan.

Gerai-gerai yang menjual nasi ayam di tingkat dua kawasan Food Court, setiap bulan kadar sewanya ialah RM40,000. Setiap hari, gerai nasi ayam harus menjual 166 pinggan nasi ayam dengan harga RM8.00 sepinggan untuk menampung kadar sewaan sebulan.

Kawan saya juga memberitahu, salah sebuah restoran di KLCC, jumlah pencapaian jualan sebulan boleh mencecah ke RM2 juta dan kadar sewa ialah RM200,000 sebulan. Jika anda ingin membuka kedai di KLCC, anda perlu membayar sewa deposit 4 bulan + 2 bulan.

Contoh:

Dengan kedai keluasan 700 kaki persegi, sewa RM70,000 sebulan x 6 bulan = RM420,000.

Nak berniaga buka kedai di pusat beli belah bukannya mudah kerana terlalu banyak peraturan yang perlu diturut dan kadar sewa yang sangat mahal. Jika kedai anda ingin membuat pengubahsuaian, anda haruslah mendapatkan kontraktor dalam senarai nama panel pilihan pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan.

Setiap kali ingin membuat pengubahsuaian, kontraktor perlu memberikan penerangan selama dua jam agar faham dan jelas dengan peraturan dalam pusat beli-belah. Setiap kali sebelum pengubahsuaian dibuat, bayaran deposit dalam RM15,000 perlu dijelaskan terlebih dahulu. 

Pelanggan saya buka kedainya sejak tahun 1998 dan sehingga ke hari ini 2015 sudah mencapai 17 tahun. Dia sudah membayar jumlah sewa dari RM8 juta.

Saya juga dimaklumkan, jika penyewa adalah jenama yang popular seperti Ralph Laurex, Uniqlo, walaupun kedainya di tingkat bawah, kadar sewa yang dikenakan terhadap mereka tidaklah mahal sangat kerana pihak pengurusan perlukan mereka untuk menarik pelanggan dan juga kedai mereka mempunyai keluasan lebih 1,000 kaki persegi.

Empat tahun yang lalu, kedai yang menjual roti sedap dan wangi, 'Roti Boy' di KLCC, kadar sewa dah sampai RM70,000 sebulan. Tetapi tidak pasti sama ada sekarang kadar sewanya masih berada di takuk lama.

Itu saja yang ingin saya kongsikan untuk anda belajar sesuatu sebelum membuat keputusan untuk membuka kedai di pusat beli belah bukanlah semudah yang disangkakan. - MR TEE

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Video Pegawai Kerajaan Menggatal Di Restoran Tersebar

$
0
0

CHINA - Tiga video pendek tersebar di laman sosial semalam yang menunjukkan kelakuan tidak bermoral seorang pegawai kerajaan meraba dan cuba membuka pakaian seorang wanita yang berada di pangkuannya di sebuah restoran. 

Klip video viral itu menunjukkan pegawai kerajaan, Chan Jianming, yang memakai jam tangan emas itu cuba berseronok dengan wanita terbabit dengan membuka pakaiannya namun gagal.

Chan yang disertai oleh tiga rakannya juga turut cuba membuka pakaian wanita itu. Tanpa segan silu, wanita terbabit juga melayani karenah tiga lelaki berkenaan manakala seorang lagi bertindak merakam video itu.


Mereka juga mengambil gambar punggung wanita itu menggunakan telefon bimbit masing-masing. 

Lapor Xinhua, pegawai berkenaan telah digantung kerja, sementara pihak lembaga disiplin sedang menjalankan siasatan. - THEHYPEMEDIA.COM

'Diabaikan Kerajaan, Punca Kami Memilih Berlumba Secara Haram Di Jalan Raya'

$
0
0

Tajuk Utama: Kemalangan Di Lebuh Raya Kesas

LUMBA HARAM, SALAH SIAPA?

Saya terpanggil untuk menulis mengenai isu mat-mat rempit dan mat-mat kereta. Punca mereka merempit selain dari keadaan rumah yang sempit, orang yang terlalu ramai di kawasan rumah mereka, adalah keinginan untuk memiliki kereta supaya dapat memandu laju seperti pemandu Formula One (F1) dan lain-lain. Tetapi, bagi saya yang terlalu meminati dunia perlumbaan kereta sudah pasti mengikuti saluran yang halal. 

Selain dari punca-punca berkenaan, saya juga berpendapat bahawa punca lumba haram yang melibatkan baik mat-mat rempit dan mat-mat kereta adalah kerana kerajaan yang telah memperkenalkan dunia perlumbaan kepada rakyat Malaysia, tidak menyediakan tempat-tempat perlumbaan yang strategik dan murah di Malaysia ini.

Saya telah mengikuti dunia perlumbaan di Malaysia semenjak berumur 15 tahun sehingga kini. Dari trek Batu Tiga Shah Alam, Jempol, Nilai 3 dan yang terakhir sekali dan masih berjalan adalah di Sepang. Terus terang saya katakan, ruang untuk anak-anak muda untuk melepaskan gian sudah semakin terhad. 

Mereka (Kerajaan & Pengarah Filem) yang bertanggungjawab memperkenalkan Valentino Rossi, Michael Schumacher, filem-filem lumba di Malaysia. Perasaan untuk menjadi mereka sudah pasti wujud pada anak-anak muda Malaysia yang sukakan dunia kepantasan. Dunia perlumbaan sudah wujud dari zaman dulu lagi. Rasulullah S.A.W juga meminati perlumbaan tetapi pada waktu itu, perlumbaan bukannya kereta tetapi kuda dan unta.

Saudara-saudari juga harus tahu, peminat dunia perlumbaan sekarang terpaksa melepaskan gian mereka di Litar Sepang. Namun, Litar Sepang terlalu banyak karenah birokrasinya. Dari pengurusan litar sehinggalah ke yuran pendaftaran yang mahal. Ramai yang merungut.

"Kenapa tak bagi saja budak-budak ini berlumba secara percuma? Kata kerajaan kaya?"

Jadi, nak free punyal pasal, maka berlumbalah mereka di lebuh raya. Salahkah mereka? Lihat saja salah satu daripada mereka yang menyertai perlumbaan di Sepang, sudahlah banyak karenah, yuran tinggi, namun penyediaan kemudahan untuk perlumbaan masih lemah dan lembab. 

Jika beginilah perangai dan sikap pengurusan Litar Sepang, jangan harap lumba haram di jalanan dapat diselesaikan. Sudah pasti mereka yang begitu meminati dunia perlumbaan akan kembali semula ke jalanan.

Lumba haram di lebuh raya, jalan raya, jalan-jalan kampung tetap akan ada. Saya tetap meletakkan kesalahan ini di atas bahu Kerajaan Malaysia. Mereka yang memperkenalkan dunia perlumbaan namun tempat untuk anak-anak muda berlumba amat teruk dan pengurusannya pula banyak karenah birokrasi.

Jika di litar, pengurusan umpama sampah, ditambah pula dengan harga yang mahal, lebih baik berlumba di jalanan walaupun tiada pengurusan dan tiada bayaran. Dan itu lebih baik bagi mereka daripada terasa sakit hati di Litar Sepang.

Bagaimana mat-mat motor? Ada kah tempat untuk mereka berlumba? Ada sesiapa boleh jawab?

Benar, saya akui walaupun litar yang selamat diadakan, perangai untuk berlumba di jalanan akan tetap ada. Sekurang-kurangnya kadar lumba haram dapat dikurangkan. Tidak guna kita membelasah mereka di jalanan. Tidak guna juga kita membuat tangkapan besar-besaran dan bila ditangkap, dipukulnya mereka di tepi jalan. Kerana, kekasaran itu suatu hari nanti pasti akan dibalas dengan kekasaran.

Sediakanlah litar yang selamat dan murah kepada mereka supaya mereka ada tempat untuk melepaskan gian.

Walau bagaimanapun, jika ada yang meragut, memukul, dan menjadi samseng, mereka yang terlibat itu bukannya mat-mat rempit. Itu hasil daripada pertubuhan samseng yang dihalalkan oleh sesetengah pihak. Mereka inilah yang merekrut anak-anak muda, mat-mat kereta dan mat-mat rempit serta menukar perwatakan mereka menjadi jahat, samseng jalanan.

Saya sebahagian dari kelompok anak-anak muda yang sukakan kepantasan. Perubahan sahabat-sahabat saya yang memasuki pertubuhan ini amat ketara. Mereka inilah yang melakukan kejahatan di jalanan. Mereka inilah yang memukul insan-insan yang lemah di jalanan. Mereka inilah yang meragut di jalanan.

Kesimpulannya, kepada kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh sesiapa sahaja, binalah litar yang selamat dan murah kepada golongan ini. Percayalah, kes lumba haram di jalan raya, lebuh raya akan turun. Jangan dibelasah mereka dulu, kasihanilah mereka. Mereka berbeza dari insan-insan yang lahir dari 'perut' pertubuhan samseng. 

Buat mat-mat kereta dan mat-mat rempit, bersatulah. Desak kerajaan untuk membina litar yang lebih murah dari Sepang dan selamat. Yang tidak banyak karenah seperti pengurusan Litar Sepang. 

Sekian, Motorsport for live! - Lat Fatt Chua

'Ada Ke Patut Budak Lulusan MRSM Masuk Pondok? Bodohnya'

$
0
0

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 5A UPSR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM, Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 8A dalam PMR. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia. Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya, semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya. Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak." kata mereka.
Tapi, pada suatu subuh, saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu. Saya bacakan surah Abasa dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih
Wa ummihi...wa Abih.
Selesai solat, semasa perjalanan pulang, ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

"Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya, ibunya, ayahnya, isterinya dan anak-anaknya.

"Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila. Sedangkan di mahsyar nanti, semua kata-kata orang itu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut. 

"Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak. Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya. Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya. Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?" jelas saya pada ibu.

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata,

"Sejuk perut mama dapat anak macam bang cik,"

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku. Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.

Wahai hamba Allah, apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku, apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? Sebelum lubang kubur kalian akan digali? Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul bangga?

SELF-REMINDER

Masalah KITA yang masih bernyawa ini dah ambil bekal kah belum atau masih leka dengan mainan-mainan sekeliling kita. Bak kata kalam saiyidina Ali r.a, 
"Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."
Jangan kita masuk dalam golongan yang "ramai" itu kerana yang ramai itu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni. Masuklah dalam golongan yang sedikit sebab yang sedikit itu akan masuk syurga selama-lamanya.

"Pesanan untuk KITA termasuk saya sekali yang banyak dosa ni"

Sangat memberi keinsafan. Sebarkanlah, tak perlu nak sebar ke 20 orang, 40 orang mahu pun 100 orang. Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri. Semakin hampir kita ke Alam barzakh.

Peringatan untuk diri saya juga dan sahabat semua. Bacalah dengan hati yang lapang:

Sesibuk kita di pagi hari dengan pelbagai urusan kehidupan kita yang mencari nafkah, menguruskan keluarga, menguruskan anak-anak, renungi wajah anak-anak kita. Siapa dari kalangan mereka yang akan menguruskan kita?

Bila kita dah uzur dan tua, bila kita tak mampu mandi sendiri. Siapakah yang sudi memandikan tubuh kita nanti? Bila kita tidak lagi mampu ke tandas, siapa yang sudi mencemarkan tangannya dalam memuliakan kita nanti? Bila kita tak mampu menyuapkan makan ke mulut sendiri, siapakah yang akan bermanja-manja memberi suapan sepenuh hati?

Di saat kita sakit sakit tak kunjung henti, siapakah dari anak-anak kita yang sudi berkhidmat membawa kita ke hospital & klinik hari demi hari? Dan di saat kita berhenti menghela nafas yang terakhir, siapakah yang arif dalam adab menguruskan kematian kita nanti? Siapakah yang bersungguh memandikan jenazah kita nanti? Siapakah yang akan menjadi imam bagi solat jenazah kita nanti? Siapakah yang akan mengusung keranda kita ke liang lahad kita nanti? Siapakah yang turun ke liang lahad menyambut jenazah kita, serta merebahkan tubuh ini dengan penuh berlemah lembut dan penuh rasa kasih di hati? Siapakah yang terus menerus mendoakan kita saat kita sunyi di dalam kubur nanti? Siapakah dari anak-anak kita yang menjemput orang-orang 'alim dan soleh ke rumah mereka untuk majlis-majlis mendoakan kita yang sedang terbaring di dalam kubur. Siapakah dari kalangan anak-anak kita yang menjadi bekalan sebagai cahaya untuk kita di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti? Atau mereka yang menjadi punca kita terseksa diazab di dalam kubur dan di Padang Mahsyar nanti?

Pandanglah wajah anak-anak kita, siapakah mereka buat kita di 'sana'nanti? Dan sepertimana harapan kita buat anak-anak kita, maka jadilah kita seperti harapan yang indah buat kedua orang tua kita yang mulia.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di Facebook, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti. - Bang Cik

Tolak Pampasan Kecederaan 500,000 Riyal Kerana Redha

$
0
0

MAKKAH - Jika sebahagian waris keluarga mangsa tragedi kren runtuh bersyukur diberikan pampasan sebanyak 1 juta Riyal kepada mereka dan 500,000 Riyal kepada yang tercedera, namun lelaki warga Sudan ini, menolak pemberian berkenaan. 

Nabigah el-Jili Abshar, yang turut tercedera dalam tragedi itu, satu-satunya jemaah haji yang menolak pemberian pampasan berkenaan.

Selain itu, beliau juga menolak namanya disenaraikan dalam senarai jemaah haji yang mengalami kecederaan. 

Baginya, dia hanya berharap agar kesan parutnya kecederaannya di dahinya itu akan menjadi tanda rehdanya dan akan dibawa menghadap Allah di Padang Mahsyar kelak.

Nabigah cedera di bahagian dahi akibat terkena serpihan runtuhan yang terjatuh sehingga menyebabkan dahinya terkoyak. Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar dari hospital setelah dua hari mendapat rawatan.

Bukan sahaja enggan menerima pampasan yang diberikan, malah enggan ditemubual oleh pihak media. - THEHYPEMEDIA.COM
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live