Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Tak Salah Gelar Cina Babi' - Jamal

$
0
0

KUALA LUMPUR - Dikala netizen mengecam tindakan seorang lelaki berusia 50'an melemparkan kata-kata perkauman terhadap bangsa Cina ketika Perhimpunan Rakyat semalam, Datuk Jamal Md Yunos pula tampil mempertahankan lelaki itu.

Menurut Jamal yang juga salah seorang penganjur perhimpunan itu berkata, perkataan 'babi' bukan satu bentuk penghinaan kerana orang Cina memakan daging babi. 


Astaghfirullahalazim.. pakcik, dah tua2, janganlah membangsatkan & membabikan orang lain. Ingat mati pakcik. ingat mati.
Posted by My Media Hub on Wednesday, September 16, 2015
"Bagi saya kalau semalam you (media) kena dengar keseluruhan apa yang dikatakan, jangan ambil perkataan.

"Bagi Melayu sebut babi, kita sensitif sebab babi haram. Tetapi bagi orang Cina, babi ini adalah makanan mereka, tak ada masalah," katanya pada sidang media hari ini. 

Reaksi netizen pula berbeza. Ada yang menganggap Jamal ini satu lagi klon Ahmad Maslan versi agresif. 

"Habis tu, kalau Cina Islam pun orang Melayu UMNO selamba panggil 'Cina Babi' jugalah ye? Nampak kebodohan Jamal di situ," kata Azli Taiko.

"Okay, selepas ini bolehlah gelar Melayu Lembu, India Ikan, Jepun sushi, Indonesia bebek, Thailand Tom Yam, Singapore murtabak, Philipine nenas, Vietnam ulat, USA McDonald, UK teh panas?," sindir netizen. 

Kenyataan Jamal ini jelas sekali menampakkan bahawa inilah satu-satunya pemimpin UMNO BN tidak berotak sehingga tidak dapat membezakan baik buruk dari apa yang diungkapkan. Mungkin beginilah sikap dan perangai pemimpin-pemimpin UMNO kebanyakan. - THEHYPEMEDIA.COM

Kanak-Kanak Maut, Kepala Tertusuk Besi Pemijak Kaki Motosikal

$
0
0

TAMPIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut selepas kepalanya tertusuk besi akibat dihempap motosikal di kediamannya di Felda Pasir Besar, Gemas, hari ini.

Menurut sumber dari pihak polis berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.22 pagi di mana mangsa, Muhammad Aidil Aqasha Azhar, sedang bermain di luar rumah sebelum motosikal milik keluarganya itu terjatuh.

Mangsa dikatakan sedang bermain dengan abangnya berusia 4 tahun di kawasan rumah mereka.

Motosikal itu menghempap mangsa dan besi pemijak tempat letak kaki terus tertusuk di kepala mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan yang teruk dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk siasatan lanjut. - THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Dibuang UiTM Kerana Sakit'

$
0
0

1. Tujuan saya menulis ini, bukan ingin memburukkan nama Uitm dan juga mana-mana pihak. Saya menulis ini, kerana saya tidak mahu masyarakat diluar sana menganggap saya gagal di Uitm atas sebab saya malas belajar, atas sebab saya mensia-siakan peluang yang diberi oleh pihak Uitm dan sebagainya. Saya juga mahu menunjukkan saya tidak berbohong, saya jatuh sakit semasa saya belajar di Uitm.

2. Ketika itu, saya tidak tahu apa sakit yang saya alami. Bukannya hari ini saya pergi berjumpa doktor, hari ini juga saya dapat tahu saya sakit apa.  Tidak sama sekali, saya dapat tahu sakit saya pun dah nak masuk 2 tahun baru doktor tahu sakit saya. Sama juga seperti santau yang saya kena ini, awal tahun 2014, baru saya dapat tahu saya terkena santau.

3. Bagi menunujukkan saya sakit semasa belajar di Uitm, saya telah memohon surat pengesahan daripada doktor tersebut, bahawa saya pernah berjumpa beliau dan mengadu sakit pada gigi atas sebelah kiri selama 2hari berturut-turut. Walaupun surat itu dibuat oleh doktor pada 26 November 2014, itu sudah cukup membuktikan saya benar2 sakit semasa belajar di Uitm.

4. Saya cuba untuk menangguh pengajian saya ketika itu. Tetapi pada ketika itu, saya tidak mempunyai surat yang disahkan oleh doktor. Maklumlah sakit gigi sahaja, beritahu orang pun, orang ketawa.

5. Oleh sebab tidak mempunyai bukti, saya membuat keputusan untuk berhenti belajar dari Uitm pada masa itu! Tetapi niat saya tidak kesampaian apabila dinasihati oleh pihak kaunseling Uitm dan ibu bapa saya bermatian tidak bagi saya untuk berhenti dari Uitm ketika itu! Saya dinasihati mereka semua, agar meneruskan pengajian! Apabila saya menghubungi ibu bapa saya dan memberitahu saya sakit. Mereka tidak percaya bahawa saya sakit tidak boleh belajar dan saya juga turut dimarahi mereka. Meneruskan pengajian ketika saya sakit, bukan kehendak saya.

6. Tidak sampai sebulan dibuang Uitm, gigi yang saya rasa sakit tersebut telah pun dicabut. Tetapi saya masih berasa sakit sehingga kepala. Selepas 4 bulan berlalu pihak Pakar pergigian telah menjalankan 2 pembedahan dibahagian gusi gigi yang dicabut. Malah sakit tersebut masih tidak hilang juga. Pakar pergigian telah menyerahkan saya kepada pakar ENT. Selepas kali ke-3 pembedahan yang dilakukan pada akhir tahun 2014, sakit saya beransur pulih. Saya tidak rasa lagi berdenyut sehingga sakit kepala. Pembedahan kali ke-3 ialah pembuangan seperti ketumbuhan yang menutupi rongga2 saluran pernafasan dan juga rongga2 bahagian kepala. Saya tidak dapat nak terangkan dengan begitu jelas. Hanya pakar yang merawati saya sahaja yang tahu, bagaimana hendak menjelaskannya.

7. Pembedahan tersebut dilakukan dibahagian dalaman bukannya dibahagian luaran. Saya beritahu ini, kerana ada pihak mengatakan tiada kesan pembedahan terhadap diri saya. Seolah-olah pihak tersebut menganggap saya menipu.

8. Tidak sampai 5bulan juga saya dibuang Uitm. Saya dan ibu bapa pergi berjumpa dengan rektor untuk membuat rayuan. Saya berjumpa dan membuat rayuan pada rektor sebanyak 3 kali.

9. Saya kurang bersetuju, yang mengatakan saya tidak pernah membuat rayuan pada tahun saya dibuang. Saya juga kurang bersetuju yang mengatakan saya diamkan masalah kesihatan saya ini terlalu lama.

10. Mereka ada mengatakan bahawa “mereka bukannya tidak simpati”. Bagi saya, saya tidak merasai mereka bersimpati terhadap saya.  Kerana tidak pernah sesekali pun pihak mereka bertanyakan mengenai sakit saya kepada ibu bapa saya dan juga pakar yang merawat saya.

11. Saya tidak mengharap pihak Uitm akan mengambil saya belajar kembali di Uitm. Saya pasrah dan saya berserah pada Allah. Yang saya minta hanyalah supaya masyarakat diluar sana tidak pandang hina dan negatif terhadap saya.

12. Saya berharap kepada semua pihak yang mempunyai kuasa, terutamanya Kementerian Pendidikan Tinggi tolonglah nasib golongan seperti saya ini. Jika undang-undang tersebut, ada bersangkut paut dengan pihak kementerian. Saya mohon untuk berbincang dan berikan saya ruang untuk saya perjelaskan satu demi satu berkenaan sakit saya.

13. Saya berharap agar saya dapat kembali belajar dipusat pengajian dibawah kerajaan. Kerana andaikata saya dibedah lagi, ketika saya belajar di kolej2 swasta. Kos rawatan pembedahan saya, mungkin akan dikenakan bayaran. Kerana umur saya sudah pun mencecah 20tahun ke atas. Tetapi jika saya belajar dibawah pusat pengajian kerajaan, kos pembedahan mungkin tidak dikenakan bayaran.

14. Demi Allah, saya memang sakit dan saya terkena santau. Mungkin ramai orang tidak akan percaya dan akan ketawakan apa yang saya katakan ini. Saya minta satu sahaja, berilah saya peluang untuk saya jelaskan, selepas itu apa2 keputusan yang dibuat, saya terima dengan hati yang terbuka.

15. Bagi mereka yang mengutuk dan menghina saya. Anda tidak tahu bagaimana perasaan saya. Saya diuji dengan kesakitan, kejutan, kesedihan, dan kekecewaan. Apabila anda berada ditempat saya. Anda akan tahu, bagaimana rasanya impian dan cita-cita anda musnah bukan disebabkan atas kesilapan yang anda lakukan. Tetapi yang membuatkan itu semua musnah, disebabkan anda sakit dan tidak ada seseorang pun ketika itu mempercayai anda sebenarnya sakit termasuk ibu bapa anda sendiri.

16. Sekali lagi saya nyatakan, demi Allah saya menulis ini bukannya untuk menjatuhkan reputasi dan maruah Uitm. Mungkin ada pihak yang akan menuduh saya ingin menjatuhkan dan memburukkan nama Uitm. Tapi yakinlah pada saya. Saya amat sayangkan, menghormati dan juga  menyanjugi Uitm. Kerana Uitm telah banyak berjasa kepada bangsa melayu untuk mengubah nasib kehidupan bangsa melayu sehingga hari ini. Saya menulis ini, kerana saya tidak mahu dianggap saya malas belajar, saya tidak mahu dianggap saya mensia-siakan peluang yang diberi oleh pihak Uitm, saya tidak mahu dianggap pembangkang kerajaan dan saya tidak mahu dianggap saya melakukan jenayah. Saya juga, ingin memohon maaf kepada seluruh warga Uitm. Saya hanya meminta, tolonglah berlaku adil terhadap golongan nasib seperti saya. Demi Allah saya tidak berbohong saya sakit. Jika saya berbohong, maka kenalah azab Allah.

Saya dibuang universiti kerana saya sakit dan saya tidak mampu belajar dengan baik. Saya sudah cuba merayu pada pihak mereka, tetapi rayuan saya tetap ditolak. Apakah tiada peluang kedua bagi pelajar yang mempunyai nasib seperti saya?

Ada 5 perkara yang saya ingin nyatakan :

  1. Bukan ku minta dilahirkan didunia ini..
  2. Bukan ku minta gagal..
  3. Bukan ku minta dibuang..
  4. Bukan ku minta jatuh sakit..
  5. Bukan ku minta hidupku begini..

Aku tidak bodoh, aku bukan tidak pandai, cuma masa aku belajar di menara gading, nasib aku tidak begitu baik seperti pelajar-pelajar lain. Aku diduga dengan kesakitan, aku diduga dengan kejutan yang aku sendiri tidak sangkakan akan berlaku pada aku. Aku terpaksa meneruskan pengajian walaupun aku sakit. Tidak ada seseorang pun ketika itu mempercayai aku sakit, termasuk ibu bapa aku sendiri.

Aku diduga dengan kesedihan, aku diduga dengan kekecewaan yang sampai aku tidak mampu untuk melawan perasaan itu menjadikan aku seorang yang berkurang ajar. Aku tidak mahu dituduh seorang yang berkurang ajar. Salahkah aku ingin menerangkan apa yang terjadi?

Aku mohon maaf kepada mereka, aku tiada niat hendak berkurang ajar. Aku terlalu tertekan kerana nasib aku, apa yang aku inginkan tidak dapat aku kecapi. Melihat rakan-rakanku di menara gading sudah bergelar graduan dan sekarang masing-masing sibuk dengan tawaran dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sedangkan aku sibuk dengan berulang-alik ke hospital. Sedangkan aku diuji dengan kesakitan selama bertahun-tahun aku terpaksa menangungnya.

Kalaulah ketika itu, aku dengar kata hati aku supaya berhenti dari Uitm, mungkin hidup aku takkan jadi begini. Sehingga sekarang, aku masih gagal melanjutkan pelajaranku. Tiada niat bagi aku untuk memburukkan mana-mana pihak. Aku sangat menghormati mereka. Aku berharap agar masyarakat diluar sana tidak menghina aku lagi.

*Dari emel pengadu enggan didedahkan nama untuk disiarkan di THEHYPEMEDIA.COM

'Semua Koleksi Kasut Kami Tidak Diperbuat Dari Kulit Babi' - Bata Malaysia

$
0
0

KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar kasut Bata (M) Sdn Bhd menafikan tuduhan seorang pelanggan wanitanya yang mendakwa pihaknya menjual kasut diperbuat daripada kulit babi.

"Salam, nak share. Please berhati-hati beli kasut. Ini kasut yang anak beli di Bata JJ (Jaya Jusco). Tak perasan, tetapi bila diteliti, kulit dalam tu ada 3 bintik. Pig Skin. Nak pulangkan, Bata tak terima sebab dah terpakai 1 kali. Just nak share, sila berhati-hati jika membeli beg atau kasut di Bata," kata wanita berkenaan.


Bata Malaysia memberikan jaminan sepenuhnya kepada semua pelanggan terutama pengguna Islam bahawa produk yang dikeluarkan tidak mengandungi atau diperbuat daripada kulit babi.

"Bata sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dalam memastikan semua koleksi kami tidak diperbuat daripada kulit babi bagi menjaga sensitiviti terhadap semua pelanggan Islam kami.

"Ia hanya lapisan corak yang mengelirukan. Pihak pengedar kami telah dinasihatkan untuk tidak membuat reka bentuk yang kelihatan seperti kulit babi yang boleh mengelirukan pelanggan." kata kenyataan Bata yang dimuat naik di laman Facebook mereka.

Dengan penjelasan yang telah dibuat, Bata berharap orang ramai kembali yakin dan tidak berasa was-was membeli produk mereka. - THEHYPEMEDIA.COM

Tangguh Kahwin, Kekasih Gelap Potong Alat Sulit Teman Lelaki

$
0
0

BEIJING - Gara-gara menangguhkan hasrat untuk menceraikan isteri, alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun dipotong kekasihnya.

Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan  berjaya yang dikenali dengan nama keluarga Liu itu, menjalinkan hubungan sulit dengan wanita itu 5 tahun lalu.

Difahamkan, lelaki itu telah berjanji akan berkahwin dan membina hidup baru dengannya selepas menceraikan isterinya. 

Dia juga memberitahu wanita yang 30 tahun lebih muda daripadanya itu bahawa dia dan isterinya tidak lagi hidup sebagai suami isteri meskipun masih tinggal di rumah yang sama di bandar Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang, timur China.

Lapor Daily Mail, mangsa telah bertemu dengan suspek di sebuah hotel pada 13 September lalu dan mendakwa dirinya telah diberikan dadah sehingga tidak sedarkan diri. 

Suspek dilihat membawa senjata yang digunakan untuk memotong alat sulit mangsa

Lokasi kejadian dipenuhi dengan darah

Sebaik saja tersedar, mangsa terkejutnya yang dirinya dibasahi dengan darah dan mendapati alat sulitnya telah dipotong. 

Mangsa cuba mencari alat sulitnya, namun gagal dan segera mendapatkan bantuan.

Pihak berkuasa di negara itu kini sedang giat memburu wanita berkenaan.  - THEHYPEMEDIA.COM

'Melayu Rasis Sangat Kenapa?' - Engku Nasrun

$
0
0

Ini hanyalah pandangan aku. Ini ruang aku.

1. Rakyat Malaysia yang non-malays dan non-muslim bumiputra mahupun non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka. Tak pulak mereka nak buat kecoh dan marah. Bagaimana kalau pihak gereja mula pasang loudspeaker untuk sekalian tempat dengar khutbah Ahad mereka? Ooh.. nanti aqidah kita lari. Jihad!

2. Hari Jumaat, kitalah paling hebat sebab boleh parking di tepi-tepi jalan berdekatan masjid sebab nak solat Jumaat. Lalulintas terganggu dan trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.

3. Kita nak beli rumah, ada "bumiputra discount". Org non-bumi beli rumah tak ada pula, padahal diorang pun Rakyat Malaysia. Apa? Hak istimewa orang Melayu? Ke Apartheid?

4. Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk Universiti sampai berdarah hidung, bergadai, berhutang Ah Long sebab nak bayar Uni atau kolej swasta. Kita tak apa sebab ada UiTM la, ada kolej Mara la. Diorang pun rakyat Malaysia. Bila diorang dah grad, cukai hasil kerja diorang juga kita makan.

5. Yang non-malays non-bumi yang mak bapa hantar ke kolej swasta tadi ada pula yang ke luar negara, maka banyaklah pula exposure dan banyak kenalan dapat. Bila mereka dah grad, balik ke Malaysia, meraka jadi tenaga kerja yang lagi progresif, lagi padu. Pandai speaking, cepat naik pangkat. Yang lain (termasuk kita barangkali) mula rasa ditindas la, tak adil la, tak "tolong melayu" la.

6. Cakap pasal pandai "speaking", masa di sekolah bila kita "speaking" sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Kata kita poyolah, kata kita "kebaratan" sangatlah, kafirlah. Mulalah kena pulau. Yang ejek tu, yang pulau (ehem.. menindas) itu bangsa apa? Inilah bangsa yang kata maruah terjejas.

7. Dah 58 tahun merdeka. Sebelum tu dah berapa tahun dah bangsa Cina, India, Baba, Melayu dan lain-lain hidup bersama. Ini dah masuk abad ke-21 tapi masih ada antara kita yang amatlah jahil dengan budaya bangsa lain. Nak bangsa lain hormat kita, kita kena mula hormat dulu.

8. Ini budaya bangsa lain pun kita tak ambil peduli. Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham budaya kita jer. Mana boleh macam ni bro? Yang tak sensitif sebenarnya kita. Diorang dah banyak ikut angin kita.

9. Kita dilihat sebagai bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pula nak bergurau senda dengan kita. Takut kalau mereka tersilap menyinggung perasaan atau tercakap benda yang padahal okay jer tetapi kita mungkin tak pasal-pasal tersinggung entah kenapa.

10. "Suci" dalam debu. Nak sangat org jaga kesucian makanan ko. Sampai ada tampal sticker di peti sejuk ofis "Halal only". Padahal tak adalah kena sampai macam itu sekali. Yang Hindu relax saja tengok kita layan daging depan diorang. Tapi kalau kawan kita makan babi, geli, kembang tekak. Babi itu memanglah haram dimakan tapi kenapa sampai tak boleh tengoklah, nak muntahlah. Drama. Tengok aurat okay pula? Tak geli kembang tekak ke sebab itu pun haram.

11. Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya. Kononnya salib itu boleh pesong aqidah kita. Pasal aqidah kita nipis sangat. Tak pasal-pasal jadi kes. Pihak gereja pun mengalah. Turunkan salib. Kasihan. Kalau kita bina Masjid tapi non-muslim bikin kecoh, mulalah nak jihad konon, kita kena tindas konon. Kan elok kalau relax jer? Dah macam budak kecil yang manja. Orang bangsa lain kena pandai ambil hati kita. Malulah.

12. Jadi, apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh, sikit-sikit nak jihad. Rasis sangat kenapa?

Refleksi: 

Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu

Apa yang terancam sangat?

Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

$
0
0

KUALA LUMPUR - Imam Masjid Negara mendakwa dirinya ditampar oleh seorang lelaki Arab ketika solat Jumaat.

Difahamkan, solat yang sedang di rakaat pertama itu, terpaksa dihentikan kerana tindakan lelaki Arab berkenaan.

Imam, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, yang baru sahaja selesai membacakan Al-Fatihah, didatangi lelaki itu menolak dan menamparnya seolah-olah mahu menjadi imam terus merampas alat pembesar suara dan mengatakan 'You Go Back!'

"Saya ingatkan dia sambung bacaan itu, saya tengok dia datang terus menampar pipi kanan saya sebelum dia ditahan oleh sekuriti," kata Imam Masjid Negara.

Ketika lelaki itu diheret keluar dari ruang solat utama, dia sempat menjerit sesuatu dalam perkara Arab yang berbunyi 'Malaysia Syaitan!'.




Tindakan lelaki itu mencetuskan kemarahan orang ramai. Bagaimanapun, polis trafik yang berada di lokasi kejadian berjaya mengawal keadaan.

Video rakaman CCTV, Imam Masjid Negara ditampar lelaki Arab
Video rakaman CCTV, Imam Masjid Negara ditampar lelaki ArabBerita selanjutnya - http://goo.gl/EJvtrm
Posted by My Media Hub on Friday, September 18, 2015
Lelaki Arab dipukul orang ramai
Orang ramai sempat membelasah lelaki Arab yang menampar Imam Masjid Negara. Ada yang pukul guna helmet juga.
Posted by My Media Hub on Friday, September 18, 2015
Namun, ketika dalam perjalanan keluar dari bilik pengawal keselamatan, orang ramai sempat menampar belakang kepala lelaki terbabit.

Tindakan orang ramai itu dikritik netizen kerana hilangnya pahala Jumaat dengan tindakan yang tidak wajar itu.

"Biarlah polis ambil tindakan, kenapa perlu pukul lelaki itu walaupun dia melakukan kesalahan? Tak pasal-pasal dah hilang pahala Jumaat," kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM

'Tergamak Ibunya Paksa Saya Cium Kaki Anaknya' - Mia

$
0
0

KUALA NERUS - Malu dengan rakaman video 3GP yang memperlihatkan dirinya dipaksa mencium kaki rakannya yang tersebar di laman sosial, seorang pelajar perempuan tingkatan 3 mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. 

Mia, 15, anak bongsu dari lima beradik berkata, maruah dirinya dan keluarga tercalar kerana video itu tersebar kerana menampakkan wajahnya yang sangat jelas. 

"Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu tidak baik dan saya mengakui ada buat kesilapan pada dia. Tetapi saya telah meminta maaf. 

Anak yatim di suruh cium kaki ...
Kes dikatakan berlaku di sebuah kedai PART 2Anak yatim di suruh cium kaki ...Kurang ajar betul
Posted by Wartawan jalanan on Sunday, September 13, 2015
"Pada 8 September, dia meminta saya bertemu dengannya kerana inin menyelesaikan perkara ini. Saya akur dan pergi berjumpa dengannya. Namun tidak menyangka dia bertindak memukul dan cuba menanggalkan pakaian saya," katanya.

Mia mengakui dia masih trauma dengan kejadian itu. 

Difahamkan, sehari selepas kejadian itu, pelajar terbabit datang sekali lagi untuk bertemu dengannya, namun Mia enggan menemuinya.

Setelah didesak untuk bertemu di restoran milik keluarga pelajar terbabit di Pantai Teluk Ketapang. dengan alasan menyesal dengan apa yang berlaku itu, Mia akhirnya setuju.

"Tanpa berfikir panjang. saya pergi berseorangan ke restoran keluargannya. Ketika itu saya mendapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

"Awal pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibunya memaksa saya mencium kaki anaknya jika ingin memohon maaf," katanya.

"Saya tidak menyangka mereka tergamak memaksa saya melakukan perbautan itu. Namun saya tidak mempunyai pilihan kerana telah dikelilingi oleh rakan-rakannya," ujarnya.

Setelah pulang ke rumah, keesokkan harinya barulah dia perasan yang dua video kejadian itu telah menjadi viral di media sosial.

Susulan itu, Mia dan keluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. - THEHYPEMEDIA.COM

Punca Sebenar Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

$
0
0

KUALA LUMPUR - Lelaki yang menampar Imam Masjid Negara pada solat Jumaat hari ini mendakwa terdengar suara halus untuk bertindak demikian.

Siasatan polis mendapati, lelaki yang berasal dari Kashmir, India itu telah pergi ke Masjid Negara untuk mengerjakan solat Jumaat.

"Dia berada di saf kedua semasa solat Jumaat sedang berlangsung. Kemudian saspek telah pergi ke saf hadapan dengan menolak salah seorang jemaah yang sedang solat.

"Selepas itu, saspek terus pergi ke arah pengadu (Imam) dan telah menolak pengadu sebelum menampar muka pengadu sebanyak 1 kali. Lelaki itu terus mengambil alih tempat Imam untuk mengimamkan solat tersebut," kata laporan siasatan.

Difahamkan, lelaki yang berusia 31 tahun itu tidak waras dan kelihatan bercakap seorang diri. Lelak iitu juga memberitahu, dia telah terdengar satu suara halus memintanya menjadi Imam semasa solat Jumaat yang sedang berlangsung.

Saspek sehingga kini masih ditahan di Balai Polis Tun HS Lee untuk siasatan lanjut. - THEHYPEMEDIA.COM

'Mak, Ayah, Ijat Dah Berjaya'

$
0
0

Aku budak engin. Dulu aku masuk UIA dari direct intake. Mula-mula memang aku tak minat engin ni sebab aku more to education or tesl. Tetapi bila dapat je engin, mak aku punya happy, suruh aku masuk juga. Mak aku pujuk.

"Cuba saja, nanti lama-lama insha Allah boleh,"

Then masuklah UIA, daftar. Parent aku punya happy, siap ambil cuti datang hantar aku naik kereta dari Perak. Awal pagi sebelum subuh dah bertolak. Sampai di UIA pada waktu pagi, register. Tengah hari terus mak ayah aku balik sebab nak jimat, tak ada duit nak tidur di hotel. Family aku bukan orang senang. Abang, kakak, adik aku semua pandai. Abang aku belajar di US, kakak belajar di UK dan adik aku baru saja mendapat tawaran belajar di Aussie. Kiranya aku sajalah yang study di tempat local.

Pokoknya, selama belajar engin di UIA, memang aku tak boleh follow dan jenis aku kalau dah tak minat something tu, memang aku takkan buat dan aku terus give up. Sampailah my mom terus memujuk aku untuk terus mencuba. The worst part aku kena dismiss. Masa itu, dunia aku gelap. Tak tahu nak buat apa.

Then aku slow talk dengan parent aku. Tengok air muka mereka berubah. Aku tahu mereka kecewa. Aku masuk bilik dan menangis. Ya, memang aku lelaki tetapi aku agak sensitif apabila tengok mak dan ayah aku sedih. Aku tahu mereka kecewa tetapi di depan aku, mereka sembunyikan perasaan itu. 

Malam itu, aku tengok ayah aku selepas sembahyang, dia menangis sambil berdoa. 

Esok, mak aku masuk ke bilik aku. 

"Jangan putus asa, pergi office UIA dan buat rayuan. Jangan putus asa. Kenapa kita jatuh? Sebab kita boleh belajar untuk bangun sendiri. Tak semua kejayaan datang dengan mudah," katanya.

Aku menjadi sebak. Paling aku sebak bila mak dan ayah sekali lagi menghantar aku ke UIA naik kereta untuk menghantar surat rayuan.

Bila kena dismiss, aku cakap cakaplah PTPTN kena tarik.

"Jangan fikir soal duit. Ijat fokus belajar saja. Yuran semua nanti ayah bayarkan. Tak cukup duit, beritahu. Kalau tak ada duit pun, nanti ayah jual kereta ini. Biar ayah pergi kerja naik motosikal sekalipun. Asalkan Ijat nak belajar je," kata ayah.

Ya Allah, keluar air mata aku pada waktu itu. Sebab aku tahu mak aku dah bersara. Sekarang hidup pun bergantung pada gaji ayah sahaja. Nak minta tolong abang dan kakak? Mereka dah berkahwin dan sudah ada keluarga sendiri. Nak tolong sekali dua itu bolehlah kan? 

Bila dapat masuk semula ke UIA, aku terpaksa bermula dari bawah sekali lagi. Aku semakin serius, belajar bersungguh-sungguh. Tetapi langit aku sentiasa mendung. Masih ada subjek yang aku sangkut. Memang aku tak boleh masuk subjek itu. Dua kali repeat. Memang aku down. 

Sekali lagi mak ayah aku banyak menasihatkan aku dan pujuk aku. Sebab aku jenis yang memang cepat berputus asa. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah aku tak pandai macam adik beradik yang lain. Mungkin mak ayah kecewa dengan aku.

Then, Alhamdulillah, aku lulus juga subjek itu selepas repeat tiga kali. Aku nekad nak membanggakan mak dan ayah. 

Masa aku third year, parent aku meninggal sebab kemalangan. Allah, berkecai unia aku. Aku lepas exam saja terus balik ke rumah. Sampai di rumah, jenazah dah siap dimandikan. Ada di ruang tamu. 

Aku diam, tak mampu nak cakap apa tetapi air mata aku mengalir deras. Aku peluk mereka, cium pipi mereka, dahi mereka. Aku tak sempat nak tunjuk pada mak dan ayah yang aku dah berjaya nanti.

Selepas dua hari, aku balik semula ke UIA sebab masih ada exam 1 paper lagi. Aku betul-betul down pada masa itu. Aku tak tahu apa yang aku jawab. Aku fail subjek itu. Subjek yang patut aku lulus dengan mudah tetapi aku fail. Aku redha, next sem nanti aku repeat balik.

Sekarang, dah setahun lebih sejak mak dan ayah meninggal. Di saat semua kawan aku habiskan degree 3 tahun, aku habiskan degree dalam masa 5 tahun setengah. Ya, memang lama sebab aku bodoh.

Alhamdulillah, bulan 11 ini aku konvo. Tetapi hari konvo aku takkan sama dengan kawan-kawan yang lain tanpa mak dan ayah. Kalau mereka masih ada, tentu mereka pergi.

Mak, ayah, Ijat dah grad sekarang. Dah berjaya. Ijat dah tunaikan harapan mak dan ayah. Ijat minta maaf tak dapat tunjuk sijil konvo lebih awal. Kalaulah Ijat tak kena dismiss hari itu, kalaulah Ijat tak kena repeat, mesti dapat grad lebih awal. Ijat minta maaf. Ijat akan sentiasa ingat pesan mak dan ayah.

Moga mak dan ayah tenang di sana. - Ijat Kaison

'Mak Kau Tu Bodoh! Bagi Bercinta Dengan Orang Asing Buat Apa?!'

$
0
0

Video seorang lelaki memarahi pasangan muda berdurasi 2 minit 17 saat di dalam kedai serbaneka, 7 Eleven ini tersebar di laman sosial. 

Difahamkan, lelaki di dalam video tersebut adalah warganegara Nepal yang bekerja di Malaysia. Manakala pasangannya pula gadis Melayu berasal dari Kelantan, bekerja di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang. 

Menurut pengadu, pasangan terbabit dilihat bercium dan berpelukan di luar kedai tempat kejadian. 

Melihat tindakan yang tidak sopan itu, lalu dia menegur pasangan terbabit. Namun tidak diendahkan menyebabkan dia merakam dan menegur pasangan berkenaan.

Berdasarkan video, lelaki terbabit menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar berkawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, pengadu memberikan amaran keras kepada lelaki itu agar tidak bermain cinta dengan wanita tempatan.

"Kau jangan kurang ajar tau. Ini Malaysia tau. Kau datang sini, kacau perempuan Malaysia. Sekali lagi aku nampak, mati korang. Sini kitorang punya geng ramai tau. Lu orang warga asing tau, orang luar. Lu tak tahu orang sini macam mana, orang Melayu macam mana. Sekali lagi nampak, angkat pergi balai polis," kata pengadu.

Gadis itu menjelaskan bahawa hubungan mereka itu diketahui oleh ibu bapanya.

"Mak kau tu bodoh! Bagi bercinta dengan orang asing buat apa??" katanya lagi.

Malangnya, netizen mengkritik tindakan pengadu yang bercakap besar serta menghina agama Hindu.

"Bodoh! Kalau tegur, tegur baik-baik, kenapa nak ungkit Hindu minum arak?" kata Karthikeyan Ramasamy.

"Amboi yang tukang sound ni pun. Sembang jangan tinggi sangat. Bahasa itu jagalah sikit. Tak payahlah sampai panggil mak orang lain bodoh. Pasal dia peluk cium itu, kalau benda itu betul memang la patut kena tegur," kata Muhammad Husaini. - THEHYPEMEDIA.COM

Jawapan Mengapa MAS Masih Hidang Arak Dalam Pesawat

$
0
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Datuk Idris Jala berkata, beliau pernah diminta untuk memberikan penjelasan dari segi agama mengapa MAS terus menghidang alkohol dalam pesawat ketika beliau mengambil alih jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan nasional itu.

Bercakap pada sidang perpaduan negara semalam, Idris berkata, seorang kakitangan di sebuah sesi dewan bandar telah meminta beliau untuk menjelaskan mengapa syarikat penerbangan itu menghidang arak sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

"Lelaki ini berdiri semasa sesi Q & A dan berkata kepada saya, 

'Boss, kita adalah sebuah negara Islam, Malaysia Airlines adalah sayarikat penerbangan nasional. Kenapa kita menghidangkan alkohol dalam pesawat sedangkan Brunei dan Arab Saudi tidak berbuat demikian? Jangan berikan alasan kerana ada pelanggan yang mahukan. Saya mahu jawapan dari segi agama daripada anda,'

Idris berkata, beliau mengambil mikrofon dan memberitahu lelaki itu bahawa beliau akan memberikan jawapan dari segi agama tetapi mahu lelaki itu menjawab dua soalan pertamanya.

"Saya bertanya kepadanya, 'Adakah kamu percaya bahawa Allah Maha Berkuasa, dan dia boleh berbuat apa-apa yang dia mahukan dengan KuasaNya? Lelaki itu membalas 'Ya'.

"Kemudian saya bertanya kepadanya lagi, 'Adakah anda percaya bahawa Tuhan tidak sukakan dosa dan tidak sukakan alkohol?' Dia sekali lagi menjawab 'Ya, Allah tak suka alkohol'. 

"Saya berkata, 'Jika anda berkata Allah Maha Berkuasa, tidak suka dosa, mengapa Dia tidak menggunakan kuasanya utuk menghapuskan dosa dan alkohol?'.

"Dan saya memberitahunya saya akan memberikan jawapan itu dan saya berkata, 'Ia adalah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil, Dia memberikan kita kebebasan untuk memilih berbuat dosa atau tidak, minum atau tidak dan itu adalah konsep Tuhan.

"Jika anda fikir bahawa Allah sahaja berkuasa, maka Dia hanyalah ada Kuasa. Dia akan gunakan kuasanya untuk menghapuskan semua dosa. Maka kita semua tidak akan membuat dosa tetapi Allah bukanlah Tuhan yang memaksa orang," katanya.

Perbualan menarik itu menerima tepukan gemuruh dari kakitangan MAS termasuklah lelaki yang bertanyakan soalan itu tadi.

"Dia berkata, "Boss, saya rasa saya bersetuju dengan anda. Mungkin sekarang anda boleh meletakkan nota di menu dan mengatakan menu itu tidak halal,'," kata Idris kepada penonton persidangan itu semalam. - THEHYPEMEDIA.COM

'Bloody Shit La You!' - Pakcik Baju Merah

$
0
0

KUALA LUMPUR - Video seorang peserta Perhimpunan Rakyat anjuran PESAKA memaki hamun seorang pengurus hotel terkemuka di ibu kota viral di laman sosial.

Lelaki berusia dalam lingkungan lewat 40'an itu dirakam memaki hamun pengurus hotel berkenaan hanya kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam hotel untuk minum bersama dengan pengikutnya.


'You bloody shit! You shouldn't talk to me like this. Gila tau! Oii malu aku. Orang tengok kata apa? You bloody shit! Ambil gambar dia," katanya kepada pengurus hotel berkenaan.

Bagaimanapun, pengurus hotel itu menjelaskan dia hanya bertanya ke mana lelaki terbabit mahu pergi. Namun dimaki hamun oleh peserta perhimpunan baju merah itu. - THEHYPEMEDIA.COM

Guna Bas Untuk Himpunan Baju Merah, Uni Taylor Batal Kontrak Pengusaha Bas

$
0
0

KUALA LUMPUR - Gara-gara menyalahgunakan logo universiti yang tertera di bas, Universiti Taylor menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel & Tours. 

Pnegusaha bas Wawasan Sutera Travel & Tours dilaporkan menggunakan bas yang tertera logo universtiti membawa penyokong ke Himpunan Rakyat pada 16 September lalu.

Gambar yang tersebar itu mula viral di laman sosial sehingga segelintir pelajar mendesak pihak universiti memberikan penjelasan mengenai insiden itu. 

Pihak Taylor kelmarin, melalui laman Facebook mereka mengumumkan penamatan kontrak pengusaha bas berkenaan.

"Pihak pengurusan telah mengkaji semula kontrak dengan pengusaha bas berkenaan dan telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak selaras dengan terma dan syarat, berkuat kuasa hari ini," kata kenyataan itu. 

Terdahulu, pihak Taylor telah mengumumkan bahawa mereka tidak menyediakan perkhidmatan bas untuk ke perhimpunan tersebut dan kesal dengan tindakan pengusaha bas terbabit yang melibatkan mereka.

"Kami ingin menegaskan bahawa pengurusan universiti tidak menawarkan perkhidmatan bas untuk tujuan perhimpunan itu serta bas berkenaan tidak digunakan untuk membawa pelajar-pelajar kami ke perhimpunan tersebut. 

"Kami kesal dengan tindakan pengusaha bas terbabit," kata kenyataan Taylors pada 16 September lalu. - THEHYPEMEDIA.COM

2 Cedera Tanah Runtuh Di Makkah

$
0
0

MAKKAH: Bangunan kediaman yang dilanda tanah runtuh bukit di Makkah pada lewat malam Jumaat menyebabkan dua orang cedera, kata agensi berita, SPA.

Insiden itu berlaku selepas 107 orang terbunuh dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada minggu lalu.


Pihak berkuasa pertahanan awam berkata, kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan bangunan empat tingkat di kawasan Batha Quraish runtuh, mencederakan seorang lelaki dan seorang wanita.

SPA berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Reuters

Hati-Hati Dengan Syarikat Penipu Ini

$
0
0

Jangan Tertipu!!! 

Apa yang saya akan cerita ini adalah cerita yabg terjadi kepada saya dan isteri. Sengaja saya kongsikan supaya orang ramai tahu taktik terbaru kedai yang menipu mencari pelanggan. Saya dan isteri membeli belah di pasar raya Billion, Kota Bharu. Selesai membeli-belah, kami disapa oleh seorang promoter yang berdiri di escalator luar pasar raya itu.

"Abang & kakak, mari singgah di kedai kami sekejap untuk dapatkan beg percuma," ujar promoter yang menggelarkan dirinya Yuyu sambil menarik kami ke sana. Maka saya pun tengok jam (masih ada masa), jadi kami pun singgah sekejap dengan tujuan nak ambil beg percuma tadi. 

"Abang & kakak, mari dengar apa yang Yuyu nak cerita ini, sekejap je," kata promoter tadi. Maka kami tunggu seketika. 

Dalam hati saya, "orang ini mesti nak habiskan duit aku!!". 

Dia pun teruskan lagi, "Syarikat kami ada buat promosi ini. Jadi, bila abang & kakak dah dapatkan beg percuma ni, Yuyu akan daftarkan dalam sistem kami. Cuma perlu isi sedikit maklumat dalam borang ini. Bila abang dan kakak nak beli apa-apa akan datang, akan dapat diskaun 10%." Kami pun kata, ok terima kasih. 

Lepas itu, saya terus ajak isteri bangun, tetapi Yuyu minta kami dengar dulu penjelasan dia. Hati saya mula kurang selesa, tapi fikir tak tergesa-gesa dan kami pun tunggu. Dia pun ceritalah yang kedai dia ini jual banyak benda keperluan rumah yang lebih murah berbanding kedai lain.

Lepas itu dia kata, "Hari ini kami buat promosi baru, abg & kak boleh ambil sampul ni. Dalam sampul ni ada voucher RM100, RM200, RM300 dan thank you. Abg & kak boleh buka dulu." Kami pun buka. Isteri sy buka, dapat thank you. Bila sy buka, tengok2 dpt voucher RM1000. Yuyu pun buat2 terkejut. 

Dia pun terus call bhgn promosi dan lepas baca no siri voucher itu, org bhgn promosi itu sebut ade 5 keluaran je voucher istimewa yg bernilai RM1000 dan sy adlh org yg kedua. Sy makin mencuriga. Yuyu pula semangat ucapkan tahniah dan betul2 excited (pandai die berlakon). Dia pun bagitahu lg kpd kami, "kalau abg & kak beli 1 barang kami dgn menggunakan voucher ini, abg & kak akan dapat hadiah lg. Bermakna barang yg abg & kak nak beli tu berharga RM3899 ditolak dgn RM1000 (voucher) dan abg & kak dapat hadiah 1 lg barang yg berharga RM3899 juga dan 1 hadiah special. Ini bermakna, bila beli barang dgn menggunakan voucher ini (bayar lagi RM2899) abg akan dapat 2 lg barang percuma." nah, isteri sy pun excited la tp sy masih ragu2 lg. 

Si Yuyu tu mula la buat kira2, LAJU semacam je, seolah2 dia tahu nak kira macam mana sedangkan dia lupa yg tadi dia terkejut seakan2 tak tahu tentang voucher RM1000 ni. Sy layan je apa yg dia nak cerita. Lastly, dia tekan suruh beli terus barangan tersebut. Sy kata kene bagi masa bincang dulu, dah la barang2 di kedai tu agak mahal dan tak logik harganya. Dia jawab, voucher ni valid utk harini je. Isteri sy pandang kpd sy dan sy faham maksudnya (ad barang yg die berkenan la tu). Sy pun bgtau kpd Yuyu yg tak boleh buat kputusan sekarang, tp dia kata kalau sy tolak tawaran tu, sy tak dapat beli barang tu dgn voucher ni dan tak dapat 2 lagi barang percuma. 

Saya bagitahu la yg sy takde duit kalau nak bayar sekarang (saja nak pancing dia). Dia pun kata, "abg boleh bayar ansuran dan boleh daftarkan melalui kad kredit atau debit." Dia akan ambil maklumat kad (depan dan belakang). Macam la sy ni tak tahu, bende tu terlalu bahaya. Lepas tu, datang lagi seorg promoter bagitahu sy, "Ok abg macam ni, kalau abg nak tangguh, kami boleh bagi peluang sehingga esok saja dan lepas tu voucher ni tak valid dah." Sy pun setuju sebab sengaja nak tunjukkan kedai dia mahal sgt (boleh cek kat internet je pun harga barang2 tu). Tiba2 dia kata, "kalau nak tangguh esok, abg kene bg deposit." Sy pun malas nak layan lg, kalau bg deposit sah2 la tak dapat balik semua tu. Dia kata, kalau tak jadi beli barang pun, deposit boleh ambil balik sedangkan dalam resit itu ada sebut duit deposit tidak akan dikembalikan dalam bahasa inggeris. Sy pun kata, "terima kasih, sy tak berminat."

Sebelum sy nak keluar dari kedai itu, sy kata syarikat nie tipu sebab mahal dan macam2 lagi dgn suara yg agak tinggi. Promoter tu minta sy tenang dan cakap slow2, dalam masa sama ade 3 org promoter lain alihkan banting kedai supaya pelanggan di meja sebelah tak dengar apa yg sy katakan tu. Last sekali, kami keluar dari kedai tu dgn membawa 2 beg percuma tadi. Sy pun buktikan kpd isteri sy barang2 yg di jual di kedai tu terlebih mahal berbanding dgn kedai lain. Sy tunjuk melalui website Mudah, Lelong dan Seng Heng. 

Ni barang2 yg ditawarkan di syarikat Harmoni Peace Trading tu (yg lucunya, harga semua barangan itu lebih kurang je, semua mahal2 dan berjenama Eway & Zigma) :
  1. Radiant Cooker : RM3888
  2. Microwave : RM3888
  3. Air Purifier : RM3588
  4. Vacuum cleaner : RM3580
  5. Complete Kitchen set : RM3788
  6. Drinking Water Purifier : RM3899

Moral cerita ini:
  1. Jangan kita terpedaya dgn promoter begitu. 
  2. Berhati2 meneliti apa yg disebutkan itu, jgn sampai kita termakan kata2 yg disebut sebagai promosi. 
  3. Cek dan teliti dulu akad janji serta terma dan syarat dalam borang samada utk bayar deposit atau belian sebelum tanda tangan. 
  4. Kalau nak beli barang, belilah barang2 yg umum mengetahui akan kualiti barang tersebut (kualiti jenama). 
  5. Jangan dedahkan kpd sesiapa maklumat kad kredit atau debit. 
  6. Jangan tamak ketika membeli. 

Tiba-tiba, bila search kat Internet, dah ada yang tulis perkara yg sama. Ramai yang dah tertipu. 
http://pukullima.blogspot.my/2011/10/jangan-tamak.html?m=1

'Muka Aku Ni Muka Pela-cur Ke?'

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang surirumah mendedahkan dirinya mendapat tawaran pelik dari seorang individu yang tidak dikenali di laman Facebook.

Fatin, surirumah sepenuh masa, ditawarkan RM500 bagi perkhidmatan se-ks satu malam dengan lelaki warga Singapura.

"Drama malam-malam. Taraf hidup makin tinggi. Rakyat makin terdesak mencari duit. Sekarang ini trend meniaga se-ks online eh? Apa mung tengok muka aku ni muka pelacur ke? This might be a fake profile but watch out gaiss," katanya.

Individu yang menggunakan nama Maria Us itu menawarkan perkerjaan 'part time' kepada Fatin. 

"Tin nak part time tak? Kerja hanya dari rumah. 1 hari boleh dapat RM500," kata individu berkenaan yang seterusnya menerangkan bahawa dia mahukan Fatin melayani nafsu se-ks pelanggannya yang berasal dari SIngapura bekerja sebagai 'tauke' kapal.

Dalam masa yang sama juga, Maria turut meminta gambar nakal Fatin untuk diberikan kepada pelanggannya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Fatin hanya memberikan gambar lembu dan babi kepada individu terbabit sebelum menyekatnya dari laman Facebook. - THEHYPEMEDIA.COM



'I Memang Rasis! You Nak Report, Reportlah!'

$
0
0

Layanan rasis dari kakitangan Maxis di cawangan Tesco Kepong

14 September 2015

Kami pergi beratur dan membayar bil di cawangan ini. Kami juga tidak mengambil nombor giliran, begitu juga dengan seorang pelanggan berbangsa Cina di belakang kami. 

Seorang lelaki Cina, kakitangan Maxis bertanyakan apa tujuan kami datang dan tidak meminta kami mengambil nombor giliran.  Apabila tiba giliran kami, kakitangan wanita meminta nombor giliran. Memandangkan kami tidak mempunyai nombor giliran, kami dipinta untuk mengambil nombor giliran.

Tetapi lelaki Cina dibelakang kami tadi yang juga tidak mempunyai nombor giliran dibenarkan pula untuk membayar bil.

Jadi, kami mempersoalkan mengapa ada layanan diskriminasi itu pada pihak pengurus cawangan berkenaan. Malangnya, tindakan kami itu ditertawakan. Dia juga mengakui yang dia seorang yang rasis dan mencabar kami membuat aduan kepada pihak atasan.

Pada masa itu juga, mesin yang mengeluarkan nombor giliran pula kehabisan kertas. Apabila diisi semula dengan kertas dan dicetak nombor giliran yang terbaru pula diberikan kepada pelanggan lain yang baru datang selepas kami. Kami pula diberikan nombor yang terakhir.


Dia berkata, kami tidak boleh berbuat apa-apa dan hadap dengan keadaan itu. Dia juga memberikan kami nombor panggilan untuk membuat aduan kononnya nombor yang diberikan adalah nombor pengurusnya. Apabila kami menghubungi nombor tersebut, lelaki itu menjawab panggilan dan mentertawakan kami sekali lagi.

Adakah patut pelanggan diberikan layanan seperti ini? Inilah perkhidmatan pelanggan yang sombong dan rasis!

19 September 2015

Sebuah perjumpaan telah diatur oleh pihak Maxis di pusat beli belah Mid Valley pada jam 2.30 petang. Pegawai Maxis yang berkenaan telah memohon maaf di atas apa yang terjadi. Pihak Maxis juga telah memecat lelaki terbabit yang membuat kenyataan perkauman. Terima kasih Maxis sebab ambil tindakan tegas. Jadikan ini sebagai pengajaran agar tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku di negara kita. - Samantha Resh

Diterjemah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Jangan Nek! Saya Masih Suci!'

$
0
0

BEIJING - Video rakaman CCTV aksi seorang wanita warga emas gatal cuba mencium bibir seorang remaja lelaki viral di laman sosial negara China.

Lapor Sina News, remaja lelaki itu masuk ke dalam lif bersama dengan seorang wanita warga emas berusia 70'an. Secara tiba-tiba, wanita itu dilihat menghampiri mangsa dan terus mencium bibirnya.


Terkejut dengan tindakan wanita itu, mangsa terus menolaknya dan cuba menjauhkan diri. Malangnya, nafsu nenek gatal itu semakin menjadi-jadi selain dari cuba memeluk mangsa.

Tidak tahan dengan nafsu ganjil wanita itu, mangsa sekali lagi menolaknya dan segera keluar dari lif.

Kejadian itu menjadi perbualan hangat netizen sehingga ada yang menggelarnya sebagai nenek yang gatal.

“Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM

Ismail Sabri Arahkan MARA Hentikan Penajaan Pelajar Ke Universiti Taylor's

$
0
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub didakwa mendesak pihak Mara mengambil tindakan tegas terhadap Universiti Taylor di atas tindakan pihak universiti swasta itu yang menamatkan kontrak pengusaha bas yang terlibat dalam Himpunan Rakyat, Rabu lalu.

Gambar kenyataan Ismail yang diperoleh dari aplikasi WhatsApp itu tersebar meluas di laman sosial dan ramai yang memuji tindakan beliau.

"Saya dimaklumkan MARA ada taja student belajar di Taylors College. Saya dah arahkan Ketua Pengarah MARA hentikan serta merta penajaan student MARA ke Taylors," kata kenyataan itu.

Pihak Universiti Taylor's terdahulu menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel & Tours kerana menggunakan bas yang memaparkan logo mereka untuk membawa penyokong ke himpunan berkenaan.

Pihak penyokong Ismail juga mendesak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia membatalkan lesen operasi Universiti Taylors sebagai tindakan balas terhadap penamatan kontrak pengusaha bas berkenaan. 

Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap tindakan Ismail Sabri dan penyokongnya itu hanya memalukan diri menyebabkan institusi pendidikan dipolitikan demi kepentingan tembolok dan nafsu perkauman mereka.

"Taylor nak menjaga imej korporat mereka. Taylor bukan badan politik yang berpihak kepada siapa-siapa. Sebab itulah polisi Taylor sangat tegas. Ismail Sabri buat keputusan yang tidak betul. Mungkin Ismail Sabri sekarang adalah menteri kepada UMNO, bukannya untuk rakyat Malaysia," kata Aireen Armani.

"Bas itu digunakan tanpa kebenaran pihak universiti. Kalau tak ada logo, tak apa. Sekarang, orang ingat universiti Taylors yang taja. Ini bukan politik, ini isu intergriti pihak Wawasan Sutera itu," jelas Andi Zulkarnain.

"Universiti Taylors adalah universiti swasta. Mereka perlu dilihat tidak berpiahk kepada mana-mana pihak untuk kepentingan mereka dan juga pihak penaja. Reputasi ini perlu dijaga. Pihak pengusaha bas telah melanggar terma dan syarat kontrak. Jika tidak, pihak pengusaha bas boleh mengemukakan saman terhadap pihak Taylors," kata Iziz.

Malangnya, pihak penyokong fanatik enggan menerima penjelasan mereka dan terus melemparkan maki hamun sehingga dilabelkan sebagai penyokong parti pembangkang.


Sehingga ke saat ini, Ismail Sabri belum mengesahkan kenyataan itu dibuat oleh dirinya. Begitu juga dengan pihak MARA yang belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. - THEHYPEMEDIA.COM
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live