Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Jerebu Hilang Malam Ini Kerana Perhimpunan Baju Merah Mendapat Berkat'

$
0
0

PETALING JAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos, yang terlibat dalam penganjuran 'Himpunan Rakyat Bersatu' dengan yakin dan pasti jerebu akan hilang menjelang tengah malam sebelum perhimpunan itu berlangsung esok.

Menurut Jamal, keajaiban itu berlaku kerana perhimpunan bangsa Melayu itu akan mendapat keberkatan kerana disertai dengan solat hajat dan doa.

"Hari ini saya rasa akan berlaku satu keajaiban kerana perhimpunan itu disertai dengan solat hajat, doa dan kebaikan. Saya rasa esok udara langit akan terang benderang. Takkan ada jerebu lagi. Jerebu sampai tengah malam ini sahaja," katanya. 

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang telah dibenarkan oleh pihak polis dengan syarat-syarat yang ketat perlu dipatuhi oleh penganjur dan peserta. 

Perhimpunan itu didakwa bertujuan menyatakan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional khususnya terhadap kepimpinan Najib di beberapa lokasi ibu negara termasuk di Bukit Bintang dan berakhir di Padang Merbok. - Free Malaysia Today

Malangnya, kenyataan Jamal itu dijadikan sebagai bahan ketawa netizen yang menganggap dirinya telah bertukar karier dan menjadi ahli meteorologi. 

"Inilah minda orang Melayu. Menipu saja kerjanya. Kenapalah bengap mamat sekor ni? Tak tahu nak gelak atau menangis baca statement dia ni," kata mereka. 

"Jerebu di semenanjung teruk sangat ke sampai tersumbat di kepala otak dia? Bila puak-puak bangsat ini berhimpun, semakin bertambahlah jerebu nanti. Tak dapat nak bayangkan kalau orang seperti Jamal ini memimpin perhimpunan esok. 

'Sudah Lama Saya Perhatikan Dia Beri Komen Tak Berasas' - Edry

$
0
0

Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015, Edry Abdul Halim mengalu-alukan penarikan diri Rozita Che Wan sebagai pengkritik tetap program realiti itu kerana tugas itu tidak layak dibuat pelakon tersebut, lapor mStar Online.

"Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihat ia keputusan yang wajar. Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberikan komen yang tidak berasas dan saya juga setuju tentang hal itu," katanya.

Sebelum ini, Rozita mendakwa dia diherdik oleh Edry di khalayak ramai, antara punca penarikan dirinya itu dibuat.

Edry bagaimanapun menafikan dakwaan mengherdik pelakon itu, sebaliknya hanya sekadar memberi teguran kerana tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan.

"Sudah lama saya perhatikan komen yang dia berikan terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tadbir.

"Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada teguran.

"Bagaimanapun, saya tidak mengherdik dia seperti yang didakwa dan pada masa yang sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu," katanya.

"Saya tiada masalah dengan dia secara peribadi. Sekiranya kami berjumpa di majlis atau di mana-mana, saya boleh saja duduk semeja dengannya. Cuma mungkin kami tidak sesuai bekerjasama dalam sesebuah program berkaitan muzik," ujar Edry. - MSTAR ONLINE / THEHYPEMEDIA.COM

'Berani Kahwin Dengan Photographer?'

$
0
0

Best ke hidup dengan photographer? Jawapan dia tak best! Kenapa?

Sama saja photographer ke, videographer ke, designer ke, arkitek ke, interior decorator ke, artis ke. Semuanya dalam industri kreatif. Industri Kreatif ini lain, tidak sama seperti industri yang lain.

1. Kerja di waktu cuti.

Jangan harap nak cuti gembira kalau hari cuti awam, Deepavali, Hari Raya dan sebagainya. Di waktu inilah rezeki masuk. Di kala semua orang lain cuti, mereka berpusu nak merakam gambar dan berkumpul dengan seisi keluarga, Saya hari raya kedua dah shoot. itu perkara biasa. Tanya Team Kelantan, Hari Raya pertama dah turun bekerja adalah perkara biasa.

2. Datang Selepas Majlis

Masjlis adik beradik. saudara mara kahwin pada hari Sabtu Ahad, jangan harap dapat datang. Kita akan datang semula pada hari Isnin, melawat pengantin selepas semua majlis selesai. Itu biasa.

3. Lepakking! 

Kebanyakan otak photographer bergerak cergas pada waktu malam. Nak buat album, nak buat editing, nak cari ilham baru, semuanya malam. Ye, mereka suka lepakking lewat malam.

4. Majoriti Lelaki

Bayangkan kalau husband saya, orangnya kuat cemburu. Habislah! Duduk borak pasal gadjet pun semua lelaki. Nak pinjam lens pun semua lelaki. Nak tanya masalah office pun semua bos photographer lelaki. Nak cari supplier pun semua lelaki.

5. Nafsu Gadget Tinggi

Nasi lemak RM7.00 memang beliau tak akan beli. Tetapi lens berharga RM7,000, sekejap saja dia bayar. Biar guna kereta Perodua Kancil, asalkan guna 5D Mark 3 body, berharga RM8,000. 

6. Melekat Di Komputer

Tiada komputer, hidup tidak bermakna. Boleh tidur peluk komputer. Itulah nyawa mereka. Jangan hairan sangat kalau si dia tidak melayan anda tetapi lebih melayan si komputer itu.

7. Cuti?

Hanya sewaktu bekerja di luar kawasan. Nak bercuti sekadar suka-suka? Jangan harap!

8. Backpackers.

Kalau berjalan travel, memang betul berjalan. Jangan harap nak bershopping, makan makanan sedap. Mimpilaaaah!

9. Workaholics

Shooting ini macam dadah. Tak dapat shoot seminggu, boleh menggigil satu badan. 

Hah! Dah ready nak berkahwin dengan spesis macam kami? Kalau tak mampu, jangan main redah saja. Kalau tak, siap mental emosi, boleh menangis di tepi bucu katil tau!

Kalau isteri yang kuat cemburu, selalu sentap kalau suami tak pergi majlis rasmi keluarga dia, terasa hati bila suami sibuk bekerja di kala dia bercuti, stress tengo ksuami mengayat clietn wanita sewaktu buat sales, susah hat itengok suami yang tidak tidur-tidur walaupun dah jam 3 pagi, menyampah tengok barang-barang kamera suami semakin bertambah tak pernah suru, sakit hati bila suami pergi outing dengan rakan-rakan dia?

Kalau anda tergolong dalam golongan ini, carilah suami yang lain. Jangan himpit langsung dengan orang dalam industri kreatif ini. Boleh meroyan, kata orang-orang tua.

Bayangkan kalau cik sadocit saya ada ciri-ciri semua di atas. Saya memang berhenti jadi photographer dan terpaksa jadi cikgu sekolah rendah luar bandar termasuk pagi balik, tengah hari Sabtu Ahad tergolek-golek dengan suami depan tv.

Yang nak jadi photographer, dah bersedia untuk semua ini? Jangan ambil degree photography tapi tak boleh kerja weekend dan lewat malam dengan alasan nanti ibu bapa marah. Paling teruk sekali, ada yang berikan alasan boyfriend tak bagi kerja hujung minggu. Lain kali, applylah jadi cikgu pendidikan seni.

Dah bersedia masuk ke alam industri kami? Tepuk dada tanya diri, berani ke anda? - Kamalia Kamal

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Lagi Kes Bawa Anjing Guna Troli KLIA

$
0
0

SEPANG - Gambar seorang lelaki membawa anjing menggunakan troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersebar di laman sosial baru sebentar tadi.

Gambar yang dirakam oleh saksi itu dipercayai berlaku baru-baru ini selepas kejadian pertama di KLIA yang melibatkan dua orang wanita membawa anjing menggunakan troli yang sama di ruang legar Balai Ketibaan.

Berdasarkan gambar, lelaki terbabit membawa anjingnya menggunakan troli KLIA di ruang legar Balai Pelepasan. 

Tindakan lelaki itu mengundang perhatian pengguna KLIA yang lain lalu melaporkan kepada pihak pengurusan KLIA sebelum didatangi oleh dua kakitangan KLIA. 

Tindakan lelaki itu kini menimbulkan persoalan netizen, apakah mereka benar-benar tidak tahu larangan membawa haiwan perliharaan ke dalam KLIA atau mereka sengaja mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini? 

Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat, berkemungkinan lelaki itu bukan warga tempatan. Namun, dakwaan itu agak kurang menyakinkan kerana umum tahu bahawa kawasan awam seperti KLIA adalah dilarang membawa haiwan perliharaan.

Kes ini semakin menjadi-jadi. Pihak KLIA perlu tegas dan pantau semua pintu masuk agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. - THEHYPEMEDIA.COM

'Makcik Sayang Auntie Ini'

$
0
0
Terharu kami membaca perkongsian kisah seorang makcik penjual nasi lemak dengan seorang warga emas berbangsa Cina yang dikongsikan oleh Eric Chan ini.

Dikala ramai yang memainkan isu perkauman di media sosial, makcik ini pula menunjukkan sikap yang sebaliknya yang wajar menjadi teladan kepada semua bahawa indahnya hidup dalam suasana harmoni. 


Pagi tadi, saya pergi membeli nasi lemak di gerai kegemaran saya. Semasa menunggu, saya ternampak dua orang makcik Melayu enggan menerima bayaran dari seorang nenek berbangsa Cina untuk sebungkus nasi lemak dan sesikat pisang. Mereka menegaskan pada nenek itu menyimpan wangnya dan mengambil makanan yang diberi. 

Saya yang kehairanan lalu bertanya kepada makcik Melayu itu, "Makcik, kenapa tak ambil duit itu?"

"I sayang auntie ini. Dia dah tua-tua pun jalan keluar. I sayang dia," katanya.

"Makcik berdua memang baik hati ya. Kita semua mesti belajar dari you," balas saya.

Saya difahamkan wanita tua itu tidak pandai berbahasa Melayu!

Hal ini membuktikan bahawa, kita saling menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa. Tiadanya 1Malaysia, tetapi kitalah Malaysia yang sebenar.


Semoga kita kekal hidup dalam suasana harmoni dan tiada apa yang dapat memisahkan kita meskipun ekonomi negara merosot atau permainan kotor ahli politik. Selamat Hari Malaysia.

Ditulis semula untuk siaran khas di THEHYPEMEDIA.COM.

'Baru Sebulan Dilanda Jerebu Dah Merungut' - Jusuf Kalla

$
0
0

JAKARTA - Meskipun Kabinet mungkin berubah, namun pemimpin Indonesia tetap kekal sensitif apabila timbulnya isu mengenai jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan.

Semalam, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengkritik negara-negara jiran yang merungut tentang jerebu dan mendakwa mereka tidak bersyukur dengan udara bersih yang diberikan sepanjang tahun sebelum itu. 

"Selama 11 bulan mereka menikmati udara yang baik dari Indonesia dan mereka tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kami," katanya. 

"Mereka (Malaysia, Singapura & Brunei) telah dilanda jerebu selama sebulan dan mereka merungut," katanya memetik laporan Jakarta Globe pada Selasa, hari ini.

Mengimbas kembali pada tahun 2013, bila Agung Laksono, menteri dalam kerajaan sebelum ini menyelar Singapura yang menyalahkan Indonesia atas pencemaran udara yang berlaku. 

"Singapura tidak sepatutnya berperangai seperti budak-budak yang panik tidak tentu pasal," katanya.

Akibat dari kenyataan itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terpaksa memohon maaf kerana jerebu.

Menurut Jusuf Kalla, Indonesia telah berkali-kali memohon maaf di atas kebakaran hutan yang telah membawa kepada pencemaran udara di Malaysia dan Singapura.

Kerugian yang dialami oleh Indonesia kerana kebakaran hutan itu juga amat besar. Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan melaporkan kerugian yang dicatatkan dari 26 Februari hingga 4 April tahun 2014 adalah dianggarkan sebanyak AS1.6 bilion. - THEHYPEMEDIA.COM

'5 Tahun Dah Bekerja, Ini Pertama Kali Aku Kena Halau' - Staff Poslaju

$
0
0
Kasihan dengan nasib yang menimpa seorang kakitangan Poslaju, Tom Yana, yang meluahkan rasa kecewanya diperlakukan seperti tidak bermaruah oleh Ambank Yap Kwan Seng. 

Beliau yang hanya menjalankan tugas, terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diduga kerana sikap pihak pengurusan Ambank cawangan berkenaan yang tidak mahu bertolak ansur sehingga menyukarkan tugasnya untuk menghantar barangan milik kakitangan Ambank berkenaan.


3.30 - 5.50 petang, backup Ambank Yap Kwan Seng. Barang mailing tak diambil kerana arahan dari pihak pengurusan Ambank.

Tak mengapa, dalam 15 minit kemudian baru dapat buat kerja di lobi, dalam pintu kaca. 

Kemudian didatangi oleh seorang lelaki Melayu, pengawal keselamatan menghalau saya keluar dan melakukan kerja-kerja itu di luar. 

"Boss tak bagi buat dalam ini sebab semak. Nanti orang-orang luar, kakitangan Ambank serta boss-boss di sini nampak tempat ini bersepah. Tak elok," katanya.

Kami Kurier Poslaju dihalau macam anjing. Kami buat kerja untuk siapa? Staff kau orang punya barang personal. Aku fikir, aku bekerja untuk logo tertera pada baju uniform ini saja. 

"Staff Ambank Yap Kwan Seng, please take note! Bos anda tidak mahu barang anda dihantar ke pejabat anda sejak minggu lepas, salam..." mesej kepada setiap penerima barangan yang berkenaan.

Terpaksa hubungi seorang-seorang. Handphone pula kehabisan bateri. Mujur ada hamba Allah ini beri gunakan handphone dia sekejap. Baik abang Despatch itu. 

"40 item bang oi!"

Menurut bekas kakitangan Pos Malaysia, pekerja Kurier Poslaju tidak diberikan elaun telefon. Kebanyakan mereka terpaksa menggunakan kredit telefon bimbit sendiri untuk menghubungi penerima barangan.

Menurut Tom, dia diberikan amanah untuk menghantar barang-barang pelanggan dan mahu menghantar semua barangan tersebut dalam hari yang sama. Tidak seperti sesetengah kakitangan yang lain menangguhkan kerja sehingga keesokkan harinya.

"Kita bising-bising pagi-pagi, kita kasi habiskan. Bukan macam yang lain diam-diam bawa balik. Kalau saya tak ada hati perut, pergi 'mam' sama budak baru, tak habis hantar, pandai-pandai buat esok. Saya tak sampai hati," katanya.

Beginilah nasib kakitangan Kurier Poslaju, diperlakukan seperti orang yang tiada maruah sedangkan mereka tidak bersalah. 

Tindakan pengurusan Ambank ini sememangnya tidak wajar dan dikritik oleh netizen kerana memandang rendah pekerja Kurier Poslaju. Sepatutnya pihak pengurusan mengenakan tindakan terhadap kakitangan mereka sendiri, bukannya pada pekerja Kurier Poslaju. - THEHYEPEMEDIA.COM

(Video) 'Pergi Balik Sebelum Aku Rembat Korang!'

$
0
0

Video sekumpulan remaja lelaki merokok dan berjudi di sebuah restoran mamak, viral di laman sosial. Video berdurasi 57 saat yang dirakam dan dimuat naik oleh Norhafiza Hasrudin di laman Facebook, menarik perhatian netizen. 

"Sedih apabila saya sendiri melihad di depan mata ada sekumpulan anak-anak muda yang masih lagi bersekolah sedang leka bermain judi dan menghisap rokok di depan anak-anak saya dan juga orang awam.

"Sehingga suami saya bertanya, 'kenapa awak menangis?'. Lalu saya berkata saya sedih melihat anak bangsa sendiri leka dan bangga dengan apa yang mereka lakukan. Lalu suami saya pun terus memarahi dan menasihati anak-anak muda tersebut.

"Ya Allah, Engkau selamatkanlah anak-anak bangsaku. Engkau peliharalah mereka dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan ke jalan yang Engkau redhai. Amin," katanya.

Berdasarkan rakaman video tersebut, sudah agak baik cara lelaki itu menegur sekumpulan anak muda itu. Namun, reaksi yang diberikan oleh mereka, amatlah mengecewakan. 

Langsung tiada menunjukkan mereka serik dan insaf dengan teguran itu. Sebaliknya dipamerkan wajah yang menyampah dan benci terhadap lelaki dewasa berkenaan.

Di zaman kita, di usia seperti mereka, kita berada di rumah membantu ibu bapa. Hendak melepak di kedai mamak pun, wang tak ada. Jika ada sekali pun, cuma cukup untuk perbelanjaan hari esok di sekolah.

Malangnya generasi zaman ini sudah berjinak-jinak dengan pelbagai aktiviti. Dari merokok. minum arak, berjudi dan lain-lain yang akhirnya akan menyebabkan mereka lalai dan terjerumus ke lembah kehancuran akhlak .

Hendak mengharapkan pihak berkuasa, tiada gunanya. Jadi, terpulanglah pada kita sendiri, apa yang kita akan lakukan jika terlihat situasi seperti ini. Nak berikan teguran atau hanya membutakan mata? - THEHYPEMEDIA.COM

Mayat Kevin Morais Ditemui Dalam Tong Dram

$
0
0
Gambar dari Berita Harian & The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR - Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang 12 hari lalu, ditemui mati dibunuh setelah mayatnya ditemui terbenam dalam konkrit sebuah tong dram di USJ 1, Subang Jaya, hari ini.

Polis juga turut mengesahkan bahawa, 7 orang termasuk seorang doktor tentera telah ditahan semalam.


Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek utama telah membawa polis ke kawasan paya berkenaan dan menemui sebuah tong dram yang mengandungi jasad Morais.

Polis percaya, pembunuhan Kevin Morais itu mempunyai kaitan dengan sebuah kes yang dibicarakan di Mahkamah Shah Alam di mana Morais terlibat. 

Dalam kes rasuah tersebut, Morais merupakan pendakwa bagi suspek yang terbabit. - THEHYPEMEDIA.COM




Gadis Selamba Hisap Vape Dalam Mall

$
0
0

KUALA LUMPUR - Video seorang gadis dengan selambanya menghisap vape di dalam pusat beli-belah tersebar di laman sosial.

Video berdurasi 7 saat itu menunjukkan seorang gadis berpakaian mencolok mata berjalan bersama rakannya di tingkat bawah Mid Valley sambil menghisap vape tanpa mempeduli pengunjung yang lain.

Tindakan biadab gadis berkenaan di Centre Court Mid Valley, berjaya dirakam oleh seorang pengunjung. 

"Gadis vape on di Mid Valley. Tengok cara pemakaian dia pun dah tahu show off," katanya.

Tindakan gadis itu menyebabkan masyarakat bertambah benci kepada golongan pengguna rokok elektronik yang dianggap mementingkan diri. 

"Ini tempat awam, kenapa perlu vape di tempat awam? Walaupun asap vape didakwa tidak mendatangkan bahaya, tetapi orang tetap tidak suka tersedut/terhidu asap vape," kata Hazwan.

"Dahlah perempuan, pakai pakaian seksi habis. Ditambah pula dengan perangai vape tak ikut tempat. Kau ingat Mall ini bapak kau punya boleh suka-suka hati vape sana sini?" kata Najwa. 

Penggunaan vape secara berleluasa tanpa mengira sensitiviti orang lain di tempat awam perlu dihentikan segera. Mana-mana pihak pengurusan pusat beli-belah perlu tegas dan mengenakan larangan terhadap penggunaan vape di bangunan mereka demi keselesaan pengunjung yang lain. - THEHYPEMEDIA.COM

Tangan Kanak-Kanak 3 Tahun Tersangkut Dalam Eskalator

$
0
0

CHINA - Tangan seorang kanak-kanak perempuan tersangkut di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli-belah lebih dari 40 minit dalam kejadian terbaru yang melibatkan eskalator di negara itu.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, semasa berjalan bersama neneknya, mangsa dikatakan tersadung dan jatuh sebelum tangannya tersangkut di celah kanan eskalator.

Tangan dan lengan mangsa tersangkut di tepi eskalator itu lebih dari 40 minit sebelum bantuan tiba.

Kakitangan pusat beli-belah yang mendengar tangisan mangsa dan neneknya itu segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu. 

Mangsa yang berusia 3 tahun itu kemudian diberikan bantuan dan berjaya diselamatkan. Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan. - THEHYPEMEDIA.COM

'Keluar Dari Johor Jika Rasis' - Sultan Johor

$
0
0

JOHOR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja mecetuskan ketegangan dan meniup api perkauman.

"Mereka yang mengamalkan sikap rasis ini dinasihatkan supaya keluar dari negeri ini serta-merta. Ini bukan zaman batu. Orang Melayu, Kaum Cina dan India semua telah memainkan peranan masing-masing. Johor adalah rumah kepada semua bangsa Johor," titah baginda di laman Facebook miliknya.

"Nenek moyang saya, kerajaan negeri, bangsa Johor dan saya telah bekerja keras untuk menyatukan rakyat Johor dan membawa pelabur asing bagi memajukan negeri ini. 

"Mereka yang menghasut bangsa Johor perlu berdepan dengan saya," tegas baginda. - THEHYPEMEDIA.COM

'Abah Tengok Tu, Diorang Guna Stroller Murah'

$
0
0

Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil

Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. "Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat". Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, "Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?". Si bapa menjawab "Kita punya lagi mahal". Anaknya menambah "Kan, dia punya tu local je tu". Saya hanya mampu menggeleng. 

Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, " Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus". Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan?

Pada hari raya lalu, seorang budak bertanya kepada Aqeef, "Wah awak duduk London, pernah naik Lamborghini tak. Kalau naik Ferrari pun ok tapi Ferrari murah sikit. Audi yang paling murah tapi Audi lagi bagus daripada proton. Ayah saya bawak kereta begini". Aqeef terdiam dan terus melarikan diri. Pertama kerana Aqeef waktu itu tidak fasih dan kurang faham bahasa Melayu. Kedua kerana kami memang tidak pernah mengajar anak-anak tentang jenama, baik kereta, baju, tempat makan dan sebagainya. Aqeef tidak pernah merasa teruja melihat kereta mewah yang menjalar atas jalan raya di London kerana dia tidak pernah tahu berapa harga kereta berjenis begini begitu, mana lebih laju mana lebih mewah dan sebagainya. 

Persoalan saya, nilai apa yang mahu kita semat dalam diri anak-anak kita? Wajarkah anak-anak yang masih hijau usianya dibiarkan membanding-bandingkan harta benda harga dan jenama serta paras rupa fizikal. Perkara membanding-bandingkan ini tidaklah nampak besar di mata kita orang dewasa sepertimana nilai-nilai utama lainnya - hormati orang tua, jangan membazir, jangan bunuh orang, tapi bagi anak kecil, nilai sebegini memberi impak besar dalam hidup mereka kelak.

Mungkin hari ini mereka menilik stroller siapa lebih mahal, pengalaman menaiki supercar mewah mengikut harga pasaran dan gelang emas tulen atau saduran seperti yang dipakai oleh ibunya, di kemudian hari mereka akan mula membincangkan ibu siapa berkerjaya, pangkat bapa siapa paling besar, kereta keluarga siapa paling mahal, dan lebih teruk mereka mungkin akan mula memperkatakan tentang ketidakupayaan rakan lain, mulai belajar menyisihkan rakan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, hanya mahu berkawan dengan orang yang mempunyai standard tertentu, anak-anak orang berkerjaya sekian-sekian, atau pelajar cemerlang yang dapat markah 100% semua subjek. Mereka akan membesar dengan memiliki hati yang tidak perlu kepada rasa empati dan kemanusiaan. 

Kita boleh tengok masalah seperti ini dalam sinetron Indonesia misalnya yang anak-anak sekolah rendahnya sudah pandai mengejek rakan satu kelas yang tempang kaki atau compang camping pakaiannya, anak-anak sekolah menengah atasnya baru berusia belasan tahun sudah bergaya dengan kereta mewah ke sekolah, memulaukan anak penjual bakso. Ataupun dalam cerita Hollywood bila gadis berbadan cantik dari kumpulan sorak bersama dengan pelajar lelaki sasa pemain football bersatu hati membuli gadis gemuk dan jejaka autistic sehingga mengakibatkan tekanan dalam diri mangsa buli dan menimbulkan keinginan bunuh diri atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (massacre) kerana rasa tidak puas hati dibuli dan dipulau.

Apabila anak yang semasa kecilnya tidak dibendung atau memang dengan sengaja diajar membanding-bandingkan harta, harga dan jenama, rupa paras, taraf hidup ini meningkat dewasa, masalah membanding-banding akan berlarutan menjadi masalah lain pula. Mereka akan mula membandingkan diri dengan orang lain, melahirkan rasa tidak berkecukupan dan payah untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki serta sanggup berbuat sesuatu melebihi kemampuan diri seperti berhutang keliling pinggang, rasuah, pecah amanah untuk membeli barangan mewah, atau menjalani pembedahan plastik tahap ekstrem untuk kelihatan cantik demi memastikan dia juga mampu melakukan atau memiliki apa yang orang lain ada. Ia dipanggil persaingan tidak sihat.

Anak-anak kecil kita, terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta. Jangan biarkan kebiasaan dari kecil merosakkan persepsi dan pegangan hidup mereka apabila dewasa. - Norfaradina

'Inilah Muka Pencuri Laptop Aku!'

$
0
0

Assalamualaikum. Saya nak kongsi sikit pengalaman dan maklumat tentang kes pecah kereta di pasar malam yang semakin menjadi-jadi sekarang.

Tak pasti maklumat ini akan membantu atau tidak tetapi apa pun nak share sahaja dengan semua.

Lebih kurang awal tahun ini, saya juga menjadi mangsa kereta dipecahkan dan beg saya yang mengandungi laptop dicuri. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Saujana Utama dan hidup terpaksa diteruskan.

Sebelum saya teruskan cerita, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah install satu software dalam laptop itu yang dinamakan Prey. Prey ini berfungsi untuk mengesan lokasi laptop saya dan juga dapat menangkap gambar pencurinya melalui kamera hadapan laptop serta dapat senaraikan wifi berdekatan laptop saya bersama wifi yang laptop itu sedang digunakan.

Pendek cerita, Prey ini memang dicipta untuk anti theft dan untuk membantu pihak berkuasa mencari laptop atau device yang dicuri atau hilang.

Jadi, disebabkan laptop saya telah di-install dengan Prey, saya dapat tahu lokasi laptop saya dan juga muka pencuri tersebut melalui gambar yang berjaya dirakam oleh kamera depan apabila ia digunakan oleh si pencuri.

Semua maklumat ini saya terima melalui laptop kawan saya yang saya gunakan untuk mengesan laptop yang hilang.

Seminggu kemudian, pencuri tersebut ON laptop saya dan saya dapat mengesan lokasinya di area Gombak. Namun, lokasi yang diberikan itu tidak tepat. Hanya memberi lokasi kawasan taman perumahan. Maklumat-maklumat seperti ini tidak dapat membantu pihak polis untuk mengesan pencuri walaupun saya telah serahkan maklumat ini kepada mereka.

Dalam ini, saya sertakan lokasi kawasan pencuri itu menggunakan laptop saya. Tak tahu sama ada berguna atau tidak, tetapi sekadar berkongsi dengan semua.








Kesimpulannya, memang puak-puak pecah kereta dan mencuri ini, diorang menetap di kawasan Gombak, Kampung orang Indonesia.

Kepada semua, saya sarankan gunakanlah software Prey untuk untuk keselamatan laptop anda. - Firdaus

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

Video 2 Peserta Perhimpunan Rakyat Dikritik Netizen

$
0
0

KUALA LUMPUR - Video temubual lucu dua lelaki yang menyertai Perhimpunan Rakyat (Baju Merah) semalam tersebar di laman sosial sejak malam tadi.

Video berdurasi 1 minit 43 saat yang dirakam oleh channel Durian itu menunjukkan dua peserta terbabit kelihatan sukar menjawab soalan dalam bahasa inggeris yang diajukan oleh wartawan berkenaan. 


"we want to protect err... errr...." itulah pentingnya english education dik..
Posted by My Media Hub on Wednesday, September 16, 2015
Di media sosial pula, gelagat dua peserta ini menjadi bahan ketawa dan tidak kurang juga yang kesal dengan tindakan mereka yang hanya menyertai namun tidak mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu.

"Kata Melayu, nak pertahankan Tanah Melayu. Cakap Melayu dah la. Nak malu apa? Nanti dia siarkan dalam televisyen, adalah terjemahannya. Itu pun tak boleh fikir. Macai-macai, gunakanlah akal sebaik mungkin," kata Fuzi. 

"Next time bersedia, kena tahu tujuan. Don't worry, slow slow belajar bahasa inggeris. Orang Jepun pun ditemuramah dalam bahasa Inggeris pun pening mereka nak jawab. Last last, dia belasah juga guna bahasa Jepun. Susah-susah, jawab saja guna bahasa Melayu," kata Safrizal.  - THEHYPEMEDIA.COM

Kepala Budak 2 Tahun Tersangkut Di Pintu Restoran

$
0
0

BEIJING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun menjerit kesakitan apabila kepalanya tersangkut di pintu sebuah restoran.

Kanak-kanak yang tidak dinamakan itu, bermain berhampiran pintu kaca tanpa sebarang pengawasan. Apabila datang seorang pelanggan yang tidak menyedari mangsa berada di situ, dia membuka dan menutup pintu itu menyebabkan kepala mangsa tersangkut.

Ibu bapa mangsa yang makan di restoran di Naning, ibu kota Wilayah Jiangsu di timur China, bergegas membantu anak mereka apabila dia mulai menangis kesakitan.

Tetapi, mereka tidak berjaya melepaskan kepala mangsa dari antara pintu kaca tersebut dan terpaksa menunggu bantuan daripada pihak bomba.




Bomba yang datang tidak lama kemudian, terus menggunakan alatan khas untuk menolak pintu kaca tersebut dan meletakkan sabun sebagai pelincir di leher mangsa sebelum berjaya dilepaskan.

Mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pasukan perubatan mengesahkan kanak-kanak terbabit masih hidup tetapi tiada maklumat mengenai keadaan terkini mengenai mangsa. - THEHYPEMEDIA.COM

'Tak Pernah Pun Tanya Apa Yang Ayah Mahu'

$
0
0
Gambar kiri, hiasan sahaja

CEMBURU SEORANG AYAH

Ketika berjalan dalam market hari itu, saya melintasi sebuah warung. Di satu meja yang agak terasing, saya melihat rakan sekolah saya dulu yang berusia 60'an duduk minum kopi bersendirian.

Entah kenapa hati saya mendesak nak berjumpa dengannya. Lalu saya menghampirinya. 

Nasi lemak dalam bungkus daun pisang disuap seperti terpaksa.

Setelah memberi salam, saya duduk semeja dengannya walaupun saya amat jarang duduk di kedai kopi. 

Setelah beberapa minit berbual, saya bertanya tengan hal anak-anak. Dia diam, tetapi akhirnya bersuara dengan nada yang serius.

"Hang tahu kan aku ada empat anak. Semua dah bekerja dan duduk jauh. Di rumah, aku dengan bini aku saja. Aku sedih bila anak-anak aku telefon ke rumah, hanya bercakap dengan ibu mereka. Semacam semua keempat-empat orang itu. 

"Seingat aku, sekali dua rasanya dalam setahun ini mereka telefon bercakap dengan aku, nak minta pinjam duit dari aku. Tetapi cakap dengan ibu mereka juga. 

"Kalau mereka bagi duit pun, aku jarang diberi. Ibu mereka saja yang diberi. Tak pernah pun tanya 'Ayah ada duit tak?' jangan harap! Sedih sangat," katanya.

Sampai di sini, dia sudah mula sebak. Air matanya bergenang di kelopak mata tuanya itu. Segera disapu dengan belakang tangan tetapi digagahkan juga gelak kecil yang dibuat-buat untuk menyembunyikan rasa sedihnya. 

Saya cepat memegang sebelah tangannya, meramas jarinya dan membisik kata sabar.

"Kalau nak beli apa pun, mereka tanya ibu mereka sahaja. Nak ajak berjalan pun, tanya ibu dulu. Kalau ibu tak mahu, tak jadi ke mana. Aku ini ayah mereka. Aku yang membesarkan mereka. 

"Hari ini mereka bawa ibu mereka pergi ke Tesco. Aku pula tidak dibawa, apatah lagi nak dipelawa," katanya lagi yang ternyata sedih dengan sikap anak-anaknya itu.

Bila dia berhenti bercakap, saya mencelah. 

"Kita semacam saja, bahkan orang lain juga. Cuma mereka tak cerita. Tetapi nabi dah sebut dalam hadis, seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata;

"Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali? 

Nabi menjawab, "Ibumu!"

Dan orang tersebut bertanya lagi, "Kemudian siapa lagi?"

Nabi menjawab, "Ibumu!"

Maka dia bertanya lagi, "Kemudian siapa lagi?" 

Beliau menjawab, "Ibumu!".

Orang tersebut bertanya lagi, "kemudian siapa lagi?"

Nabi menjawab, "Kemudian ayahmu,". 

"Betullah jika anak-anak kamu mengutamakan ibu mereka dari diri kamu sendiri. Nabi dah sebut dan suruh,".

Dia mengangkat kepala dan memandang saya, seperti nak berkata, 'betulkah ini? Saya terus menerang dan memujuk.

Kita semua adalah anak kepada seorang ibu dan ayah. Beringatlah pesan nabi ini tetapi jangan sampai terguris hati ayah. Jangan pula melebihkan ayah dari ibu, itu melanggar sunnah. Jangan kerana ibu kuat berleter, banyak pesannya, ingatannya, kawalannya, tegahannya maka kita melebihkan ayah.

Apa jua keadaan ibu kita, kita beri keutamaan kepadanya tetapi jangan keterlaluan dan juga jaga hak ayah. 

Perasaan cemburu dalam meraih kasih anak tetap wujud pada ibu dan ayah. Apa lagi di usia tua dan kesunyian bila anak telah berpindah. Tetapi atas sifat orang tua, perkara ini tidak dizahirkan. Mereka menelannya dengan kesabaran dan senyuman. Sedangkan jauh di lubuk hati, terguris sembilu yang tajam. Berhati-hatilah jika sesekali mereka bersuara dengan sindiran atau kata persis merajuk atau body language yang luar biasa.

Pertimbangkanlah setiap perlakuan, tindakan kepada kedua-duanya. Jangan sampai mereka berdua berlumba meraih kasih anak-anak. Berlaku adillah, bukan saja pada kebendaan yang dihulur tetapi pada setiap kata, setiap gerak laku kerana semua dinilai oleh ayah dan ibu.

Dahulukan ibu tetapi jangan sampai ayah terasa terpinggir. Masa kecil, anak dimanjakan ayah ibu. Bila tua, ayah ibu mengharap dimanjakan. Renungkan, jangan ambil mudah.

Hari itu, saya terpaksa makan dan minum di kedai kopi untuk memujuk sahabat ini. Memang hodoh jika orang tua merajuk. Air mata tua berjurai, hanya yang tua sebaya yang ada anak-anak sahaja yang memahami. 

Tidak akan ada ayah yang akan merayu bagai anak kecil meminta didokong sama seperti adik kecil dalam dokongan. Jika ibu anda dilayan bagaikan anak kecil yang didokong, peganglah tangan si abang yang ibarat kepada ayah untuk dibimbing bersama berjalan.

Pada kita itu perkara kecil, belum tentu pada ayah ibu. Fikirkanlah kalimah ibarat ini sebagai inti kepada maksud tersirat pada tulisan ini. - Abd Ghani Haron

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Sampai KL, Diorang Suruh Pakai Baju Merah'

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Facebook mendakwa bapa mertuanya telah diperdayakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam Perhimpunan Rakyat yang berlangsung semalam anjuran PESAKA. 

"Bapa mertua saya juga ditipu, dikatakan ada rombongan ke Putrajaya, tetapi bila sampai di Kuala Lumpur, disuruh pakai 'baju merah' dan ikut perarakan dari Masjid Negara. Sedih betul diperlakukan begitu," kata Qystina FarahDamia. 

Sementara itu, Rosni Abd Kadir pula berkata, ibunya juga diberitahu perkara yang sama oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. 

"Nasib ayah tak bagi ibu pergi. Kasihannya tengok. Panas dan jerebu. Ibu cuma diberitahu ada rombongan ke Kuala Lumpur. Kena pakai seluar dan kasut. Diorang tak tahu ini," katanya yang kesal dengan tindakan pihak itu. - THEHYPEMEDIA.COM

Prosedur Kelahiran Bayi 'Lotus Birth' Kini Menjadi Trend Doktor & Bidan?

$
0
0

Sebuah laman Facebook berasaskan ibu hamil telah memuat naik informasi mengenai prosedur kelahiran Lotus Birth yang mengundang rasa kurang senang netizen terutamanya ibu-ibu mengandung. 

Menurut info dari laman berkenaan, Lotus Birth adalah sebuah prosedur kelahiran bayi tanpa menggunting tali pusat ketika lahir yang didakwa menjadi trend bidan dan doktor pada hari ini. 

"Tali pusat bayi dibiarkan bersambung dengan plasenta atau uri sehingga terputus sendirinya dari badan badan. Tujuannya adalah untuk membiarkan plasenta 'menghabiskan tugas-tugas terakhirnya iaitu membantu melepaskan tali pusat dari badan bayi," 

Menurut sumber, Lotus Birth ini bermanfaat kepada bayi berbanding jika dipotong akan menyebabkan luka serta menimbulkan rasa tidak selesa pada bayi.

"Bayi yang lahir dengan kaedah ini akan tidur lebih lena dan menghisap ASI dengan lebih baik berbanding bayi-bayi yang dipotong tali pusatnya. 

"Kaedah ini juga akan mengurangkan trauma bayi yang baru dilahirkan berikutan keadaan di luar tidak sama dengan rahim ibunya kerana bayi masih berhubung dengan plasenta. Selain itu, bayi juga akan menjalani awal kehidupannya dengan lebih relaks dan tenang tanpa merasa 'kehilangan' atau 'perpisahan' secara mendadak rahim. 

"Ketika bayi dimandikan, plasenta juga perlu dibersihkan dan dikeringkan dengan menekan-nekan plasenta tersebut sebelum disimpan kembali di bekasnya dan ditaburi dengan garam laut atau garam kristal serta dibubuh dengan minyak aromaterapi untuk mencegah bau. 

"Namun, Lotus Birth tidak dapat dilakukan jika tali pusat bayi terlalu pendek," katanya. 

Bagaimananya, netizen mengecam kaedah kelahiran itu yang dianggap menjijikkan serta tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang beragama Islam. 

"Lebih baik tanam segera seperti mana yang diajar oleh Islam. Jadi kerja nak usung uri ke sana sini. Tali pusat pun berbau, apatah lagi uri seketul. Jangan mengarut," kata Tay. - THEHYPEMEDIA.COM

'Nak Kahwin, Kahwinlah. Tak Payah Nak Menunjuk'

$
0
0

Seorang rakan bertanyakan soal cium dahi isteri selepas akad nikah di masjid atau di khalayak ramai. Macam satu dari agenda akad nikah. Boleh atau tidak?

Pertama sekali kita rujuk ialah sunnah nabi. Nabi tidak pernah berbuat begini. Nabi pernah cium pipi isteri ketika dalam rumah dan terlihat oleh sahabat. Itu cerita dalam rumah. 

Cerita bercium selepas akad ini ada pengaruh Kristian. Pengaruh ini banyak ditiru oleh artis. Maka mereka yang bersunnahkan artis terus menirunya dan pelbagai hal yang lain lagi seperti bersanding, tunjuk anak dalam perut, tunjuk perut boroi mengandung dan banyak lagi.

Jika sekadar bersalam, tunduk mencium tangan itu adalah biasa. Jika akad dalam masjid, lagilah kena jaga adab dalam masjid. Tentulah bercium itu tidak sesuai walaupun halal kerana di khalayak dan dir rumah Allah. Jangan kerana ianya halal, suatu hari nanti orang buat lebih banyak perkara halal suami isteri di rumah Allah. Boleh ke? 

Dalam hubungan suami isteri, ada perkara yang harus disembunyikan dari khalayak. Setakat berpegang tangan, bersalaman itu cukuplah. Yang lain tak payah nak tunjuk pada orang.

Ada juga yang kata Tok Imam tak melarang pun. Ada imam yang berfikir tak mahu merosakkan majlis orang, tak mahu menjatuhkan maruah orang nak tegur di khalayak ramai. Tetapi dia membenci di dalam hatinya. 

Nak kahwin, kahwinlah. Tak payah nak menunjuk, nak berlebih dari apa yang nabi buat kerana berbuat dosa semasa akad, bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang. Seronok tak menentu sehingga kerobek dalam perut isteri tunjuk pada seluruh dunia. Kerja Allah yang sedang membentuk anaknya dalam perut adalah ibarat mendedahkan rahsia Allah yang disembunyikan dalam perut dan belum dilahirkan. 

Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu kerana ibu bapanya keterlaluan seronok, kerana Allah Maha Kuasa menentukan apa saja. Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja. Sepatutnya gambaran dalam perut hanya untuk alasan perubatan.

Seperkara lagi, jika akad di masjid, pengantin mesti berpakaian sesuai dengan masjid. Bukannya pakaian pengantin yang seperti ikan duyung. Selepas itu, bersolat berimam pula dengan pakaian itu sehingga menampakan susuk tubuh itu juga aurat walaupun tertutup. Sebab itu orang guna telekung untuk menghilangkan susuk tubuh di masjid. Bahkan sepatutnya di luar masjid pun sedemikian rupa.

Selepas akad nikah, bawalah jurufoto pergi ambil gambar di dalam hutan, dalam bendang, dalam kebun dan pamer pada seluruh dunia, peluk sana sini berbagai gaya. Buat muka manja, untuk apa? Nak tunjuk pada dunia, pada kawan, fikirlah banyak kali. Adakah isteri boleh ditunjuk sedemikian rupa? Ini bukan budaya Islam, ini budaya orang lain yang bercanggahan dengan Islam.

Perkara pergaulan suami isteri di luar rumah dan khalayak patut dibataskan dengan rasa malu. Jangan seronok tak menentu nak taang isteri putih gebu. Naik motosikal berpeluk itu okay kerana takut jatuh tetapi ambil gambar peluk sana sini dan tunjuk pada seluruh dunia itu buat dosa saja. 

Lebih teruk gambar isteri yang kelabu hitam, orang kampung saya kata sam-sam diedit bagi putih pang, putih seputihnya itu sudah tertakluk kepada riak dan menunjuk. Isteri dan apa yang ada padanya adalah rahsia untuk suami. Suami yang mengizin ditayang beroleh dosa dan bersifat dayus. Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dalam amalan iman. 

Ingatlah bahawa perkahwinan adalah gerbang hidup. Jika ia dicemarkan dengan dosa, seluruh hidup terheret sama. Berkahwin memang seronok tetapi jagalah batas agama. - ABD GHANI HARON

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live