Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Bersih 4 Adalah Himpunan Orang Cina DAP'

$
0
0

Kenapa suratkhabar Cina mempromosikan Himpunan BERSIH 4 secara meluas dan besar-besaran?

Boleh dikatakan setiap hari akhbar Cina memainkan isu ini. Tindakan PAS memulaukan BERSIH 4 menyebabkan DAP terpaksa mengambil alih peranan sebagai penganjur. DAP memerlukan kehadiran orang Cina yang ramai untuk mengelakkan mereka dimalukan. Sebab itu DAP menggunakan media Cina untuk membuat promosi.

BERSIH 4 bukan lagi perjuangan untuk ketelusan SPR. Ia medan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO. Ia akan dijadikan seperti Arab Spring yang menjatuhkan Hosni Mubarak. Sebab itu ia diadakan selama dua hari di depan Sogo dan Dataran Merdeka. 

Akibatnya, Konsert Sehati Sejiwa sempena Hari Kemerdekaan terpaksa mengubah tempat dan berpindah ke Stadium Bukit Jalil. Dahsyat agenda DAP sehingga sanggup menganggu rakyat Malaysia yang mahu menyambut hari kemerdekaan negera dengan aman dan harmoni. 

Matlamat DAP ialah sambutan Hari Kemerdekaan dibatalkan. Ini akan memalukan Najib dan kerajaan.

DAP juga turut menggunakan wanita-wanita muda Cina yang berpakaian sexy untuk mempromosikan BERSIH 4. Dalam masa yang sama, BERSIH 4 juga akan menjadi medan mempromosikan perjuangan LGBT.

BERSIH 4 akan menjadi medan DAP menghasut orang Cina membalas dendam terhadap tindakan orang Melayu memboikot Plaza Low Yat yang telah menjejaskan perniagaan orang Cina. 

Cadangan Datuk Ismail Sabri yang mahu mewujudkan Low Yat 2 untuk peniaga Melayu menambahkan lagi kemarahan DAP.


Bersatulah kita menentang DAP. #Bantah BERSIH 4. - CHONG CHOONHAU

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'#BebasAnwar #NajibTurun – Apa Kaitan Dengan Bersih?' - Rem

$
0
0

1. Sebelum ada yang sentap, biar saya tegaskan. Saya menyokong penuh gerakan sivil bernadi rakyat. Yang bertujuan ‘menyentak’ pemerintah supaya sentiasa perbaiki prestasi – ke arah yang lebih bersih, cekap dan amanah. Ini satu mekanisme penting bagi negara matang demokrasi, demi mengukuhkan sistem tadbirurus yang lebih efektif.

Tapi gerakan tersebut mestilah benar-benar bersifat SIVIL – iaitu memenuhi dua kriteria asas. Pertama, ia tidak membelakangkan peraturan dan perundangan, yang juga dijamin kedudukannya dalam perlembagaan. Kedua, ia mesti suara rakyat sepenuhnya; bukan emosi politik kepartian. Sebab domain yang diguna untuk beraktiviti adalah milik publik. Jadi agenda yang diperjuang mesti bebas dari sebarang unsur partisan. Kita belum lagi masuk musim pilihanraya, kan?

Tentu tidak adil sumber negara (e.g. tenaga keselamatan, infrastruktur awam, alat perlindungan, elaun petugas, etc) dipakai untuk mengurus sebuah perhimpunan terbuka, JIKA matlamat terasnya cuma mahu menobatkan agenda politik parti tertentu. Tapi kalau BERSIH ini memang BENAR-BENAR gerakan sivil: dari rakyat untuk negara – fine. Ok! Silalah membersihkan negara…

2. Berhimpun secara aman adalah hak yang dilindungi perlembagaan. So, yang bising-bising itu kenapa? Begitu para pendemo tegar menempik.

Ya, betul. Tapi selain ada perlembagaan, kita juga ada undang-undang dan peraturan. Sebarang perhimpunan di domain publik perlukan keizinan pihak autoriti. Kita tidak boleh sesuka hati mengisi mana-mana ruang awam dengan magnitud gadang (ribuan orang) tanpa merujuk pada ‘authoritative guardian’ lokasi tersebut. Kenapa? Sebab pertama; kita ini manusia, bukan binatang. Kita tidak boleh berkerumun dan berkoloni di mana-mana tanpa peduli sesiapa, sesuka nafsu macam anjing laut di pantai terpencil. 

Sebab kedua; ‘ruang awam’ itu sebagaimana namanya – adalah hak kolektif komuniti awam seluruhnya. Maka ada autoriti tertentu yang dimandatkan untuk menyelaras bagaimana ruang tersebut diguna agar tidak berlaku percanggahan kepentingan. Maksudnya, faedah semua pihak terjaga pada aras kompromi yang optimum. Kalau tak reti patuh pada ketetapan pihak yang diberi mandat, sila berdoa supaya jadi biawak. Kalau tak suka reptilia, mintalah jadi angsa. So obligasi untuk mematuhi peraturan dan undang-undang manusia akan terlucut dengan sendiri.

3. Hanya kerana hak itu ada dalam perlembagaan, bukan bermakna ia boleh diguna sewenang-wenang tanpa memenuhi apa-apa pra-syarat lain. Misalnya, perlembagaan memang menjamin hak kamu untuk menternak kambing secara aman. Tetapi kamu tidak boleh menternaknya di padang sekolah, melainkan guru besar ada bagi kebenaran bertulis. Perlembagaan juga menjamin hak kamu untuk masak dodol secara aman. Tapi kamu jangan sekali-kali datang mendodol di gazebo 1Borneo. Nanti pengunjung lain boleh balun kamu sampai pitam. Kecuali memang telah diberi izin oleh pihak pengurusan kompleks. Nampak tidak, bagaimana SEPATUTNYA manusia mengoperasikan hak perlembagaan dalam sebuah negara bertamadun? 

Jaminan hak oleh perlembagaan adalah syarat yang dimiliki oleh semua individu. Manakala keizinan undang-undang dan peraturan dari pihak autoriti yang bermandat – ini pra-syarat yang WAJIB diperolehi pada setiap konteks spesifik. Soalan saya: kenapa degil tidak mau berhimpun di stadium, pilihan yang diberi oleh autoriti? Mesej himpunan tetap akan sampai kepada kerajaan, kan? Lagipun, lebih mudah memantau kehadiran ‘penghasut’ dan ‘pengacau’ – yang selalu dijadikan alasan bela-diri bila ada anarkis mendajal masa demonstrasi. Atau memang sengaja gatal berdemo di jalanan, supaya dapat publisiti mencanak-canak bila ada kekacauan? Ini sikap yang sangat azwanali. Hard-core attention seeker.

INGAT: perlembagaan Malaysia kata – “hak kamu untuk berhimpun secara aman dijamin”. Period. Fullstop. BUKAN perlembagaan itu kata – “hak kamu untuk berhimpun secara aman di mana-mana jua lokasi mukabumi Malaysia ikut suka-hati-cik-bedah dijamin”. TIDAK. Jaminan perlembagaan bukan sebangang begitu.

4. BERSIH bukanlah gerakan yang membawa agenda politik dan sentimen anti-kerajaan. BERSIH sesungguhnya adalah gerakan sivil yang diterajui oleh NGO-NGO non-partisan. Betulkah?

Terdapat perbezaan antara teori dan amalan. Bagi mengukur nilai tepat sesuatu entiti – kita mesti melihat pada operasi di lapangan, bukan apa yang dituliskan atas kertas. Ya, memang betul – secara dokumentasi, penganjur BERSIH adalah NGO non-partisan. Tapi bagaimana pula gerak-kerja dan promosi BERSIH berjalan di dunia sebenar?

#BebasAnwar #NajibTurun – apa kaitan ini dengan gerakan sivil (e.g. tuntutan pilihanraya yang lebih bersih)? Mungkin ada yang gigih berhujah untuk buktikan perkaitan. Bila Anwar bebas, Malaysia secara automatik jadi daulah yang sifar masalah. Bila Najib turun, sistem elektoral negara serta-merta jadi sesuci salju di pergunungan Fujiyama. Begitu korelasinya, boleh? Ok, saya 'terima' sajalah untuk senangkan hati korang. 

Tapi persoalan saya seterusnya: kenapa yang sibuk meniup semboyan dan keluarkan press release tentang BERSIH, ramai juga dari tokoh-tokoh pembangkang kontemporari? Yang sedang memegang jawatan dalam parti. Bahkan, ada info spesifik BERSIH yang terang-terangan dikeluarkan rasmi atas jenama dan logo parti-parti pembangkang. Kenapa?

Yang jelas kita nampak, ia seperti satu kolaborasi intim yang disengajakan. Bila parti politik ambil peranan jadi jurucakap BERSIH – penganjur hanya diam merelakan. Dulu Ambiga ada juga tegur sekali dua, masa era BERSIH 1 dan 2. Tapi BERSIH 3 dan 4 yang terbaru ini, kedua-dua NGO dan parti pembangkang seperti sama-sama pasrah sedondon, saling tunggang menunggangi. Bila tokoh-tokoh politik berdendang dengan lagu #BebasAnwar – penganjur membisu seribu bahasa. Mungkin terkinja-kinja girang dalam hati. Sebab dapat publisiti percuma untuk memancing lebih ramai penyertaan. Soalnya: mereka berhimpun untuk gerakan sivil atau berarak untuk agenda politik kepartian? 

5. Semua parti politik di Malaysia (sama ada pembangkang atau kerajaan) ada taiknya sendiri, yang berjuritan di serata tempat. Mungkin kau terpalit taik kerajaan, sebab itu kau marah kerajaan. Tapi ada yang terpalit taik pembangkang, dan mereka juga ada kemarahan tersendiri. 

Masihkah ingat? Masa pemilihan pimpinan PKR (iaitu parti dominan dan tulang belakang Pakatan Rakyat) dalam dua penggal berturut-turut – ada dilapor skandal penipuan. Ini bukan macai BN yang kata. Tapi orang-orang kuat PKR sendiri yang dedahkan. Juga bukan sekadar gosip liar di angin lalu. Siap dibuat bantahan rasmi dan pengumuman secara terbuka! Tidak percaya, tanyalah Cikgu Bard dan Datuk Zaid Ibrahim.

Owh, itu hanya undi pemilihan parti. Apalah sangat. Hey! Itu menelanjangkan fitrah rakus yang tersembunyi. Kalau mereka dan kroni dapat akses pemerintahan federal – bayangkan bagaimana nanti pilihanraya nasional dijungkir-balik semata-mata untuk kekal berkuasa. Sedangkan pemilihan parti yang menawarkan jawatan hanya seciput pun sanggup telan-ratah kawan. Untuk pilihanraya nasional yang menjanjikan jawatan lebih lumayan – tentu sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri, sambil kencingkan rakyat sampai lebam. Kan? 

6. Konon gerakan sivil – demi negara. Tapi kenapa biarkan diri diliwat oleh parti politik? Bersekongkol dengan Pakatan Rakyat – bermakna pihak penganjur dengan megah mengiktiraf bahawa parti-parti politik pembangkang itu SUDAH BERSIH. Yang kotor dan perlu dibersihkan HANYALAH parti-parti politik yang ketika ini menguasai kerajaan federal. Dalam ertikata lain – yang diperjuang oleh BERSIH bukannya isu, tapi sebenarnya cuma mendendang survival politik sebuah parti tertentu. 

Jadi, di mana sivilnya gerakan ini kalau agenda masih berpihak pada burjuis kuasa dan bukan berpaksi tuntas pada suara rakyat yang tertindas? 

Sumber dari Rem Dambul

'Apa Khabar Jutawan-Jutawan Luxor?!'

$
0
0
Gambar kiri hiasan sahaja

"Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!"

"LUAR BIASA BAIK!!!!"

Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar. Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu "Apa Khabar" yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah 'up to date' kata mat saleh. Dan "jutawan-jutawan" Luxor tu tak ada pun jadi jutawan. Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!

Aku ingat lagi, punyalah 'hip' MLM waktu tu, terutamanya Luxor. Tiap-tiap malam Selasa ada perjumpaan kalau aku tak salah. Masa tu perjumpaan tu dibuat dekat Menara Luxor dekat PJ. Sekarang aku pun tak tahu Menara Luxor ni masih tersergam indah ataupun dah tukar nama. Pertengahan semester pertama dekat Matrik, ramai dah kena getah. Ini semua gara-gara kena 'brainwash' di Menara tersebut. Semua balik ke bilik dengan semangat berkobar-kobar nak suruh kawan satu dorm masuk juga.

Semua pergi pun bukan ada 'upline' yang "kutip". Tahan teksi, dan "tong" duit tambang nak sampai ke tempat tu. Upline ada Mercedes, BMW bukannya nak tolong. Ya. Kau tak payahlah menunjuk upline kau umur 24 pakai Porsche Carrera GT dengan Ferrari. Orang lain dah pakai skil tu tahun 2005. Upline kau tu baru tingkatan dua masa tu.

Tapi mujurlah aku ni budak AED. Banyak kerja. Ya. Sudahlah aku ni pemalas nak siapkan projek, ada hati kau nak ajak aku ke tempat macam tu. Lainlah kalau ajak aku 'fly' pergi 14 main snooker. Itu aku 'on'. Aku rasa, inilah antara penyebab aku 'extend' pengajian aku dekat Matrik jadi dua tahun.

Masa tu yang masuk ni semua bukan ada duit pun. Dapat seribu ringgit je wang ihsan KPT setiap semester. Tapi punyalah "selenge" sampai sanggup meminjam. Ni semua pasal upline dia ajar. Aku tahulah pasal ada brader tu ajar macam tu. 

"Korang dapat duit seribu kan? Ko cari kawan ko dua orang. Ko pinjam duit diorang seribu sorang. Atau ko cari 4 orang, pinjam 500 sorang. Ikut ko lah macam mana. Nanti dah masuk, ko cari downline. Dapat dua downline, ko dah boleh setel hutang. Lepas tu, engko lah Jutawan Luxor!" 

Menitik air mata aku bila fikir balik apa yang dia ajar ni.

Bangang mereka yang meminjam, bangang juga mereka yang sanggup memberi pinjam. Termasuklah aku. Sebenarnya aku beri pinjam pasal aku semak kena paksa masuk Luxor ni. Aku ingat lagi perbualan berkenaan kehidupan dan harapan tu. 

"Kalau ko tak nak masuk tak apa, ko bagilah aku pakai duit ko, Pet. Ayah ko kan bagi duit belanja. Nanti aku dah dapat cari 'downline' aku bayarlah semula. Sekejap je ni. Bakal Jutawan Luxor!! Hehe," kata dia sambil tersengih memujuk aku.

Nak pinjam pun janji bayar dalam masa sebulan dua. Kau tahu berapa lama aku nak dapat semula duit aku? Semester ketiga ke semester empat dekat Matrik baru aku dapat. Celaka betul. Itu pun jenuh berbuih mulut aku minta, dah serupa pengemis pun ada.

Selain Luxor, banyak juga jenama MLM ni. Ada Sureco, Uptrend, Omegatrend dan segala jenis 'trend' lain yang memang 'trendy' pada tahun-tahun tersebut.

Punyalah hebat penangan MLM. Ada putus kawan. ada sampai bertumbuk pasal minta hutang. Ada yang buat tak tahu terus dengan hutang tu. Tapi, penghujungnya cuma satu je aku nak tanya.

"APA KHABAR JUTAWAN-JUTAWAN LUXORRRRRRRR???!!!! Dah pakai kereta jenama apa sekarang??!" - Ariff Arifin

'Isteri Meroyan Ialah Penyakit Suami Juga'

$
0
0

Antara penyebab ibu diserang meroyan (dari perkongsian rakan FB)
  1. Kematian anak
  2. Tiada support dari family dalam pantang (ibu bapa suami mentua semua anggap si ibu bukannya Cacat tak boleh buat semua benda sendiri. Rata2 ibu2 ini seawal hari ke 3 dah mandikan bayi sendiri. Angkat air mandian sendiri. Di manakah ehsan kalian?)
  3. Dianiyai suami (suami mintak bersama dalam tempoh 44 hari, suami pukul isteri dalam pantang, suami berlaku curang )
  4. Culture shock (tak sangka lepas bersalin bukan mudah nak uruskan keluarga, susu tak ada, rehat tak cukup)
  5. Sakit bentan yang tidak tertanggung ( terkena hujan, tersepak ibu jari sampai tumpah darah, traumatize birth, tempat czer terbuka)
  6. Gangguan emosi disebabkan ketidakstabilan hormon (tiba2 gelak, tiba2 nak menangis tanpa sebab, tiba2 nampak lembaga hitam, tiba2 rasa terawang2an)


1001 cerita. Saya terkesima. Ada yang sudah diceraikan sebab gila. Sudahnya anak bawah jagaan keluarga mentua. Si ibu terkontang kanting di wad gila.

Apakah ubatnya? Perubatan moden? Perubatan herba dan perbidanan? Perubatan Islam?

Selagi ketiga-tiganya tidak habis kamu cuba, kamu belum habis berubat. Cari ikhtiar utk sembuhkan ibu/isteri/kakak/adik kalian. Yang bertanya simptom meroyan

Ini dari pengalaman mereka
  1. Hidup di dunia sendiri
  2. Tidak mampu kawal emosi
  3. Menangis gelak tersenyum tanpa sebab
  4. Jiwa resah kacau bilau
  5. Berbeza sifat dari anak dara (dulu penyayang, kini pembengis. Etc)


Isteri selepas bersalin. Sepatutnya lebih ceria, lebih rasa complete atau fulfilled. Tetapi jika selepas bersalin, anda menjadi seseorang yang berbeza dan berlainan. Menjadi kebencian. Anda sebenarnya tidak sihat.

Jangan pandang ringan perihal kesihatan seorang wanita yang bergelar isteri. Jika mereka sakit, suami-suami yang benar-benar kuat imannya akan sanggup bersama-sama sehingga akhir hayat. 

Hakikatnya, zaman sekarang, isteri sakit. Ada suami lebih suka memilih "makan luar". Jika dikacau anak dara tak apa lagi. Tetapi sudah menjadi trend kacau isteri orang. Mudah katanya, penzinaan berleluasa.

Betapa kuatnya kuasa kesihatan seorang wanita di dalam masyarakat dan betapa perlunya suami sedar, lari dari isteri yang gila kepada wanita yang sihat tidak menamatkan penderitaan anda. Jika isteri anda yang seterusnya anda tidak mampu jaga, maka menjelmalah figura meroyan untuk kesekian kalinya. Meroyan. Ialah penyakit suami juga. Sila terkesan sama.

Jangan pandang ringan perihal kesihatan seorang ibu. Ibu yang gila meroyan sanggup melemaskan si anak. Menikam si anak. Melempar si anak. Dan yang paling ditakuti, menjadi igauan buat si anak.

Anak yang dibesarkan oleh ibu yang tidak stabil melahirkan generasi yang keliru, ketakutan dan pemberontak. Tanggungjawab seorang ibu bukan hanya perlu mengandungkan dan melahirkan anak-anak semata-mata. Tetapi perlu dibesarkan dalam persekitaran yang sihat oleh ibu yang sihat. Tanggungjawab kita ialah SENTIASA CUBA TAMPIL SIHAT DAN WARAS.

Meroyan.

Kupasan dan kajian, dari sudut perbidanan. Saya tak tahu mula dari mana. Tetapi mesti ada mulanya. Ramai mereka di luar sana, jangan tutup sebelah mata. Kasihani mereka, carikan penawar selagi mampu. Selagi ada. - Siti Aishah

'Tak Nak Sayang Sebab Papa Suka Pukul Along'

$
0
0

Isteri saya balik lambat kerja hari ini. Katanya doktor pakar yang pusing wad kali ini jenis suka bersembang. Dia yang sarat mengandung terpaksalah ikut mendengar sambil terkantuk-kantuk. Yelah dari malam tadi tak sempat tidur.

Walau bagaimanapun terdapat satu cerita yang dia dengar dengan teliti.

"Budak budak ni tak boleh nak berkasar. Hal ini terjadi kepada saya. Kisahnya, saya dulu suka pukul anak saya. Salah sikit saya pukul. Salah itu saya pukul. Mak mentua saya melihat perbuatan saya itu. Dia menegur jangan pukul kepala anak. Tak baik. Nanti anak jadi bodoh.

Dengan sinis saya menjawab, "Biar bodoh tapi jangan kurang ajar."

Mak mentua saya diam terasa.

Akibat anak lelaki saya itu terlalu nakal, saya mengadu kepada ibu saya.

"Anak kau tu satu pertiga nakal daripada kau dulu," komen ibu saya.

Saya tersentak. "Satu per tiga? Maksudnya saya lebih nakal daripada cucunya? Macam mana mak saya kawal saya dulu?"

Saya diam. Balik tu saya tanya anak saya.

"Along sayang papa tak?"

Dengan pantas dia menjawab, "Tak."

Saya terdiam. "Kenapa?"

"Sebab papa suka pukul bontot."

Saya menelan air liur. Saya tahu kanak-kanak tidak pandai berbohong. Apa yang keluar dari mulut mereka hanyalah kata-kata kejujuran.

Semenjak dari peristiwa itu, saya mula belajar menurunkan ego saya. Memang sukar pada awalnya. Tangan ni asyik nak angkat je bila anak buat salah.

Apabila ada je anak saya buat salah, saya terus keluar rumah. Kalau tak tahan juga, saya terus pandu kereta keluar. Saya kekal istiqamah turunkan ego saya.

Dulu saya tahu mendidik anak dengan pelempang sahaja. Mana taknya, ayah saya garang. Dia mendidik saya begitu. Tetapi itulah. Yang dianggap betul tak semestinya betul.

Di samping itu saya mula belajar cara mendidik anak dengan betul. Saya mula membaca buku-buku pendidikan kanak-kanak.

Pada suatu hari saya lihat anak saya bermain di ruang tamu. Saya bertanya soalan sama seperti dua tahun lepas. "Along sayang papa tak?"

Dia ralit bermain lego. Muka polos itu kejap kejap memandang saya. Saya menunggu jawapannya.

"Sayang." jawabnya ringkas. Terus bermain lego.

Allah. Mata saya berkaca. Perkataan yang seorang ayah menantikan daripada seorang anak yang dikasihinya.

Jadi, kesimpulannya mendidik anak ada caranya. Bukan dengan maki hamun mahupun tangan dan kaki. Sayangilah anak-anak kita.

Nota: Begitulah intipati ceritanya.

Leka Layan WhatsApp Boleh Bawa Penceraian

$
0
0

KUANTAN - Pasangan suami isteri perlu berhati-hati ketika bersembang di laman sosial terutamanya melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat kerana ia boleh menjadi punca hubungan renggang dan menuju ke arah perceraian jika tersilap langkah.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, penggunaan teknologi itu dibolehkan berdasarkan peredaran masa, tetapi ia tidak sampai melalaikan.

Katanya, kewujudan kemudahan itu menyebabkan hubungan dalam keluarga semakin renggang hingga memberikan kesan negatif. 

"Dalam isu ini, saya ingin menegur kerana kemudahan ini jika disalahgunakan ia akan merenggangkan hubungan keluarga. Sebagai contoh, walaupun pasangan suami isteri duduk semeja tetapi mereka lebih suka bersembang dengan orang luar melalui telefon.

"Disebabkan interaksi semakin kurang, ia bukan sahaja membabitkan pasangan itu sendiri, malah anak turut menerima kesannya disebabkan kurangnya perhatian dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Bagi JAP, kita sedia mengkaji sejauh mana kesan penggunaan kemudahan itu yang boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan," katanya semalam.

'Melayu Takkan Menjadi Bangsat Kalau Najib Tinggalkan UMNO'

$
0
0

KUALA LUMPUR - Orang Melayu tidak akan menjadi 'bangsat' jika orang yang berkata demikian sebelum ini bertindak meninggalkan parti UMNO, sekali gus tidak memerintah negara lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya ingat, kalau bangsat itu pergi, kita tak bangsatlah," katanya.

Tegas Tun Mahathir, Najib tidak sepatutnya mengungkap kata-kata seperti itu. Bangsa Melayu menjadi bangsat bukan kerana UMNO, tetapi kerana Najib yang tidak mentadbir negara dengan betul.

"Ia bukan salah UMNO, awak (Najib) yang salah. Jika awak pergi, segala-galanya akan selesai," katanya disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin di stadium tertutup Pasir Gudang semalam. - THEHYPEMEDIA.COM

'Kalau Kena Baham Harimau, Macam Mana?' - Irwan

$
0
0

MELAKA - Seorang bapa dan anaknya berusia tiga tahun, cedera selepas ditimpa dahan pokok di Melaka Zoo & Night Safari, Jumaat lalu. 

Kejadian malang yang menimpa dua beranak didedahkan oleh Irwan Bechik, di laman Facebook yang telah mendapat banyak perhatian netizen.

'As salam, mohon rakan-rakan Facebook viralkan. Jiran saya ditimpa dahan pokok di Zoo Melaka. Pihak Zoo hanya membayar kos perubatan dan hospital sahaja setakat ini. Suami jiran saya patah jari kaki dan anak mereka yang berusia tiga tahun retak tempurung kepala dan ada sedikit udara masuk ke dalam mata anak.



"Pihak zoo hanya mendiamkan diri. Pada tiket ada tertera 'masuk tanggungjawab sendiri'. Saya pun baru tahu. So, kalau kena baham harimau macam mana?," katanya yang meminta orang ramai memviralkan kejadian itu.

"Kasihan keluarga ini, isteri dia hanyalah seorang surirumah sahaja. Harap ada pembelaan buat mereka," katanya. 

Berdasarkan resit yang dikongsikan, tertera ayat seperti di bawah:

"Melaka Zoo & Night Safari will not be responsible for any loss, damage or injury sustained by the ticket holder while in the park," 


Bagaimanapun, netizen memberikan respon bahawa keselamatan pengunjung adalah di bawah tanggungjawab pihak zoo.

"Boleh ambil tindakan sebab bukan di atas kecuaian sendiri. Masalah datang dari kecuaian pihak zoo yang tidak menyelenggara kawasan zoo dengan baik," kata Suzileana Jalil.

Menurut Aedi Hafriez pula, kejadian yang sama juga pernah berlaku di depan matanya sendiri pada tahun 2014 pada sebuah keluarga berbangsa India ketika melawat zoo berkenaan.

"Tahun lepas kejadian yang sama berlaku. Dahan reput jatuh menimpa keluarga India yang datang melawat Zoo Melaka. Kejadian berlaku di depan mata saya. Salah seorang daripada mereka cedera, pendarahan di bahagian kepala. PEngurusan lambat memberikan bantuan. Zoo Melaka memang tidak terurus," katanya.

Menurut Lds Pest Control, Zoo Melaka tidak diuruskan dengan teratur berdasarkan pengalamannya semasa melakukan kerja-kerja pest control di zoo berkenaan.

"Zoo itu tak ada maintenance lagi. Saya tahu sebab saya pernah masuk untuk pest control. Pokok yang reput dimakan oleh anai-anai pun tak nak ditebang atau dirawat. Sekarang dah bahayakan nyawa anak kecil dan sesiapa sahaja," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM




'Semenjak Kahwin, Saya Dah Tak Lepak Dengan Kawan-Kawan'

$
0
0

Sedikit coretan untuk si suami. 

Bagaimana saya kurangkan waktu lepak dan waktu 'bersendirian saya'?

Saya berkahwin di usia 24 tahun. Pada waktu itu darah muda masih meninggi. Nak keluar malam dan mahu melepak. Di awal perkahwinan, saya tidak keluar kerana masih lagi bunga-bunga cinta. Jadi kalau tinggal seminit pun dah rasa rindu.

Sebulan kemudian, isteri disahkan mengandung dan yang paling dahsyat, dia mengalami alahan yang teruk. Dah serupa kain buruk isteri pada masa itu. Lembik dan lemah, makan dan muntah saja kerjanya. Maka sebagai suami, itu amanah saya. Saya tidak dapat menolong muntahkan untuk dia tetapi saya dapat menolong mengurutkan kepalanya untuk melegakan kesakitan. Pada saat itu saya dah tak sanggup keluar malam.

Habis trimester 2, isteri mula cergas! Perniagaan beliau mula berjalan laju. Saya pada masa itu photographer bebas. Job dari Perlis sehinggalah ke Johor pada masa itu. Tetapi kasihan tengok isteri yang semakin memboyot. Tulis kertas parcel, hantar barang ke Poslaju senget-senget badan. Pergi ambil stock, maka saya diam-diam ambil keputusan untuk memperlahankan perniagaan dan support isteri. Pada saat itu saya dah tak sanggup lepak lama-lama tanpa isteri.

Sehingga pada satu saat itu, isteri kata, "B, kita ini good team. You pun banyak idea dan boleh handle production very well. You berhentilah jadi photographer,".

Pendapatan menjadi seorang photographer agak tinggi dan pada waktu itu rezeki saya agak murah selepas kami menubuhkan Raffelinna Photography. 

Fikir punya fikir, saya setuju dengan isteri dan korbankan minat dan masa lepak saya.

Kami bekerja dalam keadaan yang sangat harmoni. Hormat menghormati satu sama lain dan masing-masing membuat pengorbanan besar untuk sebuah kejayaan. Isteri walaupun tengah membesar dan tidak beberapa sihat tetapi semangat dia, fuuhh! Lain macam. Dia boleh settlekan berpuluh atau beratus customer dan seorang diri dan semua orang mesti beli. Malam-malam saya tengok dia penat sangat, saya tak sanggup nak keluar malam.

Sekarang ada anak, kejayaan demi kejayaan kami capai. Saya akui saya penat, isteri dah kurang masa di office. Saya banyak menguruskan perniagaan tetapi saya tetap tidak mahu keluar melepak. Balik rumah, saya tengok isteri muka pun penat, saya tahu walaupun dia tidak kerja seperti dulu tetapi kerja di rumah juga penat. Tambahan lagi isteri bukan otaknya boleh behrenti berfikir. Saya dan dia banyak berkongsi perkara bersama-sama. Banyak memberi pendapat untuk bidang masing-masing dan dia masih mengharapkan saya untuk banyak perkara. 

Bayangkan handphone dia pun saya yang cas malam-malam. Punyalah manja. Macam mana saya nak keluar lepak tanpa dia?

Sebenarnya dalam semua isu di atas, saya tak keluar adalah lebih kepada rasa tanggungjawab saya sebagai suami. Saya rasa dah cukup masa 24 tahun saya bujang dan saya terfikir jika isteri sanggup berpindah ikut saya ke kampung, tiada kawan, tiada saudara, buang cara hidupnya yang lama dan masuk ke hidup saya, berusaha menjaga hati kedua-dua ibu bapa saya, menjadi isteri saya yang tidak melepak. Kenapa perlu saya melepak?

Juga bukan kerana takut isteri, tetapi respect! Kalau saya keluar dan dia marah, saya tak takut. Tapi saya akan sedih. Jadi itu bukan takut isteri, tapi sedih isteri.

Kejayaan itu juga datang dari redha isteri, bukan hanya suami. Doa isteri, kata-kata isteri, support isteri. Saya selalu terfikir, di mana saya sekarang kalau tanpa anak dan isteri? Semestinya doa ibu bapa dan isteri.

Nasihat ini bukan nak kata saya sempurna, jauh lagi dari sempurna. Bukan langsung tak lepak, tetapi kalau nak lepak sampai jam 2 - 3 pagi, saya pilih untuk ajak kawan-kawan ke rumah. Kawan-kawan yang belum kahwin itu okaylah kan, atau pun kawan-kawan yang anak-anaknya dah besar panjang. Boleh jadi hero dah pun di rumah. Dulu masa anak dia kecil, dia pun tak melepak juga.

Kalau petang-petang, habis kerja, saya keluar juga jumpa kawan untuk lepaskan stress, kata orang. Tetapi malam, saya kasihan nak tinggalkan anak dan isteri. Bahaya juga mereka tinggal tanpa saya walaupun ada bibik di rumah. 

Lepak dan TT untuk perbincangan ilmiah adalah dua perkara yang berbeza. Lepak sekali sekala, seminggu dua kali ke, okaylah. Kalau setiap hari? Memang remuk hati orang di rumah.

Untuk mencapai kejayaan, ada sesuatu yang kita perlu korbankan. Itu sahaja, sekian. - Rafie Ramli

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Rumah Kami Buruk Sangat-Sangat, Biarlah Kami Jalan'

$
0
0

Semalam (28 Ogos 2015), aku lepak minum di Kedai Marlis Wangsa Maju sebelum pergi main badminton. Sedang aku duduk minum, datang seorang pakcik tua yang buta bersama isterinya pergi ke satu meja ke satu meja untuk meminta belas ihsan. 

Ada orang yang menjeling, buat tak tahu bila mereka meminta ihsan dan makcik itu cakap pada suaminya, "Abang, situ tak ada orang". Padahal ada orang tetapi orang itu menjeling ke arah pakcik dan makcik itu.

Mereka hanya pergi ke beberapa buah meja sahaja kerana mereka sudah tidak larat untuk berjalan. Kemudian pakcik itu duduk di penjuru manakala makcik tadi pergi berjalan ke belakang kedai yang lain. 

Hati aku terpanggil untuk ikut makcik itu. 

"Makcik beli makanan? Saya bayar ya makanan makcik," 

Sekeras hati makcik itu berkata "Tak apa nak, makcik tak nak susahkan anak,".

Aku terus pergi ke kaunter dan bayarkan bungkusan makanannya. 

"Makcik, jangan risau. Hari ini rezeki makcik. Saya ikhlas sangat. Saya hantar makcik balik okay?"

"Jangan nak! Rumah kami buruk sangat-sangat. Biarlah kami jalan," katanya dan air matanya bergenang.

"Makcik, anggap hari ini Allah SWT dah amanatkan hambaNya ini untuk menolong makcik dan pakcik walaupun sikit,"

Sementara menunggu makanan, aku borak dengan makcik itu.

"Makcik, boleh saya tahu, makcik memang tak ada anak ke?"

"Ada seorang tetapi Allah SWT lebih sayangkan dia," katanya.

"Innalillah. Makcik datang sini naik apa?"

"Jalan kaki dengan pakcik. Pakcik tu dulu nampak. Selepas dia jatuh sakit, pandangan dia tak nampak dah. Makcik ada sebelah je buah pinggang. Kami berdua sakit. Tetapi dengan cara ini saja kami boleh buat untuk beli ubat, makanan kami dan makanan untuk kucing di rumah," jelasnya.

Selepas siap makanan, aku hantar mereka pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan, mereka berborak.

"Terima kasih sangat-sangat nak. Semoga Allah murahkan rezeki kamu," kata pakcik itu.

"Amin, pakcik tinggal dengan siapa di rumah? Tak ada orang jaga ke? Jiran ke?"

"Kami jaga kucing. Banyak kucing kami. Kami disisih dengan orang di sekeliling rumah tu. Kadang-kadang waktu malam tengah tidur, orang baling batu ke rumah kami. Baru-baru ini, pintu rumah kami dah terkopak dibuat mereka. Sekarang kunci rumah guna rantai saja. Maklumlah rumah kami buruk." katanya.

Aku terdiam. Air mata aku mengalir. Ya Allah, aku tak sangka ada yang sanggup buat macam ini.

"Rumah kami rumah kampung. Nanti anak letak kereta di tepi saja. Jiran-jiran nampak kereta anak nanti, mereka akan bercakap-cakap," kata makcik itu pula.

"Biarkan mereka. Mulut orang kita tak boleh tutup," balasku.

Dah sampai di rumah mereka, ahati aku menangis melihat keadaan rumah mereka. Lalu aku pun salam mereka.

"Esok saya datang lagi. Makcik duduk rumah ya jaga pakcik," pesanku kepada mereka.

"Terima kasih nak. Baiklah, esok makcik ada di rumah," katanya.

Mereka dapat bantuan Baitulmal berjumlah RM300. Sewa rumah mereka RM200, bil air elektrik semuanya RM15. Ubat, makanan mereka bergantung pada hasil mereka meminta ihsan di kawasan Wangsa Maju. 

Kepada yang ikhlas mahu menghulurkan bantuan, boleh mesej aku melalui Facebook. Aku akan bagi details rumah pakcik ini. Kau orang lihatlah sendiri kehidupan mereka.




30 Ogos 2015

Dari jam 10 pagi sehingga 12.16 tengah hari, mereka tak nak pergi ke hospital meskipun sudah puas dipujuk. Katanya mahu berubat secara tradisional. Malam nanti saya bawa mereka. Sekarang aku makan tengah hari bersama mereka. 


Pakcik dan makcik gembira. Hari ini aku akan luangkan masa bersama dengan mereka, jalan-jalan. Tak nak bawa mereka balik ke rumah dulu sebab dari tadi saya di rumah mereka, jiran belakng rumah baling batu lagi bila nampak saya datang. 

Kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan dari segi kewangan kepada mereka, ini nombor akaun bank mereka. 


Saya hanya boleh jalankan tanggungjawab untuk bawa mereka pergi ke bank sahaja.

Selain kewangan, di bawah senarai barang keperluan mereka.
  1. Pakaian
  2. Alas perkakasan dapur
  3. Beras, biskut, gula, susu (yang lambat tamat tempoh)
  4. Makanan mentah juga boleh, ikan, ayam atau boleh juga sumbangkan lauk pauk harian
  5. Minyak gamat, minyak urut, daun-daun dan cara tradisional orang berubat untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung.
  6. Sabun mandi, sabun basuh dan tuala mandi.
  7. Telekung & sejadah
  8. Mereka bela kucing lebih dari 10 ekor. Nak sumbangkan makanan kucing atau sangkar pun boleh. Jangan minta kucing mereka sebab mereka sayang pada kucing-kucing itu semua. Kucing-kucing itulah anak mereka
  9. Tilam, bantal dan selimut.

Rumah mereka memang dah terlalu uzur. Dinding rumah memang dah kena kopak dengan orang. Mereka tampal guna kain dan kertas sahaja. 

InshaAllah sementara nak ikhtiar cari rumah yang elok untuk mereka, saya akan ikhtiar untuk panggil orang untuk baiki dinding dan pintu rumah mereka.

Nak tolong bersihkan rumah dia pun boleh sebab belakang rumah mereka semak samun dan lombong. Memang kawasan ular beranak bertelur semua. Last week hampir-hampir kena dah. 


Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Punca Sebenar Mengapa Bendera Malaysia Diusung Secara 'Terbalik'

$
0
0

Gambar jalur gemilang yang dirakam dari udara diarak secara terbalik semasa perarakan Hari Kebangsaan pagi tadi menimbulkan persoalan di kalangan netizen.

"Masaklah siapa yang bertanggungjawab. Confirm pegawai yang bertanggungjawab akan ditukarkan dalam masa 24 jam," kata netizen.

Namun, melalui penjelasan dari laman Jabatan Penerangan pula menjelaskan sebab sebenar bendera Malaysia diarak secara 'terbalik' itu.


"Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera.

"Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang statik, bahagian Bulan Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari hadapan,".

Jadi, tiada isu yang timbul dari gambar-gambar yang tersebar. Hanya segelintir daripada kita yang tidak mengetahui langkah-langkah mengusung bendera Malaysia. 

Apa-apa pun, selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2015. - THEHYPEMEDIA.COM

'Kita Mesti Desak Najib Letak Jawatan'

$
0
0

Dr Mahathir says, “I’m here not because I support Bersih but because I support the people. We are not here because we hate Umno or BN. We just don’t want a prime minister like him (Najib Razak). No Arab would give that amount of money to anyone. It doesn’t make sense.

“He (Najib Razak) has dismantled the institutions of government by dismantling the task force (on 1MDB), sacking the AG and threatening the governor of Bank Negara. And he is also using the police to make people frightened of him. He has also dismantled the PAC (Public Accounts Committee) by offering them (some PAC members) jobs as minister and deputy minister. This is a kind of bribery.

“We must remove this prime minister. And to remove him, the people must show the people’s power. We cannot allow this man to abuse his position as prime minister. We should move a motion of no confidence in Parliament.

“I am aware that he has bribed all of Umno MPs, and the division heads and he has told me that cash is king. If you give money to people, they will support you.”

“As prime minister his income isn’t enough to bribe people so he has to get money from elsewhere. He creates 1MDB to borrow money and then the money disappears. And suddenly RM2.6 billion appears in his account. Not in Umno’s account but his account. He uses this money to bribe people.

“So we want to ask why he stopped the investigation on the RM2.6 billion. Where did this money come from? Don’t tell lies about Arabs giving RM2.6 billion. No Arab would give that kind of money to anybody. He creates a company without even the consent of his Cabinet. People have come across letters and documents that show he has abused his position by making use of the money.

“I am here today not because I’m a Bersih supporter but because I support all Malaysians.

“Hundreds of people have come to see me to please do something. They are cursing him. People as a whole do not want this kind of corrupt leader. But he has robbed us of the legal means to remove him. He has frustrated, emasculated and manipulated those who have tried the legal means of removing him. They cannot function. The people must object and demand that he be removed.

“We are not against Umno or BN. We are against Najib. I ask all Umno members of Parliament and heads of divisions to reject Najib. Don’t be influenced by money. You are selling your soul, your country and your ‘bangsa’.

'Aku Nak Mati Di Pangkuan Ibu'

$
0
0

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" marah ibu.

Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

"Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.

"Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang.

"Jadi betullah kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali juga Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi. Bu, jangan pukul bu, sakit bu!"

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. 

"Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" balas ibu lagi. 

Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. 

"Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. 

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. 

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu ditepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. 

Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik, anak pengetua itu, bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma di ruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu caca marba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. 

Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. 

"Ibu, ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" tanya Atih kehairanan. 

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. 

"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" 

"Eh! jangan, nanti dulu. Ibu tahu Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" kata ibu bersuara lembut. 

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.

"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. 

"Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" soalnya lagi. 

Atih masih belum berganjak dari dapur. Ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. 

"Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" 

Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" terang si ibu. 

"Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. 

Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. 

"Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" arah ibu. 

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 

"Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" dia bermonolog sendiri. 

Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. 

"Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. 

"Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pula buat apa kat sini?" soalnya pula. 

"Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" jelas Along jujur. 

"Waa.. baguslah kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" 

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. 

"Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" balas Fariz meyakinkannya. 

"Tapi aku kena beli minggu depanlah. Aku tak cukup duit sekarang ni," cerita Along agak keseganan. 

Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. 

"Kau ambillah dulu, lepas itu kau bayar sikit-sikit," kata Fariz.

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. 

"Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. 

"Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak apalah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. 

Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. 

"Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. 

"Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pula, bila lapar nak balik rumah" leter ibu lagi. 

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. 

Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu," marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. 

Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. 

"Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru, hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. 

Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motosikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari keempat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sudah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. 

"Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. 

"Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. 

"Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. 

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" tanya Abang Joe lagi cuba menduga. 

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. 

"Ada!" Jawab Along pendek. 

"Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" 

Along menggeleng-gelengkan kepala. 

"Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." jawab Along disusuli ketawanya. 

Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. 

Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. 

"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah. Terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. 

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. 

"Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" kata Along lagi. 

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. 

"Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. 

"Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?" soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya. 

"Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" 

"Tak apalah, perkara dah berlalu.lagi pun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni,” terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah,” kata Fariz lagi. 

"Tak apalah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" 

"Azam..kau ni.."

"Aku okay, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. 

"No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" soal Fariz ingin tahu. 

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” terang Along. 

"Abang Joe mana ni?" 

"Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" jelas Along dengan panjang lebar. 

Fariz mengangguk. 

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"

"Hari ni la," balas Along.

"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"

"Bukan, minggu depan"

"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi," jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. 

Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. 

"Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu"

Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Digagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along dibawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Si ibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. 

"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia juga cakap, ibunya iaitu makcik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya,"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. 

"Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? soalnya dengan sedu sedan. 

"Sebab Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" terang Fariz lagi. 

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 

˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu. UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi si ibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. 

Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata,

 "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya. Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana.

'Otaknya Mati Sejak 15 Tahun Yang Lalu'

$
0
0

Kisah benar yang sangat memberi kesan. Seorang wanita warga Saudi menceritakan kisah suaminya yang mati otak sejak 15 tahun yang lalu.

"Suamiku asalnya seorang pemuda yang periang, bersemangat, cergas, segak, sasa, berpegangan agama, berakhlak dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Dia mengahwiniku pada tahun 1390 H dan aku tinggal bersamanya di rumah ayahnya sebagaimana adat kebiasaan keluarga org Saudi.

Melihat kebaktiannya kepada kedua ibu bapanya, aku mula rasa takjub dengannya dan aku bersyukur kepada Allah kerana menjodohkanku dengan suami ini. Kami dikurniakan seorang anak perempuan setelah setahun perkahwinan kami berlangsung. Kemudian tempat kerjanya berpindah ke daerah timur. Dia berulang alik ke tempat kerjanya selang seminggu. Seminggu di sana dan seminggu bersama kami. Sehingga ia berlangsung selama tiga tahun, manakala anak perempuan kami sudah berumur 4 tahun.

Tanggal 9 Ramadan 1395 H, ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman kami di Riyadh, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ekoran itu beliau dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Para doktor pakar yang merawatnya mengisytiharkan keadaannya sebagai 'mati otak' kerana kerosakan saraf otaknya pada kadar 95%.

Peristiwa itu sangat menyedihkan kami, terutamanya bagi kedua ibu bapanya yang telah lanjut usia. Menambahkan lagi keperitanku, pertanyaan oleh anak kami Asma' tentang ayahnya yang sangat dirinduinya, lebih-lebih lagi dia telah menjanjikannya permainan yang disukainya. Kami bergilir-gilir menziarahinya setiap hari sedangkan keadaannya tidak berubah sedikit pun.

Setelah 5 tahun masa berlalu, ada yang menasihatiku supaya menuntut cerai darinya melalui mahkamah atas alasan penyakitnya itu tiada lagi harapan sembuh. Bahkan sebahagian ulama telah memberi fatwa kepadaku hukum keharusan cerai dalam keadaan kesihatan yang sebegitu. Namun, aku menolak sepenuhnya idea itu, bahkan aku tidak akan sekali-kali menuntut cerai selagi dia masih ada di atas muka bumi ini. Sama ada dia dikebumikan sama seperti si mati yang lain atau mereka biarkan saja dia bersamaku sehingga Allah melakukan apa yang dikehendakinya.

Sebaliknya tumpuanku terarah kepada anak perempuanku yang masih kecil. Aku masukkannya ke sekolah tahfiz al-Quran sehingga dia hafaz keseluruhan al-Quran sebelum umurnya melewati 10 tahun. Selepas itu, aku memberitahunya berkenaan hal ayahnya dan dia tidak lekang mengingatinya. Kadangkala dia menangis dan kadangkala dia diam membisu. Anak perempuanku seorang yang berpegangan agama. Dia solat setiap fardu pada masanya. Dia bangun solat di akhir malam, sedangkan dia belum berumur 7 tahun.

Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi hidayah kepadaku untuk mentarbiahnya seperti al-marhumah neneknya yang sangat akrab denganya, juga seperti al-marhum datuknya. Dia mengikutiku menziarahi ayahnya dan dia membaca al-quran kepadanya dari semasa ke semasa. Bahkan dia bersedekah bagi pihaknya.

Suatu hari pada tahun 1410 H, dia berkata kepadaku: "Wahai ibuku! Biarkanlah aku tidur di sisi ayahku pada malam ini". Aku menerima permintaannya walaupun dalam keadaan teragak-agak.

Kemudian, anakku ceritakan kepadaku (apa yang berlaku ke atas dirinya):

"Aku duduk di sisi ayahku sambil membaca surah al-Baqarah sehingga khatam, kemudian aku rasa mengantuk lalu tertidur. Aku bermimpi seolah-olah satu senyuman melewati kehidupanku, justeru aku merasa tenang dengan keadaan itu. Aku tersedar dari tidurku, lalu aku mengambil wuduk dan bersolat. Masya Allah tanpa henti. Tetapi aku tertidur semula di tempat solatku.

Tiba-tiba ada seseorang berkata kepadaku: "Bangunlah. Apakah wajar kamu tidur, sedangkan Tuhan yang Maha Pemurah sentiasa jaga? Adakah wajar, sedangkan sekarang waktu penerimaan yang Allah tidak menolak permintaan hambaNya?

Kemudian aku terjaga, terasa seolah-olah ada sesuatu yang hilang dariku. Lalu aku angkat kedua tanganku, sambil melihat kepada ayahku, sedang air mataku berlinangan, aku berdoa:

"Wahai Tuhanku! Wahai Tuhan yang Maha Hidup! Wahai Tuhan yang Maha Berdiri! Wahai Tuhan yang Maha Agong! Wahai Tuhan yang Maha Perkasa! Wahai Tuhan yang Maha Besar! Wahai Tuhan yang Maha Tinggi! Wahai Tuhan yang Maha Pemurah! Wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ayahku ini seorang hamba dari sekelian hamba-Mu. Dia telah ditimpa kesusahan, namun kami tetap bersabar, tetap bersyukur dan tetap beriman dengan segala ketentuan-Mu terhadapnya.

Ya Allah! sesungguhnya dia berada di bawah rahmat dan kehendak-Mu. Ya Allah! Engkau telah sembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya, Engkau juga telah kembalikan Nabi Musa kepada bondanya, Engkau juga telah selamatkan Nabi Yunus dalam perut ikan, Engkau juga telah tukar api menjadi sejuk dan selamat untuk Nabi Ibrahim.

Sembuhkanlah ayahku daripada penyakit yang menimpanya. Ya Allah! Mereka dakwa tiada lagi harapan sembuh baginya. Ya Allah! Engkau memiliki segala kekuasaan dan keagongan. Maka kasihanilah dia dan sembuhkanlah penyakitnya.

Mataku rasa mengantuk, lalu aku tertidur sebelum terbit fajar. Tiba-tiba terdengar suara perlahan membisikku: "Siapa kamu? Apa kamu buat di sini? Lalu aku bangkit disebabkan suara itu. Aku pandang ke kiri dan ke kanan tapi tiada sesiapa. Kemudian suara itu berulang lagi, rupa-rupanya ia suara ayahku. 

Justeru tanpa berlengah lagi, aku terus bangkit dan memeluknya dengan gembira. Tetapi dia menjauhiku, sambil beristighfar dia berkata: "Bertaqwalah kamu kepada Allah. Kamu tidak halal bagiku". Pantas aku menjawabnya: "Aku Asma', anakmu". Lalu dia terdiam..

Aku keluar memberitahu para doktor. Sebaik mereka tiba mereka terkejut melihatnya. Seorang doktor warga Amerika yang tidak fasih bahasa Arab berkata: 

"Subhanallah!, Manakala seorang lagi doktor warga Mesir berkata: "Maha Suci Tuhan yang menghidupkan semula tulang temulang yang hancur" Manakala ayahku tidak tahu apa-apa pun yang berlaku sehinggalah kami memberitahunya hal itu lalu dia menangis seraya berkata:

"Hanya Allah sebaik-baik penjaga dan Dialah yang menjaga para solihin, demi Allah, aku tidak ingat apa-apa, cuma sebelum kemalangan itu berlaku aku niat ingin berhenti untuk solat sunat duha. Kemudian aku tak ingat lagi, sama ada aku solat atau tidak".

(Menyambung ceritanya) Si Isteri berkata: "Akhirnya Abu Asma' kembali ke pangkuan kami, sebagaimana aku harapkan. Umurnya telah hampir 46 tahun. Bersamanya, aku dikurniakan seorang lagi anak lelaki. Segala puji bagi Allah. Sekarang umurnya dua tahun dan sudah boleh merangkak.

Maha suci Allah yg telah mengembalikannya kepadaku setelah 15 tahun berlalu. Dialah (Tuhan) yang menjaga anak perempuannya untuknya. Dialah jua (Tuhan) yang memberi hidayah kepadaku untuk tetap setia dengannya dan berlaku jujur terhadapnya meskipun dlm keadaan dia telah hilang dari dunia.

Oleh itu, janganlah sekali-kali kamu abaikan doa. Sesiapa yang menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaganya dan janganlah kamu abaikan kebaktian terhadap kedua ibu bapamu. Ketahuilah bahawa di Tangan Allah jualah pengurusan dan penentuan segala perkara. Tiada sesiapa pun selain-Nya yang melakukan semua itu."

Kisah ini untuk pengajaran.

Melaluinya, mudah-mudahan Allah memberi manfaat bagi org yang berada dalam kesukaran atau ditimpa malapetaka besar atau tertutup baginya pintu penyelesaian atau terputus darinya jalan keselamatan. Lalu dia ketuk pintu langit dengan doanya sambil meyakini pemakbulan oleh-Nya. 

Justeru janganlah berputus asa. Selagi Tuhan kamu itu ialah Allah, hantarkan saja segala doa dan balutkanlah ia dengan sangkaan baik terhadap-Nya yang Maha Suci. Kemudian yakinlah dengan hampirnya saat kejayaan dan kemakbulan dan akhir doa kita ialah (pengakuan) bahawa segala puji bagi Allah. 

Rakyat Diminta Berbelanja Elak Ekonomi Terjejas Teruk - Pakar

$
0
0

KUALA LUMPUR - Rakyat disarankan berbelanja bagi mengelakkan ekonomi domestik terjejas teruk, menurut pakar ekonomi Dr. Yeah Kim Leng.

"Rakyat perlu berbelanja untuk membeli barang keperluan. Bukan berbelanja untuk pembaziran," katanya.

Dia mengakui bahawa ketidaktentuan ekonomi global yang berpunca dari penyusutan harga minyak dan penurunan nilai mata wang China serta kemerosotan ringgit telah menjejaskan sentimen rakyat untuk berbelanja semakin ketara.

Namun, dalam keadaan semasa ia berlaku bukan disebabkan hilang keyakinan untuk berbelanja, sebaliknya rakyat tidak mempunyai wang boleh guna yang mencukupi.

Rakyat baru sahaja melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pada masa sama berlaku penurunan dalam penawaran pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna rakyat tidak perlu berbelanja kerana ia akan menyebabkan ekonomi menyusut dan jika berlaku ia lebih sukar.

"Kita pernah melalui keadaan itu pada tahun 1997/98 dan jangan ulangi semula walaupun eksport negara masih stabil.

"Kalau tidak berbelanja, perbelanjaan domestik akan menjadi statik dan ini akan memburukkan keadaan. 'Perbelanjaan rakyat memang penting sekarang kerana ia boleh mengembalikan pusingan ekonomi,'' katanya.

Video Lelaki Tawaf Kaabah Guna Hoverboard Tersebar

$
0
0

MAKKAH - Video seorang lelaki menggunakan hoverboard sedang tawaf di Kaabah, tersebar dan menimbulkan persoalan ramai apakah perbuatan itu dibenarkan dalam Islam.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan melakukan tawaf sebagai satu daripada Rukun Umrah dan Haji, tersebar di laman sosial.


Netizen berpendapat, jika lelaki itu sihat tubuh badannya, adalah wajar dia berjalan kaki untuk menunaikan ibadah itu. 

"Jika dia mempunyai masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa menutup mulut, maka kita mungkin mempunyai satu inovasi dan ciptaan baru untuk tawaf dan tidak lagi memiliki semangat tawaf itu sendiri," lapor portal Al Marshad.

Menurut netizen, penggunaan hoverboard sepatutnya diharamkan kerana kebiasaannya orang ramai yang tawaf mengelilingi Kaabah dan menumpukan solat kepada Allah.

"Tetapi lelaki ini menggunakan hoverboard dan terpaksa memfokus untuk mengimbangi dirinya agar tidak terjatuh," kata netizen. 

Justeru, ramai yang melahirkan rasa kebimbangan penggunaan hoverboard akan menjadi satu trend di Masjidil Haram. - THEHYPEMEDIA.COM

'Selamat Tinggal MAS 1972 - 2015'

$
0
0

Malaysia Airlines

Pada zaman kegemilangan MAS dulu, lebih-lebih lagi di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, boleh dikatakan syarikat ini mempunyai semua sumber termasuk aset-aset hartanah selain dari pesawat-pesawat.

Walaupun bermula dengan keuntungan yang kecil, merasa jugalah sumbangan bonus untuk para pekerjanya. Malah satu ketika dulu, kakitangan MAS pernah mendapat 3 bulan bonus pada awal-awal 90'an. MAS sentiasa ke depan untuk menaja pelbagai aktiviti dan lambang MAS ada di mana-mana ketika berlangsung pelbagai aktiviti di dalam negara mahupun di luar negara. Warga MAS begitu bangga dengan syarikat mereka.

Disebabkan itu, mereka berusaha dengan gigih untuk menaikkan nama syarikat dan negara, Manakan tidak, MAS mendapat pelbagai anugerah bertaraf dunia saban tahun. Diakui oleh airlines dunia. Majoriti pekerja MAS amat menyayangi syarikat ini. 

Sektor kejuruteraannya adalah yang terkedepan di Asia Tenggara. Pekerja operasinya di udara dan darat komited dengan syarikat. Mereka seperti satu keluarga besar. Syarikat juga memberi pelbagai kemudahan sebagai penghargaan kepada mereka. MAS mempunyai gymnasium sendiri, MAS ada pusat sukannya tersendiri, Kesemuanya Free of Charge.

MAS mempunyai akademinya sendiri untuk melatih kakitangannya dan juga syarikat dari luar, MAS mempunyai pancaragamnya sendiri, MAS ada siaran slot radionya sendiri. MAS mempunyai unit kebudayaannya sendiri untuk mewar-warkan budaya unik rakyat Malaysia di luar negara.

MAS mempunyai antara bangunan tertinggi di Kuala Lumpur ketika itu iaitu bangunan MAS di segitiga emas Kuala Lumpur. MAS memberikan skim potongan gaji untuk membeli kenderaan bagi kakitangan baru berulang alik ke tempat kerja. MAS memberikan ubat-ubatan terbaik melalui pusat kesihatannya sendiri siap dengan doktor dan kakitangan yang berdedikasi. Gaji tak pernah lewat dari 25hb setiap bulan.

Yaaa, majoriti warga MAS amat menyayangi syarikat ini. Terguris juga hati warga MAS, bila ada konon-kononnya penganalisa-penganalisa MAS di TV yang tiba-tiba entah datang dari mana mengatakan pekerjalah punca segala kerugian yang ditanggung MAS. Biarlah apa mereka nak kata, warga MAS pun tahu mereka ni pandai cakap sahaja.

Pertama kali dalam sejarah, MAS mengurangkan 6,000 pekerja. Dalam masa 6 bulan selepas menerima notis pemberhentian kerja sehingga 31 Ogos, terdapat ramai pekerja yang tahu mengenai penamatan kerja mereka. Tetapi mereka terus bekerja seperti biasa sehinggalah semalam, 

#SALUTE

Mereka mempunyai semangat yang sungguh cekal. Kepada mereka semua, baik yang EXIT, mahupun yang masih tinggal, mereka mempunyai kenangan yang sangat manis bersama Malaysian Airline System. 

31st August adalah hari terakhir MAS. Bye-bye MH, Bye-bye Malaysian Hospitality.

SALUTE to Malaysian Airlines System 1972-2015.

'Bayaran RM280 Itu Tak Besar Mana' - Pengasuh

$
0
0

Menjaga anak kecil ini memang penat. Banyak cabaran lebih-lebih lagi anak yang berusia 1 - 4 tahun memang tengah meligat. Kalau kita sendiri pun kadang-kadang hilang sabar, apatah lagi orang luar yang menjaga anak kita? 

Seperti saya sendiri, budak-budak ini kalau dihantar ke taska, confirm lunyai anak saya. Saya sendiri pun adakalanya bersuara seperti tarzan. Bibik yang menjaga anak saya pun saya tak bagi dia buat kerja-kerja lain. Saya suruh dia duduk depan televisyen dengan budak-budak sahaja. Masak ke apa ke, bibik tak buat, itu semua kerja saya.

Ditambah dengan upah yang hanya RM250 - RM280 dari jam 7.00 pagi - 7.00 malam. Sepanjang hari jaga!

Maaf cakap ye, mak saya pernah menjaga anak orang Cina. Jira sebelah semasa menetap di Kota Masai, Jalan Nenas. 

Mak memang tak minta pun upah-upah sekian sebab sekali dia jaga cucu-cucunya. Pada masa itu, saya berada di tingkatan 1, saya sendiri terkejut apabila cukup bulan saja, Cina itu bayar upah RM500 untuk seorang anak. Beberapa kali mak kira duit yang diberi, bimbang mereka terberi lebih.

Sekali mereka berkata, "Kami orang Cina memang upah orang jaga anak seorang RM500 makcik. Tak boleh kurang sebab makcik kena jaga dari pagi, makan semua sini kan. Kalau RM280 mana cukup? Lagi penat tahu jaga baby," katanya.

Sampai sekarang pun saya masih bergaul dengan orang-orang Cina, memang saya tanya berapa upah jaga seorang anak mereka (yang tak gunakan khidmat maid Indonesia). 

Menurut mereka, paling minimum, RM400. Lagi besar, lagi mahal upah mereka bayar. Namun, orang kita pula terbalik konsepnya, lagi besar lagi murah bayarannya. Paling mahal pun RM250 - RM280 sahaja. 

Saya cuma nak tanya kenapa kes dera budak-budak banyak tersebar adalah kes orang Melayu?

Jawablah sendiri.

Sepatutnya orang yang dah 'tolong' jaga anak kita itu, kita tidak boleh buat musuh. Puan-puan fikir baik-baik, RM280 itu tak besar mana jika nak dibandingkan dengan masak lagi, suap makan, mandikan, pantau anak main kot-kot termasuk benda dalam mulut, cuci berak kencing, tukar pampers, terkencing dalam seluar lagi. 

Balik kerja, tolong jangan kedekut. Singgahlah beli keropok lekor ke bagi pada pengasuh anak kita. Kita travel jangan lupa belikan ole-ole untuk pengasuh itu. Kalau sendiri terlewat ambil anak, tak payah tunggu dia minta. Sendiri mahu ingatlah bagi advance lebih sikit.

Pengasuh pun ada hati dan perasaan. Jangan cari pasal dengan pengasuh anak kita. Dia mungkin tak dapat balas kemarahannya pada kita tetapi yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita. - Aishah

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Adakah 'Kenduri Arwah' Itu Wajib Dibuat?

$
0
0

Adakah 'Kenduri Arwah' itu wajib dibuat?

Persoalan saya selama ini terjawab juga akhirnya dalam program Al-Kuliyah petang ini. Saya sering ada rasa tidak berpuas hati apabila ada saja kematian dalam sesebuah keluarga, maka keseluruhan ahli keluarga akan sibuk menyediakan makanan buat tetamu yang hadir. Sedangkan pada masa itu, suasana teramat-amatlah sedih, teramat-amatlah sayu.

Saya teringat waktu kematian arwah ayah saya. Pada waktu itu, kami sekeluarga berada di dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing. Kami kehilangan satu kudrat, tulang belakang kami, yang menyara kehidupan kami.

Saya pula baru saja tiga bulan lebih bekerja dengan gaji yang sangat kecil. Setelah ditolak itu, tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus sahaja untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji bagi bulan yang seterusnya.

Apabila menerima kematian ayah yang tersayang, hati bagaikan dilanggar garuda. Sedihnya tidak terkata. Ayah meninggal sewaktu saya ada bersama-sama dengannya.

Selesai urusan pengebumian, saya lihat saudara mara sibuk bertanyakan tentang kenduri arwah yang akan dijalankan. Pada masa itu saya rasa sangat terhimpit. Dengan keadaan gaji yang cukup-cukup makan, saya terpaksa mengorek sana sini, berkongsi dengan adik beradik hanya sekadar untuk memenuhi permintaan orang-orang yang lebih dewasa yang mahu kenduri arwah. 

Saya biarkan ibu berehat, sebab dia terlalu lemah, sedih dengan pemergian ayah. Jadi, tinggallah saya dengan adik beradik yang lain menguruskan semua itu sambil dibantu oleh saudara mara yang lain.

Pada waktu itu, keadaannya saling tidak tumpah seperti sedang meraikan sebuah kematian sedangkan keluarga kami baru saja kehilangan ayah. Senario ini biasa saya lihat dilakukan oleh orang-orang dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya wajib. Saya sangat keliru pada masa itu.

Mengapa perlu ada hukum sebegini? Sedangkan sebenarnya mengadakan kenduri sangat menyusahkan kami sekeluarga kerana ia menelan belanja yang banyak.

Disebabkan kenduri yang menelan kos tinggi, kami terpaksa menangguhkan dulu hajat nak membeli batu nisan untuk kubur arwah ayah. Bayangkanlah, pada waktu itu batu nisan yang tak sampai RM500 pun kami tak mampu nak belikan sebab banyak wang telah dibelanjakan pada kenduri.

Kami memang susah pada waktu itu kerana selepas ayah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sangat teruk. Kami makan sekadar ada, tiada mewah-mewah. Berlaukkan telur goreng dengan kicap juga sudah cukup bersyukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati dengan hidup susah. Tubuh kami juga pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk dan bantal.

Hanya selepas beberapa bulan, barulah kami mampu membeli batu nisan sebagai tanda kubur arwah ayah, menggantikan dua batang kayu dengan sedikit rimbunan bunga yang abang saya cacakkan sementara menunggu batu nisan di beli.

Namun, apa yang saya dengar dari ceramah Al-Kuliyah, hari ini terjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Menurut ustaz dalam program itu, orang Melayu kita sudah banyak terpesong dengan adat.

"Kita berama tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya? Masyarakat terjerut sendiri dengan adat ciptaan manusia.

Pada zaman Rasullullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpul sahabat dan menyuruh mereka menyediakan makanan untuk keluarga si mati demi meringankan beban keluarga.

Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat? Bercanggah bukan? 

Cukup saya katakan, keadaan yang kami sekeluarga alami suatu ketika itu suatu adat yang membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga si mati mengadakan kenduri tahlil untuk arwah tetapi biarlah kena pada masanya iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula masih perlu menyelesaikan semua perkara yang bersangkut paut dengan arwah dan bagi keluarga mempunyai wang yang mencukupi untuk menjamu tetamu yang datang. 

Bukanlah seperti sekarang, asal ada sahaja kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut-turut yang menelan belanja yang besar. Seolah-olah jika tiada kenduri, maka keseluruhan ahli keluarga itu dianggap berdosa.

Walaupun sekarang Alhamdulillah saya mampu dengan rezeki yang Allah berikan tetapi saya tidak sesekali menyokong adat yang terpesong dari sunnah itu. Sebab saya dah merasa susahnya ketika itu. Saya tidak mahu orang lain merasa apa yang kami rasa kerana saya tidak kisah jika tidak dihidangkan minuman sekalipun jika pergi melawat orang meninggal. Keadaan itu saya ttelah mengambilnya.
Beramallah dengan Ilmu. Bila mana terlihat sesuatu yang pelik, maka berusahalah untuk mencari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari, bukannya datang bergorek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yang bercanggahan, perlu buang terus. Mana yang baik, kita jadikan sebagai contoh dan sebarkan. 

Saya berharap agar satu hari nanti ada kesedaran dari golongan yang terlebih dewasa untuk memahami perkara itu. Memang sekarang masih ada lagi adat begitu, tetapi jika lebih ramai yang bersuara tegakkan perkara yang sama, inshaAllah adat yang pelik lagi menyusahkan itu boleh dihapuskan. - Fatimah

'Selagi Najib Berkuasa, Selagi Itulah Rakyat Menderita'

$
0
0

1. Saya hadir dalam tunjuk perasaan anjuran Bersih pada 29-30 Ogos. Ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah jadi penyokong Bersih? Apakah saya sokong parti lawan DAP dan Kit Siang? Ada juga yang bertanya saya sudah memihak kepada orang Cina?

2. Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara. Apakah sekarang perbuatan saya tidak menunjuk sifat berdolak-dalik dalam politik.

3. Saya tidak setuju dengan tunjuk perasaan kerana ada saluran lain yang boleh digunakan untuk menekan Kerajaan apabila menyalahguna kuasa.

4. Kita boleh buat laporan polis, dengan harapan polis dan Pendakwa Raya akan ambil tindakan, menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.

5. Tetapi sekarang Najib sudah bubar dan musnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat.

6. Apabila dituduh telah lesapkan duit Kerajaan melalui 1MDB, Najib serah siasatan kepada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC – Public Accounts Committee) Dewan Rakyat. Rakyat disuruh tunggu sehingga siasatan oleh badan-badan ini selesai.

7. Apabila wang sebanyak RM2.6 bilion terdapat dalam akaun peribadi Najib, dan dia tak dapat menafi duit ini ada dalam akaunnya, dan ramai bertanya daripada mana duit ini datang, dan penjelasan yang munasabah tidak dapat diberi oleh Najib, maka satu pasukan bertugas (task force) dibentuk untuk secara rasmi menyelidik wang ini.

8. Pasukan ini terdiri daripada Pendakwa Raya, Ketua Polis Negara, Ketua Badan Pencegah Rasuah dan Gabenor Bank.

9. Rakyat menunggu hasil siasatan ini. Tiba-tiba Pendakwa Raya disingkir oleh Najib, Ketua Badan Pencegah Rasuah diarah bercuti, dan Gabenor Bank diugut kononnya kerana Bank Negara bocor maklumat dan terhentilah siasatan oleh badan ini.

10. Di masa yang sama Pengerusi PAC dan tiga lagi ahli diberi jawatan dalam Kerajaan dan siasatan berkenaan wang 1MDB oleh PAC pun dihentikan.

11. Beberapa pegawai polis dan lain-lain pegawai dipindah ke jawatan lain supaya tidak lagi dapat meneruskan siasatan.

12. Yang ditinggal dan yang baru dilantik adalah orang yang tidak tunjuk minat untuk membuat siasatan, bahkan sengaja menghalang apa-apa siasatan terhadap 1MDB dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Najib.

13. Semua saluran untuk menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Najib sudah tidak lagi ada.

14. Sebaliknya Najib dan konco-konconya sering mendakwa duit RM2.6 bilion adalah derma. Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal.

15. Kepada pemimpin UMNO Najib mendakwa bahawa RM2.6 bilion ini adalah untuk pilihan raya ke-14. Jika untuk parti belanja membeli nasi lemak atau minuman atau sewa kereta seperti dahulu, jumlah ini beratus kali ganda wang yang diperlukan.

16. Tetapi untuk sogok pemimpin dan ahli Dewan Rakyat dengan berjuta tiap seorang, untuk sogok pegawai supaya menipu, besar kemungkinan wang sebanyak RM2.6 bilion diperlukan.

17. Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram. Malaysia akan diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata “Cash is King” “Wang Tunai adalah Raja”. Raja inilah yang disembah oleh Najib.

18. Najib akan nafi tetapi keadaan negara sekarang amat buruk. Hubungan kaum tegang. Nilai Ringgit dan saham jatuh dengan teruknya jauh lebih teruk dari Thailand, Singapura dan lain-lain Negara. Kos sara hidup melambung naik kerana GST dan lain-lain. Hutang Negara bertimbun dan lain-lain.

19. Inilah masa depan Malaysia jika Najib kekal. Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib. Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

20. Oleh itu saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah, dan saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.

21. Selagi Najib berkuasa selagi itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan.

22. Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib.
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live