Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

Bibik Lari, Tinggalkan Bayi 3 Bulan Bersendirian Di Rumah

$
0
0

Seorang pembantu rumah warga Indonesia, melarikan diri dari rumah majikannya dan meninggal bayi berusia 3 bulan bersendirian di rumah.

Mangsa, Fara Mustapa, memuat naik gambar-gambar pembantu rumahnya di laman Facebook.

"Assalamualaikum, mohon jasa baik rakan-rakan jika terlihat gadis warganegara Indonesia berusia 25 tahun. Sila maklumkan segera di talian 013-3833899.


"Beliau telah melarikan diri dari rumah dan meninggalkan bayi saya berusia 3 bulan seorang diri serta mencuri beberapa jumlah wang dan barang-barang berharga. 

"Waktu melarikan diri sekitar jam 1 petang, 26 Ogos 2015. Beliau mungkin masih beradad di kawasan sekitar Shah Alam atau Klang," kata Fara yang memohon orang ramai menyebarkan gambar-gambar gadis itu.

Fara juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan gadis itu kerana suspek sangat bijak berdrama dan meraih simpati.

Orang ramai dinasihatkan agar memilih pembantu rumah yang boleh dipercayai agar tidak berlakunya kes seumpama ini. Juga diingatkan agar tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga anak atau bayi anda kepada mereka. - THEHYPEMEDIA.COM

'Sia-Sia Aku Berkorban 25 Tahun Untuk Dapatkan Kasih Sayang Dari Ayah'

$
0
0

DARI KIRIMAN PEMBACA:

Aku rasa sia-sia sangat. Selama 25 tahun aku cuba ambil hati ayah. Selama 25 tahun itulah aku cuba membuktikan yang aku sayang pada ayah.

Selama 25 tahun ayah.. 

Ayah maki aku, pukul aku, seksa jiwa raga aku. Ya, mungkin aku silap yang mana aku buat perangai memberontak hanya semata-mata mahukan perhatian dari ayah. Sehinggakan aku pernah cuba nak membunuh diri.

Umur 11 tahun! Umur 11 tahun aku ikat tali di lampu dan panjat serta gantung diri sebab aku tak tahan dihina oleh ayah.

Aku terseksa setiap kali aku cuba bercakap dengan ayah, dibalas pula dengan pandangan hina pada aku. 

Tapi, Allah masih sayangkan aku. Allah panjangkan umur aku, tali itu terputus. Sejak dari peristiwa itu, aku kerap keluar masuk bilik kaunseling. 

Apabila tibanya Hari Bapa, aku selalu bagi hadiah. Tetapi hadiah yang aku diberikan, semua ayah buang. Aku hanya mampu melihat sahaja. 

Bila aku sudah dewasa, ayah benci melihat muka aku. Aku nekad, aku mahu keluar kerana aku tahu ayah benci pada aku. Sampailah masa ibu memanggil aku pulang dan tinggal bersama dengannya. 

Aku pulang ke rumah ibu, aku tahu ayah tak suka. Tapi aku tak faham kenapa ayah tak nak aku dengan duduk dia.

Sampailah ayah sakit, aku jaga ayah, aku masak, aku siapkan segala keperluan ayah. Aku urut kaki ayah setiap kali balik kerja walaupun penat, walaupun tangan aku tengah sakit, aku gagahkan juga untuk mengurut ayah.

Aku cuba melupakan segala apa yang telah ayah buat pada aku. Tetapi, setiap kali ayah ada masalah dengan ibu, ayah jadikan aku sebagai alasan dan sasaran untuk melepaskan kemarahan.

Terbaru, ayah block aku dari WhatsApp hanya kerana bergaduh dengan ibu kerana sebuah kereta?

Aku selalu menjadi mangsa ayah untuk menutup segala kesalahannya. Aku faham ayah tak nak aku jadi keluarganya. Ayah nak aku keluar dari keluarga ini kan? 

Tapi sayang, Allah tak tarik lagi nyawa aku. InshaAllah aku tunaikan (permintaan ayah). Aku cuba usahakan untuk keluar dari rumah. Cuma kali ini, aku berharap aku tak akan kembali dan tidak merosakkan hubungan kamu sekeluarga. 

Cuma satu aku nak tahu apa sebenar-benarnya salah aku? Aku rasa sia-sia sahaja pengorbanan aku selama 25 tahun ini hanya untuk mendapat kasih sayang seorang ayah. - Liya Elina

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

"Pakcik, Tolonglah Beli Rantai Emas Ini"

$
0
0

Kepada adik kepunyaan rantai emas ini. Saya bagi pihak ayah saya memohon maaf sebab tak dapat tolong adik pada malam itu.

Adik memang nampak sangat-sangat susah pada waktu itu. Adik minta RM300 dari ayah saya sebab adik nak mencari hotel sementara menunggu ayah adik datang menjemput adik.

Adik cerita adik dihalau keluar oleh ibu tiri dari rumah di Kedah kerana bergaduh dengan adik tiri.

Maafkan ayah saya sebab cuma dapat beri RM130 sahaja pada masa itu. Manusia, sudah pasti ada rasa was-was. Bimbang adik tipu yang barang diberikan itu bukan emas. 

Namun pada masa itu, ayah saya tawakkal sahaja berikan duit itu pada adik. Katanya, andai adik menipu pun pada masa itu, ayah saya dah halalkan.

Tapi tak sangka, adik tidak menipu dan ini adalah emas yang betul. Harga jualannya pula sangat tinggit.

Saya minta maaf, sebab dapat berikan sedikit sahaja pada malam itu. Andai kata adik terbaca status Facebook saya ini, mohon adik hubungi saya melalui Facebook. 

Ayah saya benar-benar rasa bersalah. Semoga adik sentiasa dilindungi Allah. Jaga diri dik. - Robaqyah Aslamy.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Mama Janganlah Pergi China'

$
0
0

Memori ini, semasa Zulfa darjah 3. Dia memang tiada facebook. Tetapi dia ada 'Wall' sendiri untuk meluahkan perasaan.

Catatan inilah yang menyedarkan kami, dalam diam, anak-anak ada dilemanya sendiri. Ada amukan rasanya sendiri. Walaupun bagi kami, kami bekerja keras mencari lebih wang demi untuk membahagiakan mereka. Namun, bagi mereka, kebahagiaan adalah apabila kami berada di sisi, pada saat mereka meraikan peristiwa penting dalam hidup mereka.

Mudah saja erti KEBAHAGIAAN bagi mereka, tidak seperti yang kami sangka.

Sejak itu, kami belajar melihat kebahagiaan dari mata mereka. Apabila mereka menyertai mana-mana pertandingan, kami akan sentiasa 'ada' bersama mereka. Apabila mereka menyertai apa-apa persembahan, kami di hadapan bertepuk tangan untuk mereka. Apabila mereka sedih mengalami kekalahan, kami sedia untuk memeluk mereka. Bagi kami, usaha mereka tidak sia-sia sekalipun kalah. Hanya hasilnya belum tiba.

Sewaktu bersama rakan-rakan Zulfa dalam satu pertandingan, terdengar bisikan rakannya.

"Awak untung, family awak datang tengok. Ayah saya hantar saya, selepas tu balik. Nanti dah habis baru suruh telefon." Sugul riak wajahnya.

Terusik juga hati saya. Jika ayahnya tahu, kebahagiaan anaknya hanya dengan duduk dan melihat anaknya 'bertarung'. Pasti dia akan tunggu dan terus tunggu.

Kami sedar, kebahagiaan itu murah caranya, tetapi tinggi nilainya, bukan mahal caranya, tetapi rendah nilainya. Jika kebahagiaan punya matawang untuk dibeli, bukan RM yang diperlukan, tapi KS yang lebih bermakna.

"Kasih Sayang"

Sementara mereka masih menagihnya dari kita, berikan saja. Apabila sampai saat mereka sudah penat menantinya dari kita, Ketika itu, mereka sudah semakin jauh dari kita. - Tuan Ammar Muhamad

'Sampai Hati Awak Sebarkan Gambar & Video B0gel Saya' - Hana

$
0
0

BUTTERWORTH - Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar b0gel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.

Bukan saja gambar, malah video aksi ghairah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiarkan di laman web lu-cah.

Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video ghairah atau b0gel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.

Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa, kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.

Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin.

"Ketika berkenalan, dia membahasakan dirinya sebagai abang membuatkan saya berasa disayangi dan mempunyai seseorang untuk berkongsi masalah.

"Selepas sebulan berkenalan melalui WeChat, kami mengatur pertemuan dan berjumpa kali pertama di taman tidak jauh dari rumah saya di Butterworth dan kami bersembang panjang mengenai dirinya serta kerjayanya sebagai pekerja kafe," katanya.

Dia berkata, selepas beberapa kali bertemu termasuk pernah bercuti bersama ke kawasan rekreasi, dia mula mempercayai lelaki berkenaan selepas dia berjanji mahu menjaganya dan sanggup memperisterikannya.

"Jika tidak berjumpa, kami akan berkongsi cerita termasuk berkongsi gambar dan sebagainya. Malah, saya tidak segan menghantar gambar tanpa bertudung kepadanya selepas dia berjanji mahu menyimpan gambar berkenaan hanya untuk dirinya dan tidak berkongsi gambar itu bersama rakan.

"Sehingga sampai satu tahap, dia mula meminta gambar tidak senonoh dengan alasan mahu melepaskan rindu dan mahu melihatnya jika saya tidak bersamanya.

"Malah, dia mengugut akan mengabaikan saya sekiranya permintaan itu tidak ditunaikan dengan alasan saya tidak percaya dan tidak menyayanginya, menyebabkan saya sanggup berkongsi gambar b0gel serta video aksi ghairah yang dirakam sendiri utuk dihantar kepadanya," katanya.

Menurutnya, dia pada mulanya malu menghantar gambar serta video itu namun lama kelamaan tidak kisah berbuat demikian demi menjaga perhubungan mereka. 

Namun, katanya, selepas beberapa bulan, teman lelakinya itu tiba-tiba memberitahu mahu memutuskan hubungan dengan alasan mempunyai gadis lain dan menukar nombor telefon baru kerana tidak mahu diganggu.

Menurutnya, dia tertekan, malu serta tidak sanggup berdepan situasi berkenaan selepas bimbang gambar lu-cahnya tersebar sehingga dikesan kawan serta keluarga.

"Kebimbangan saya itu terjawab apabila gambar b0gel saya diterima beberapa rakan yang berjumpa dan bertanyakan perkara itu kepadanya.

"Saya tiada alasan sebelum memaklumkan ia diedit dan terpaksa menukar penampilan tudung saya dan sebagainya selepas itu," katanya. - HARIAN METRO

'Orang Malaysia Suka Mati Cepat' - Peniaga Vape China

$
0
0

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Tuah FX, telah berkunjung ke Guangzhou, China, berkongsikan perbualannya dengan seorang peniaga rokok elektronik di laman sosial. 

"Saya baru balik dari Guangzhou, China pada 26 Ogos 2015, jam 4 pagi. Nak cerita sikit pasal vape ni.

"Di Guangzhou, ada banyak kedai yang jual vape ini. Di tepi-tepi jalan pun banyak. Harga belian di sana dalam RM15 - RM35. Di Malaysia, sekitar RM200.

"Saya bertanya kepada seorang peniaga vape. Katanya permintaan pengguna dari Malaysia sangat banyak. Boleh dikatakan hari-hari ada saja order yang masuk. Saya bertanya lagi.

"Jika hari-hari ada saja tempahan baru dan menggalakkan dari Malaysia, mengapa orang di negara China sendiri tidak menggunakan vape?"

"Nak tahu apa jawapannya?

"Orang Malaysia suka mati cepat. Ini vape sangat membahayakan. Orang di sini tidak guna vape kerana mereka semua ingin hidup lama," katanya.

Dalam hati, "Dia ni nak menjual ke nak bagi jatuh company majikan dia?" 

"Pengajarannya, China jual produk untuk muslim tetapi mereka sendiri tak berani nak guna vape. Korang yang ada akal, fikirkanlah sendiri. Saya cuma sekadar menyampaikan sahaja,' kata Tuah FX.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Macamlah Korang Tak Pernah Kutuk Anak Orang Lain' - Pengasuh

$
0
0

Susulan tersebarnya gambar seorang pengasuh di sebuah taska menghina anak asuhannya di laman sosial dikritik netizen, kini beliau tampil mempertahankan dirinya dan menafikan beberapa dakwaan yang tidak berasas.


Pengasuh yang mengguna nickname Deklu She'Bai di laman Facebook itu berkata, gambar itu tidak sepatutnya diviralkan dan diperbesarkan kerana dia bukannya mendera kanak-kanak terbabit.

"Tak perlu kot nak viralkan benda macam tu. Nampak sangat manusia sekarang suka besarkan benda yang kecil. Ada yang cop (tuduh) aku ni dera dialah, apalah," katanya.

Beliau yang menafikan dakwaan mendera itu juga mengakui bahawa caption yang dimuat naik itu tidak benar-benar dimaksudkan kerana dia sudah terbiasa bermulut laser.

"Caption aku tu saja yang melampau sebab jenis aku memang mulut laser. Kenapa sebelum ini aku buat sight dan masukkan gambar budak-budak taska, tak nak pula orang screenshot dan viralkan dengan caption 'sayang betul dia dekat budak' benda yang tak ada kena mengena, sibuk diviralkan," katanya yang berang dengan tindakan pihak yang menyebarkan gambar berserta caption yang agak kontroversi tersebut.

Difahamkan, gadis ini juga telah membuat laporan polis berikutan bimbang dengan keselamatannya yang diancam melalui media sosial.

Bagaimanapun, penjelasan gadis berkenaan tidak diterima oleh netizen dan Facebooknya kini diserang dengan pelbagai komen dan kritikan yang masih tidak berpuas hati dengan kata-katanya itu.

"Janganlah sampai nak membabikan anak orang. Elok-eloklah cakap. Nak bergurau, janganlah sampai nak menghina anak orang macam beruk. Macam mana nanti kalau awak ada anak, orang buat macam itu pada anak awak, marah tak? Kalau awak tak marah, itu tandanya awak tak ada perasaan keibuan. Fikirlah hati-hati orang yang ada anak. Jangan main bedal saja nak menaip," kata Achik Syidah.

"Kisah pula mulut kau laser ke tak. Anak orang, amanah orang, jagalah elok-elok. Kalau itu punca rezeki kau, nanti jadi darah daging, keturunan pun dok memaki, mencarut kat orang saja. Akal tak ada ke? Dengan budak-budak pun boleh jadi. Shame on you!," kata Arieyna.

Gambar yang tersebar dipercayai keluarga bayi berkenaan

Dalam hal ini, pengasuh terbabit sepatutnya memohon maaf kepada orang ramai dan menerima teguran serta jadikan perkara itu sebagai pengajaran. Namun, tindakan ego dan keras kepala seperti ini hanya akan menyemarakkan lagi api kemarahan netizen. - THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Takut Tak Dapat Cari Semua Misi² Di Padang Mahsyar Nanti'

$
0
0

Earlier today, I saw one of our staff nurses (SN) crying at the nurse counter. She made no attempt to hide it so it was only natural to ask her

"Hey, what happened?"

SN: Doctor, how can I not be sad. Do you want to know what did the patient say to me just now? When I was 'sponging' (bathing) her?

Me: mmmm?

SN: How will I ever find all of you on Judgement Day? It will be so difficult when everyone will be there and I will have to find you to say my thanks to you for taking care of me. I fear that I won't be able to find each one of you whom have helped me today.

("Macam mana Wan nak cari misi-misi semua nanti di Padang Mahsyar nak cakap terima kasih? Ramai orang nanti, Wan takut tak jumpa")

*She fondly calls herself Wan (Grandma in loghat Negeri Sembilan)

Me: (stared very hard at the case notes, trying not to cry and at the same time keeping quiet because my heart felt so heavy and there's this choking sensation, OK, will review her last to talk to her longer)

SN: How can I not cry doctor? Tell me..

Me: mmmm. Where are her 6 children?

SN: Busy working doctor.

Sighs. She is happy though, and is keen to return to the RM200/month old folks home ('pondok orang tua' as she calls it) to meet her friends. She used to raise her 6 children alone after her husband passed away and now none of them can stay by her side while she is ill.

A reminder for all of us, to please always take care of our parents.

***

Gambar selingan: Seorang jururawat yang pernah saya bertugas bersamanya, sedang mensyampukan rambut seorang pesakit. 

Mensyampukan rambut pesakit, bukan tugas hakiki seorang jururawat. Tetapi kalau beliau tidak melakukannya, siapa lagi?

Tanyalah diri kita sendiri yang mempunyai ibubapa yang tua dan uzur di kampung, bila kali terakhir kita mensyampukan rambut ibu ayah kita? - Doktor Nadia Rahim

Pekerja Bangladesh Ini Boleh Hidup Dengan Duit Belanja RM35 Sahaja Sebulan

$
0
0

Dua hari lepas, saya pergi membasuh kereta. Selepas selesai, pekerja Bangladesh ini membuka pintu kabinet di tepi kedai. Saya ingatkan dia nak ambil sabun atau kain lap.

Tiba-tiba saya terhidu bau masakan. Rupa-rupanya pekerja Bangladesh tadi sedang memasak. 

PERGHH! Kagum beb!

Berbekalkan dapur gas portable, sayur kangkung, udang dan nasi putih, pekerja ini cuma memerlukan RM35 sebulan untuk makan tengah harinya. Ya, saya tanya pada beliau.

Gaji pekerja Bangladesh ini sebulan RM1,300. Penginapannya pula adalah percuma kerana asrama disediakan.  Bil elektrik dan air juga ditanggung oleh majikan.

Pada hujung minggu pula, paling jauh kalau berjalan, dia hanya ke Kuala Lumpur sahaja. 

Betullah, satu hari nanti mereka ini akan lebih kaya daripada penduduk Malaysia.

Mulai dari hari ini aku berazam akan bawa bekal setiap kali ke tempat kerja. Telur rebus, budu, cili api, nasi putih dan kicap.

Selain ingin berjuang menuntut perubahan, survivaliti juga adalah penting. - Arif Nasir

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Tolong Bang, Saya Minta RM212 Jer, Dompet Saya Hilang'

$
0
0

Lelaki yang bernama Balakrisnan ini, didakwa melakukan penipuan di sekitar Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan. 

Modus operandinya mudah, iaitu meraih simpati orang ramai dengan mereka cerita kononnya dompet beliau telah dicuri dan juga dia telah membuat laporan polis.

Berbekalkan salinan laporan polis tersebut, dia memperdayakan orang awam untuk meminjam duit serta mencipta alasan kononnya ingin memeluk agama Islam.

Salinan laporan polis itu pula bukan berdasarkan nombor kad pengenalan yang sebenar kerana setiap nombor kad pengenalan yang tertera adalah berbeza pada pangkal tarikh dan bulan.

Ingat wajah lelaki ini. Dia mungkin telah lama menjalankan kegiatan ini dan mungkin ramai yang telah menjadi mangsanya dengan menggunakan salinan laporan polis palsu.

Al-Kisahnya

Situasi ini adalah situasi yang sebenar berlaku pada saya baru-baru ini di Negeri Sembilan.

Seorang lelaki berbangsa India menyatakan dia baru keluar dari balai polis buat laporan polis yang mana dompetnya hilang dicuri oleh penyeluk saku.

Katanya, dia datang dari Johor ke Negeri Sembilan untuk temuduga. Kini dia tiada duit untuk buat kad pengenalan yang baru. Dia cuba meminjam duit dari saya sebanyak RM212 untuk buat kad pengenalan baru pagi esok dan juga terus buat kad ATM. Dia berjanji akan membayar balik kepada saya kelak.

Cara percakapan lelaki ini seperti mengikut skrip yang telah dirancang. Mungkin sudah 88 kali dihafal sebelum bertemu dengan saya.

Selain itu juga, dia memberikan alasan dia ingin memeluk agama Islam. Sama ada benar atau tidak, hanya Allah saja yang tahu.

Bimbang diperdayakan, saya berikan soalan perangkap kepada lelaki ini.

"Call mak ayah, saudara mara awak atau kawan-kawan. Saya akan bagi nombor akaun saya dan minta dia masukkan dalam akaun dan saya akan keluarkan duit itu beri kepada awak,".

"Saya anak yatim piatu, ada adik kecil dua orang, nenek tua. Tiada saudara mara yang lain. Kawan-kawan pun tiada. Saya tiada siapa-siapa untuk meminta bantuan," katanya.

"Cuba tengok tangan kiri kanan awak, kan ada jam dan gelang emas? Pergilah jual atau gadai. Esok dah dapat IC, buat kad ATM, pergi tebus balik,"

"Tak apalah kalau tak mahu tolong. Encik kerja apa ye?" soalnya.

"Saya peguam,".

Dengan serta merta dia meminta saya membuang gambar dia yang telah dirakam. Memang saya membuang gambarnya di depan mata dia sendiri. Namun dia tidak tahu bahawa iPhone 6 ada tray delete yang boleh penggunanya mendapatkan semula gambar-gambar yang telah dibuang.

Seterusnya, saya menghubungi balai polis tempat laporan itu dibuat untuk tujuan pengesahan. Menurut pihak balai, memang ada report yang dibuat atas kehilangan dompet tersebut dan ini bukan kali pertama individu terbabit membuat laporan polis di situ.

Hati-hati dengan penipu dan penyamun. Mereka sekarang dah pandai nak buat report polis. Konon nak tunjuk yang diorang benar-benar dilanda musibah. - Key

Bayi Berusia 10 Hari Maut, Jari & Mata Digigit Tikus

$
0
0

INDIA - Seorang bayi yang baru berusia 10 hari, maut selepas digigit oleh seekor tikus, semalam.

Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku di Hospital Kerajaan Guntur di mana mangsa digigit oleh seekor tikus di bahagian jari dan memakan biji matanya.

Difahamkan, bayi berkenaan ditempatkan di hospital tersebut kerana mengalami masalah saluran kencing. 

Ekoran dari kejadian itu, tiga kakitangan hospital berkenaan telah digantung kerja.

Kejadian malang yang menimpa mangsa itu hanya disedari oleh ibunya, Chavali Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kesan kecederaan seperti digigit selain ndari mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit. - THEHYPEMEDIA.COM

Tips Bagaimana Menjalani Kehidupan Sebagai Pendamping Hidup / Isteri / Suami Kepada Calon PhD

$
0
0

Tips : Bagaimana menjalani kehidupan sebagai pendamping hidup / isteri / suami kepada calon PhD. 

Soalan ini saya tidak pernah dapat dari orang putih walhal sudah bertahun menetap di UK, tapi bila balik berhari raya di Malaysia bertubi-tubi soalan ini hadir. Saya tidak kisah, saya hadiahkan senyuman, warga Malaya memang prihatin. Masha Allah. Bentuk soalan yang selalu mereka tanya, suami awak doktor hospital mana? Doktor bahagian apa? Ada klinik tak?

Begini ceritanya, suami saya bukan doktor perubatan. Suami saya seorang pemegang ijazah doktor falsafah, PhD daripada Imperial College London, pengkhususan beliau adalah Composites Material, suatu cabang Aeronautic Engineering, di negara kita tenaga mahir bidang ini belum ramai lagi.

Alang-alang ni, mari saya kongsikan sedikit pengalaman saya menemani suami saya, Dr. S dalam tempoh beberapa tahun perjuangan dan survival PhD beliau. Selalu kita jumpa tips untuk calon PhD sahaja, bagaimana mahu menulis thesis dalam tempoh tertentu, bagaimana mahu pilih penyelia pengajian yang bagus, bagaimana mahu lulus viva dengan cemerlang, bagaimana mahu tulis thesis yang tidak ditolak oleh penyelia dan lain-lain, tapi hari ini saya mahu kongsi tips tentang : 

Bagaimana Menjalani Kehidupan sebagai Pendamping Hidup / Isteri / Suami kepada Seorang Calon PhD. 

Maklumlah, 9/10 calon PhD biasanya orang yang sudah berumahtangga.

1. Ambil tahu perjalanan PhD pasangan, apa research area, sudah berapa jauh research mereka, sudah sampai peringkat apa PhD mereka, proposal, defend proposal, writing, submission, proof reading, correction. 

Dari sekecil hal seperti hari ini ada meeting group ke, jumpa penyelia ke, sehinggalah hari viva. Lebih-lebih lagi jika calon PhD nya suami, isteri siapkanlah mereka pakaian yang mengikut keperluan. Pada hari berjumpa penyelia biar kemas sedikit, jangan comot-comot. Viva pakai tali leher, pakai blazer. Pergi conference pakaian ikut cuaca tempat yang mahu dipergi. Kalau ke Switzerland bekalkan baju tebal, kalau ke Thailand siapkan baju yang bila berpeluh tidak basah ketiak.

2. Jangan tekan pasangan tentang apa yang dia dan kita tinggalkan demi mencapai impian dia menggenggam PhD. Kadangkala bila pasangan mendapat peluang melanjutkan pengajian sehingga peringkat PhD lebih-lebih lagi PhD di luar negara, kehidupan yang sedia ada sudah agak stabil, sudah berkerja tetap, sudah ada rumah selesa, sudah mampu beli kereta yang dihajati sejak zaman sekolah. Bila mahu ke luar negara segalanya perlu ditinggalkan buat sementara, jika pasangan yang menemani berkerja, perlu mengambil cuti tanpa gaji pula. 

Belum masuk bab keluarga, ibu bapa yang semakin berusia, kampung halaman, binatang ternakan dan kesayangan serta makanan kegemaran. Sebagai pasangan kepada calon PhD, tidak perlulah mengungkit apa yang kita tinggalkan demi PhD mereka. Anggaplah itu bahagian rezeki keluarga dan perkahwinan yang kita dirikan dengan seorang calon PhD. Orang putih kata don't pester. InsyaAllah hari ini kita permudahkan urusan pasangan untuk mendapatkan PhD nanti kita pula dipermudahkan urusan kehidupan dan rezeki. 

3. PhD bukan fasa bulan madu, jangan tekan pasangan untuk bercuti secara kerap. Orang buat PhD ini busy, mahu cuti pun kena minta dengan supervisor. Yang jenis researchnya melibatkan eksperimen selalunya eksperimen mereka akan dilakukan dalam kumpulan, dari berkongsi hipotesis, calculation, peralatan, mesin hingga makmal. Bila seorang tidak hadir kerja ahli kumpulan yang lain sedikit sebanyak mungkin terganggu juga. 

"Orang kata kalau sudah sampai ke luar negara, berjalanlah"

Memang tidak salah, berjalanlah selagi mampu dari segi masa, fizikal, mental, kewangan. Naiklah flight di Gatwick transit di Frankfurt,sambung terus ke Dubai. Ambil Eurostar dari King's Cross St Pancras sampai Paris sambung naik bas ke Belgium pula. Tapi pastikan jangan ditekan pasangan kita yang sedang menjalani PhD untuk tinggalkan kerja serta merta dan tergendala demi membawa kita jalan-jalan merata. 

Seperti point nombor 1, ambil tahu, rancang, dan beri galakan kepada pasangan untuk mereka bersedia demi sebuah percutian yang tenang dan tidak tergesa-gesa serta resah kerana ada kerja yang ditinggalkan tergendala. Kalau tidak berpeluang untuk bercuti ketika pasangan sedang buat PhD tidak mengapa. Lepasan PhD selalunya berpeluang cerah untuk pergi ke serata dunia menghadiri conference, talk, seminar, discussion dan sebagainya.

Pengalaman saya, suami saya dahulu berkerja sebagai pensyarah Universiti Sains Malaysia tidak lama, tidak sampai setahun pun, tapi dalam tempoh itu beliau dihantar untuk menghadiri conference di Amerika, visanya 10 tahun, sampai hari ini pun masih ada baki beberapa tahun lagi visa tersebut.

4. Jika ditakdirkan mengandung semasa tempoh PhD jangan berkeluh kesah, sesal dan marah. Memang pernah terdengar terdapat sesetengah penyelia PhD tidak suka seandainya calon di bawah seliaannya mendapat anak ketika menjalani PhD, baik calon lelaki apatah lagi calon perempuan. 

2 orang anak saya dilahirkan ketika suami saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD, tapi alhamdulillah kami survived, barangkali kerana Allah rezekikan suami saya mendapat supervisor dan groupmates yang baik dan memahami. 

Namun jika situasi sebaliknya, bertenang. Tahan diri daripada merungut. Kelahiran anak adalah rezeki dari Allah. Dia memberi, pasti Dia sudah ada perancangannya buat kita. Mana tahu anak itulah sumber inspirasi dan penguat kita untuk berusaha gigih menyiapkan PhD yang mana itulah yang mungkin melembutkan hati penyelia apabila melihat kesungguhan kita walaupun berbayi kecil. 

5. Maksimakan manfaat dan kebergunaan diri. Contohnya jika pasangan melanjutkan pengajian PhD di UK, dan kita miliki anak dalam usia persekolahan rendah (primary school). Primary school di UK, pelajar dari nursery hingga year 6 tidak dibenarkan pergi dan pulang sekolah tanpa ditemani penjaga. Maka pasangan calon PhD, gunakanlah peluang seperti ini, jalankan tugas-tugas seperti ini sendiri. 

Belajar gunakan kenderaan awam seperti bas dan tube tidak perlu tunggu sehingga pasangan balik ke rumah dari tempat pengajian untuk membeli barang keperluan. Kuasai bahasa tempatan, pelajari dan fahami sistem setempat supaya pasangan kita yang sedang buat PhD tidak terbeban dengan tugasan kecil yang sepatutnya kita boleh lakukan seperti membawa anak ke pusat kesihatan untuk temujanji dengan health visitor, membawa anak ke playgroup, pemeriksaan kesihatan, booking appointment, terapi dan sebagainya.

6. Jangan bandingkan perjalanan PhD pasangan anda dengan calon PhD lain seperti mengapa orang ini boleh siap PhD 2 tahun, mengapa dia buat PhD lama, mengapa orang ini buat PhD di malaysia sahaja mengapa dia sampai kena pergi ke UK. Mengapa orang ini buat PhD tidak perlu masuk makmal hujung minggu, mengapa dia Sabtu Ahad pun kena pergi ke universiti dan sebagainya. 

Setiap calon PhD perjalanan PhD mereka tidak sama, research area tidak sama, supervisors tidak sama. Ada orang dapat supervisor yang OK, tidak cerewet, ada orang yang cuma ada seorang supervisor untuk dipuaskan hatinya, ada orang sampai 3 supervisor yang memberi arahan berbeza-beza sampai calon pun pening. Ada orang buat PhD di institusi yang boleh bertolak ansur, ada juga yang dapat supervisor OK tapi institusi tidak flexible, thesis yang disubmit mesti melepasi standard yang tinggi baru boleh viva dan publish. 

7. Bantu, sediakan mereka ruang dan peluang berkerja dengan kondusif. Calon PhD tidak terlepas daripada membawa kerja pulang ke rumah. Misalnya, seharian berada di makmal, mereka perlu melakukan eksperimen berulang-ulang kali dari jam 8 pagi hingga 8 malam sehingga mendapat hasil yang memuaskan, maka laporan eksperimen terpaksa dibawa pulang untuk disiapkan di rumah kerana tiada masa untuk disiapkan di kolej. Tugas sebagai pasangan, persiapkan rumah dalam keadaan yang baik supaya mereka dapat buat kerja yang dibawa pulang dalam keadaan sebaik mungkin.

8. Galakkan mereka untuk memperbaiki ibadah, dan mempertingkatkan pengetahuan agama walaupun sibuk dengan tugasan untuk menyiapkan PhD. Di setiap kesibukan dunia, perlu sentiasa ada kesedaran untuk menyeiringkan keperluan akhirat insyaAllah jalan dunia akan dipermudahkan. 

Dulu, sewaktu saya baru bernikah, waktu itu saya sangat muda,(jarak usia saya dan suami agak jauh, hampir sedekad) biasalahkan darah remaja kerjanya nak emo je, saya pernah terasa merajuk hati apabila orang suka quote nama ustaz popular untuk mengeluarkan kenyataan dan status Fb seperti 

"Belajar sampai PhD tak guna kalau emak mu mati, baca yasin pun gagap, kalau baca alfatihah pun semput" - Ustaz xyz

Tapi sekarang tidak lagi. Saya anggap apa yang diperkatakan ustaz itu urusan dia dengan Allah dan terlahir daripada kekurangan pengetahuan atau pengalaman beliau berdampingan dengan calon atau pemegang PhD. 

Hakikatnya orang-orang yang buat PhD ini manusia biasa sahaja seperti orang lain yang belajar sehingga darjah 6 atau SPM, seperti lepasan diploma atau degree. Iman mereka ada turun naiknya, ada PhD bukan bermakna mereka terpaksa lupakan huruf hijaiyah, cara mengaji, tajwid dan tartil sampai nak baca alfatihah pun tergagap sebab nak beri satu ruang khas dalam otak untuk tempatkan PhD. 

Semuanya bergantung kepada individu itu untuk memelihara iman, akidah dan ibadahnya. Kalau dalam hati tidak rasa perlu kepada agama, jangankan belajar sampai PhD, orang tidak sekolah pun boleh lupa cara mengaji.

9. Dengari, selami, fahami rungutan dan kerisauan pasangan kita terhadap pengajian PhDnya. 

Contohnya jika pasangan kita yang sedang melanjutkan pengajian itu jiwanya jiwa orang berniaga, dalam hatinya ada dilema untuk berniaga atau melanjutkan pelajaran. Sejukkan hatinya dengan pengertian dan kefahaman bahawa pencapaian pelajarannya juga adalah suatu masalah buat ummah. Agama juga perlu kepada pakar-pakar Islam.

Bukan semua orang punya peluang, ruang dan kelebihan dari segi kebolehan belajar dan daya intellectual seperti dia untuk menyambung pengajian sehingga PhD. Ia menjadi fardhu kifayah kepada mereka untuk mendalami sesuatu bidang. 

  • Analoginya mudah, bumi Mekah perlu dibangunkan untuk menampung jumlah jemaah yang meningkat saban tahun, sampai bila mahu bergantung kepada jurutera, pakar pembinaan dari Jerman, Sweden dan Holland. 


  • Analogi kedua, umat Islam perlukan ubat-ubatan yang halal 100%, ahli farmasi perlu melanjutkan pengajian sehingga PhD untuk membuat kajian, mendapat geran penyelidikan untuk mencipta dan memasarkan ubatan dan makanan tambahan yang bagus, selamat dan suci. 


  • Analogi ketiga, sistem perbankan yang sedia ada di dunia ini sudah tepu kapitalis, kita perlukan pakar kewangan islam yang mendalami selok belok kewangan dunia, dengan sijil yang diiktiraf dari pusat pengajian yang diiktiraf supaya hasil penyelidikannya dalam bidang tersebut dapat dibentangkan dan didengar oleh dunia. Dalam konteks ini mungkin ada orang boleh berkata, "Ahh setakat nak buat kajian pasal sistem duit aku boleh buat dekat rumah tak payah ada PhD". Benar, kita semua bijak, Allah bagi kita akal, kita boleh kaji, boleh study, boleh siasat, kita boleh lakukan penyelidikan secara underground, tapi penyelidikan secara underground seperti ini, kesudahannya mungkin dalam blog, dalam Fb dan ebook sahaja. Bagaimana hasil kajian kita itu dapat didengar, diketahui dan dipertimbangkan sekiranya tidak berada di platform yang betul. Sebab itu kita perlukan pakar-pakar islam yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang tinggi, mendalami satu-satu bidang sehingga dianugerahkan sijil yang diiktiraf dari institusi yang diiktiraf, supaya suara, hasil kajian, idea dan kebijaksanaan orang islam dapat dibentangkan, diketahui oleh dunia, disebarkan, dimulakan gerak kerja untuk melaksanakannya, dan dapat memberi manfaat kepada ramai orang islam lain seterusnya mengubah sistem tidak islamik yang sedia ada kepada sistem Islam yang lebih baik hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri.


Sebenarnya perkara di atas juga applicable kepada pasangan kepada orang berkerjaya, pasangan kepada orang yang masih belajar (master, degree, diploma, sijil, ACCA dll), pasangan jarak jauh dan sebagainya. Twist sini, ubah sana, adapt situ. Hidup ini ada banyak pilihan, ada banyak jalan, tinggal terserah kepada kita sahaja bagaimana mahu memanfaatkannya untuk menuai hasil terbaik yang dapat menjadi saham akhirat kelak insyaAllah

'Kau Tunggu Nasib Kau Tasha Shilla, Kau Takkan Selamatlah Betina!'

$
0
0

Seorang wanita bernama Carmen Emirda, memuat naik gambar seorang lelaki yang dipercayai Hans Wong, bekas kekasih Tasha Shilla, membuat laporan polis kerana dibelasah sekumpulan lelaki yang didakwa telah diupah oleh Tasha Shila.

"Do report polis now. Kau tunggu nasib kau Tasha Shilla. Kau yang datang serang kami, lepas itu hantar 40 orang pukul boyfriend aku. Kau memang tak akan selamatlah betina!," kata Carmen.

Bagaimanapun, Hans tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk berdasarkan komen Carmen di laman Instagramnya. 

Seorang lagi pelakon baru, Fara Mendoza juga dipercayai berada di tempat kejadian turut mengesahkan kejadian itu berlaku di sebuah kelab malam melalui laman Instagram Carmen.


"Entah si minah gila ini. Dengan aku, aku pun dia block. Dasar betina meroyan. Han dah tak nak, terimalah kenyataan. Orang ramai yang simbah air kat kaulah. Bukan kitaorang yang simbah Tasha Shilla. Come on la, satu club yang halau kau keluar," katanya yang menjelaskan punca kejadian itu. . - THEHYPEMEDIA.COM

Video Pelajar Sekolah Bertumbuk Dalam Kelas Tersebar

$
0
0

SABAH - Video seorang pelajar di sebuah sekolah di Penampang dibelasah oleh beberapa pelajar sebaya tersebar di laman sosial. 

Video berdurasi 25 saat itu dimuat naik ke laman Facebook yang menunjukkan mangsa dibelasah seorang pelajar yang lain sebelum disertai oleh beberapa pelajar yang lain.

Tidak diketahui punca sebenar pergaduhan namun mangsa ditendang, ditumbuk dan dipukul di bahagian badan dan kepalanya sehingga menyebabkan dia terjatuh. 

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika waktu pertukaran subjek di mana sekumpulan pelajar itu mengambil kesempatan untuk membelasah mangsa.

Mohon pihak polis menyiasat kes ini dan ambil tindakan tegas terhadap pelajar-pelajar sekolah yang terlibat. - THEHYPEMEDIA.COM

'Suka Cium Leher Baby'

$
0
0

Perbualan SMS lu-cah seorang selebriti wanita dengan seorang lelaki tersebar di laman sosial hari ini.

Lapor laman Paparazzi.my, wanita terbabit telah berkahwin namun rumahtangganya terkandas di tengah jalan. 


Bukan setakat SMS, malah perbualan audio mereka juga turut dikongsikan.

"Pertama, you make me feel h0rny all the time. Ini bukan lawak ya, betul. If I'm not period at this time, I will do it myself because I miss our moment last week.

"Anyway, miss everything about you baby. Macam tau-tau je honey tak mandi. Suka cium tengkuk baby, suka cium leher baby, wangi sangat kat situ. Muah!" katanya.

Selain itu, sumber juga turut mendedahkan gambar manja selebriti berkenaan dengan pasangannya. - THEHYPEMEDIA.COM

Wanita Dir0g0l Remaja Lelaki Menyamar 'Penguat Kuasa JPAM'

$
0
0

CHUKAI - Seorang wanita dir0g0l oleh seorang remaja lelaki yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa JPAM di sebuah hotel.

Suspek yang berusia 18 tahun itu ditahan oleh pihak polis pada Rabu lalu selepas mangsa membuat laporan polis, sejam selepas kejadian itu pada jam 1 pagi.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Meraga Beris, Kijal.

Difahamkan, suspek menyamar sebagai pegawai penguat kuasa JPAM dan memperdayakan mangsa kononnya membawa temuduga pada jam 9 pagi pada 24 Ogos lalu, sebelum bertindak mer0g0l mangsa.

Siasatan polis mendapati, suspek berasal dari luar Terengganu dan sudah dua minggu menetap di rumah kenalannya di kampung itu.

Selain itu, suspek juga didapati turut memperdayakan penduduk kampung dengan mendakwa dirinya sebagai penguat kuasa JPAM dan meminta bayaran sebanyak RM50 dari penduduk kampung yang berminat menjadi anggota JPAM. - THEHYPEMEDIA.COM

'Nak, Tolong Ambil RM400 Dalam Akaun Bank Pakcik'

$
0
0

Baru saja sebentar tadi aku jalan nak beli barang, aku terserempak dengan pakcik ini. Aku ingatkan dia nak jual tisu, jadi aku terus turun dari kaki lima sambil tangan dah seluk dalam beg nak cari duit.

Bila sampai saja ke tempat dia, dia keluarkan kad bank dan nombor pin bagi, nak minta tolong aku keluarkan duit.

Ya Allah! Dari tadi dia tunggu-tunggu tengah panas rupanya menunggu orang untuk membantu dia rupanya.

Aku tanya berapa jumlah wang yang pakcik ini nak keluarkan. Dengan pelat-pelat cakap yang aku tak faham dan jari menunjukkan angka empat, aku tanya, "RM400 ke pakcik?". 

Dia mengangguk-angguk. 

Aku terus ambil kad dan terus ke bank terdekat. Dalam hati terdetik, kalau tak ada duit dalam bank pakcik ini, di tangan aku ada dalam RM200. Mungkin aku boleh bagi RM100 pada dia. 

Bila aku semak baki akaun bank dia, rupa-rupanya hanya berbaki RM450 sahaja. Jadi, betullah dia memang nak suruh aku keluarkan RM400. 

Semasa aku serahkan wang itu kepada dia, terdengar dia cakap "Terima kasih,". Aku angguk faham dan kawan aku di sebelah menangis-nangis kesedihan.

Mana anak pakcik ini? Kenapa biarkan dia datang ambil duit di bank tak berteman? Kalau orang lain yang dia minta tolong, aku tak tahulah selamat ke tidak kad bank dia dan nombor pin serta duit dalam akaun bank itu.


Anak-anak, pimpinlah ayah datang ke bank. Jangan sampai ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada ayah awak. Kasihan dia tengah-tengah panas terik ini datang seorang diri.

Nak menangis mengigil aku tengok pakcik ini tadi sebab dia kurang upaya dan dia menunggu secara rawak sesiapa saja yang ada untuk membantu dia. 

Aku yang kaki OKU sementara ini pun terkedek-kedek nak naik turun kaki lima rasa penat dan lelah. Apatah lagi pakcik ini yang hakikatnya tak boleh bangun langsung dari kerusi roda elektrik itu.

Aku cuma boleh berdoa semoga pakcik ini selamat sampai ke rumah. Amin.

Miss Jiha Yhy, please lap air mata awak itu, ramai orang pandang pada kita. Nanti ada yang tersalah tafsir cakap diriku menderamu. - NOR FITRI EMA

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Mak Saya Malas Basuh Baju Sekolah'

$
0
0

Something for us especially parents to ponder.

I have a boy in my class who usually wears a dirty uniform since early morning. Even if its on Monday (first day of the week). I felt sorry for him and did question him yesterday about the uniform.

"Mak saya malas basuh."

I did not make any judgement of his mother, probably she is sick. "Mak awak sakit ke?"

"Tak. sihat je".

We chatted about how to dress properly in school. 

"Tak bolehlah macam ini. Cakap dengan mak elok elok. Suruh mak basuh juga baju. Kotor sangat ni. Awak nak belajar pun tak selesa. Pesan pada mak ye?"

And today I see him wearing quite a nice and clean shirt. I keep praising him that he looks better in that kind of shirt. He smiled. 

"Baju dah bersih tapi berkedut tak gosok ni"

"Saya tak pandai gosok baju. Ini pun semalam balik saya basuh sendiri baju. "

I tried not to believe. Probably he is making another story.

"Ye ke? Cakap dengan mak tak apa yang teacher pesan? Kalau awak basuh baju sendiri, macam mana awak cuci?"

"Dah bagitau, mak tak nak basuh. Ambil sabun, letak pada baju. Di rumah, guna sabun debu. Gosok, gosok dan gosok. Basuh dengan air. Jemur. Ini tak gosok terus pakai".

That sincere look he gave, I do not have guts to say anything further. Anything that can break his heart. Or anything that allow him to judge his mother. I keep avoiding words such 'mak awak ni pemalas betul, ade anak tak nak jaga,'. I won't hurt his pure heart.

I pat him on his shoulder. 

"Job well done. Bagus, pandai basuh sendiri. Janji awak datang sekolah".

Even my heart cried. He is just eight.

Please parents, fullfil their rights. Rights of not being insulted by others for dressing improperly. Rights of not being offended by others because they smell so wrong. Please.

'Jangan Tukar! Adik Nak Tengok Kartunlah!'

$
0
0

Ini cerita tentang anak. Kartun, even cerita Melayu pun, kita sebagai ibu bapa kena pantau. Contoh mudahnya, cerita Upin Ipin. 

Dulu tak perasan sangat. Selepas balik kampung, anak saudara terpengaruh. Sekarang, anak-anak saya pun terikut-ikut juga. Watak yang baik seperti Tok Dalang dan nenek mereka berbahasa baik tak apa. Dapat Kak Ros yang garang:

"Sibuk je"
"Sepak kang!"
"Tampar kang!"

Anak-anak pun terikut sama. Garangnya Kak Ros.

Angah pun ikut garang sama. Boleh pula dia cakap 'Sibuk je' pada Irfan.

Kartun Robocar Poli bagi saya, okay. Ada pengajaran dan saya pun suka tengok. Siap boleh ingat jalan cerita setiap episod yang ditayangkan di televisyen.

"Baiklah"

Sopan je ayat geng-geng Robocar Poli ini.

Masa menonton televisyen pun ada hadnya. Saya kurang gemar televisyen terpasang saja dan biarkan anak tonton berjam-jam lamanya. Ibu bapa seharusnya kerap mengajak anak melakukan aktiviti dan kurangkan masa menonton televisyen.

Selalunya saya ajak anak-anak:
  • Susun puzle
  • Mewarna
  • Melukis
  • Menggunting & menampal
  • Buat kraft 
  • Main pasir (kinetic sand)
  • Main kereta dengan jalan raya dari kotak 
  • Main masak-masak


Ada orang yang saya pernah jumpa, sampai anak yang kawal dan pegang remote televisyen. Ibu bapa dia tak boleh tukar channel lain. Dengan alasan bosan nanti anak meragam, menangis nak tengok kartun je. Walaupun anak baru berusia 3 tahun. Teringat kata-kata nasihat dari Dr Rubiah Hamzah masa ceramah di PPUM dulu. 

"Kalau ibu bapa tak boleh kontrol anak umur 3 tahun, jangan harap ibu bapa boleh kawal dia semasa berumur 13 tahun".

Saya pegang kata-kata nasihat itu sampai sekarang. Ajar anak-anak untuk "menangguhkan keinginan" mereka terutama pada benda yang tak perlu. Contohnya seperti mainan. 

Semasa di Melaka minggu lepas, Izzat setiap hari meminta Ultraman yang dia tengok di kedai dalam hotel itu. Sampaikan bangun pagi, benda pertama dia minta, "Ibu, belikan Ultraman,"

Sampai ke sudah ibu ayah tegar tak layan permintaan dia.

Bila dia cakap pasal ultraman, kami ubah topik, ajak buat benda lain. Alaa budak, sekejap je lepas itu dia lupalah.

Anak saya pernah menangis di shopping complex sampai bergolek-golek di atas lantai kerana mahukan sesuatu. Saya adakalanya cepat cair hati dan belikan. Mujur suami saya pula bertegas. Lama kelamaan saya pun turut menjadi tegas seperti dia.

Boleh belikan tetapi belilah pada waktu yang si anak tidak meminta. Kononnya surprise gitu.

Saya ada terbaca yang pakar psikologi memberitahu, 'menangguhkan keinginan' ini bagus untuk anak-anak untuk memantapkan keperibadian mereka. - Hasanah Ahmad

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Ala, Biarlah Dia Nak Melawat Atuknya Yang Sedang Tenat'

$
0
0
Gambar kiri hiasan sahaja

'Kanak-kanak Tempatnya Bukan Di Hospital'

Saya selalu sebut, kuman bakteria virus dan sebagainya ini sebenarnya lebih berbahaya dari singa. Kerana apa? Kerana singa, kita nampak bahayanya. Kita boleh tangkap, kita kurung dan kita boleh lari darinya. Tetapi kuman? Kita tidak nampak ia. Ia boleh berada di sekeliling kita. Di mana-mana sahaja.

Kuman di hospital, lain berbanding kuman di luar hospital. Tak keterlaluan untuk saya katakan, hospital ini adalah lubuk kuman. Dah nama pun hospital, bukannya fun fair. Orang sihat, pergi fun fair. Mana ada orang sakit terutamanya yang tenat, pergi fun fair? Habis, orang sakit pergi mana?

Ya, orang sakit, datang ke hospital. Ianya simple logik. Hospital, tempat orang sakit. Bahkan, kuman di hospital, sangat berbeza dengan kuman di luar hospital. Dalam dekad ini, semakin banyak istilah MDRO dibincangkan dan dikesan di serata dunia.

MDRO adalah singkatan kepada "multiple drug resistant organism". Ia membincangkan mengenai peningkatan kuman-kuman yang semakin KEBAL kepada ubat-ubatan seperti antibiotik. Ianya khusus kepada kuman yang berada di hospital-hospital, termasuklah kawasan tertentu seperti unit rawatan rapi dan high dependency unit.

Bahkan baru-baru ini sahaja kita ada bersidang, membincangkan isu ini. Rujuk gambar dibawah, antara slide yang saya kongsikan.




Atas sebab itulah, kita sangat, sangat, sangat menekankan bab ini. Saya sendiri, setelah pulang dari bekerja, tidak akan menyentuh anak saya atau menciumnya selagi tidak mandi atau membersihkan diri. Pakaian kerja saya termasuklah kot putih, dibasuh berasingan dan ditambah dengan pencuci antiseptik.

Allah sahaja yang tahu entah kuman apa yang melekat pada pakaian saya sepanjang saya bertugas.

Kanak-kanak, tidak sama seperti orang dewasa. Sistem imun mereka lebih rendah. Kulit mereka lebih nipis, ketinggian mereka membuatkan mereka terdedah kepada udara yang tidak mengalir dengan betul, serta kesan batuk orang lain. Tambah-tambah bayi, mereka bukan tahu untuk menutup hidung atau berpaling apabila seseorang bersin.

Kalaulah manusia ini dikurniakan Allah kebolehan untuk melihat kuman, nescaya hospital adalah tempat terakhir mereka akan bawa kanak-kanak kecil.

Setahu saya, semua hospital ada meletakkan papan tanda bahawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun adalah tidak dibenarkan dibawa masuk melawat di wad hospital. Tetapi malangnya, bukan semuanya mematuhi arahan ini.

Pelbagai alasan diberi. "Tak ada orang hendak menunggu.", maka kenapa tidak boleh bergilir-gilir? Tentulah, mana best masuk seorang-seorang, nanti tak tahu apa nak dibualkan.

"Ala dia nak melawat atuknya yang sedang tenat.", padahal atuknya itu comfortable dengan nasal prong sahaja pun.

Terkebil-kebil bayi berusia enam bulan itu.

Saya, sememangnya cuba untuk bertimbang rasa. Jika ada pesakit saya yang tenat dan nazak, memang saya akan berpesan kepada guard, untuk membenarkan pelawat pesakit tersebut masuk walaupun bukan waktu melawat, untuk membaca yassin dsb. Itu pun saya akan minta bergilir-gilir agar tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit lain.

Really, ignorance is a blessing. Kita mudah take it for granted, kerana kita tak nampak. Kita tak tahu.
Bila anak balik dari hospital kemudian demam, kita katakan anak "terkena badi". Kita lebih mudah percaya benda mistik dan ajaib, padahal ianya berpunca dari salah kita sendiri.

http://drzubaidi.com/…/bahaya-%E2%80%99badi%E2%80%99-melaw…/

Kalau dulu anda tak tahu, maka ketahuilah saya dah beritahu. Kanak-kanak, jangan dibawa ke hospital untuk tujuan melawat.

Kalau anda bawa juga tanpa sebab munasabah, maka anda ibubapa yang tidak bertanggungjawab. Saya tak risau untuk berterus terang.

Moga Allah mengangkat beban tanggungjawab saya.

Nak bawak juga, bawalah. Berilah seribu satu alasan pun, hatta sampai nak bergocoh pun..in the end, anak awak juga.

Tambahan : Obviously, penulisan saya menceritakan mengenai membawa kanak-kanak sebagai PELAWAT. Jika kanak-kanak sebagai PESAKIT, lain pula ceritanya. - MOHD SYAMIRULAH RAHIM
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live