Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live

'Tudung Hana Tajima Macam Kulit Pisang' - Netizen

$
0
0

Gara-gara memakai tudung pelik, Hana Tajima, dicemuh dan dikritik hebat oleh netizen di laman sosial.

Hana Tajima yang mempunyai darah kacukan Britsh-Jepun itu dikritik kerana memakai tudung yang menyerupai kulit pisang.

"Tudung Hana Tajima for Uniqlo ni dah macam pakai kulit pisang dah Hahahahahaha!" kata pengguna Twitter Vacarello.

Tudung yang diperkenalkan oleh Uniqlo itu dianggap pelik dan menyerupai kulit pisang selain menyerupai kepala sotong, sarung bantal dan pelbagai lagi. 


Ekoran itu, netizen mengkritik pihak Uniqlo yang dilihat tidak faham mengenai fungsi sebenar hijab pada muslimah.

"Uniqlo's hijab fashion is ridiculous. That's not a hijab. That's just simply placing something on the heads or wearer," kataAmmar Adil. 

Terdahulu, Hana Tajima pernah menjadi inspirasi fesyen muslimah. - THEHYPEMEDIA.COM

'Awak Hancurkan Hati Saya Jimmy'

$
0
0
Di bawah adalah luahan hati seorang guru yang pernah mengajar Jimmy di zaman sekolahnya. 

Jimmy, lelaki yang berbaju belang merah putih, biru yang menimbulkan kekecohan di Plaza Low Yat Sabtu lalu, telah membuatkan hati Puan Noorul Aaron kecewa dan kesal dengan tindakan bodohnya itu hanya kerana sebuah telefon bimbit.


Dear my boy Jimmy,

This is your teacher writing to you knowing that you wouldn't get the chance reading this.

The fact you will face justice in the harshest reality crushed my heart. I spoke to your little brother this morning. We talked about you. About your family. I wish I could wipe his tears away. But we managed to hold back our feelings.

You are ever so stupid, Jimmy. Shallow and unprepared as always. You haven't changed a bit.

And because of that, I know how strong your sense of loyalty is. It might be just because of a story of a stupid handphone, from a stupid friend of yours, you jeopardize everyone's life and happiness.

Just like what my RM10 birthday gift did to you. Just because of that, you became such a loyal student, following my orders to keep your cool at school but after that, you always landed yourself at the wrong place, wrong time and with the wrong crowd.

That broke my heart.

I couldn't imagine how shattered your mum's heart now. She has been crying a whole lot, not knowing what to do thinking about her son she would soon lose.

I prayed for you a lot tonight. 

May Allah bring you closer to Him. 

Let this be a lesson, a turning point in your life. Whatever punishment you will receive, I pray that Allah will purify your soul and turn you to be the best caliph He can make of a man.

Half of the whole world will hate you now.

The other half will use you to their benefits.

But your teacher here will pray for you and hope Allah will grant my prayers.

InsyaAllah, Jimmy. InsyaAllah. - Noorul Aaron.


Terlepas Lampu Hijau, Pemandu Wanita Diserang Samseng

$
0
0

Pagi semalam, saya terserempak dengan seorang samseng jalanan berdekatan dengan lampu isyarat di Bukit Puchong 2. 

Saya nampak lelaki ini dengan motosikalnya datang dari belakang, jadi saya pun beri isyarat ke kiri sebelum masuk. Tetapi tindakan saya menyebabkan dia terlepas lampu hijau dan dia hilang sabar dengan saya.

Dia memberhentikan motosikalnya di tepi kereta saya dan menunjukkan reaksi amarahnya. Dia bertambah berang apabila saya tidak mempedulikannya. 

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, dia menunggang motosikal di hadapan kereta dan menunggang dalam keadaan zig-zag.

Saya berasa takut dan memperlahankan kereta serta cuba untuk tidak mengendahkan lelaki itu. Dia kemudian memberhentikan motosikalnya di hadapan membuatkan saya tiada pilihan kecuali berhenti sama.


Dia mengambil sesuatu objek dari motosikalnya yang dipercayai besi dan memukul tingkap kereta saya. Saya segera dan merakam (video) tindakannya itu.

Apabila dia menyedari saya membuat rakaman video, dia menendang dan merosakkan cermin sisi kereta saya sebelum berlalu pergi.

Selepas kejadian itu, saya terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong. Selesai memberikan segala maklumat mengenai kejadian itu, pihak polis yang bertugas tidak mahu menerima gambar dan video sebagai bahan bukti. Mereka hanya memberitahu ambil maklum mengenai perkara itu.

Saya harap mereka benar-benar mengambil tindakan terhadap samseng jalanan ini agar kejadian yang sama tidak terjadi pada pengguna jalan raya yang lain. 

Berhati-hatilah selalu. - REINEE TEN

Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

'Cikgu Puasa, Tak Boleh Tengok'

$
0
0

Kelas Pemulihan

Dalam ramai-ramai/ratusan budak di SJK(C) Pei Hwa, yang seorang ini setiap kali nak minum air, mesti akan alihkan kepala walaupun aku nampak dia minum.

Alasannya, 'Cikgu puasa, tak boleh tengok'.

Dan setiap kali dia minum, pasti dia akan mengalihkan kepalanya ke belakang. Setiap kali itu juga aku akan tersenyum.

Hari akhir, sebelum pulang, dia ucapkan 'Selamat Hari Raya cikgu,'. 

Mungkin simple, tetapi cukup membuatkan hati saya rasa teruja sebab dia Cina, 10 tahun, ada masalah belajar pula tu.

Tak semena-mena mata saya hampir berkaca. Tetapi saya gagahkan jua. 

Walaupun payah nak mengeja dan membaca, budi bahasa mu cukup sempurna. Pasti budi bahasamu didikan dari si ayah dan ibu. Moga menjadi anak yang baik. - Mohd Razi Yahsin. 


Diolah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Peguam Tertuduh Punyai Niat Tak Baik

$
0
0

KUALA LUMPUR - Tindakan peguambela tertuduh yang didakwa mencuri di Plaza Low Yat, Sabtu lalu, dikatakan mempunyai niat yang tidak baik dengan mendakwa Ketua Polis Negara berbohong.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau Buzze Azam memang akan melakukan apa saja untuk memberikan gambaran kepada anak guamannya tidak bersalah.

"Orang kena tangkap boleh cakap apa saja untuk melepaskan diri. Kalau kita nak percaya orang yang positif dadah dalam air kencing. Peguam ada niat lain, niat tak baik," katanya. 

Buzze Azam sebelum ini mendakwa Ketua Polis Negara berbohong pada kenyataan medianya di Plaza Low Yat yang mengatakan tertuduh mencuri bersama dengan rakannya. Menurut Buzze Azam, Shahrul hanya berseorangan, tiada melibatkan mana-mana rakannya. - THEHYPEMEDIA.COM

'Aku Kenal Melayu Macam Mana'

$
0
0

Tadi aku pergi satu uptown di area Kuala Lumpur. Baru saja sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Pada masa ini, dah gembira sangat sebab jarang dapat peluang parking mudah seperti ini. Tetapi bila aku keluar je dari kereta, datang seorang lelaki ini jumpa aku.

"Bang, 5 ringgit,"

"Dah kenapa?" aku tanya.

"Kalau parking di sini kena bayar 5 ringgit," katanya.

Tiga tahu aku lepak sini, dah dekat beratus-ratus kali aku datang dan ini kali pertama orang datang minta bayar parking. 

"Dah, aku tak nak bayar," aku terus hidupkan enjin kereta dan keluar dari parking. Aku parking jauh sikit dari uptown dalam jarak 500 meter juga di depan sebuah rumah kosong. 

Keluar saja dari kereta, datang seorang lagi lelaki.

"Bang, parking sini kena bayar 5 ringgit,"

Ini celaka. Aku cuba buat cerita.

"Bro, sebelah ini rumah mak cik aku, takkan aku kena bayar pulak?"

"Rumah makcik ke, pakcik ke, abang kena bayar juga sebab dah parking di kawasan sini," katanya.

Hati aku jadi panas. Aku hidupkan enjin kereta dan blah dari situ. Dalam hati, takkan sesen pun aku bagi duit pada lanun-lanun macam ni. Aku parking lagi jauh, dalam 1 kilometer juga dari uptown. Ingatkan dah lega, rupa-rupanya datang juga dua lelaki naik motosikal dan berkata, 

"Bang, 3 ringgit,".

Ini sudah naik lemak. Kalau ikut kawasan radar askar, tempat ini memang jauh daripada uptown yang aku hendak tuju.

"Korang ni dari mana? Kenapa aku kena bayar kat korang?"

"Ini arahan dari ketua tempat ini bang,".

"Ketua dia siapa? Datuk Bandar? Menteri?" saja aku tanya walaupun dah tahu apa ketua yang dia maksudkan. 

"Kalau abang tak puas hati, abang boleh jumpa dia, nama dia XXXXX."

Aku malas nak bertekak dan berkata, "Dah, aku malas nak parking kat sini."

"Suka hatilah bang, ramai lagi nak parking kat sini,"

Kali ini, tiga kali dah aku alih parking tempat lain. Demi Allah, aku takkan bagi sesen pun pada mereka. Aku siap fikir nak balik ke bilik, tetapi masalahnya aku nak beli baju.

Tak sampai 50 meter dari tempat parking yang terakhir tadi, nampak satu tempat parking yang ada pondok pengawal. Bayaran masuk RM1.00 saja untuk sekali masuk. Tempatnya sama jauh dengan tempat aku parking last tadi. 

Aku pun masuk dan tak sampai seminit, terus dapat parking. 

Kau bayangkanlah ye, waktu-waktu musim perayaan seperti ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk tiba duit orang dari bayaran parking. Masalahnya, orang yang dapat duit banyak-banyak ini, bukan sesiapa. Duit itu disalurkan hanya untuk poket dia saja. 

Malam-malam buta macam ni mereka boleh dapat RM2,000 - RM5,000. Kau ingat halal ke duit macam ini?

Ini namanya penindasan, menindas orang yang memerlukan parking untuk beli barang. Kau tak ada hak nak ambil duit aku. Kau tak ada hak untuk kutip duit parking. Kau tak ada hak ke atas tanah yang kau caj RM4 dan RM5 itu. Tetapi ironinya, semua peminta duit bayaran parking itu adalah MELAYU. 

Ya, bangsa Melayu. Aku kenal Melayu macam mana sebab aku pun Melayu. Kalau semalam di Low Yat, orang bising tentang orang Cina menindas orang Melayu, ini orang Melayu menindas orang Melayu ini macam mana nak cerita? 

Aku fahamlah ada sesetengah daripada kita ini kononnya nak berjihad melawan orang kafirlah, bangsa penindaslah, tegakkan khalifahlah. Tetapi masalahnya kau pun menindas orang. Yang sedihnya kau menindas bangsa kau sendiri. Lagi sedih, entah kau fikir ke tidak bahawa kau menindas saudara segama kau sendiri!.

Aku sedih gile kot. Aku bayangkan tadi kalau ada orang Cina minta duit, mesti ramai orang Melayu kata mereka ini buat kerja haram. Tetapi kalau orang Melayu yang buat, secara automatiknya perkara itu menjadi halal. 

Aku tengah panas lagi pasal hal ini tetapi aku panas macam mana pun, aku nampak ada saja polis lalu lalang di situ. Tetapi mereka buat-buat tak nampak atau memang betul-betul tak nampak kegiatan haram di kawasan uptown tadi.

Aku harap suatu hari nanti Tuhan akan jatuhkan azab ke atas golongan penindas bangsa sendiri seperti ini. - Muhammad Farid Wajdi bin Hanif

Diolah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Punca Sebenar Wanita DItampar & Ditendang Suami

$
0
0

KOTA KINABALU - Gara-gara video seorang lelaki berusia 20 tahun menampar dan menendang isterinya tersebar di laman sosial itu ditahan oleh pihak polis.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan Kompleks Sinsuran, lelaki itu dilihat menampar dan menendang isterinya hanya kerana ibu kepada bayi berusia 10 bulan itu meminta wang untuk membeli lampin.

Sebelum kejadian itu berlaku, wanita yang berusia 15 tahun itu meminta wang daripada suaminya untuk membeli lampin bayi mereka, namun tidak dipedulikan suspek.

Sebaik saja selsai mandi, lelaki itu keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya. Tindakan lelaki itu menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu mengejar sambil membawa sebilah pisau pemotong daging bagi mempertahankan dirinya kerana suspek dikatakan panas baran dan akan bertindak memukulnya.

Mangsa yang melihat lelaki itu berada di dalam kereta terus bertindak mengejar dan meminta agar suaminya keluar dan berbincang masalah mereka dan mahu melanjutkan perkara itu ke jabatan agama. Bagaimanapun suaminya enggan menuruti kehendak isterinya itu.

Berang dengan kedegilan lelaki itu, mangsa menunjukkan pisau dengan harapan agar suaminya takut dan menuruti permintaannya. Malangnya, lelaki itu keluar dan merampas pisau dari tangan isterinya dan berlaku pergelutan di antara mereka berdua.

Sebaik saja pisau itu terjatuh, lelaki itu terus menampar dan menendang isteirnya sehingga terjatuh dan berlalu pergi meninggalkan mangsa.

Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing pada 11.48 pagi semalam dan suspek ditahan pada jam 8 malam pada hari yang sama.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) kerana mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan dan calar.

Siasatan polis mendapati pasangan berkenaan sudah lama berdepan dengan masalah rumah tangga kerana suaminya kerap mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. - THEHYPEMEDIA.COM

Bisnes Di Plaza Low Yat Turun 50%

$
0
0

KUALA LUMPUR - Hampir kebanyakkan peniaga di Plaza Low Yat mengalami kemorostan perniagaan sebanyak 50% gara-gara insiden rusuhan di luar plaza berkenaan pada Ahad lalu. 

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, dia berharap agar pengurusan Plaza Low Yat dapat mengurangkan harga sewaan bulanan kepada para peniaga bagi meringankan bebanan mereka. 

Chong berkata, ramai peniaga mengadu mereka terpaksa menutup hari beroperasi selama dua hari sejak Ahad lalu dan jumlah pengunjung ke plaza berkenaan menurun secara mendadak menyebabkan mereka risau dengan masa depan perniagaan mereka.

Selain daripada itu, beberapa premis terpaksa tutup awal atas sebab keselamatan.

"Mereka (peniaga Low Yat) masih trauma dan takut terutamanya waktu malam. Banyak premis terpaksa tutup awal dari waktu operasi biasa," katanya. 

Chong berharap kawalan keselamatan di plaza berkenaan dipertingkatkan bagi memberikan keyakinana kepada peniaga dan pelanggan di plaza berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM

'Nabil, You're Not My Level!'

$
0
0

Selepas Me'nate Steak Hub, agensi umrah, kini pelawak solo, Nabil Ahmad pula menjadi mangsa makian terbaru Azwan Ali di laman Twitternya.

"Setakat jadi femes dek realiti bodoh, ko expect aku tegur ko dulu? Not my level! Ko bukan Zahid Hamidi pun! Punya memekak konon nak satu KLIA tahu ko pelawak yang balik umrah? Eee geli! 

Menurut sumber, Diva AA berang kerana Nabil tidak menegurnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika baru pulang dari umrah. 


Barangkali terasa terhina, menyebabkan Diva AA melepaskan amarahnya di laman Twitter. Bagaimanapun tindakannya itu hanya membuatkan netizen 'geleng kepala'. - THEHYPEMEDIA.COM

Video Pasangan Beraksi Dalam Bilik Persalinan Uniqlo Tersebar

$
0
0

BEIJING - Polis telah melancarkan siasatan terhadap video pasangan kekasih yang ghairah dalam perbuatan sumbang mereka di dalam bilik persalinan di premis Uniqlo, yang tersebar meluas di laman sosial. 

Video yang dirakam menggunakan smartphone itu menunjukkan aksi pasangan berkenaan melalui pantulan cermin dan lelaki yang memakai cermin mata serta berpakaian hitam didengari berkata kepada pasangannya, "panggil saya husband," dan "katakan kita akan bersama."

Tidak lama selepas itu, kedengaran pula suara latar (perempuan) yang berkata, "Kepada para pelanggan, selamat datang ke Uniqlo di Sanlitun.

"Tiada bilik persalinan di tingkat pertama. Sila teruskan ke tingkat dua dan tingkat tiga jika anda perlu mencuba pakaian,".

Pihak polis Beijing telah menjalankan siasatan setelah video tersebut tersebar di laman sosial pada Selasa lalu.

Jurucakap Uniqlo berkata, "Sebagai jenama terkemuka antarabangsa, Uniqlo akan memastikan para pelanggannya selamat, selesa dan pengalaman membeli belah yang baik.

"Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan agar tidak berkelakuan buruk/sumbang ketika menggunakan bilik persalinan kami," katanya.

Menurut sumber lain, video itu dirakam bagi tujuan marketing dan semenjak video itu tersebar, semakin ramai pelanggan yang datang berselfie di premis berkenaan.


Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh pihak Uniqlo. - THEHYPEMEDIA.COM

Kes Low Yat: Jangan Putar Belit Fakta Sebenar Kejadian

$
0
0

1. Sehingga kini, masih ramai yang melambakkan kesalahan ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan isu rusuhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu.

2. Keadaan bertambah buruk lagi apabila timbul pula tuduhan terhadap PDRM kononnya sengaja memerangkap dua lelaki Melayu yang terlibat pada Sabtu, sehari sebelum kejadian.

3. Ini bermakna, kita enggan menerima hakikat bahawa cerita lelaki itu ditipu jurujual telefon bimbit itu tidak wujud. 

4. Sebaliknya, dua orang lelaki (A dan B) pergi ke Plaza Low Yat, di mana lelaki A naik ke tingkat (ground floor) kemudian melarikan telefon bimbit.

5. Dalam usaha untuk melarikan diri, lelaki A itu tadi telah terjatuh di hadapan kedai Oppo (underground floor).

6. Mendengar jeritan dari tingkat atas itu dan lelaki A pula terjatuh di depan mata, jurujual Oppo terus mengambil kesempatan yang ada itu menangkap lelaki A.

7. Perbuatan lelaki A yang melarikan telefon bimbit itu tidak diketahui oleh lelaki B, kerana dia berada di aras bawah (underground floor).

8. Melihat rakannya lelaki A ditangkap dan kemudiannya diserahkan kepada pengawal keselamatan, lelaki B cuba membantu. 

9. Bagaimanapun, usahanya itu gagal dan pengawal keselamatan bertindak menghubungi polis menyebabkan kedua-duanya ditahan lalu dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee.

10. Semasa disoal siasat, lelaki A mengaku mencuri telefon bimbit serta mengambil dadah sebelum berkunjung ke Plaza Low Yat. 

11. Dalam soal siasat ke atas lelaki B pula mendapati, dia tidak tahu perbuatan rakannya itu yang melarikan telefon bimbit.

12. Di atas budi bicara pegawai polis yang menyiasat kes ini, lelaki B telah dilepaskan tanpa merujuk kepada pegawai kanannya terlebih dahulu. Manakala lelaki A pula masih ditahan di lokap.

13. Sejurus dibebaskan, lelaki B yang masih tidak berpuas hati kerana turut ditangkap sedangkan dia tidak terlibat dalam perbuatan lelaki A.

14. Dia telah membawa rakannya kembali semula ke Plaza Low Yat lalu menyerang dan memecahkan barangan di kedai Oppo. 

15. Jika benar lelaki itu tertipu semasa membeli telefon bimbit, ada sesiapa yang boleh tunjukkan resit pembelian?

16. Akhir sekali, orang ramai haruslah faham bahawa kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. 

17. Mahkamah membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM3,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan seterusnya pada 14 Ogos ini.

18. Mereka bukan dibebaskan kerana hakim memutuskan mereka tidak bersalah. Bicara pun belum lagi, namun sudah ada group Facebook yang menjatuhkan hukuman terhadap PDRM bersalah dan kononnya mereka ada bukti PDRM menipu.

Kredit - Yuseri Yusoff

'Kita Tak Payahlah Balik Kampung, Duit Tak Cukup'

$
0
0

Semalam, ada pelanggan dari Johor, anak dan isteri dia pun ada, dua anak kecil, baru kerja di Kuantan katanya dan dalam perjalanan nak balik ke Johor. Di dashboard kereta, ada mafla 'Luaskan Kuasamu'. Jadi, dia memang anak jati Johor.

Dia suruh cek kereta, ada bunyi katanya. Pekerja aku cek, spring berbunyi, aku tengok spring potong rendah habis, sebab itu bunyi kuat. Absorber pun dah out.

Aku cadangkan tukar spring, dia pula terpingga-pingga. Dia tanya si isteri, "ada duit tak?". Dia pun tanya aku kos berapa. Aku cakap, RM250 spring satu set depan belakang sekali dengan kos upah. Dia minta kurang, aku bagi RM230. 

Dia macam berfikir panjang. "Second takde?"

Aku cakap tak ada sebab kedai pun nak tutup dah. Akhirnya, dia terpaksa setuju. Masa budak aku tukar spring depan, baru perasan yang driveshaft boot pecah, bearing hancur. Tolak sikit, terus terkulai.  

Pekerja maklumkan pada aku, aku pun periksa buat kali kedua dan memang betul. Dalam hati aku, "Ya Allah, macam mana aku nak beritahu dia? Dia memang tengah sesak,".

Aku beranikan diri beritahu dia. Terus riak wajah dia berubah menjadi lesu dan kecewa. Iyalah, duit lagi. Dia pandang isteri dan dua orang anaknya dan berkata, 

"Kita tak payahlah balik kampung, duit tak cukup ni," katanya.

Isteri dia pun terus menjadi sedih. Aku pun tak sampai hati tengok, nak menangis pun ada. Akhirnya, aku beritahu mereka,

"Abang, macam ni sajalah. Abang bayar duit spring saja dulu. Driveshaft ini saya tolong beli dulu. Selepas raya, abang bayar. Kalau tak bayar pun saya halalkan. Saya kasihan tengok keluarga abang tak dapat balik beraya,".

Riak wajahnya terus berubah. Terus dia datang kepada aku dan ucapkan terima kasih dengan wajah yang sangat terharu. Dia berjanji akan membayar semula selepas raya nanti. 

"Tak apa bang, saya pun pernah susah dan ada orang tolong. Sekarang, giliran saya pula tolong abang,".

Sekadar perkongsian untuk semua. Bantulah mereka yang memerlukan. - JOE ZAMORANO


DItulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Desak Najib Letak Jawatan Akan Mundurkan Negara

$
0
0

KUALA LUMPUR - Desakan segelintir pihak yang mahukan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi negara yang mundur, kata Datuk Seri S. Samy Vellu.

Menurut bekas presiden MIC itu berkata, Perdana Menteri sepatutnya membawa kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar tiada melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa sesetengah pihak. 

Beliau juga yakin, Perdana Menteri akan menang, katanya mengulas mengenai desakkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan Najib meletak jawatan demi menyelamatkan negara dan UMNO. - THEHYPEMEDIA.COM

Pencuri Belasah Pengurus Kedai Optik

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus kedai optik di Berjaya Times Square dibelasah oleh sekumpulan lelaki selepas dia bertanyakan sepasang cermin mata hitam yang telah hilang dari bahagian pameran. 

Isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Lim berada di kedai berhampiran untuk menunggu suaminya habis bekerja berkata, pengurus jualan yang berusia 34 tahun itu sedang bertugas ketika sekumpulan empat hingga lima lelaki memasuki kedai optik itu pada jam 9.30 - 9.45 malam pada Jumaat lalu. 

"Sekumpulan lelaki itu memasuki kedai dan keluar selepas berlegaran di dalam kedai. Suami saya dan rakan setugasnya menyedari sepasang cermin mata hitam telah hilang dari bahagian pameran," 

Jelasnya lagi, rakan sekerja suaminya itu telah menjerit 'pencuri!' ketika mangsa sedang mengejar sekumpulan lelaki itu.

"Mangsa mendekati kumpulan berkenaan dan bertanya mengenai sepasang cermin mata hitam itu," katanya.

Seorang saksi, Carmen, yang menjadi saksi kejadian itu berkata, salah seorang lelaki dari kumpulan itu melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa sebelum ditolak sehingga terjatuh.

Mangsa yang terjatuh ke lantai itu kemudian dibelasah oleh kumpulan berkenaan.

"Dia ditendang seperti bola sepak untuk beberapa minit. Mangsa tiada peluang langsung untuk mempertahankan diri.

Orang awam yang melihat kejadian itu tidak berani campur tangan termasuklah pengawal keselamatan yang hanya mampu melihat mangsa dibelasah kumpulan terbabit. 

Pengawal keselamatan hanya membantu mangsa setelah kumpulan itu berlalu pergi.

Mangsa telah dihantar ke Prince Court untuk mendapatkan rawatan dan laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Tun HS Lee. 


Polis Dang Wangi mengesahkan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan untuk mengesan suspek. - THEHYPEMEDIA.COM

'Saya Pernah Buang & Bakar Al-Quran'

$
0
0
Gambar hiasan

Kepada kakak dan abang yang bertanya bagaimana saya memeluk Islam dan perjalanan saya, di sini saya tulis kisah saya bagaimana saya mendapat mimpi memeluk Islam. Agak panjang sedikit.

Dulu, bunyi azan berkumandang, saya mesti marah dengan ayat-ayat yang agak kasar. Ini sebab bunyi laungan azan pernah menyebabkan saya bergaduh dengan Imam yang tinggal di tempat saya. Tetapi Iman hanya tersenyum sahaja. 

Saya juga pernah mengoyakkan Al-Quran dan bakar Al-Quran serta pernah buang Al-Quran ke najis anjing. Hati saya pada masa itu hanya rasa gembira, tiada langsung rasa bersalah.

Namun, pada satu malam, datanglah mimpi yang amat menakutkan. Kaki saya diikat dan ditarik oleh seorang yang badannya sangat besar, hodoh dan busuk. Saya ditarik hampir dengan satu lubang yang panas dengan api yang menyala. 

Saya menjerit meminta tolong. Tiba-tiba datang pula seorang yang badannya juga amat besar. Dia bercakap dengan lelaki hodoh itu. Kemudian rantai di kaki saya hilang. 

Orang itu datang kepada saya. Saya pandang orang itu tetapi wajahnya terlalu silau. Hanya dapat melihat bentuk badan dan rupa wajahnya. Dia berjanggut namun tidaklah panjang. Saya cuba menatap wajah orang itu tetapi terlalu silau. Selepas itu, dia pun membawa saya ke satu tempat, iaitu masjid.

Setelah sampai ke masjid, dia memberitahu saya, "masuklah ke dalam. Rumah awak kelak di sini,".

Saya pun memandangnya, mukanya sentiasa senyum walaupun silau.

Apabila saya masuk ke dalam masjid, orang itu pun hilang. Dalam masjid itu saya memandang, 'Wow!' ramainya orang sampai tak nampak penghujungnya. Saya hanya nampak mereka yang tengah duduk membaca Al-Quran.

Saya pandang depan dari tempat saya berdiri, susah nak tengok penghujungnya. Saya pandang pula ke kanan, tak dapat juga melihat penghujungnya dan begitu juga dengan bahagian krii. 

Dalam masjid, saya tak nampak pun dinding, hanya ada tiang-tiang yang amat besar. Masjid itu juga tiada bumbung, terus nampak langit yang cantik.

Selepas itu, terdengarlah suara azan. Saya pun terkejut dan terus bangun.

Oh, rupanya saya bermimpi tadi. Tapi tak sampai lima minit, surau dekat dengan balai polis dan masjid di bawah sikit pun azan subuh. 

Perkara yang amat pelik berlaku ialah, kedengaran suara kipas, suara burung, semua dapat tidak dapat didengar dengan jelas. Saya hanya dapat mendengar laungan azan di halwa telinga. Pada masa itu, rasa seperti dipukau. Habis sahaja laungan azan, suara-suara alam dapat didengar seperti biasa. 

Perkara ini berlaku tiga hari berturut-turut dan juga mimpi yang sama. 

Saya pernah menceritakan hal ini kepada keluarga di waktu sarapan pagi. Mereka berkata, itu hanyalah mimpi dan eloklah dilupakan saja. Saya juga berfikir sebegitu, jadi tak ambil kisah sangatlah.

Saya pernah cerita hal ini kepada keluarga apabila sarapan pagi. mereka kata hanyalah mimpi.lupakan sahaja.saya pun pikir camtu. so tak ambil kisah sangat.

Di hari kedua saya mengalami mimpi yang sama, saya menceritakan hal itu kepada keluarga sekali lagi. Abang saya yang beragama Kristian mencadangkan kepada ibu agar membawa saya bertemu dengan paderi gereja besar di Pulau Pinang. Sebelum itu, ibu pernah merujuk saya kepada tok bomoh Cina. 

Menurut bomoh Cina itu, saya terkena ilmu hitam dari orang Melayu. Dia pun menulis sesuatu pada kertas dan membakar kertas itu. Habuk kertas itu tadi diletakkan dalam air dan saya disuruh minum air itu. 

Selepas melakukan apa yang dipinta, bomoh itu berkata saya sudah pulih dan boleh tidur dengan lena. Mimpi itu juga tidak akan datang menganggu saya lagi.

Selepas itu, ibu dan abang membawa saya ke gereja Pulau Pinang. Setibanya di gereja, abang pergi berjumpa dengan paderi dan menceritakan hal saya kepadanya. Paderi pun datang dengan dua cawan air. Cawan pertama ialah air suci dan kedua ialah darah jesus (tetapi hanyalah air ribena). 

Paderi pun menyuruh saya minum kedua-dua air tersebut sambil dia membaca ayat-ayat yang terkandung dalam kitab injil itu kepada saya. Menurut paderi berkenaan, saya tidak akan diganggu oleh mimpi-mimpi itu lagi. Sebelum pulang, paderi memberikan saya salib dan mengarahkan salib itu digantung di dinding bilik. Saya akur dan melakukan apa yang dikehendaki oleh paderi berkenaan.

Pada hari ketiga, mimpi itu datang lagi. Pagi itu, saya bangun dan pergi mencari kawan Melayu dan ceritakan kepadanya apa yang berlaku kepada diri saya selama tiga hari itu. Dia terkejut dan terus membawa saya bertemu dengan Imam surau. 

Pada masa itu, saya berasa sangat malu kerana sebelum ini saya pernah bergadung dengan tok Imam. Saya hanya menunggu di motosikal pada ketika rakan saya itu memaklumkan hal itu kepada tok Imam.

Tok Imam pun terus keluar dan memeluk saya. Saya terkejut, Tok Imam suruh kami masuk ke dalam. Tok Bilal juga dipanggil sama dan saya menceritakan apa yang berlaku dari A sehingga ke Z mengenai apa yang berlaku. 

Pada ketika itu, saya perasan air mata Tok Imam dan Tok Bilal mengalir. Saya terkejut juga, saya menyangka mereka mungkin menangis kerana apa yang terjadi pada saya tiada kaitan dengan mereka. 

Saya terus bangun dan beredar dari situ. Dalam fikiran saya, mereka ini gila ke? Tiba-tiba saja menangis.

Pada hari keempat, mimpi itu sudah tiada. Mimpi pada kali ini hanyalah kedengaran orang membacakan Quran kepada saya. Saya tahu itu ayat Quran kerana saya pernah dengar kawan saya baca. 

Dari mula saya tidur, sehinggalah ke waktu subuh. Kedengaran orang membaca Quran pada waktu malam. Perkara ini berlarutan sehingga seminggu. Selepas seminggu, saya pun terus pergi berjumpa dengan Tok Imam seorang diri. Saya menceritakan kepadanya.

"Selepas saya balik pada hari itu, tiap-tiap malam saya mendengar orang baca Quran kepada saya,"

"Masih ingat lagi kah apa yang dibacakan itu?" tanya Tok Imam. 

"Saya tak tahu macam mana nak baca,".

Tok Imam pun mula membaca surah Al-fatihah. Tok Imam baca dan sampai pada ayat Alhamdulillah hirobbil A'lami, secara tiba-tibanya saya boleh baca ayat seterusnya sehingga habis. 

Tok Imam terkejut dan bertanya sama ada pernah tak ada orang ajar saya. 

"Tak pernah, itu pun saya dengar sewaktu saya tidur. Itulah ayat Quran yang orang baca pada saya,"

"Ah Heng, sekarang you dapat hidayah (petunjuk) dari Allah. Orang memeluk Islam ada dua jenis. Pertama, dapat petunjuk dari mimpi. Kedua, orang itu kahwin dengan perempuan Melayu.

"Kalau saya tanya Ah Heng, boleh terima Islam tak?"

"Saya boleh terima," jawab saya dengan hati yang sangat tenang. 

Tok Imam panggil seseorang lagi. Barulah saya tahu kenapa perlu ada dua saksi. Datanglah Tok Bilal.

"Ah Heng, you peluk Islam kerana kerelaan dan tiada paksaan dari orang," kata Tok Imam.

"Kerelaan sendiri," jawab saya. 

Tok Imam pun bawa saya mandi dan selepas mandi, Tok Imam suruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Saya pun ucapkan dua kalimah syahadah. Saya diislamkan pada hari Jumaat.

Inilah kisah mimpi saya memeluk Islam dan ini adalah kisah selepas Islam. 

SAUDARA BARU

Di sini, saya ingin meceritakan, selepas saya memeluk Islam, pada mulanya saya pergi kursus saudara baru selama empat bulan. Pada mulanya, saya merancang nak cerita selepas 2 3 tahun kerana menunggu masa yang sesuai. Di sini saya tidak menulis nama pejabat agama itu. Saya juga memaklumkan kepada pejabat agama agar tidak mengirimkan sebarang risalah Islam ke alamat rumah saya. Surat memeluk Islam dan kad Islam saya ambil sendiri di pejabat agama. Mereka akur dan saya kembali ke tempat kursus saudara baru. 

Pada bulan Januari, saya balik ke rumah pada masa itu sebab ada cuti.

Saya masuk ke rumah, tengok wajah keluarga saya lain macam. Abang lempar surat Islam dan kad Islam di depan saya. Pada masa itu, hati saya sangat marah dan dalam hati berkata "Celaka betul pejabat agama, haramjadah dan sebagainya. Sudah janji takkan kirm tetapi tetap kirim juga."

Saya berikan penjelasan tetapi mereka tidak menerimanya. 

Misalnya, saya cakap saya hanya beragama Islam tetapi tetap berbangsa Cina. Abang terus berkata, "Tidak, you Islam, you Melayu!".

Hampir sejam kami bergaduh, mereka tekankan berkali-kali, nak keluar dari Islam atau tidak. Saya tekad dan berkata tidak. 

"Saya Islam, saya Cina!"

Abang sulung saya marah dan bangun terus memukul saya. Dua gigi depan saya patah. Ibu hanya tengok dan menangis.

"You mahu Islam, you keluar dari rumah ini!" kata abang. 

Saya pun terus keluar dari rumah. Pada waktu itu sudah malam, saya keluar juga dari rumah dengan sehelai sepinggang. Saya pergi ke masjid dan meminta untuk tumpang tidur buat satu malam namun tidak dibenarkan. 

Saya pun berjalan ke perhentian bas berdekatan dengan bandar. Perjalanan dari taman ke perhentian bas itu mengambil masa satu jam. Sampai saja di perhentian bas itu, saya duduk di kerusi dan terjumpa dengan seorang pakcik.

Dia nampak mulut saya bengkak dan berdarah lalu dia bertanya, "Adik gaduh ke?" 

Saya hanya mampu menjawab tidak dan lalu bercerita kepadanya. Pakcik itu terus membawa saya ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Selesai diberikan rawatan, saya memaklumkan kepada pakcik itu saya tiada wang untuk membayarnya. Pakcik itu berkata, dia akan membayar kos rawatan dan doktor pula hanya mengenakan bayaran separuh harga. 

Saya bercadang untuk kembali semula ke perhentian bas itu tadi. Pakcik itu juga ada bertanya, apa perancangan saya selepas itu.

"Belum tahu lagi pakcik,".

Pakcik itu menghulurkan RM50 untuk saya sebelum berlalu pergi. 

Pada hari kedua, saya pergi ke pejabat agama dan menceritakan apa yang berlaku. Tanpa disangka, saya mendapat bantuan sebanyak RM50. 

"Dengan RM50 ini saya boleh beli apa? Nak beli baju, seluar dan barang kegunaan pun tidak mencukupi,".

Menurut pegawai itu, sememangnya prosedur telah menetapkan saudara baru hanya akan mendapat bantuan RM50 sahaja. 

Enggan memanjangkan cerita, saya memberikan salam dan keluar dengan mata yang merah. Saya pergi ke masjid, terjumpa pula dengan Imam masjid. Dia tanya saya hendak ke mana, saya beritahu hendak pergi ke Kuala Lumpur kerana saya tidak berani lagi berada di sini. Imam terus meminjamkan saya wang dan belikan tiket bas. 

Imam berikan saya RM100 dan saya pun menaiki bas ke Kuala Lumpur. Setibanya di Kuala Lumpur, saya mula mencari kerja. Namun hasrat saya itu tertunggak kerana saya tiada wang untuk membeli kasut. Saya pun berehat di masjid. 

Kemudian datang seorang pakcik dan berkata dia sudah melihat saya beberapa hari berada di sini. Saya pun menceritakan hal saya kepadanya. Lalu pakcik itu membawa saya pergi membeli pakaian, beg galas dan barang kegunaan harian. 

Pakcik itu berkata, "Anak pergi belajar dulu. Pergi Kelantan dan belajar di pondok. Pakcik itu memberikan saya sedikit wang lalu dibelikan tiket ke Kelantan. Saya pun mulalah mencari pondok dan dapatlah saya masuk pondok untuk belajar mengenai agama Islam. Saya pernah post di Facebook yang saya nak beli toto dan sebagainya. 

Semasa perayaan tahun baru Cina, saya ada balik ke rumah keluarga saya. Namun saya hanya menumpang di surau. Sebelum dan selepas maghrib, saya cuba balik ke rumah. Namun tiada seorang pun yang mahu keluar menyapa saya. Saya hanya berdiri di pagar seperti orang bodoh.

Saya masih ingat lagi, hari terakhir tahun baru Cina, abang keluar dengan sebungkus oren dan sekeping angpau diberikan kepada saya tanpa berkata apa-apa. Saya menerimanya dan beredar dengan hati yang gembira. Saya fikir mereka sudah mula menerima saya. Saya pun pergi menunggu bas.

Saya buka kulit oren untuk dimakan dan sampul angpau juga saya buka dan alangkah melesetnya sangkaan saya yang di dalam angpau itu bukanlah duit tetapi sekeping wang yang digunakan untuk sembah dan bakar pada hari orang meninggal. 

Pemberian wang mati itu bermaksud keluarga saya telah menganggap bahawa saya sudah tiada lagi dalam kehidupan mereka. Pendek kata, saya sudah mati. 

Saya pernah memohon zakat tiga kali, tiga kali itu juga tidak pernah diluluskan. 

Pertama kali saya memohon, disebabkan borang perlu ditulis dengan huruf besar, saya tulis huruf besar. Tetapi borang permohonan saya ditolak. Kali kedua saya cuba memohon dan kali ini saya tulis dengan penuh ketelitian dan memberikan borang yang lengkap berserta dengan surat pengesahan dari hospital besar dan doktor.  Siap pergi ke masjid meminta cop pengerusi masjid. Semuanya lengkap dan dihantarkan ke pejabat zakat. Malangnya, pegawai mereka berkata saya perlu menunggu 2 - 3 bulan untuk proses borang bantuan. 

Selepas tiga bulan, saya hubungi pejabat zakat, jawapannya tetap sama. 'Borang anda sedang diproses dan sabar ya.'.

Saya tunggu punya tunggu masih tiada jawapan langsung. Saya memohon untuk kali ketiga, pegawai itu berkata, kena ada alamat rumah tetap dan pengesahan bil elektrik dan bila air. Saya beritahu pegawai itu saya kena halau dari rumah, macam mana nak cari bil elektrik dan air?

Pegawai itu menyarankan kepada saya untuk menyewa bilik dulu. Saya maklumkan yang saya tiada kewangan untuk sewa bilik. Dia pula berkata, pandai-pandailah cari sendiri. Dengan hati yang kecewa, saya pun beredar dari situ. 

Ada seorang makcik menyarankan saya meminta bantuan dari masjid. Saya pun pergi ke masjid dan meminta bantuan. Imam masjid mahu menolong saya, tetapi sebelum itu dia memaklumkan kepada AJK masjid. 

AJK masjid pun datang pada saya dan menjelaskan mereka tiada peruntukan untuk kes seperti ini.

"You ada surat dari pejabat agama yang boleh izinkan you mengutip derma tak?" tanya AJK masjid.

Saya kata, saya tidak tahu pula ada peraturan seperti itu.

"Kalau tak ada surat dari pejabat agama, tak boleh minta derma,". kata mereka.

Saya akur, saya keluar dari masjid dan sebelum itu Imam datang dan memasukan RM150 ke dalam poket saya dan memeluk saya.

"Maaf dik, saya hanya membantu tetapi peraturan masjid tidak membenarkan. Saya hanya mampu menolong sebanyak ini," katanya.

Sehingga sekarang orang masih bertanyakan soalan yang sama kenapa tidak pergi minta bantuan dari pejabat agama. Saya hanya mampu membalasnya dengan senyuman. - Zul Ariff Abdullah.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Gangster EX5 Paw Peniaga Melayu Di Masjid Jamek

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga kecil-kecilan di Jalan Tar, Masjid Jamek dipaw oleh dua lelaki yang dipercayai 'abang kawasan' yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang tidak membayar mereka terlebih dahulu.

Mangsa yang berbaju merah membuka meja kecilnya di laluan utama ke Masjid Jamek itu menjual barangannya dikatakan tidak membayar wang kepada dua lelaki terbabit menjadi punca pertelingkahan itu.

Video berdurasi 1 minit 7 saat itu dirakam oleh seorang pengunjung Jalan TAR, tersebar di laman sosial sejak semalam. 


Gangster EX5 Paw Peniaga Melayu Di Masjid Jamek. Laporan selanjutnya - http://goo.gl/hYu6cEMORE: #MEDIAVIDS
Posted by My Media Hub on Saturday, July 18, 2015
"Aku ingat, dalam movie je ada gangster. Alih-alih kat Masjid Jamek ni pun ada jugak," kata Nurul Asyiqin.

Di media sosial, netizen mengecam tindakan gangster EX5 berkenaan.

"Yang berniaga, Melayu, yang mengutip duit perlindungan Melayu, yang jadi gangster, Melayu. Kesian kat Melayu," kata Amir Aiman IX.

"Sebab macam ni la Melayu tak maju-maju. Kaum Melayu tindas orang Melayu sendiri. Orang nak meniaga, hampa p kutip duit perlindungan yg selama ni tak pernah terlindung pun. Lanjioo lah! Sebrader-brader ko, esok-esok mati gak bro. Tak payah nak abang kawasan sangat. Puii!" kata Mohamad Nesrullah. 

"I dah kata dari dulu. Bawa 20 orang, cakap gangster. Kalau gangster tulen, one by one. PDRM ambil tindakan tegas dan hapuskan kumpulan-kumpulan gangster. Tembak saja. Kalau tangan mengeletar tengok gangster, mai pistol kat aku, hampa pi balik balai main mercun dan guli," kata Mike Jayabalan.

"Orang-orang Melayu yang bangkit masa kes Low Yat hari tu, ha amiklah! Melayu kau juga yang bikin hal macam ni. Kau tak nak bangkit juga ke? Melayu ni tak payahlah bangkit. Kalau cara nak bangkit pun tak betul, baik pupus je la. Kalau Melayu hilang kat dunia pun tak ada orang perasan. Tak ada orang kisah. Makin aman. Lupakan saja kata-kata Hang Tuah itu. Sudah tak relevan," ujar Shima Scarlett.

"Melayu, budak itu bukan mencuri. Meniaga kecil-kecilan sahaja. Yang berjuta hilang depan mata pun tak mahu plak tunjuk gangster. Buat malu bangsa. Besok-besok mampos merangkak golek sendiri masuk kubur. Tengok gangster masuk kubur macam mana. Muka pun dah memang bangsat. Tunggu kifarah kau nanti," kata Jz Imy. 


(Segala komen netizen diambil dari page Sukan Star). - THEHYPEMEDIA.COM

7 Cedera, Bas Terbabas Ke Lereng Bukit

$
0
0

RAWANG - Sebuah bas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 436 berhampiran dengan Perhentian Rawang, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu, 5 orang penumpang serta dua orang pemandu bas cedera apabila bas yang dipandu menghala ke ibu negara dari Ipoh, Perak itu terbabas sebelum terhumban di tepi lereng bukit. 

Tiga mangsa tersepit di dalam bas berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian pada jam 7.11 pagi.

Difahamkan, hanya ada 5 penumpang dan 2 pemandu bas di dalam bas ketika kejadian itu berlaku.

Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. - THEHYPEMEDIA.COM







Rancang Sambutan Hari Raya Di Low Yat

$
0
0

KUALA LUMPUR - Pengurusan Plaza Low Yat merancang untuk mengadakan sambutan Hari Raya bagi mengembalikan keadaan seperti sebelum kejadian yang tidak diingini pada baru-baru ini.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, rancangan penganjuran Hari Raya itu dibuat bagi mengembalikan semula kenyakinan pelanggan selepas berlaku penurunan penjualan sebanyak 50%.

Rancangan itu diusahakan oleh pihak MCA dan pihak pengurusan Plaza Low Yat yang akan diadakan di pusat IT berkenaan.

"Kami ingin membantu dalam apa jua cara yang mungkin untuk mengembalikan keadaan kembali normal. Tiada sebarang gangguan tetapi perniagaan merosot sebanyak 40 hingga 50%.


"MCA Wilayah Persekutuan ingin mencadangkan sambutan Hari Raya itu pada awal bulan Ogos ini bagi mengembalikan keharmonian di Plaza Low Yat," katanya yang melakukan lawatan ke plaza itu pada Jumaat lalu. - THEHYPEMEDIA.COM

Kedai Emas Terminal One Shopping Center Dirompak

$
0
0

SEREMBAN - Sebuah kedai emas di Terminal One Shopping Center dirompak oleh beberapa individu bersenjatakan pistol. 

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi tadi, seorang saksi berjaya merakam tindakan beberapa individu berkenaan dari tingkat atas.

Menurut Tiong Wen How, pengawal keselamatan pusat beli-belah itu tidak boleh diharap kerana tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap penjenayah berkenaan. 

"Perompak itu berjaya merompak kedai emas dan keluar dengan selamat tanpa sebarang halangan." katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

'Kalau Allah Tak Bagi Kami Jatuh, Kami Memang Tidak Akan Belajar'

$
0
0

Masa mula-mula kahwin dahulu, tidak pernah terfikir yang kami akan berada di mana kami berada sekarang. Suami saya, bekas photographer dan saya memang buat bisnes tetapi bisnes 'bohong-bohong'. Ada untung, rolling sekali dengan modal, dengan untung. Semua saya enjoy, maka jatuh bankrap.

Dulu, kalau Allah tak bagi kami 'jatuh', kami memang tidak akan belajar. Malah, mungkin akan terus jahil. Kami mesti akan rasa kami betul dalam semua perkara. Sebagai suami isteri, kami memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi kami terlupa yang kami sepatutnya menjadi contoh yang baik terlebih dahulu.

Semasa pertama kali kami mencapai RM1 juta di usia kami 24 tahun, iaitu 4 tahun yang lalu, pada masa itu duit seolah-olah turun dari langit. Sales menjangkau RM600,000 sehari dan konsisten secara berterusan. Kami sangat-sangatlah culture shock, banyak membazir sebab kami tak pernah dapat duit sebanyak itu. Kami pilih gaya hidup mewah dan mula menjadi orang kaya baru. Nak pakai yang branded saja semua barang sehinggakan kadang-kadang beli sesuatu tetapi tak digunakan pun.

Sehinggalah satu tahap di mana banyak pengajaran saya ambil dari situ. Saya belanjakan sesuatu tetapi bila balik rumah atau pergi melawat anak yatim, saya belajar sesuatu. 

Saya dan suami mula berubah. Duit dalam akaun sendiri tak perlu ada banyak. Biar duit dalam akaun Allah ada banyak. Sedekahlah dan fahami konsep perniagaan sebenar. 

Berniaga bukan dilihat pada populariti anda, bukan pada tahap kekayaan anda, bukan pada beberapa orang menyukai anda. Tetapi peniaga yang berjaya selalu kekal tunduk kepada Allah dan 'mengambil kritikan sebagai pujian dan pujian sebagai ujian'. 

Tetaplah sehingga kini kalau teringin apa-apa, saya beli juga. Kita reward diri untuk dunia, tidak salah langsung. Yang salah hanya bila kita lebihkan dunia dan lupakan akhirat.

Menjadi jutawan adalah impian ramai orang. Tetapi saya nak beritahu, lagi kaya kita lagi banyak tanggungjawab, lagi lambat kita punya turn nak dihisab di alam sana nanti.

Menjadi kaya itu wajib kerana lebih ramai Islam yang kaya, lebih ramai orang dapat dibantu. Tetapi jangan lupa, menjadi 'Islam Sebenar' yang kaya itu lebih wajib. - Felinna Nadea Ed Fattah, pengasas Felinna Beauty

Diolah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Viewing all 1498 articles
Browse latest View live