Cadangan yang diutarakan oleh Ketua Agensi Anti Dadah Indonesia, Budi Waseso, untuk menggunakan buaya mengawal penjara berkenaan menjadi bahan gelak ketawa seluruh dunia, kali ini beliau mencadangkan untuk menggunakan ikan piranha dan harimau untuk mencapai tujuan itu.
Difahamkan Budi telah memperoleh dua ekor buaya dari sebuah ladang ternakan untuk mengetahui tahap keganasan haiwan berkenaan. Jika berjaya, Budi mungkin akan memerlukan lebih kurang 1,000 ekor buaya bagi memastikan banduan tidak dapat meloloskan diri.
"Jumlah buaya yang diperlukan bergantung pada keluasan kawasan atau kami mungkin akan menggunakan khidmat ikan piranha juga. Cadangan ini dibuat kerana jumlah kakitangan penjara yang tidak mencukupi. Justeru, khidmat haiwan luar adalah diperlukan," katanya, lapor rimanews.com.
Ikan Piranha merupakan ikan pemakan daging yang memiliki gigi yang sangat tajam serta rahang ang amat kuat itu hanya terdapat di Amerika Selatan. - THEHYPEMEDIA.COM