DETROIT - Biadab dan kurang ajar apabila seorang pekerja McDonald's tergamak menyimbah air minuman pada seorang lelaki gelandangan yang kelaparan.
Video berdurasi 51 saat itu berlaku di sebuah cawangan McDonald's di Detroit mencetuskan kemarahan netizen yang berang dengan tindakan biadab pekerja restoran makanan segera tersebut.
Insiden itu dirakam oleh seorang pelanggan McDonald's di bahagian Drive Thru yang menunjukkan pekerja terbabit pada mulanya menawarkan air dan burger pada lelaki gelandangan berkenaan.
Malangnya apabila dia menghampiri ruang penyerahan makanan itu, pekerja McDonald's terbabit secara tiba-tiba menyimbah air minuman padanya menyebabkan dia terkejut.
Insiden itu bagaimanapun dilihat sebagai lucu menyebabkan si perakam video tersebut ketawa. Sementara gelandangan berkenaan malu dan berlalu pergi dari kawasan itu dalam hujan gerimis.
Sementara itu di laman sosial pula netizen mengecam tindakan dua individu terbabit yang dilihat sengaja membuli dan memperlekehkan gelandangan itu.
"Rasa nak sepak je kepala mamat tu. Dia patut dipecat! Apa yang dia dapat buat macam tu pada gelandangan? Kepuasan? Moga suatu hari nanti dia akan mendapat balasannya," kata mereka.
Difahamkan, pekerja terbabit telah dipecat selepas video berkenaan viral di laman sosial. - THEHYPEMEDIA.COM