Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498

'Please Parents, Jangan Hidang Junk Food Di Birthday Party Anak'

$
0
0

Saya rasa, sudah sampai masanya ibu bapa kalau nak sambut ulang tahun hari lahir atau birthday anak, buatlah juadah yang 'Clean Eating'. Especially bila kita menjemput orang lain datang. Pada masa yang sama, kita juga memberi kesedaran pada ibu bapa yang lain.

Please parents, janganlah hidang jajan, keropok yang penuh MSG, lollipop yang banyak pewarna tiruan, fast food penuh satu meja dan sebagainya.


Boleh saja kita buat fruit stick, vege stick daripada letak marshmellow atau candies yang zero nutrition. Honestly sampai bila kita nak anak kita dan anak-anak orang lain makan makanan yang tidak sihat? Paling teruk, ada yang hidang air berkarbonat dan siap tawarkan pada anak orang lain. 

The worse part is when parents buat hari jadi anak di taska, tadika, rumah pengasuh, sekolah dan beri goodies yang penuh dengan makanan yang tidak sihat. Pokok di rumah pun kita bagi minum air kosong. Tetapi anak-anak kita sanggup diberi makan air gula, air gas, jajan dan sebagainya. 

Kena tahu yang bila anak sudah terbiasa dengan junk food, sekali mereka tak dapat, mereka akan merampuh, menjadi hyper aktif dan sukar dikawal akibat terlalu banyak additives, preservatives dan artificial enhancers dalam tubuh badan. 

Don't think I need to say sorry about this. Even more sorry kalau keadaan ini tidak dirawat. Punca penyakit semuanya berakar dari perut. Nabi pun sudah berpesan kalau perut ini tidak dijaga, maka rosaklah semuanya.

Gut flora banyak terganggu apabila kita membiasakan dan menghalalkan jajan buat anak-anak kita. Sekali terbeli, sampai bila-bila akan terbiasa.Jom kita sama-sama educate diri dan anak-anak. - Eda Al-Firdausy.


Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498