KEPALA BATAS - Faizal Ahmad, meluahkan rasa kecewanya terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Hospital Kepala Batas Pulau Pinang.
Difahamkan, tangan Faizal dipatuk ular dan telah pergi ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, selama 4 jam menunggu, dia masih belum diberikan sebarang rawatan. Apabila ditanya, kakitangan hospital memaklumkan bahawa mereka tiada pegawai perubatan yang pakar untuk merawat kes pesakit dipatuk ular.
"Hospital paling terbaik di zon utara, Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. 4 jam tangan dipatut ular tetapi tiada sebarang rawatan yang diberikan. Bila kita dah bising, barulah mereka mengakui yang mereka tiada specialist untuk kes seperti ini," katanya.
Umum tahu hospital kerajaan adalah hospital yang berasaskan kepada perkhidmatan, bukannya berasaskan keuntungan. Selain itu, tenaga pakar hospital kerajaan juga tidaklah seramai yang disangkakan kerana lebih ramai doktor-doktor pakar lebih cenderung memilih untuk berkhidmat di hospital swasta.
Berdasarkan kes Faizal Ahmad ini, adalah tidak wajar kakitangan Hospital Kepala Batas yang sememangnya sudah tahu yang mereka tidak mempunyai pakar yang boleh merawat pesakit ini haruslah memaklumkan lebih awal. Bukannya membiarkan pesakit menunggu lama dengan penuh harapan. - THEHYPEMEDIA.COM