Salam semua saudara seislam saya. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya bekerja sebagai kru kabin.
Pada tahun 2009, di check point Singapura. Saya ternampak seorang wanita berumur beratur sebaris dengan saya untuk check passport dan beg.
*Wanita itu tidak semestinya Melayu ye. Saya tak cakap pun Cina ataupun India dan lain-lain.
Di belakang wanita itu, ada seorang gadis cantik. Tiba-tiba wanita itu kalut semacam dan menyuruh perempuan itu memegang begnya seketika kerana dia mahu pergi ke tandas.
Gadis itu terpinga-pinga. Terlintas di fikiran saya dan segera menghalang gadis itu menyentuh beg berkenaan. Tindakan saya itu membuatkan gadis itu bertambah keliru.
"Jangan sentuh beg itu! Nanti awak masuk penjara!" jerit saya padanya dengan suara yang agak lantang.
Ditunggu-tunggu, wanita itu tidak muncul. Sehingga polis check point datang memeriksa beg tersebut dan sah, di dalam beg itu mengandungi dadah seperti yang saya jangkakan.
Inilah yang orang katakan, buat baik berpada-pada. Ingat, jadikan ini sebagai peringatan agar tidak menjadi mangsa keldai dadah. Ini bukan cerita rekaan tetapi perkara ini benar-benar berlaku di depan mata saya sendiri. - Fazeli Ahmad
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM