Ini cerita tentang anak. Kartun, even cerita Melayu pun, kita sebagai ibu bapa kena pantau. Contoh mudahnya, cerita Upin Ipin.
Dulu tak perasan sangat. Selepas balik kampung, anak saudara terpengaruh. Sekarang, anak-anak saya pun terikut-ikut juga. Watak yang baik seperti Tok Dalang dan nenek mereka berbahasa baik tak apa. Dapat Kak Ros yang garang:
"Sibuk je"
"Sepak kang!"
"Tampar kang!"
Anak-anak pun terikut sama. Garangnya Kak Ros.
Angah pun ikut garang sama. Boleh pula dia cakap 'Sibuk je' pada Irfan.
Kartun Robocar Poli bagi saya, okay. Ada pengajaran dan saya pun suka tengok. Siap boleh ingat jalan cerita setiap episod yang ditayangkan di televisyen.
"Baiklah"
Sopan je ayat geng-geng Robocar Poli ini.
Masa menonton televisyen pun ada hadnya. Saya kurang gemar televisyen terpasang saja dan biarkan anak tonton berjam-jam lamanya. Ibu bapa seharusnya kerap mengajak anak melakukan aktiviti dan kurangkan masa menonton televisyen.
Selalunya saya ajak anak-anak:
- Susun puzle
- Mewarna
- Melukis
- Menggunting & menampal
- Buat kraft
- Main pasir (kinetic sand)
- Main kereta dengan jalan raya dari kotak
- Main masak-masak
Ada orang yang saya pernah jumpa, sampai anak yang kawal dan pegang remote televisyen. Ibu bapa dia tak boleh tukar channel lain. Dengan alasan bosan nanti anak meragam, menangis nak tengok kartun je. Walaupun anak baru berusia 3 tahun. Teringat kata-kata nasihat dari Dr Rubiah Hamzah masa ceramah di PPUM dulu.
"Kalau ibu bapa tak boleh kontrol anak umur 3 tahun, jangan harap ibu bapa boleh kawal dia semasa berumur 13 tahun".
Saya pegang kata-kata nasihat itu sampai sekarang. Ajar anak-anak untuk "menangguhkan keinginan" mereka terutama pada benda yang tak perlu. Contohnya seperti mainan.
Semasa di Melaka minggu lepas, Izzat setiap hari meminta Ultraman yang dia tengok di kedai dalam hotel itu. Sampaikan bangun pagi, benda pertama dia minta, "Ibu, belikan Ultraman,"
Sampai ke sudah ibu ayah tegar tak layan permintaan dia.
Bila dia cakap pasal ultraman, kami ubah topik, ajak buat benda lain. Alaa budak, sekejap je lepas itu dia lupalah.
Anak saya pernah menangis di shopping complex sampai bergolek-golek di atas lantai kerana mahukan sesuatu. Saya adakalanya cepat cair hati dan belikan. Mujur suami saya pula bertegas. Lama kelamaan saya pun turut menjadi tegas seperti dia.
Boleh belikan tetapi belilah pada waktu yang si anak tidak meminta. Kononnya surprise gitu.
Saya ada terbaca yang pakar psikologi memberitahu, 'menangguhkan keinginan' ini bagus untuk anak-anak untuk memantapkan keperibadian mereka. - Hasanah Ahmad
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM