Saya dulu sama macam anda, nak cerita kat orang betapa saya bahagia. Ambil gambar laga-laga pipi, peluk-peluk tangan, tunjuk dan beritahu pergi mana pun. Pergi makan pun beritahu, tunjuk semua.
Tanpa sedar, dalam ramai-ramai kawan ini, yang rambut mungkin sama hitam, hati kita tak dapat baca.
Pernah dengar sihir pemisah?
Ye, saya pernah terkena. Derita yang saya saja tahu macam mana azabnya.
Semakin orang kenal saya dengan kerjaya model, DJ, Duta dan sebagainya, semakin teruk saya kena. Kadang-kadang kita tidak tahu dalam senyuman orang itu mungkin tidak suka melihat kita bahagia.
Jadi, suatu hari saya berkata 'Cukuplah'. Saya mahu bahagia bersama suami tercinta, menjaga dia sebaiknya dan tidak perlu tonjolkan lagi siapa saya dan dedahkan siapa dia. Cukuplah saya milik dia. Tiada istilah boyfriend pada saya. Yang ada, dia suami yang saya cinta.
Cukup saya simpan bahagia yang kami rasa, pakai sedondon di mana saja, peluk lengan dan genggam erat jemari dia dan pergi melancong serata dunia. Cukup hanya saya dan dia yang rasa.
Ini suami saya yang saya mahu ke syurga bersama dan yang menganiaya itu boleh berhenti saja mencuba. Yang menyibuk pun dah boleh malu dengan sikap anda. Cinta halal saya biar Allah yang jaga dan pelihara sehingga akhirat sana.
Doa-doakan kami semua, mohon Allah pelihara, - Dj Nurul Husna
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM