Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498

Kaki Lelaki Parah Ditelan Eskalator Terpaksa Dipotong

$
0
0

CHINA - Kaki seorang lelaki terpaksa dipotong kerana kecederaan yang parah akibat terlekat di eskaltor di sebuah pasar raya pada malam 1 Ogos yang lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 35 tahun bekerja sebagai tukang cuci, sedang membersihkan eskalator berkenaan yang terletak di tingkat bawah ketika pasar raya itu sudah berhenti beroperasi.

Lagi Eskalator Telan Kaki Manusia
Kaki Lelaki Parah Ditelan Eskalator Terpaksa Dipotong - http://goo.gl/ZvLWz3MORE: #MEDIAVIDS
Posted by My Media Hub on Monday, August 3, 2015
Lapor Xinmin Evening News, kaki mangsa terperosok ke eskalator buatan Shanghai Mitsubhishi Elevator ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Mangsa yang cuba menarik kakinya semula gagal berbuat demikian akibat tersekat.

Orang awam yang melihat kejadian itu cuba memberikan bantuan, namun gagal menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan daripada pasukan bomba. 

Bomba yang datang ke tempat kejadian berjaya mengeluarkan kaki mangsa, namun kecederaan yang dialami terlalu parah dan mangsa serta merta dikejarkan ke hospital.

Menurut doktor, kaki mangsa tidak dapat diselamatkan dan mereka terpaksa memotong kakinya. - THEHYPEMEDIA.COM

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498