Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498

'UMNO Budak Baik, Barisan Nasional Baik' - Azalina

$
0
0
Clip video Datuk Seri Azalina rapping bersama Joe Flizzow

Selepas dikecam mengeluarkan kenyataan LPF tidak patut berfikiran sempit dan mengeluarkan guidelines drama/filem bagi adegan berpegang tangan dan berpeluk, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said muncul dengan lagu 'UMNO budak baik, Barisan Nasional Baik'.

Dalam video clip berdurasi 34 saat itu, Azalina dilihat sedang mencuba bakatnya rapping di sebuah majlis yang dipercayai di Johor baru-baru ini dengan artis hip hop, Joe Flizzow. 

Umno budak baik, umno budak baik.. Kakakah.
Umno budak baik, umno budak baik.. Kakakah.
Posted by My Media Hub on Sunday, August 2, 2015
Lagu yang dirap oleh Azalina itu adalah lagu dari Joe Flizzow yang berjudul 'Baek'.

"Wah! Pandai juga menteri ini berapping bagai," kata netizen. 

Berdasarkan lirik, "UMNO budak baik, Barisan Nasional baik," yang memuji-muji UMNO dan BN serta Johor adalah baik.

Video rapping Azalina itu 'diterima' secara baek oleh netizen yang tidak menyangka Ahli Parlimen Pengerang itu mempunyai bakat untuk rapping. - THEHYPEMEDIA.COM


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498