Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498

Perompak Cedera Ditembak Pengawal Keselamatan

$
0
0
Gambar - Harian Metro

PETALING JAYA - Seorang penjenayah cedera ditembak di bahagian kaki oleh pengawal keselamatan, sementara dua rakannya pula sempat meloloskan diri selepas percubaan untuk merompak premis perkhidmatan pengiriman dan pengurupan wang berlesan di Dataran Mentari, gagal. 

Lapor Harian Metro, dalam kejadian pada jam 2 petang itu, penjenayah berusia 20'an itu cedera di bahagian kaki kiri ditembak menggunakan senapang patah oleh pengawal keselamatan premis berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian berlaku sewaktu solat Jumaat yang pada ketika itu hanya terdapat enam kakitangan wanita serta seorang pengawal lelaki di dalam premis berkenaan. 

"Siasatan awal mendapati tiga suspek memakai topi keledar bersenjatakan parang. Dua daripada mereka memasuki premis tersebut, sementara seorang lagi menunggu di luar. 

"Selepas memecahkan pintu gril, dua suspek terbabit masuk ke dalam dan bertembung dengan pengawal keselamatan. Terkejut dengan pertembungan yang tidak disangka itu, salah seorang suspek melibaskan parang ke arah pengawal itu, namun berjaya dielak. Pengawal itu kemudiannya mengambil senapang patah lalu menembak lelaki itu bagi mempertahankan diri," katanya.

Suspek yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. Sementara itu polis sedang giat mengesan dua rakan suspek yang berjaya melarikan diri dengan dua buah motosikal. 

Polis tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi suspek yang terlibat dan rakaman kamera litar tertutup yang berada di kawasan berhampiran juga akan disiasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. - THEHYPEMEDIA.COM

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498