Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498

'Najib Patut Cuba Bersarapan Pagi Di Tempat Awam & Lihat Kesannya'

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang penganalisis politik berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat lebih perhatian dari rakyat berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengungkap kata-kata seorang bekas Ahli Parlimen UMNO berkata, "Walaupun diiringi oleh polis, tiada sesiapa yang mahu memberikan laluan kepadanya (Najib) di jalan raya. Apatah lagi jika berada di tempat lain yang tidak diiringi oleh polis."

"Jika Najib dan Mahathir berada di kedai makan yang berlain dalam satu pusat beli belah yang sama, siapa yang akan mendapat lebih perhatian dari rakyat? Sudah tentu semua orang berebut mahu bergambar dengan Tun Dr Mahathir. 

Penganalisis Politik, Shahbudin Husin berkata, untuk mengetahui sama ada Najib popular di kalangan rakyat atau tidak, beliau perlu cuba bersarapan pagi di kedai makan di pusat beli belah. 

"Ia akan kelihatan menarik apabila melihat berapa ramai orang yang datang menegur dan bersalam dengan Najib selain dari meminta untuk bergambar bersama-sama," katanya yang mengulas mengenai gambar Tun Dr Mahathir bersarapan di The Loaf, Pavillion, yang viral di media sosial sejak semalam. 

Kemunculan Tun Dr Mahathir bersarapan pagi di The Loaf, mengundang perhatian orang ramai yang tidak henti-henti merakam gambarnya menyebabkan Tun terpaksa berhenti seketika memberikan ruang kepada sekumpulan 'peminatnya' berbuat demikian.

"Jelas sekali Tun Dr Mahathir sangat dihormati dan dihargai oleh rakyat. Tak kira ke mana sahaja beliau pergi, meskipun sudah lama bersara dari jawatan kerajaan, beliau tetap dan masih menjadi tumpuan orang ramai. Beliau sangat dihormati kerana jasanya berkhidmat kepada negara selama 22 tahun. 

"Tiada pemimpin yang lain sama ada masih dalam jawatan kerajaan atau telah bersara menerima penghormatan seperti ini apabila mereka berada di tempat awam. Ini juga bermaksud bahawa mereka masih ingat yang Tun Dr Mahathir pernah berkhidmat untuk kerajaan," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen berseloroh, jika Najib makan di kedai pusat beli-belah, sudah pasti beberapa buah bas yang membawa orang Felda akan dihantar ke tempat itu hanya untuk melihat Najib bersarapan pagi. 

"Hahaha. You ask Najib to go to a shopping complex and has a simple meal anda see how many people would there to meet him. I would say many-many including those in bus load from Felda. All his lackeys would have gone around giving monetary incentive to those who would come," kata Aramsa. 

"The ikan bakar and Ali Tinju with his gang sure will come to support. Got pay maahh!" kata Wong Peng Soon. - THEHYPEMEDIA.COM


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498