Quantcast
Channel: The Hype Media
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498

(Video) 20 Lelaki Serang 8 Pekerja Kedai Telefon Kota Raya

$
0
0

KUALA LUMPUR - Dua lelaki cedera di Kompleks Kota Raya selepas tercetusnya pergaduhan di antara jurujual di kedai telefon dengan 20 lelaki yang mendakwa mereka telah ditipu jurujual kedai tersebut.

Menurut polis, situasi di kompleks itu kini dalam keadaan terkawal dan usaha mengesan suspek yang mencetuskan pergaduhan itu pada jam 5 petang tadi sedang giat dilaksanakan.

Difahamkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum itu membuat sidang media di kompleks itu dan meminta agar wang-wang mereka yang pernah menjadi mangsa penipuan jurujual kedai telefon, dipulangkan segera. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, Deputi Supritendan M. Gunalan berkata, sekumpulan 20 lelaki yang mencetuskan pergaduhan di tempat yang sama, adalah kumpulan yang berlainan.

"Mereka datang tidak lama selepas kumpulan PPIM mengadakan sidang akhbar di luar kedai untuk wang mangsa-mangsa penipuan dipulangkan. 

"Lebih kurang 20 lelaki datang dengan kayu dan topi keledar, lalu memulakan pergaduhan dengan kira-kira 8 kakitangan kedai tersebut.

"Hasil siasatan mendapati, hanya sebuah meja yang dipecahkan oleh kumpulan itu dan beberapa telefon bimbit dilaporkan hilang. Dua kakitangan yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar dirawat di Hospital Tung Shin," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1498